GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday 30 July 2012

MESTI DIBACA HARI INI JUGA


GEMPA BUMI BERLAKU SETIAP MASA. BERHATI-HATILAH

 
Samada anda percaya atau tidak, gempa bumi berlaku setiap tahun di atas permukaan bumi ini. Dan terkini, kami mendapat makumat bahawa dia berlaku hampir setiap bulan di sana-sini.

Ramai membuat kajian bahawa gempa bumi dan tsunami datang secara mengejut pada tarikh-tarikh sekitar 24, 25, 26 pada bulan-bulan tertentu. Paling kerap ialah 26 hb. Kenapa 26? Maaf saya sendiri pun tak tahu.

Tetapi kadang-kadang ada juga ia berlaku pada awal bulan. Misalkan 1, 2 atau 3 haribulan setiap bulan.

Sunday 29 July 2012

KEHEBATAN PUASA RAMADHAN & 6 HARI SYAWAL



Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Friday 20 July 2012

KATA-KATA YANG SANGAT INDAH TERHADAP ISRAK MIKRAJ



Berkenaan Israk dan Mikraj ini, saya terjumpa satu kata-kata yang sangat menarik. Bagi saya, ia cukup indah.

Kata-kata itu saya petik dari facebook adek saya, Zool Amali yang tinggal di Bukit Subang, Kuala Lumpur. Terpegun sebentar saya mendengar kata-kata itu. Satu kata-kata yang sangat indah.

Friday 13 July 2012

KALAU TAKUT, JANGAN BACA ARTIKEL INI.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Bahawa malaikat maut MEMERHATI wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

KEINDAHAN DAKWAH DALIL AQLI

 
Berdakwah atau menyampaikan keindahan Islam kepada orang lain adalah satu tugas yang sangat mulia. Ia boleh diakukan dengan 2 cara, iaitu secara lisan atau secara perbuatan (berakhlak baik)..

Kalau secara lisan, mesti ada hikmah dalam penyampaiannya.

Contohnya, kalau berdakwah kepada sesama muslim, boleh menggunakan dalil naqli iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyatakan kebenaran

Kalau kepada orang bukan Islam, mesti bijak menggunakan dalil Aqli dalam menyatakan sesuatu atau membahas sesuatu. Sila baca cerita dakwah di bawah untuk melihat betapa bijaknya seorang Syeikh menggunakan dakwah DALIL AQLI

RAHSIA MENGERAT KUKU


Ramai anak-anak muda zaman sekarang, terutama generasi Y suka mengerat kuku tanpa mengira hari. Mereka pakai semberono sahaja. Anak saya pun terikut-ikut juga sehingga saya selalu mengingatkannya dengan symbol JIK (Jumaat, Isnin, Khamis).

Tuesday 10 July 2012

TERIMA KASIH POKSU AWI


Seminggu dua ini saya sangat kebingungan memikirkan hal kaki kanan anak saya yang terpelewek (tergeliat) sehingga dia tidak dapat berjalan dengan betul.

Saya sudah pergi merata-rata tempat. Tetapi kakinya tetap begitu juga. Kaki kanannya menjadi sedikit bengkok dan tak dapat diluruskan. Kalau dipaksa juga, dia meraung-raung sakit.

Sunday 8 July 2012

KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI KEDUA)

 

Saya semakin seronok menulis pasal Imam Mahdi kerana ia mendorong saya semakin kuat mengkaji.

Memang kita semua tidak tahu SIAPA IMAM MAHDI, tetapi ciri-ciri yang disebutkan di dalam hadis dan sebahagian ucapan sahabat membolehkan kita mengkaji sedikit demi sedikit siapakah beliau itu.

Saturday 7 July 2012

KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI PERTAMA)

















Imam Mahdi sebenarnya sudah ada di kalangan kita. Kata setengah mereka yang arif, dia sudah ada, Cuma  masa kemunculannya belum tiba.

So, di mana dia sekarang ini? Di Mekah? Madinah? Kaherah? Kuala Lumpur? Jakarta? Atau di mana?