Pada hari Rabu, 21/8/2013, masyarakat dunia gempar kerana
kononnya telah berlaku satu serangan
mengejut gas saraf oleh Tentera Syria menjelang waktu subuh di sebelah Timur Damsyik.
Benarkah berita tersebut? Kononnya tentera Syria telah
menggunakan senjata ini untuk menghapuskan musuh-musuhnya. Lokasi kejadian
adalah seperti berikut iaitu di Ain Tarma, Zamalka and Jobar.
Saya telah melihat beberapa keping gambar mayat
kanak-kanak tersusun rapi di sebuah hospital. Menurut laporan, mereka adalah
mangsa gas saraf dari tentera Syria.
SAYA ADA BEBERAPA SOALAN
Saya ada beberapa soalan, tetapi tidak tahu kepada siapa
patut saya tanya. Sila anda melihat soalan-soalan saya. Jika anda jujur,
jawablah secara jujur. Saya percaya kejujuran anda akan menjadikan hidup anda
lebih tenang.
[1] Menurut laporan, gas saraf itu juga menyerang
hospital sehingga ramai kanak-kanak di hospital itu mati sewaktu tidor.
Bagaimana dengan para petugas hospital? Kenapa tidak terdapat mayat mereka yang
mati?
[2] Serangan didakwa dilakukan menjelang subuh. Maksudnya,
hampir 95% penduduk sedang tidur. Kenapa gambar yang ditunjukkan hanya
melibatkan mayat kanak-kanak yang diatur rapi di dalam sebuah hospital. Mana
mayat remaja? Orang dewasa? Wanita? Dan sebagainya? Mana bangkai lembu dan
kambing?
[3] Katanya, gas saraf (maksudnya gas sarin) dibedil
menggunakan roket. Maksudnya peluncuran roket ini menurut projection yang
teratur dan tepat. Dengan kata lain, sasaran roket ini seharusnya ke atas kem-kem
tentera Barisan Pemberontak Syria (SNC). Mana mayat mereka? Kenapa ditunjukkan
gambar budak-budak pula?
[4] Sekiranya sasaran askar Syria itu dikira meleset,
maka adalah tidak munasabah kalau dikatakan 3 tembakan roket (berisi gas saraf)
ke tiga tempat berbeza (di Ain Tarma, Zamalka and Jobar) kesemuanya meleset
sehingga tidak ada satu pun yang terkena kem militan (Barisan Pemberontak
Syria) dari SNC. Maka, di manakah mayat tentera-tentera Barisan Pemberontak
Syria sebagai bukti dari kejahatan ini?
DAKWAAN SNC
Barisan Pemberontak Syria (SNC) mendakwa 1300 orang
terbunuh akibat serangan gas saraf pihak kerajaan ke kawasan militan di Ain Tarma, Zamalka and Jobar.
Pada masa yang sama, kerajaan Syria dan pihak tentera
menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka dalam kejadian tersebut.
AS, Kesatuan Eropah, Britain & Peranchis serta-merta
mendesak supaya penyiasatan segera diadakan untuk kejadian ini.
MENDENGAR DESAKAN DI
ATAS
Mendengar desakan
seperti di atas, saya pun teringat nada yang sama semasa mereka membelasah
Saddam Hussein dalam peristiwa penaklukkan Kuwait.
Kata agen-agen Dajjal
Berempat saudara seperti di atas, Saddam Hussein itu jahat, zalim, penceroboh,
dictator dan sebagainya. Maka tanpa
menunggu lampu hijau dari PBB, maka mereka (diketuai oleh AS) terus menyerang
Saddam Hussein dan Iraq.
Apakah mereka merancang
menyerang Syria pula?
DALAM MASA YANG SAMA
Dalam masa yang sama,
Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon menuduh Syria terlibat di belakang kejadian
ini. Dari mana dia mendapat bukti?
Inilah bahasa rasmi musuh-musuh Islam.
Mereka bercakap satu nada, satu irama semata-mata untuk menyalahkan orang lain.
Sekarang mereka ingin membelasah Syria dengan alasan yang lebih berat.
PERMINTAAN RUSIA
Rusia juga meminta penyiasatan yang professional dan
penuh objektif dilakukan segera, sambil menambah laporan-laporan seperti ini
(sebelum ini) banyak terbukti salah.
Jurucakap Menteri Luar Rusia, Alexender Lukashevich
berkata dalam satu kenyataannya seperti berikut.
“Setiap kali badan Penyaisat
Senjata Kimia PBB sampai ke Syria, kami selalu terfikir bahawa kami akan
terlibat sekali lagi dengan provokasi bahan-bahan beracun”
BANYAK KORBAN
Syria telah memakan banyak korban sejak bantahan rakyat
pada March 2011 bila mereka meminta perubahan reformasi. Tetapi bila militan
luar Negara datang, keadaan menjadi betambah teruk dengan kehadiran militant.
AS berkata bahawa sejumlah 100.000 nyawa telah terkorban
manakala 7.8 juta rakyat Syria terpaksa berhijrah ke luar Negara sejak
meletusnya keganansan itu 2 tahun lalu.
