TABUT NABI
MUSA (SIRI 1) Israel
sedang gila mencarinya.
Sebelum
saya meneruskan kisahnya, elok terlebih dahulu kita menatap sebuah berita
tentang kesungguhan Israel
mencari tabut tersebut. Mereka sangat percaya bahawa jika mereka menjumpainya,
tabut itu akan memberi ketenangan, kedamaian & kemenangan kepada mereka
TEL AVIV 2011 : Pasukan arkeologi Israel telah menemui dua buah patung berbentuk haiwan
pada saat menggali di sebuah lokasi pembangunan jalan tol di sebelah utara Kota Juruselem. Mereka mengagak
bahawa dua artifak itu berumur sembilan ribu (9000) tahun. Penemuan itu
disanjung oleh beberapa pakar dan mereka berpendapat usia dua patung itu lebih
tua dari Nabi Musa.
Surat khabar The Daily Mail melaporkan bahawa mereka tidak mengetahui tarikh sebenar pasukan arkeologi purbakala itu menemukan dua artifak itu. Mereka meyakini patung-patung dengan panjang 15 cm itu dibuat dari batu kapur dan dolomite dan digunapakai sebagai azimat oleh para pemburu pada zaman batu.
Menurut pernyataan pemimpin pasukan arkeologi, Hamud Khalaily, kegiatan berburu menjadi mata pencarian utama masyarakat pada zaman itu. "Mungkin benda-benda itu digunakan dalam upacara masa purba sebelum para pemburu pergi berburu," kata Khalily.
Khalily memperkirakan dua benda itu berusia 9.000 sampai 9.500 tahun sebelum Masehi. Menurut para ahli arkeolog, masa itu termasuk zaman Neolitik Pra-Tembikar B. Dia menambahkan masa itu adalah salah satu babak paling mengagumkan dalam sejarah. Selain itu, menurut dia, banyak perubahan terjadi pada masa itu dan mengubah corak kehidupan masyarakat ribuan tahun setelah itu.
"Pada masa itu masyarakat memiliki tradisi hidup nomad, yakni berdasarkan kegiatan berburu dan mengumpulkan makanan, lambat laun berubah menjadi komuniti bertani dan bercocok tanam," ujar Khalily.
Penemuan di atas berlaku pada tahun 2011. Mereka sebenarnya bukan
mencari patung haiwan itu, tetapi mencari tabut Nabi Musa yang kononnya
tertanam di situ.
Bagaimana kami mengetahuinya? Sebab mereka menganggap tabut itu milik
mereka. Dan mereka juga percaya bahawa Nabi Sulaiman a.s telah menanamnya di
bawah Masjid Qubah As-Sakhrah (Dome of the Rock). Kisah selanjutnya
berbelit-belit. Tetapi kami yakin anda mudah memahaminya.
SIAPAKAH BAKAL MENGELUARKANNYA?
Yang akan mengeluarkan tabut itu nanti ialah Imam kita, Imamul Mahdi
Al-Muntazar. Allah akan memberi kurnia kepadanya untuk mengeluarkan tabut itu
dari tempat tersimpannya sebagai bukti bahawa dia adalah IMAM MAHDI
AL-MUNTAZAR.
APAKAH MAKSUD TABUT NABI MUSA?
Nabi Musa telah membuat tempat/wadah yang
digunakan untuk menyimpan sepuluh perintah Allah yang disampaikan kepadanya di
Gunung Sinai ,yaitu apa yang kita sebut sebagai Tabut Perjanjian. Tabut itu
dibuat sangat spesifik, dalam bentok peti kayu dengan panjang 1,2 meter, lebar
61 cm, dan tinggi 61 cm.
Ia terbuat daripada kayu keras akasia. Bahagian
luar dan dalamnya disepuh dengan emas murni. Di sudut-sudut tabut itu,
terdapat 4 cincin emas, dimana kayu
pengusung yang juga disepuh dengan emas dapat dimasukkan untuk membawa Tabut tersebut.
Penutupnya juga diperbuat daripada emas murni.
Kemudian Patung Mailakat bersayap emas (kerubim) juga diletakkan di ujung-ujung
atasnya dan saling berhadapan. Tentang patung emas itu, saya rasa itu hanya penambahan yang dibuat oleh mereka yang mendakwa memilikinya. Bahkan gambar tabut di atas itu pun hanya iilustrasi (gambar) sahaja. Tabut sebenar tidak diketahui bentok dan warnanya. Wallahu ahlam..
