GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 25 July 2013

CERITA SEBENAR KONFLIK SYRIA (1) Fatwa Takfiriyah



Kalau anda merenung seluruh perjalanan konflik Syria itu dengan mata batin terbuka, tentu anda bersetuju dengan saya bahawa konflik Syria itu adalah permainan dari buah catur Yahudi dan Agen-agen Dajjal

Tuesday 23 July 2013

JANGAN MENGHINA SAHABAT NABI YANG MULIA.



Pertama sekali, saya hendak jelaskan kepada pembaca semua bahawa blog saya ini adalah blog Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ).

Saya bermahzab Imam Syafie (feqah), bermahzab Imam Abu Hassan Asshaari (Tauhid) & mengikut tarikat Samaniyah Naqsabandiyah (tasauf).

Saya, ayah, ibu & nenek moyang saya ke atasnya semuanya ASWJ. Tidak ada seorangpun yang menjadi Syiah atau berura-ura nak jadi Syiah atau “pecah liur” nak jadi Syiah.

Kalau anda berminat nak tahu pasal Syiah, maaf saya tak tau pasal mereka. Kalau anda nak berdakwah kepada kami pasal Syiah, maaf saya tak minat.

BLOG SATU UMAT
Tadi saya membaca blog SATU UMAT dengan tajuknya sedikit panas.  IRAN - Pertandingan yang Menghina Saiyidina Umar



KETERANGAN GAMBAR DI ATAS : Kalau anda hendak tahu apa yang tertulis di sebelah gambar Khomeini itu, silakan anda pergi kepada laman web berikut, http://karyaorbitaku.files.wordpress.com/2011/07/khomeini.jpg

MARI KITA SAMBUNG SEMULA
Masya Allah, mana mungkin seorang sahabat Nabi yang mulia dicalitkan atau dibiarkan tercalit dengan debu penghinaan.

Apakah mereka tidak menggunakan akal sewaktu merancang pertandingan itu? Atau tidakkah mereka menggunakan akal takkala melihat adanya unsur-unsur penghinaan di dalamnya?

Saya tak mahu mengulas panjang pasal perbezaan Syiah dan ASWJ. Bahkan saya percaya, sampai bila-bilapun, perbezaan itu tidak akan bertemu titik akhirnya.

Saya tetap berpegang kepada satu hadis Rasulullah SAW yang berbunyi, “Semua sahabatku adalah bagaikan bintang-bintang di langit, mana satu yang kamu ikut, maka kamu akan selamat”.

Sahabat Rasulullah SAW dikatakan berjumlah 124,000 orang.. Daripadanya, 313 orang pejuang Badar dianggap istimewa. Daripadanya, 10 orang sahabat dianggap lebih istimewa kerana dijamin masuk shurga.

Dan daripadanya, ada 4 sahabat utama yang mesti diakui keutamaannya. Dimulai dengan Syaidina Abu Bakar, Umar, Usman & Ali. Dua yang pertama adalah mertua Rasulullah, manakala dua yang terakhir adalah menantu Rasulullah.

Berikut adalah kisahnya yang berlaku di Iran. Irancell (sebuah syarikat telefon milik kerajaan) meminta maaf kepada umat Islam  untuk pertandingan telefon selularnya kerana dilihat sebagai penghinaan kepada salah seorang khalifah Muslim dan salah satu sahabat Nabi Muhammad, Syaidina Umar bin al-Khattab.

BAGAIMANA IA BERLAKU?
Operator telefon selular terbesar di Iran itu telah mengirimkan kepada para pelanggannya sebuah solaln kuiz yang dianggap menyinggung umat Muslim, Demikian Daily Brief melaporkan Isnin lalu.

Operator telekomunikasi mengirimkan kuiz kepada pelanggannya: “Siapa  hakim yang ditipu Iblis sewaktu kekhalifahan (Imam Syiah pertama) Imam Ali?”

Dua pilihan jawaban yang diberikan adalah: A) Sharih Qazi, hakim Muslim Sunni di kota Kufah, pada abad pertama Islam. B) Umar bin al-Khattab, khalifah Islam kedua.

SOALAN YANG MENGHINA
Daripada 2 jawapan itu, jelas sekali ia ditujukan kepada Syaidina Umar Al-Khatab. Nyata ia sebuah soalan bermotofkan permainan psikologi yang mengandungi racun penghinaan.

Syiah barangkali lupa bahawa Syaidina Ali itu hanyalah menantu kepada Nabi SAW, sedangkan Umar itu pula bapa mertuanya.

Mereka juga barangkali lupa bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “bahawa kalaulah ada lagi nabi sesudahku, maka tentulah Umar orangnya”.

TANTANGAN MAULANA ABDOLHAMID
Salah seorang Imam Muslim (berfahaman ASWJ) di kota Zahedan, Maulana Abdolhamid Esma’ilzehi, mengatakan bahawa Irancell “telah menghina salah satu tokoh  terbesar Islam,” menurut laman Iran Daily Brief.

