MESIR (1) Tragedi
Berdarah 14 Ogos 2013. Hari ini saya
merenung pemandangan jauh di depan mata saya. Hati saya berkotak katik
mengenang pelbagai jenis fitnah yang menyerang Negara Islam.
Pelbagai jenis
fitnah bercampur gaul di dalam satu bekas sehingga sulit mengenal nasi, ikan,
sayur dan sambal. Mana satu patut ku ambil dan suap ke mulutku?
Fitnah Syria berlaku
antara Sunni dan Syiah. Syeikh Al-Qaradawi terang-terangan memihak kepada
Barisan Pemberontak Syria (kebanyakannya Sunni) dengan bantuan peralatan
perang, ubatan, logistik datang dari Amerika Syarikat, Britain, Perachis, Turki
dan sebagainya.
YAHUDI DI BELAKANG
MEREKA
Dengan kata lain,
Yahudi berada di belakang mereka. Dia siap menerkam Basyar untuk menyembelihnya
tanpa belas kasihan dan meminum darahnya. Basyar dikepung oleh musuh-musuhnya
tanpa sedar atau tidak sedar. Tetapi ramai orang tidak faham bila saya
menyebelahi Basyar. Sejahat-jahat Basyar, dia masih mengucap syahadat &
mendirikan solat seperti kita,
Yahudi bukan sahaja
berada di Syria, tetapi di Mesir juga. Apa yang terjadi di Mesir sekarang
adalah rentetan permainan Yahudi dan agen-agen Dajjal. Pertempuran antara
kelompok secular (gabungan tamarood, tentera, polis, koptik, secular dan
sebagainya) dengan Ikhwanul Muslimin (IM) juga permainan Yahudi.
CUKUP MARAH DAN GERAM
Hati saya cukup marah
dan geram takkala mendengar berita bahawa pasukan tentera dan polis Mesir mulai
melancarkan serangan terhadap penyokong mantan presiden, Muhammad Mursi, di Dataran Rabiah Adawiyah
dan Dataran Al Nadhah, Kairo, pada hari ini, Rabu, 14/8/2013.
Bertambah geram saya
kerana nama Rabiah Adawiyah (biasa juga dipanggil Rabiatul Adawiyah) adalah
nama seorang wali wanita yang sangat tinggi mahabbah (cinta) kepada Tuhan.
Sepatutnya semua rakyat Mesir berkasih-sayang sesama mereka. Sepatutnya tentera
dan polis Mesir mengasihi rakyat umum dengan menjaga keamanan. Itu mahabbah
juga namanya.
SUDAH BANYAK BUKTI
SEBELUM INI
Tetapi Yahudi
mengeledik masuk ke dalam politik Mesir dengan merasuk Jeneral Abdul Fatah
Al-Sisi mengulingkan Mursi. Jangan bertanyakan saya bukti-buktinya, kerana
semuanya telah saya sebutkan sebelum ini. Kalau Setiausaha Keselamatan AS dapat
memberi amaran sejam lebih awal kepada Mursi sebelum penggulingannya, itu
tandanya Yahudi tahu semua perjalanan cerita. Titik. Noktah.
Bahkan Sisi sekarang
terus bertambah tolol dan bebal sesudah kegagalannya memujuk Mursi melepaskan
jawatannya. Dia sekarang mahu membantai IM habis-habisan, by hook or by crook,
walau terpaksa menumpahkan banyak darah dan nyawa.
TRAGEDI BERDARAH
MESIR
Inilah yang saya
sebut dan tulis sebagai TRAGEDI BERDARAH MESIR. Saya menganggap Mesir itu
sebagai negara saya, rakyatnya sebagai saudara saya, wanita-wanita tua itu
sebagai ibu-ibu saya dan ulamak-ulamaknya sebagai guru-guru saya.
Saya mencintai Mesir
sepenuh hati saya. Mesir itu dekat di hati saya kerana keramahan penduduknya,
kerana keberkatan padanya dan kerana keutamaan gedung ilmunya. Alangkah ruginya
kalau Mesir musnah dan hancur. Alangkah ruginya.