APAKAH KANDUNGANNYA?
Peti Tabut mengandungi dua buah batu Loh yang
tertulis 10 wasiat Allah kepada Nabi Musa, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan
untuk membelah Laut Merah, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang
diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka
tersesat di padang pasir Teh
10 wasiat itu telah kami siarkan. Anda boleh mengetahuinya dengan
membaca post awal kami sebelum ini. 10 WASIAT ALLAH KEPADA NABI MUSA.
KEISTIMEWAAN LAIN
Bani Israel percaya
bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa
barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan
pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan
ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.
KEBIADAPAN ISRAEL TERHADAP TABUT
Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel.
Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel.
Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh
Allah untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah
dididik dan dibesarkan oleh para alim-ulamak. Baginda kemudiannya diajar dengan
ajaran Nabi Musa dan juga kitab sucinya iaitu Taurat.
Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah, Nabi
Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah tetapi mereka
ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi Samuel. Mereka
menuduhnya sebagai pendusta.
Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan
bukti kenabiannya. Lalu Allah menarik balik keistimewaan yang diberikan
kepada Bani Israel itu. DIA menukarkannya dengan memberi kekuatan dan
keberanian kepada orang-orang Filistin (Palestin).
Ketika Filistin berperang dengan Bani Israel,
mereka berjaya mengalahkan Bani Israel. Bani Israel
telah diusir dari Jerusalem.
Tabut yang menjadi azimat mereka selama ini telah dirampas. Kemudian sesuatu telah berlaku. Orang-orang Filistin mendapat bala dari Tuhan kerana menyentuh &
mempersendakan tabut tersebut.
Tabut Nabi Musa itu kemudiannya direbut kembali
oleh Bani Israel sesudah mereka insaf dan bertaubat. Tetapi perangai degil
mereka itu selalu berterusan. Seterusnya mereka mempersendakan perintah Nabi
Samuel sebagai pemimpin mereka. Maka Tuhan telah menghantar musuh yang lebih
besar kepada mereka. Siapa? Anda baca keterangan kami pada bahagian KISAH
SEBENARNYA pada bahagian bawah.
BANYAK TEMPAT YANG DIPERSELISIHKAN
Meski pun terdapat 10 tempat yang kononnya dipercayai tersimpannya
tabut Nabi Musa a.s, tetapi orang Yahudi rata-rata mempercayai bahawa ia
terletak di bawah Masjid Qubbah As-Sakrah. Maka kerana itu, mereka sibok
membuat terowong & berusaha mendapatkannya.
Mereka hanya berusaha mencari tabut Nabi Musa di lokasi tersebut walau
pun sebenarnya terdapat 9 lagi lokasi lain. Kenapa mereka mengabaikan yang lain dan hanya memberi focus
kepada Masjid Qubbah As-Shakrah?
Saya yakin kepada satu teori, bahawa menurut mereka (yahudi) bahawa 9
tempat lain itu adalah nul (sifar). Itu hanya putarbelit mereka dengan
mewarwarkan tempat-tempat tersebut sebagai lokasi tersimpannya tabut Nabi
Musa.
Kalaulah 9 tempat lain itu benar-benar mengandugi tabut Nabi Musa,
sudah tentu mereka bersegera pergi ke sana
dan berusaha mendapatkannya. Lihatlah contohnya, bila mereka beranggapan Imam
Mahdi ada di Afganistan, maka mereka segera menyerang Negara tersebut
menggunakan agen-agen Dajjal. Begitu juga dalam kes penyerangan ke atas Iraq dan
sebagainya.
10 TEMPAT YANG DIMAKSUDKAN
Terdapat 10 tempat yang setakat ini dikunjungi para pengkaji atau
arkeologi untuk mencarinya. Suka saya jelaskan atas dasar keyakinan saya,
bahawa tabut Nabi Musa tidak berada di 10 tempat tersebut, termasuk di Masjid
Qubbah As-Shakrah.
Saya cukup percaya bahawa tabut Nabi Musa tidak berada dibawah Masjid
Qubbah As-Sahkrah. Ia telah
disembunyikan atau dipindahkan Tuhan ke tempat lain. Walau sekuat mana pun yahudi cuba mencarinya,
jawapan akhirnya = mereka gagal. Noktah.