Website bagi Jaksa penuntut umum di Zahedan kemudiannya melaporkan  tuduhan terhadap Irancell,

Website itu melaporkan bahawa perusahaan mobile itu tidak sedikitpun menyatakan permintaan maaf. Sebaliknya hanya  mengeluarkan pernyataan yang mengatakan: “Akan berkomitmen untuk menghormati kesatuan umat Islam, kedekatan agama dan semua agama Ilahi”

JUGA TIDAK MEMINTA MAAF
The Golden Key Institute, penyelenggara pertandingan, juga tidak menyatakan permintaan maaf dan hanya mengeluarkan pernyataan yang mengatakan bahawa “Umar bin al-Khattab tidak hidup selama tempoh waktu yang disebutkan dalam pertanyaan, dan kerana itu tidak boleh menjadi jawaban yang benar,” menurut laman tersebut.

Kami berpendapat jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak Irancell dan Golden Key Institute adalah jawapan tazkiyah yang cuba menyembunyikan kebencian mereka kepada Sunni.

Apapun jawapan mereka dan sekuat manapun kebencian mereka kepada Sunni, kami telah melihat pembalasan-pembalasan Tuhan terhadap mereka.

BALASAN SEGERA ATAS DUNIA
Kami telah menlihat ramai penghina para sahabat Nabi dan isteri-isteri Nabi mengalami nasib malang sewaktu sakaratulmaut.

Sungguh kasihan kepada mereka. Sepatutnya dalam status kealiman, kezuhudan & kewarakan mereka beragama (ditandai dengan berjubah dan berserban seperti alim rabbani),  mereka sepatutnya mendapat penghormatan  dan kemuliaan ketika mati. Sayangnya itu tidak terjadi.

LAYARI INTERNET
Sila anda layari sendiri youtube dan melihat bagaimana nasib mereka (para rabbani mereka) sewaktu sakaratulmaut yang celupar mulutnya menghina para sahabat Nabi dan isteri-isteri Nabi, terutama Aisyah.

Sesungguhnya Tuhan tidak melihat jubah mereka, serban mereka dan hitam dahi mereka. Tetapi Tuhan melihat kesucian hati mereka. Kekotoran jiwa dan luapan perasaan benci kepada para sahabat Nabi yang mulia (dan isteri-isteri Nabi) sebenarnya menunjukkan sesuatu yang tidak betul dalam Syiah.

PERBEZAAN SIKAP SYIAH
Sunni (ASWJ) berpandangan Umar sebagai sosok yang sangat penting  dalam sejarah Islam. Syiah, bagaimanapun, sering menghina para sahabat Rasulullah SAW, khususnya Abu Bakar, Umar, dan Usman, dan Syiah tidak melihat Umar sebagai pemimpin yang sah dari umat Islam (negara Islam) dengan alasan bahwa Umar dan Abu Bakar berkonspirasi untuk merebut kekuasaan dari Ali yang sangat dihormati dalam dunia Syiah.

BERJALAN DI LUAR GARISAN
Bagi saya, Syiah telah berjalan di luar garisan lurus sehingga kakinya telah tersepak pelbagai objek. Malangnya, mereka enggan menyedari kesilapan itu dan terus menyalahkan orang lain.

Fakta sejarah adalah sesuatu yang benar. Al-Quran dan Hadis Nabi adalah sandaran kuat untuk kita berjalan  dan membina sejarah di dalamnya.

Syiah telah melakukan sesuatu yang sangat kotor dalam Islam dengan menghina para sahabat & para isteri nabi yang suci. Dan mereka telah menerima hasilnya dari kekotoran hati dan mulut mereka.

Tidak ada jalan selamat untuk mereka kecuali bertaubat.

SELASA 23/7/13

Thursday 18 July 2013

PERGOLAKAN MESIR (7) Semuanya Penuh Tipudaya.



Ini sebuah cerita terbaru dari Mesir. Elok anda baca supaya anda tahu betapa beratnya perjuangan dan betapa liciknya sebuah tipudaya.

Monday 15 July 2013

SIAPA ALVIN TAN & SIAPA PULA VIVIAN LEE?

 
    
   
SIAPA ALVIN TAN & SIAPA PULA VIVIAN LEE?

Saya sebenarnya bercadang nak menulis pasal konflik Syria, tetapi tiba-tiba saya dikejutkan dengan kisah penghinaan ke atas agama Islam oleh blogger Alvin Tan (nama sebenar Tan Jye Yee, 25)  dan pasangannya Vivian Lee, 24  

Saturday 13 July 2013

PERGOLAKAN MESIR (6) Kerja Gila Tentera Mesir & 13 Rahsia Besar.



PERGOLAKAN  MESIR (6) Kerja Gila Tentera Mesir & 13 Rahsia Besar. Peritiwa ngeri yang berlaku minggu lepas, (Ahad, 6/7/2013) benar-benar mengejutkan saya. Tembakan oleh tentera Mesir ke atas jemaah Ikhwanul Muslimin (IM) sewaktu solat Subuh menunjukkan 13 perkara besar kepada saya.