PALSU & REKAAN SEMATA-MATA
Menteri Penerangan Syria telah menerangkan bahawa gambar
korban gas kimia itu adalah gambar-gambar yang terancang (preplanned) dan
rekaan (fabricated) semata-mata.
.
Kerajaan Syria telah mengeluarkan garis panduan lengkap
tentang penggunaan senjata ini kepada askar-askarnya di Wilayah Rif Dimashq,
demikian Omran Al-Zoabi (jurucakap
Kerajaan Syria) memberitahu agensi berita Al-Alam pada Rabu lalu.
“Beberapa saluran berita Arab dan bukan Arab telah menayangkan beberapa video dan photo yang memang “telah
dirancang awal” (preplanned) dan rekaan
(fabricated) semata-mata”.
MEMBUAT TUDUHAN
Sambungnya lagi, ‘Tujuan penyebaran gambar itu adalah
bertujuan untuk menuduh tentera bersenjata Syria menggunakan senjata kimia
terhadap penduduk-penduduk di kawasan Rif Dimashq, tetapi Damsyik menafikan
semua perkara tersebut dan menganggapnya sebagai tidak berasas dan palsu”
Tentera Syria tidak pernah melakukan perkara-perkara
salah terhadap penduduk Syria, kecuali menumpukan tugas mereka melawan
pemberontak-pemberontak yang disokong kuasa asing di Syria.
TINDAKBALAS RUSIA
Laporan AS yang mengatakan askar Syria menggunakan
senjata kimia adalah rekaan semata-mata, demikian kata seorang pengubal senior
undang-undang Rusia.
“Maklumat tentang penggunaan senjata kimia oleh Basyar
Al-Assad adalah rekaan, sama seperti
yang berlaku kepada Saddam Hussein di Iraq”, demikian kata Alexei Pushkov, Pengarah
Hubungan Luar Bagi Parlimen Russia di dalam twitternya pada Jumaat lepas.
President Obama “is going the same way”
as former President George W. Bush did then,
“Presiden Obama sedang mengikuti jalan yang sama,
sebagaimana Presiden George W. Bush lakukan”, demikian kata Puskov.
CERITA TENTANG SADDAM HUSSEIN
Saddam Hussein dikatakan menggunakan gas ini pada tahun
1988 ke atas penduduk Kurdish di Halajba sehingga mengorbankan 5000 orang
manakala sejumlah 10,000 orang tercedera.
Cerita ini kemudian diperbesar-besarkan sehingga
menampakkan bahawa Saddam Hussein itu sangat jahat. Entah cerita itu betul atau
tidak, tidak ada sesiapapun yang dapat mengesahkannya.
Bahkan bila Badan Penyiasat PBB datang ke Iraq untuk
menyiasat perkara itu, didapati perkara itu tidak jelas dan gagal dibuktikan
kesahihannya.
Kemudian timbul nama Ali Kimia (sepupu Saddam Hussein)
yang dikatakan terlibat dengan kejadian gas kimia 1988 serta perkara yang
berkaitan dengan senjata nuclear sehingga menyebabkan kedatangan Badan
Penyiasat PBB beberapa kali ke Iraq, namun ia tetap gagal membuktikan keterlibatan
Saddam Hussein di dalamnya.
HIGH CONFIDENCE
Rumah Putih mendakwa baru-baru ini bahawa kini ia percaya
dengan penuh keyakinan (high confidence) bahawa Syria telah menggunakan senjata
kimia ini beberapa kali dalam konflik 2 tahun ini.
Dengan itu, Timbalan Penasihat Keselamatan Rumah Putih,
Ben Rhodes berkata, bahawa Obama telah menetapkan beberapa langkah untuk terus
menghantar bantuan, termasuk sokongan tentera kepada pemberontak Syria sebagai
hasil tindakbalas.
SKOP DAN SKALA LEBIH BESAR
Rhodes enggan menjelaskan samada sokongan ini melibatkan
senjata-senjata berat kepada SNC, tetapi berkata bahawa bantuan ini akan
berbeza secara besar-besaran dalam “skop dan skala” bantuan.
Tujuan bantuan kali ini adalah untuk mengukuhkan
keberkesanannya (to “strengthen their effectiveness).”
Maka jawapan-jawapan itu akhirnya sampai kepada kehendak
sebenar AS & Yahudi. Mereka ingin meranapkan segera Syria tanpa perlu
menunggu lebih lama. MEREKA MAHU MELAKUKANNYA SEGERA.
KHAMIS. 22/8/2013
8.27 PM
Korban pembantaian senjata kimia di pinggiran Damaskus meningkat, 1188 warga muslim syahid
ReplyDeleteMuhib Al-MajdiRabu, 14 Syawwal 1434 H / 21 Agustus 2013 17:15
Untuk melihat foto korban remaja dan dewasa
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2013/08/21/korban-pembantaian-senjata-kimia-pinggiran-damaskus-meningkat-1188-warga-muslim-syahid.html#sthash.pqvbVNRN.dpuf
Terima kasih. Saya telah melihat gambar-gambar itu. Anda telah menunjukkan bukti2 yang semakin jelas untuk saya. Maka saya, insyaallah pasti menyiasat lebih lanjut.
ReplyDeletejgn ckp apa2 psal gas kimia ni. bkn hal kita
ReplyDelete