GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 26 April 2013

KONFLIK SYRIA (4) Sebuah fitnah besar.



.Apakah sebenarnya yang berlaku di Syria? Adakah Basyar Al-Assad berada di pihak yang benar? Atau dia itu bakal As-Sufyani yang akan menentang Imam Mahdi akhir zaman?

Thursday 25 April 2013

DILAHIRKAN DI KAKI LEMBU (29A) Terjumpanya sebutan yang sama.



DILAHIRKAN DI KAKI LEMBU (29A) Terjumpanya sebutan yang sama.

Beberapa minggu yang lepas, saya berdoa kepada Tuhan dengan suatu doa yang belum pernah saya lakukan.

Monday 22 April 2013

RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (3) Siapakah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dalam konflik Sultan Jamalul Kiram III?



RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (3) Siapakah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dalam konflik Sultan Jamalul Kiram III?

Anda tentu tertanya-tanya siapakah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II? Apa kaitannya dengan Sultan Jamalul Kiram III?

Saturday 20 April 2013

YA ALLAH YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU (1) Syukur kepadaMU.



YA ALLAH YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU (1) Syukur kepadaMU .  

Saya sebenarnya merasa malu untuk mencoret cerita ini. Malu kerana saya ini sebenarnya hamba Allah yang hina. Saya ini banyak kekurangan dan banyak dosa

Thursday 18 April 2013

KONFLIK SYRIA (3) Adakah Basyar Al-Assad itu As-Sufyani?



KONFLIK SYRIA (3)Adakah Basyar Al-Assad itu As-Sufyani?

Saya minta maaf kepada para pembaca semua kerana jalan fikiran saya mungkin tak sama dengan anda. Saya tidak suka menjadi ikut–ikutan yang tidak kuat asasnya.

Tuesday 16 April 2013

RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (SIRI 2) Operasi rahsia di tengah lautan



 
RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (2) Operasi rahsia di tengah lautan

Yang menjadi lebih pelik dan ajaib,  kapal perang tersebut (maksudnya USS Guardian) telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.

Sunday 14 April 2013

RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (SIRI 1) Kapal misteri USS Guardian.



RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (SIRI 1) Kapal misteri USS Guardian.

Saya selalu menyebut Yahudi itu licik dan jahat. Merekalah yang akan menyambut dan merayakan Al-Masih Dajjal. Amerika Syarikat dan beberapa sekutunya pula adalah agen-agen Dajjal.

Saturday 6 April 2013

KONFLIK SYRIA (2) Mengenal As-Sufyani dalam konteks politik Syria akan datang




Saat kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar sudah sangat dekat. Anda boleh perhatikan kepada konflik Syria.

Kalau konflik itu menuju kepada kemunculan pemenangnya, maka dialah As-Sufyani.

Pertentangan antara As-Sufyani dan Imam Mahdi Al-Muntazar bergantung kepada keikhlasan hati. Kedua-duanya mengaku sebagai ahlul-bait tetapi salah seorang daripadanya adalah pendusta.

MUFTI AGUNG SYRIA
Mufti Agung Syria, Ahmad Badreddine Hassoun mengatakan, sudah merupakan kewajiban bagi muslim untuk mendukung Presiden Syria, Basyar al-Assad.

Apakah maksud kata-kata beliau? Apakah kerana beliau rapat dengan Basyar Al-Assad? Atau kerana beliau melihat mudarat konflik Syria ini lebih besar daripada mudarat Al-Assad itu sendiri?

Konflik Syria ini akan memunculkan manusia yang bernama As-Sufyani. Dan As-Sufyani itu adalah penentang kepada manusia suci akhir zaman, Al-Mahdi Al-Muntazar.
 
Television Al Arabiya melaporkan, Selasa (12/3),  Mufti Agung Syria dalam siaran televisionnya, menyatakan setiap muslim, baik yang tinggal di Syria atau di luarnya harus mendukung rejim Assad.

Hassoun mendesak seluruh warga Arab dan muslim berjuang melawan apa yang dia sebut sebagai musuh Syria.

Kita pun menjadi keliru. Pihak manakah yang benar dalam konflik ini? Basyar Al-Assad atau kumpulan penentangnya?