MARI SAYA BERITAHU ANDA
Saya akan memberitahu anda 10 lokasi yang dimaksudkan, tetapi akhirnya
saya akan focus kepada Masjid Qubbah As-Shakrah sahaja. Kenapa saya perlu
membincangkannya? Sebab di sinilah, Nabi Sulaiman mula-mula menempatkannya.
Cuma selepas itu, ia hilang dan ghaib entah ke mana.
Saya tidak mahu membazir masa saya dengan membincangkan 9 lokasi lain.
Tempat-tempat itu ialah [1] Dome of the Rock (Masjid Qubbah As-Shakrah)
di Palestin, [2] Gereja Our Lasd Mary Of
Zion di Axum Ethopia, [3] Zimbawee, [4] Gunung Nebo/Nabu di Tebing
Sungai Jordan, [5] Mesir, [6] Cave Of
The Columm di Qumran, [7] Laguedoc di Peranchis, [8] England, [9]
Ireland & [10] Nusantara.
MARI KITA MULAKAN
Saya juga sebenarnya tidak mahu membawa anda ke sini, iaitu ke bawah
Masjid Qubbah As-Sahkrah. Tabut Nabi Musa sudah tidak lagi berada di situ. Yahudi telah
diperbodohkan oleh kebodohannya. Mereka mencari sesuatu yang tidak ada di situ.
Tempat ini juga dipanggil DOME OF THE ROCK
(Masjid Qubbah as-Sakhrah) yang terletak berhampiran dengan Masjidil Aqsa.
Dipercayai Haikal Sulaiman yang asal dibina di situ. Di situlah baginda
dikatakan meletakkan tabut tersebut.
Umum mengetahui wujudnya terowong-terowong
lama di bawah Dome of the Rock. Yahudi telah merancang mencari tabut di situ sejak sekian lama.
Bahkan rancangan mereka itu berkekalan sampai sekarang.
MEREKA PASTI TIDAK MENEMUINYA.
Mereka mencari tabut itu untuk tujuan peperangan akhir zaman. Mereka percaya, sesiapa yang memiliki tabut akan mendapat kemenangan dalam peperangan. Tetapi mereka lupa, lawan mereka akhir zaman adalah umat Islam. Pelindung kepada umat Islam adalah tuhan Rabbul Jalil.
Mereka mencari tabut itu untuk tujuan peperangan akhir zaman. Mereka percaya, sesiapa yang memiliki tabut akan mendapat kemenangan dalam peperangan. Tetapi mereka lupa, lawan mereka akhir zaman adalah umat Islam. Pelindung kepada umat Islam adalah tuhan Rabbul Jalil.
Dahulu mereka menentang orang-orang Filistin yang kufur kepada Tuhan.
Tetapi sekarang sudah terbalik. Orang-orang Filistin itu adalah hamba-hamba
Allah yang akan mendapat pertolonganNya.
SEJARAH SEBENARNYA
Sekitar 586 SM, Bukhtanassar (Nebuchadnezzar's)
memusnahkan Haikal Sulaiman dan merampas segala harta benda di situ. Inilah
peperangan besar yang meranapkan Bani Israel waktu itu.
SEBAB APA? KERANA SIFAT DEGIL MEREKA
MENGENGKARI & MEMPERSENDAKAN NABI SAMUEL PADA MASA ITU.
Sama ada Raja Bukhtanassar menemui tabut
ataupun tabut disorokkan terlebih dahulu oleh Bani Israil, tidaklah dapat
dipastikan. Tetapi itulah 2 perkara yang boleh dimasukkan ke dalam perhitungan
kita.
Jika Bukhtanassar mendapat tabut, apakah dia membawanya pulang ataupun memusnahkannya? Saya berpendapat tabut tidak dimusnahkan ataupun disentuh oleh tentera musuh Bani Israil.
Jika Bukhtanassar mendapat tabut, apakah dia membawanya pulang ataupun memusnahkannya? Saya berpendapat tabut tidak dimusnahkan ataupun disentuh oleh tentera musuh Bani Israil.
Jika mereka berbuat demikian, sudah
tentulah bala Tuhan akan turun ke atas mereka sebagaimana yang terjadi kepada
penduduk Palestin sewaktu mereka merampas tabut daripada Bani Israil.
Beberapa peneliti juga percaya Bukhtanassar tidak mendapatkan tabut. Kerajaan Bukhtanassar membuat senarai yang lengkap tentang barang rampasan mereka tetapi tidak menyenaraikan tabut.
