GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday, 5 March 2013

MANUSKRIP TEMBAGA (29B) RUJUKAN KEPADA NAS ARAMIAH.Mengenal Peribadi Imam Mahdi.Serta Perbincangan Tentang Kesudahan Pergolakan Syria Sekarang Ini.



Mari kita mengenal peribadi Imam Mahdi.serta mengikuti perbincangan pergolakan Syria sekarang Ini.

Saya mendapati nas Aramiah ini menghuraikan lebih lengkap tentang siapa IM yang kita tunggu-tunggu itu. Keperibadiannya dibuka lebih detail sehingga kita akan dapat melihatnya dari sudut yang tidak disangka-sangka.

Bentok lelaki pada masa hadapan itu diberitakan  mempunyai rambut yang berwarna merah dan satu tanda pada pahanya (Hadis mengatakan hidungnya mancung, dahi sulah/botak, bertahi lalat di pipi kanan, gigi jarang + kemudian berambut berwarna merah. Di pahanya ada tanda, apakah tanda itu?).  

Dia akan menjadi amir jemaah atau rajanya yang terhapus.(Kami tidak pasti, adakah dia akan menjadi ketua kabilah terlebih dahulu & kemudian menjadi raja atau bagaimana? Menurut setengah syeikh, masa kosong selepas kemangkatan raja hanya 2 bulan sahaja)

Dia dikatakan mencapai usia kecerdasan pada umurnya yang kedua.. Selepas dua tahun, dia akan mengetahui bagaimana membezakan sesuatu dengan sesuatu yang lain (dia adalah kanak-kanak cerdas, anak kepada ayah dan ibunya yang sangat prihatin kepada kecerdasannya).

Pada masa mudanya, dia akan menjadi seperti seorang lelaki yang tidak mengenal sesuatu, kecuali tiga kitab. (banyak mempelajari agama & menghabiskan usia mudanya dengan belajar. Kami tidak tahu 3 kitab yang dimaksudkan, apakah Al-Quran, Injil & Taurat? Atau Al-Quran, Sahih Bukhari & Ihya Ulumiddin? Atau bagaimana?)

Ketika dia menjadi seorang hakim dan mempelajari kefahaman, dia bermimpi dan dia akan ruku’(setelah dia bertambah dewasa, pergaulannya meluas & kefahamannya bertambah. Dia tidak pernah berdusta & selalu menjaga waktu tidornya sehingga selalu mendapat mimpi yang baik-baik

Di sini akan ada nasihat dan kepintaran, dia akan mengetahui rahsia manusia dan dengan hikmahnya, akan mencapai setiap manusia sebagaimana dia tahu rahsia-rahsia setiap yang hidup dan mengagalkan semua konspirasi yang menentangnya (dia suka meminta nasihat daripada mereka yang dipercayai & dia sendiri selalu menambah kebijaksanaan dirinya melalui doa kepada Tuhan0.

Dan hukumnya bagi yang hidup adalah besar dan perancangan-perancangan yang Berjaya

Maka adalah dia itu pilihan Tuhan.   

Sesudah anda melihat serba sedikit tentang peribadi Al-Mahdi dari nas Aramiah di atas, kemudian bila dicampur dengan nas Ibrani(Hebrew) dari post (29A) sebelum ini, anda akan mendapati keterangan-keterangannya adalah seperti berikut.

  • Dilahirkan di kaki lembu, bermaksud mungkin dilahirkan dalam keluarga penternak lembu, kemudian mungkin juga  kambing, biri-biri, kibas, kuda, unta dan sebagainya.
  • Mulai cerdas pada usia 2 tahun. 
  • Waktu mudanya, kuat belajar agama.
  • Kemudian menjadi amir jemaah pada atau waktu amirnya terhapus.
  • Dia menjadi hakim, bermaksud dia sangat dipercayai oleh kaumnya.
  • Dia  mempunyai rambut yang merah dan sebuah tanda pada pahanya
  • Dia mempunyai nafsu tingkatan radhiah, bererti redha kepada semua kehendak Tuhan..

Demikianlah sedikit keterangan tentang Imam Mahdi yang kami kutip dari kedua-dua nas Ibrani (Hebrew) dan Aramiah. Maklumat-maklumat ini hanyalah tambahan kepada apa yang terkandung dalam Hadis Nabi SAW.

SAAT KEMUNCULANNYA SUDAH DEKAT.
Saat kemunculannya sudah dekat. Anda jangan jadi bodoh dengan mengatakan dia cuma khayalan atau dongeng sahaja. Anda juga jangan jadi bodoh dengan mengatakan dia sebagai pengganas sepertimana ditunding oleh pihak barat. Anda juga jangan jadi bodoh dengan memboikotnya kerana menganggap dia sebagai pemecah-belah masyarakat. Paling teruk, anda jangan mengata dia sebagai manusia entah apa-apa. Dia tu gila kot, sewel kot, otak tak betul kot, tersumbat kot, tercabut wayar kot dan sebagainya.

PADAHNYA TERUK. ANDA AKAN JADI MURTAD, KAFIR DAN TERKELUAR DARIPADA ISLAM. Jangan marahkan saya. Saya cuma memberi nasihat. Kalau anda nak dengar, silakan dengar, terima kasih. Kalau anda tak mahu, terpulanglah kepada anda.

Saya ini hanya insan biasa, orang biasa, kerja biasa, suka dok di kampong, makan ulam & budu. Ilmu agama saya pun tahap biasa je. Tahu sikit-sikit je. Tetapi nasihat saya di atas ikhlas.

Saya ulangi balik kata SYEIKH JAAFAR AS-SADIQ. “IM akan keluar pada saat ramai orang akan melupakannya”.