SYEIKH SAID RAMADHAN AL-BUTI
Mufti ini yang diketahui dekat dengan Assad juga memperingatkan tentang kemungkinan berlakunya serangan bunuh diri di Amerika Syarikat dan Eropah jika masyarakat antarabangsa melancarkan serangan ke atas Syria.

Kata-kata Mufti ini sangat dibenci oleh rakyat Syria sendiri. Buktinya, ulamak tersohor dunia dari Syria (Syeikh Said Ramadhan Al-Buti) dibunuh dan kematiannya disoraki. Difahamkan bahawa Syeikh Al-Buti pernah mengeluarkan kenyataan serupa (menyokong rejim Basyar Al-Assad).

Mufti ini pun mungkin akan menerima nasib serupa. Bahkan seorang imam masjid di tempat di mana Syeikh Al-Buti dibunuh juga telah menerima nasib ngeri.

Dia telah disembelih dibunuh, dipancung & dicincang tubuhnya. Pemberontak Syria telah benar-benar percaya bahawa Assad itu patut dibunuh. Dan penyokong-penyokongnya juga patut dibunuh.

ADAKAH IA SEBUAH LAKONAN?
Ada orang berkata, Sheikh Said Ramadhan Al-Buti dipaksa oleh Assad supaya mengeluarkan kenyataan menyokongnya. Wallahu ahlam. Tetapi saya berpendapat kalau begitu keadaannya, kenapa beliau dibunuh?.

Saya mempunyai pendapat yang sama dengan pendapat berikutnya  bahawa mereka (para ulamak) itu memilih mudarat yang sedikit daripada mudarat yang banyak. Memang Basyar Al-Assad itu jahat, tetapi As-Sufyani itu lagi jahat.

MARI KITA KENALI AS-SUFYANI ITU?
Bersabda Nabi SAW, “Sebelum (munculnya) al-Mahdi, As-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan (tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentera) yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Yang memegang benderanya ialah seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib bin Saleh. Dia (at-Tamimi itu) kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan membunuh semuanya. Setelah itu as-Sufyani mengerahkan sebahagian tenteranya (pergi menyerang) Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu menuju ke Makkah. Ketika mereka sampai di al-Baida, Allah memerintahkan Jibril supaya menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan itu, mereka jadi terbenam ke dalam bumi sehingga tidak berbaki melainkan dua orang yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa tersebut kepada as-Sufyani. Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya. Lalu dia mengirimkan dua orang (keturunan) Parsi untuk meminta bantuan (kerajaan Romawi) menaklukkan Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya ini segera dikabulkan (lalu dihantar pasukan tentera yang ramai untuk membantu). Tetapi ketika kedua-dua orang (utusan) ini sampai di pintu gerbang Damsyik, mereka dibunuh orang. Selain itu, as-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari dirinya, bahawa ada seorang perempuan duduk-duduk di atas pahanya di pintu gerbang di Damsyik. Ketika itulah terdengar satu seruan dari langit, “Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”

KITA STOP SEBENTAR
Hadis di atas akan disambung selepas ini. Mari kita tengok beberapa perkara yang boleh kita bincangkan.

[1] Siapa itu As-Sufyani dan Kalb?
Kami cenderung mengatakan As-Sufyani itu adalah pemerintah baru Syria yang menguasai akan Syria, Jordan & sebahagian utara Tanah Arab.


Dia berasal dari keturunan Khalid bin Muawiyah. Peringkat awalnya dia mengaku sebagai ahlul bait. Tetapi Imam Mahdi Al-Muntazar akan membuka tembelangnya.

Kalb itu adalah Amerika Syarikat & sekutu-sekutu Dajjal yang menyokongnya. Dalam konteks konflik Syria sekarang ini, kelompok pembangkang Syrialah yang akan memunculkan As-Sufyani.

Anda boleh merujuk post saya sebelum ini. KONFLIK SYRIA  (SIRI 1) Di mana Imam Mahdi di dalamnya? , Amerika Syarikat, Britain & Perachis adalah pendokong kuat kepada pembangkang Syria masakini. Maka dengan itu, Isreal juga berada di situ. 

[2] Kenapa As-Sufyani & Kalb menyerang Iraq? Sebab Iraq itu sebuah negera Syiah yang sefahaman pulak dengan Iran. Iran dan Syria itu bersahabat baik. Kemusnahan Syria perlu disusuli dengan kemusnahan Iraq. Bila kedua-duanya musnah, percaturan politik Asia Barat akan lebih menyebelahi kuasa Barat, menurut pendapat mereka.