Ringkasnya, tabut mungkin berjaya disorok ataupun dilarikan terlebih dahulu oleh Bani Israil. Itulah pilihan yang ada setakat ini. Maka, di manakah tabut itu berada sekarang?
Beberapa peneliti juga percaya Bukhtanassar tidak mendapatkan tabut. Kerajaan Bukhtanassar membuat senarai yang lengkap tentang barang rampasan mereka tetapi tidak menyenaraikan tabut.
Ringkasnya, tabut mungkin berjaya disorok ataupun dilarikan terlebih dahulu oleh Bani Israil. Itulah pilihan yang ada setakat ini. Maka, di manakah tabut itu berada sekarang?
Sehingga ini, kita ada 2 kemungkinan
berikut lagi.
[1] Bani Israel melarikan tabut itu & menyoroknya di tempat lain.
Walau bagaimana pun, saya membantah pendapat ini. Mustahil mereka yang sombong & degil dengan ajaran nabi mereka diberi peluang menyelamatkan tabut berharga itu. Kesalahan mereka adalah yang kedua sesudah peperangan dengan Filistin sebelum itu.
[2] Tuhan mengambil tabut itu daripada
mereka (Bani Israel)
kerana keengkaran mereka mematuhi perentah nabi mereka. Di manakah tabut itu
disimpan oleh Allah, maka itu menjadi perkara yang sangat rahsia.
SIAPAKAH NANTI YANG AKAN MENGELUARKANNYA?
Saya lebih cenderung mengatakan kemungkinan kedua itu berlaku. Tuhan mengambilnya daripada mereka & tidak akan mengembalikan kepada mereka semula. Siapakah yang akan menjumpai & mengeluarkannya kembali dari perut bumi?
Tidak lain tidak bukan, pemimpin akhir
zaman kita, Imam Mahdi Al-Muntazar. Di mana? Saya sendiri tidak tahu. Sosok Imam Mahdi sekarang ini pun tidak tahu.
Baginda akan tahu bila Tuhan menunjukki tempatnya nanti.
Tabut Nabi Musa itu akan dijadikan bahan
berhujjah di antara Imam Mahdi & Yahudi, serta menjadi bukti bahawa
bagindalah sebenar-benarnya IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR.
Pada siri (2) akan datang, kami akan
memasukkan kata-kata para sahabat, tabiin & ulamak serta kupasan mereka
terhadapnya. Anda tunggu & lihat. Sekian,
Wassalam.
RUMAH. Waktu pagi. 8-3-2013. 6.24 am
Mukjizat peti Tabut Nabi Musa AS,
ReplyDeletekini berada ditangan Imam Mahdi AS.....
LAGENDA TOMBAK MUSA KEKUATAN BANI YAHUDI...
ReplyDeleteSelaen Peti Tabut Musa jadi carian rebutan Bani Yahudi,
Ada satu lagi senjata pusaka Musa juga mereka mencari.
Itulah senjata Tombak Musa asal milik Firaun dibawa pergi.
Terjatoh tenggelam diLaut Merah tatakala selamatkan diri.
Setelah ribuan tahun timbol semula Ahlulbait Nabi pula miliki.
Dizamannya jadi rebutan pahlawan2 pemiliknya sileh berganti.
Akhirnya jatuh ketangan Imam Mahdi tapi powernya dimati...
Tamad sudah Mukjizat Tombak Musa ditangan Imam Mahdi....
Tamingsari
DeleteMenurut Saya disimpan di Gunung Padang ..Cianjur ..Indonesia...sekarang mau di teliti oleh Amerika CS....
ReplyDeleteduga an saya sahaja...
DeleteBisa Betul Bisa salah...he..he...
DeleteNabi Isa a.s pun membunuh Dajjal dengan menggunakan Tombak.
ReplyDeleteDi Kota Ludd berhampiran Tel Aviv.
ReplyDeleteDi Kota Ludd berhampiran Tel Aviv.
ReplyDeleteNabi Isa a.s pun membunuh Dajjal dengan menggunakan Tombak.
ReplyDeleteAlhamduliliah sudah ditemukan kotak tabut musa di indonesia oleh seorang pemuda bodoh
ReplyDeletehttp://reretaipan88.blogspot.com/2018/06/asiataipan-taipanqq-taipanbiru-15.html
ReplyDeleteTaipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong