Seminggu dua ini saya sangat
kebingungan memikirkan hal kaki kanan anak saya yang terpelewek (tergeliat)
sehingga dia tidak dapat berjalan dengan betul.
Saya sudah pergi merata-rata
tempat. Tetapi kakinya tetap begitu juga. Kaki kanannya menjadi sedikit bengkok
dan tak dapat diluruskan. Kalau dipaksa juga, dia meraung-raung sakit.
Kisahnya bermula sebulan yang
lepas. Bangun tidor, dia tiba-tiba memberitahu saya tak mahu pergi sekolah.
Hati saya kepanasan. Apa hal budak ni?
Katanya, kaki kanannya kejang.
Urat keting pada bahagian belakangnya tiba-tiba menjadi pedih semacam. Dia
terhenjut-henjut sahaja dan tidak dapat berjalan dengan baik.
Isteri saya membawanya berurut
dengan Mok Teh. Keadaan menjadi semakin buruk. Dia menangis dan memberitahu
saya tidak mahu berurut lagi.
Saya memujuknya supaya bertemu sahabat
saya, Hilmi (kami memanggilnya Pok Mie) di Kg Lubuk Besar, Kok Lanas. Pok Mie
itu tukang urut tersohor juga, tetapi di dalam kes anak saya ni, dia tak berani
mengurutnya.
Dia cuba merahsiakan sesuatu daripada
saya atau dia merasa ilmunya tidak mencukupi untuk merawat keadaan anak saya.
Dia mencadangkan saya agar membawa anak saya ke hospital sahaja.
Malam itu, saya membawa anak saya
ke Klinik Swasta Bima Sakti, Machang untuk mendapat rawatan. Sahabat saya, Dr
Zaki memberitahu itu cuma “atritis” atau radang sendi. Malam itu beliau
memberikan 3 jenis ubat.
Sepaanjang dia kesakitan itu, 3
hari dia cuti sekolah.
Alhamdulillah, kaki anak saya
kemudiannya sihat. Dia dapat pergi sekolah seperti biasa, berbual dengan
rakan-rakan setaman, bergerak ke sana
ke mari dan sebagainya. Saya sangat gembira. Uminya juga.
Tup-tup, tiba-tiba peristiwa itu
berulang kembali. Dia cuma sembuh untuk seminggu sahaja.
Kaki kanannya menjadi kejang
semula. Kali ini kawasan buku lalinya menjadi sakit dengan tiba-tiba. Hari itu
dia cuti sekolah lagi.
Saya menjadi binggung. Ya Allah
Ya Tuhanku, ujian apakah ini?
Waktu itu, dia sedang dalam
proses menyiapkan folia Geografi PMRnya. Kalau dia berterusan sakit, tentu
terlambat tugasannya siap.
Saya begegas ke Klinik Bima Sakti,
menyambung ubatnya sebelum ini. Tetapi sepanjang dia memakan ubat tersebut pada
hari Khamis, Jumaat & Sabtu, keadaannya kekal begitu sahaja. Tak reda pun.
Hari Ahad, dia sakit lagi. Hari itu, saya mengambil cuti
untuk membawanya ke Hospital Machang. Saya mahu dia menjalani x-ray untuk
mengetahu masalahnya yang sebenar.
Pemeriksaan x-ray mendapati dia
ok sahaja. Kakinya normal. Tak ada yang patah, yang remuk, yang terseliuh atau
yang tergeliat. Saya menjadi binggung.
Doktor kata dia ok, tetapi anak
saya tetap sakit seperti biasa. Jalan terhenjut-henjut macam semut. Kakinya
bengkok tak dapat diluruskan. Aduhai.
Kali ini dia dapat cuti sekolah 3
hari lagi. Saya tak dapat buat apa-apa. Saya dan isteri pasrah sahaja. Kami cuma
suruh dia telan ubat tahan sakit dan sapu ubat comor yang dibekalkan doctor pagi
tadi.
Hari Isnin keesokannya, saya
pergi sekolah seperti biasa. Hari ini saya bertemu Cikgu Suhaimi dan bertanya
khabar keadaannya selepas keluar dari hospital.
Barangkali rezeki saya agaknya, dia
memberikan saya nombor telefon Poksu Awi yang tinggal di Kg Telekong, Kuala
Krai. Saya benar-benar berharap agar orang yang diperkenalkan kepada saya ini dapat
membantu saya.
Tadi, Rabu, 10 Julai 2012, jam 4.00
pm, saya membawa anak saya berjumpa Poksu Awi di rumahnya. Melihat wajahnya
yang hebat dan gayanya yang bersahaja, saya tahu dia cukup berpengalaman dalam
perkara yang anak saya hadapi.
Apa yang dia beritahu saya memang
benar, terutama tentang kawasan buku lali anak saya yang kosong dan berlubang.
Keadaan tersebut berlaku semasa anak saya berumur 10 tahun. Kakinya pernah
terpelewek dan kesannya ada sampai sekarang.
Semasa saya membawa anak saya berjumpa
doktor baru-baru ini, dia mengatakan bahawa peristiwa lama tidak memberi kesan
kepada peristiwa yang baru. Saya diam sahaja, lebih-lebih lagi bila dia tidak
mahu mendengar cerita tersebut dari saya.
Tak apalah. You are pro. Hope you
can settle the problem.
However, nothing happens to my
daughter. No miracle at all.
Poksu Awi ternyata lebih pro
daripada doctor muda tersebut dalam hal ini. Tak sampai 10 minit pun, dia berjaya
memasukkan semula salah satu sendi di kawasan buku lali yang tercabut.
Memang anak saya terasa sakit
pada waktu itu. Tetapi saya dan isteri menyabarkannya. Poksu Awi berikan kami
air penawar & kapur (sebagai penganti ubat comor) yang dibacakan Ayat
Al-Quran.
Dia minta kami datang lagi minggu
depan untuk rawatan susulan.
Terima kasih, Doctor Poksu Awi.
Pok su alwi tu tinggal mna eaaaaa....tq
ReplyDeletemcmana nk jumpa poksu awi ni.. blh PM saya tak..0122461231
ReplyDeleteKg banggol kulim atas pado kg pek machang
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBlh bg no fon x pok su awi tu
ReplyDeleteBoleh bagi no tel Pok Su Awi?
ReplyDeleteSebarang pertanyaan call/whatsapp ke +6282246311483
ReplyDelete#bomoh #bomohsiam #bomohmelayu #bomohpelaris #bomohhangtuah #bomohthai
#bomohminyakdagu #santauangin #bomohhangtuah #kingpower #bomohtepukbantal #bomohmalaysia #singapura #cinta #selingkuh #bercerai #berpisah #sihir #santau #pelindungdiri #gay #keluarga #penang #kelantang #selangor #kekasih #pakcik #minyakpenunduk #ilmupenunduk #pelarisniaga
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSya berhrp sgt nk jumpa dia.tapi krn pkp sya tk boleh keluar.moga Allah mudahkn Saya.aamin
ReplyDeleteSesiapa yg tahu, boleh tlg wasap no tel Pok Su Awi ni kat saya?Ni no saya 017-3168363.Tqvm.
ReplyDeleteMintak tolong bagi no.pok su awi
ReplyDelete[Name] Pak Su Awi Mace
ReplyDelete[Mobile] 0182664011