SERANGAN BERMULA
Wakil agensi berita,
Antara dapat melihat gas pemedih mata
yang tebal menyelimuti Dataran Rabiah. Kereta kebal dan lori tentera bergerak
dari Jalan Yusuf Abbas dan Jalan Tairan dari arah Jalan Salah Salim.
Serangan itu mulai
dilancarkan sekitar pukul 7.00 pagi waktu setempat atau sekitar pukul 12.00
WIB.
Tentera mengepung kota Kairo dari seluruh pintu masuk dan
keluar. Mulai dari jalan Port Saed di Kairo dan memerintahkan semua kendaraan
untuk memutar arah.
BEKALAN ELETRIK
DIMATIKAN
Bekalan elektrik di Dataran Rabiah
Adawiyah kemudian dimatikan pasukan polis. Anda tentu ingin tahu kenapa? Kerana
mereka tak dapat menghalang pihak media (suratkhabar, TV dan sebagainya)
daripada memasuki medan dan merakam kejadian.
Tetapi dengan
mematikan lampu, keadaan menjadi samar dan kelam. Kemudian ada orang
melaporkan, pelaku-pelaku penyerangan
adalah agen-agen Israel. Mereka melakukan 100 % kerja-kerja pembantaian seperti
yang pernah dilakukan Israel.
Kami tidak pasti
samada mereka itu memang benar-benar agen Israel atau dugaan semata-mata.
Tetapi kami cukup percaya kalau ada orang mengatakan, mereka pernah mendapat
latihan keras “kerja-kerja pembantaian” seperti yang terdapat di Israel.
TEMBAKAN SENJATA
BERAT
''Tembakan senjata
berat terdengar menggelegar, ribuan penunjuk perasaan termasuk perempuan dan
anak-anak panik,'' sebut laporan Antara.
Bahkan menurut channel TV Al-Ahrar, korban syahid
berjumlah hampir 450 orang syahid manakala yang luka melewati angka 10,000 lebih
Kami tidak pasti
samada angka itu benar atau sengaja ditokok tambah. Tetapi angka-angka
bandingan yang sampai kepada kami menunjukkan jumlah yang relative besar juga.
Sesungguhnya serangan tentera dan polis Mesir terhadap IM sangat kejam dan
sadis.
TERUS DIPENJARAKAN
Bahkan tidak
mengejutkan juga jika selepas ini Mohamad Mursi akan terus dikurung selama 15
hari lagi. Menteri Dalam Negeri Mesir,
Muhamad Ibrahim akhir minggu lalu pernah mengatakan, Mursi berkemungkinan akan
dipindahkan ke Penjara Tora tempat mantan Presiden Husni Mubarak ditahan.
Penjara Tora
terletak di pinggiran Ibu Kota Kairo, Mesir.
Pada Jumaat lalu, Pengadilan Mesir memerintahkan Mursi ditahan selama 15 hari lagi untuk proses penyiasatan atas tuduhan pengintipan (spy) dan hilang dari penjara pada 2011 saat kerusuhan penggulingan Husni Mubarak, seperti disiarkan surat khabar Xinhua, Cina minggu lalu.
Pada Jumaat lalu, Pengadilan Mesir memerintahkan Mursi ditahan selama 15 hari lagi untuk proses penyiasatan atas tuduhan pengintipan (spy) dan hilang dari penjara pada 2011 saat kerusuhan penggulingan Husni Mubarak, seperti disiarkan surat khabar Xinhua, Cina minggu lalu.
Ibrahim juga
menambah kata, ketua jawatankuasa
penyiasatan akan memutuskan di mana akan menahan Mursi selepas itu, walaupun
ada ura-ura akan ditahan di Penjara Tora.
KHABAR-KHABAR
ANGIN LAIN
Walau
bagaimanapun, wujud juga khabar-khabar angin yang berbeza. Media setempat
melaporkan Mursi kemungkinan akan ditahan di A'aqrab atau "Penjara
Scorpio" untuk menghindari Mursi ditahan di penjara yang sama dengan
Mubarak.
Sebelumnya pihak tentera
menyatakan Mursi kini masih berada dalam tahanan di markas militer Garda
Republik di Kairo.
Kita berhenti di sini
dahulu. Dan sebelum berpisah, saya ingin memberi nasihat pribadi kepada semua.