Saya berharap diri saya tidak tergolong dalam kumpulan orang yang melupakannya. WAHAI TUHAN KAMI, SUBURKANLAH IMAM KAMI, JADIKANLAH KAMI SEBAGAI PEMBANTU-PEMBANTU KEPADA IMAM MAHDI, MANUSIA PILIHANMU.

MARI KITA MELIHAT PERGOLAKAN SYRIA.
 
Seterusnya, mari kita lihat perkembangan di Syria. Kenapa kita mesti ke sana?. Sebab apa yang berlaku di sana adalah tanda kepada dekat kemunculan Imam Mahdi. Untuk anda lebih faham, sila baca post saya, IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (23) 5 PERISTIWA DALAM 20 BULAN TERDEKAT. BACA TANPA SYARAT.

INILAH BERITA DI SYRIA
Menurut berita AFP, bertarikh 23 Feb. 2013, pemberontak Syria berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan kerajaan bagi mentadbir kawasan-kawasan yang mereka tawan..

Jurucakap pemberontak itu berkata ketika sebuah bangunan runtuh di bandar Aleppo akibat bedilan peluru berpandu oleh tentera kerajaan, yang menyaksikan 14 orang terbunuh.

Jurucakap tersebut, wakil pembangkang daripada Perikatan Nasional, Walid al-Bunni berkata, pemimpin pemberontak akan mengadakan pertemuan pada 2 Mac ini untuk membincangkan pembentukan kerajaan itu dan memilih ketua kerajaan.

''Kami bersetuju membentuk satu kerajaan untuk mentadbir hal ehwal kawasan-kawasan yang dibebaskan,'' katanya selepas satu pertemuan di Kaherah, semalam.

Seorang anggota Perikatan Nasional berkata, perbincangan pembentukan kerajaan itu akan diadakan di Istanbul.

Walid melahirkan harapan kerajaan baru itu akan berpangkalan di kawasan kubu kuat pemberontak di utara Syria.

Dalam pada itu, Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, jumlah mangsa dalam kejadian bangunan runtuh dijangka meningkat kerana masih ramai yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di daerah Tariq al-Bab, Aleppo.

Pengarah badan hak asasi, yang berpangkalan di Britain itu, Rami Abdel Rahman berkata, berpuluh-puluh lagi dipercayai cedera dalam serangan itu. - AFP

ANDA FAHAM MAKSUD BERITA INI?
Hadis Nabi ada menyebut bahawa pada peringkat awal kemunculan Imam Mahdi, dia akan bertempur dengan As-Sufyani. Imam Mahdi akan mengalahkannya. Dan sebelum itu, akan berlaku satu peristiwa dahsyat di Al-Baida. di mana ramai tentera As-Sufyani akan tenggelam ke dalam bumi kerana mengejar Imam Mahdi.

Siapakah As-Sufyani? Dia adalah pemerintah yang menguasai Syria dan sebahagian kawasan utara tanah Arab. Bila Imam Mahdi muncul, peringkat awalnya dia menyokong kepimpinan Al-Mahdi. Akan tetapi, bila Imam Mahdi menegur corak pemerintahannya yang salah, maka dia cuba melawan balik.

Di situlah, dia mengarahkan tenteranya mengejar Al-Mahdi sehingga berlaku peristiwa dahsyat PEMBENAMAN BUMI DI AL-BAIDA. Kemudian dia mengaku dirinya sebagai keturunan Rasulullah & menuduh Imam Mahdi sebagai penipu.

Kemudian berlaku pertempuran dahsyat sekitar Mekah dan Madinah di mana Al-Mahdi membuka tembelangnya. Sesungguhnya As-Sufyani itu adalah keturunan KHALID BIN MUAWIYAH. Dia bukan Ahlu Bait seperti yang didakwanya.

SIAPAKAH AS-SUFYANI ITU?
 
Ramai orang beranggapan dia itu adalah Basyar Al-Assad. Setengah orang mengata bahawa As-Sufyani itu adalah pemimpin selepas Basyar. Mari kita berfikir secara betul.


Basyar sudah kalah. Maka Basyar bukan lagi pemerintah bagi Syria. Tentulah As-Sufyani yang jahat itu adalah orang selepasnya. Siapa? Sama-samalah kita tengok dan tunggu. Paling pasti, pemerintah yang akan muncul di Syria nanti adalah anak kesayangan Amerika Syarikat & Yahudi. Dia akan jadi pemerintah boneka kepada kedua-dua negara Dajjal itu.

Apa yang terjadi di Iraq akan terjadi di Syam. Kisah Al-Mahdi adalah kisah Asia Barat. Saat kemunculannya sudah dekat, dekat & dekat.

Pada siri akan datang (30), kami akan menceritakan kisah Tabut Nabi Musa yang hilang entah di mana. Insyaallah. Ramai orang cuba mencarinya termasuk Yahudi itu sendiri. Anda tak payah mencarinya sebab tempatnya dirahsiakan oleh Tuhan.

Hanya IMAM MAHDI AL_MUNTAZAR sahaja yang akan dapat mengeluarkannya nanti. Kalau ada mana-mana Yahudi yang masih keras kepala nak melawan Imam Mahdi selepas itu, sahlah Yahudi itu keras kepala & menempah tiketnya ke neraka.

DI RUMAH. SELASA. 5-3-2013. 8.22 PM
  .    

2 comments:

  1. tuan, ada komen perihal lahad datu? hamba sedih, islam vs islam :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU ADA MASA, INSYAALLAH SAYA AKAN MENGUPASNYA. BIARKAN POLIS DAN TENTERA MENYELESAIKAN TUGAS MEREKA DAHULU.

      Delete