GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday, 12 March 2013

SHARAFUDDIN YANG TERSESAT



Ini adalah sebuah kisah tentang seorang hamba Allah yang tersesat di dalam hutan belantara keyakinan.  Hamba Allah yang tersesat itu bernama Sharafuddin. Saya namakan post ini sebagai SHARAFUDDIN YANG TERSESAT.

Akhirnya, saya telah tertarik kepada satu nas Kitab Suci Injil yang telah menjelaskan kasih sayang Tuhan Allah yang sebenar kepada saya, yakni :  "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Dia telah mengurniakan (memberikan) Putera-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak akan binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal."
Yohanes 3 : 16

Demikianlah kata-kata Sharafuddin yang murtad daripada Islam. Anda boleh rujuk kisah ini daripada blog Abu Zulfikar Aexenderwatern.

Kisahnya panjang lebar, tetapi daripada apa yang dapat saya perhatikan, dia menganggap Tuhan tidak ambil kisah dengan masalah yang dia hadapi. Dia merasa Tuhan jauh daripadanya dan tidak ambil pusing tentang dirinya.

Sebelum saya memberi respons kepada kisahnya, terlebih dahulu saya ingin menurunkan rententan doa Nabi Yusuf a.s semasa dia di dalam penjara. Mari kita dengarkan.

“Ya Allah, wahai yang Menyaksi dan bukan tiada, Wahai yang dekat dan tidak jauh, Wahai yang Menang dan tidak pernah kalah, jadikanlah untukku kelapangan dan jalan keluar dari masalahku dan berilah aku rezeki dari arah yang tidak aku sangka-sangka.

Ya Allah, aku mengaku kepadaMu tentang apa yang aku rasakan dari saudara-saudaraku dan musuhku. Saudara-saudaraku, mereka telah menjual dan mengambil harga penjualan diriku. Sedangkan musuhku, dia telah memenjarakanku. Ya Allah, jadikanlah untukku kelapangan dan jalan keluar.

“Ya Allah, jadikanlah kelapangan dan jalan keluar untukku dari setiap perkara yang membuatku sedih dan susah dalam urusan dunia dan akhiratku. Berilah rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Ampunilah segala dosa-dosaku. Mantapkanlah harapanku padaMu dan putuskanlah harapan itu dari selainMu, agar aku tidak pernah berharap kepada sesiapapun selain Engkau"

Sesiapa yang mahukan teks Arab bagi doa di atas, silakan membeli buku DOA-DOA PARA NABI & WALI (ms 77 & 78). Sekarang mari kita bincangkan seputar doa di atas.

Pada baris pertama doa yang pertama, anda menjumpai perkataan YA ALLAH, WAHAI YANG MENYAKSI DAN BUKAN TIADA, Panggilan YANG MAHA MENYAKSI itu menunjukkan bahawa Nabi Yusuf (sebagai orang Islam) percaya bahawa Allah Maha Melihat (menyaksi) dan tidak sesekali menjauhkan diri. Tuhan tidak buta, dan tidak juga pekak dan bisu.

 DAN BUKAN TIADA menunjukkan bahawa Nabi Yusuf tahu dan yakin bahawa Allah itu wujud (ada). Walau pun baginda tidak nnmpak Allah, tetapi baginda yakin Allah itu ada. Keyakinan itulah yang membezakan antara Nabi Yusuf dan Sharafuddin yang murtad ini.  

Seterusnya, si murtad ini menulis.

Inilah sifat kasih dan penyayang Allah yang sebenar dan sejati. Jauh beda sekali ajaran Islam tentang kasih Tuhan yang sebenarnya tidak dapat dikenali dan dihargai. Ramai orang juga menyalah-fahami ungkapan 'Putera-Nya' yang telah diutus Allah itu, kerana ini tidak sekali pun bererti Tuhan Allah perlu 'isteri' untuk mengutuskan Putera-Nya! Pentafsiran salah segelintir orang Muslim ini, mencerminkan pra-sangka tidak berasas mereka dan fikiran yang dangkal sebenarnya!

Keputeraan Firman Allah Isa itu, tidak dapat difahami dalam maksud biologis atau pun jasmaniah. Umat Kristian sendiri tidak pernah mentafsirkannya secara begitu! Sebaliknya, mereka kutuk dan membantah salah-tafsiran jasmaniah ini sekeras-kerasnya!

Apakah istilah-istilah Anak Sungai, anak kunci, anak bulan dan sebagainya harus difahami atau ditafsirkan secara jasmani atau biologis ...?? Sudah tentu tidak, bukan!