MARI KITA DENGARKAN LAGI MUFTI ITU
Tak hanya itu, Hassoun juga menyerang ulama di Teluk yang menyatakan sokongan kepada rakyat Syria yang meminta Assad berundur.

Ulamak-ulamak Teluk itu, sebahagian besarnya pro pemerintah masing-masing. Bila diperhalusi, kebanyakan mereka pula ternyata menyatakan sokongan  menurut citarasa pemerintah mereka pula. Hasilnya, ramai pro Amerika Syarikat & sekutu-sekutunya.
 
Nyanyian perang di Syria adalah sesuatu yang sangat mengelirukan. Mana satu yang benar? Basyar Al-Assad atau penentangnya?

PENDAPAT SAHABATKU
Saya pernah menanyakan pendapat sahabatku (Wan Samsuri) beberapa tahun yang lepas. Beliau seorang yang alim, warak & hafaz Al-Quran. Dia tamat belajar dari Mesir dan sekarang menjadi mudir di sebuah sekolah Arab di Kelantan.

Katanya, di antara askar-askar yang ada di negara Arab, askar-askar Syrialah yang paling alim & soleh. Maka kerana itu, konflik Syria itu mewujudkan beberapa persoalan seperti berikut.
[1] Kenapa Arab Springs di Syria berlaku cukup lama? Dalam bahasa yang mudah, kenapa Basyar Al-Assad belum jatuh lagi?

[2] Jumlah korban setakat ini (dalam masa 2 tahun) ialah 70,000 nyawa. Bermakna dalam setahun, kehilangan 35,000 nyawa. Dan dalam sebulan, mencapai 3,000 nyawa. Ini menunjukkan peperangan yang berlaku tidak realistik. Maksudnya, ramai orang awam menjadi korban. Kita tidak pasti samada tentera atau pemberontak yang menjadi pembunuh tegar orang awam.

[3] Mari kita perhalusi situasi no (2) di atas. Kumpulan pemberontak terdiri daripada pelbagai puak & golongan. Masing-masing dengan niat & dendam yang berbeza. Paling mengejutkan, mereka sanggup membunuh ulama & imam mereka sendiri. Bahkan lebih tolol daripada itu, mereka sanggup bersorak-sorak kerananya,

[4] Kalau mereka sanggup membunuh ulama mereka & imam mereka, apakah mereka tidak sanggup membunuh jiran mereka, kenalan mereka, sahabat handai mereka yang tidak sebulu & sefaham dengan mereka?

[5] Dari segi kewarakan & amalan agama, askar-askar Basyar Al-Assad ternyata lebih berkualiti daripada pembangkang. Mereka  lebih soleh & alim. Sebab itu, pertahanan Basyar masih lagi kuat. Pembangkang belum mampu menjatuhkannya.

INI HANYA PENDAPAT SAYA.

Cerita di Syria ini akan berlanjutan dengan pelbagai kisah misteri. Sekarang mari kita teruskan dengan kisah Imam Mahdi dari hadis sebelum ini.

SAMBUNGAN HADIS
Lalu ada satu pertanyaan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami dapat mengenalinya (maksudnya Al-Mahdi)?” Jawab baginda, “Dia adalah dari keturunanku, iaitu perawakannya seakan-akan Bani Israel, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah wajahnya bercahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam (yang hidup). Dia tampan orangnya, berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan pengikut-pengikutnya. Mereka kemudian pergi ke Makkah bersama-sama, lantas (setelah membaiat Imam Mahdi) berangkat (pula) ke Syam. Waktu itu, Jibril berada di depannya dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit, penduduk bumi, burung-burung, binatang buas dan ikan-ikan di laut semuanya suka/redha kepadanya. Air menjadi mudah (didapati) di mana-mana negeri pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir (deras dan banyak), harta karun (melimpah ruah dan) mudah didapati. Dia lantas pergi ke Syam dan menyembelih as-Sufyani di bawah pokok yang dahan-dahannya (menjulur) sampai ke Laut Tibriyah.”

Anda boleh mendapatkan kisah kisah lanjutannya dari post-post kami sebelum ini.  RAHSIA LEMBARAN (1,2.3.4) & RAHSIA LEMBARAN TEMBAGA.