Tegakkanlah solat 5 waktu pada awal waktu. Segeralah menunaikannya pada saat
kamu mendengar azan. Mudah-mudahan nasihat pertama dari sekian banyak nasihat
Imam Hassan Al-Banna ini berguna untuk saya dan seluruh kaum muslimin.
Saya juga sedang
menulis kisah ekslusif tentang pembelotan Putra Khaled bin Farhan Al-Saud dari
keluarga Diraja Arab Saudi. Saya merancang 3 siri kisah ekslusif. Silakan
membacanya di blog DIA YANG TERSEMBUNYI (rujuk My Bloglist) supaya anda tahu kisah sebenarnya.
Terima kasih. Jumpa
lagi.
Salam sejahtera,
ReplyDeleteAbah Yth,
Menyimak apa yang abah kaji tentang suriah, saya melihat ada yang kurang tepat, karena abah selalu menonjolkan SNC. Informasi yang saya dapatkan bahwa di suriah ada kelompok SNC (sekuler), mujahidin jabhah nusrah dll (bercita-cita mendirikan kekalifahan/daulah islam), FSA (ada yang Ke SNC dan sebagian ke mujahidin). Informasi tersebut, saya dapatkan dari arrahmah.com. Dugaan saya insya allah,mujahidin jabhah nusrah dll adalah merupakan salah satu pasukan panji hitam. Terimakasih. Wassalam.
Abah juga sedang mengkaji FSA dan beberapa kelompok mujahidin. Tanpa mengira siapa, kita mesti mengatakan yang benar dan menyokong pula yang benar. Kalau abah tersilap, maafkan abah & abah sedia menerima pembetulan.
ReplyDeleteWbp, abah tetap akan mebuat semakan & penyelidikan untuk mengetahui yang benar di dalamnya. Terima kasih di atas teguranmu, anakku. Semoga Allah merahmatimu & kita sekalian.
Abah juga pernah mendengar khabar bahawa jabhah nusrah itu adalah panji-panji hitam dari Timur. Tetapi pengesahan ttg itu belum ada. Mendengar sahaja tidak cukup tanpa pemerhatian mendalam.
ReplyDeleteALAF BARU "THE 21ST CENTURY" telah bermula pada tahun 2001. Year 2001 was the year of the Karmic Snake. For 12 years the Snake shedding the skin. And now the Karmic Snake reborn in year 2013. All unsettled issues in year 2012 during reign of the Mighty Dragon will be accumulated resurfaced and burst in the year of the Karmic Snake. Once uncoiled the Karmic Snake will attack with no mercy....
ReplyDelete2013 YEAR OF THE KARMIC SNAKE... Ancient Egypt was the land of the Pharoah. Where his prides, powers and Majestic Crown were symbolised by the sleeky sensuous Snake. A "Dark Stranger" travels a smooth road free of entanglements. A "one-eyed" lame man steps on the Snake's tail for sure the Snake bites. Cautiously stepping on the Snake's tail, one is not harmed. Conquering aggression only the Serpent Charmer will tame the Snake...
ReplyDeleteKONFLIK DISYRIA DAN DIMESIR.. Kemelut diSyria sudah sekian lama berlarutan. Belum sempat reda diSyria, Dunia Islam bergolak lagi, kini timbul pula konflik politik diMesir. Dalang disebaliknya tidak lain percaturan licik Dajjal Al-Masikh dan Yakjod Makjod, bagi mereka tertapak kukuh. Pembunuhan kekejaman terhadap Ummat Islam sudah melampaui batasan. Apakah itu petanda2 kemunculan Imam Mahdi sudah dekat..?? Allahu'alam... Man Plans but God Laughs..
Assalamualaikum Abah.
ReplyDeleteHati saya juga cenderung untuk mengatakan Jabhah Al Nusra itu terasing dari kelompok NSC kerana perbezaan matlamat perjuangan mereka. Mungkin juga pejuang Jabhah Al Nusra ini termasuk dalam golongan Panji Hitam dari timur.
Wallahu A'lam
Farid Arifin
kamau mesti banyak mengkaji untuk melihat jabhan al nusra itu dari sudut yang lebih tepat. Yq
Delete