SAYA INGIN BERTANYA KEPADANYA
Kalau perkataan putera atau anak  tidak dapat ditafsirkan secara jasmaniah atau biologis, maka ia boleh ditafsirkan secara apa?

Saya akan menjawab ocehan Sharafuddin ini menurut tingkatan otaknya.

KALAU DIA SEORANG INTELEKTUAL.
Kalau dia seorang yang intelek, cerdik, pintar, bergaji besar dan sebagainya, maka hendaklah dia ketahui bahawa Tuhan itu tunggal (esa). Tunggal itu bermaksud esa pada zat, sifat, perbuatan & nama Allah Taala.

Mana boleh ada 2 atau lebih Tuhan yang berbeza zatnya? Yang ini begini, tetapi yang itu begitu. Mana ada tuhan seperti itu di mana zat mereka berbeza?

Mana boleh alam semesta ini mempunyai dua atau tiga atau banyak tuhan. Tentu akan rosak binasa alam ini kerana perbezaan pendapat atau keinginan di antara mereka. Salah satu sifat Tuhan ialah berkehendak (iradat). Banyak Tuhan, tentulah banyak kehendak. Sangat huru-hara seperti itu.

Bayangkan kalau kereta ada 2 pemandu? Tentu haru-biru jadinya. Bayangkan sebuah sekolah ada 2 orang pengetua? Tentu kecoh jadinya . Bayangkan seorang isteri ada 2 orang suami? Tentu berperang besar di antara mereka.

Adakah putera Tuhan itu sejenis robotik yang menurut kemahuan BapaNya tanpa ada sedikit pun perbezaan pendapat / keinginan di antara mereka? Sangat sukar mengatakan demikian. Sebab itu, Islam menolak kewujudan tuhan lain selain Allah. Tidak ada anak Allah, cucu Allah, cicit Allah atau apa sahaja tandingan / klon kepada Allah.

KALAU DIA KELAS MENENGAH
Kalaulah Sharafuddin ini dari golongan kelas menengah yang tahu 3M (menulis, mengira & membaca), sukacita saya maklumkan kepadanya bahawa Tuhan itu tempat tumpuan hajat (As-Somad).

Doa Nabi Yusuf di atas jelas mengambarkan bahawa baginda sangat yakin kepada keagungan & kebesaran Tuhan. Masa itu, umur baginda baru 18 tahun. Belum pun dilantik menjadi rasul. Dan kemakbulan doa itu pun tidak terjadi serta-merta. Mengambil masa bertahun-tahun juga.

Begitu juga kisahnya doa Nabi Musa yang meminta kemenangan perjuangannya terhadap Firaun. Tuhan tidak mengabulkannya serta-merta, tetapi berlanjutan sehingga sampai 40 tahun. Menurut ulamak, tenggelamnya Firaun & tenteranya di Laut Merah adalah setelah 40 tahun doa Nabi Musa kepada tuhan.

Wahai Sharafuddin, Tuhan tidak memerlukan sebarang medium untuk memakbulkan doa hambaNya. Cepat atau lambat kemakbulan sesuatu doa, bergantung kepada kehendakNya. Janganlah mengajar Tuhan sesuatu yang dia lebih tahu bilakah masa yang sesuai untuk kemakbulan.

Tuhan juga tidak perlu menghantar puteraNya untuk memakbulkan doa hamba-hambaNya bagi pihak diriNya. Tuhan itu maha dekat, bahkan lebih dekat dari segala yang dekat.

Tuhan juga tidak perlu menghantar puteraNya untuk mewujudkan suasana kasih-sayang Tuhan kepada hamba-hambanya. Allah itu sendiri sudah bersifat pengasih dan penyayang. Tuhan tidak memerlukan kewujudan puteraNya dalam bentok manusia untuk melestarikan kasih sayangNya keran kasih-sayangNya sudah wujud di mana-mana sahaja.

Anda lihat batu, bukit, pasir, kerikil, binatang dan sebagainya, anda akan terlihat Allah sebagai penciptaNya. Kuatkan keyakinan & keprcayaan anda kepadaNya, nescaya anda akan merasa kasih-sayangNya walau di mana sahaja.

Serang muslim yang bangun bertahajjud waktu malam dan kemudian bermunajat kepada Tuhan dengan menyebut nama-nama Allah di atas, Al-Basir, Al-Samii & Al-Alim, nescaya dia mencapai  nikmat makrifat kepada Tuhan. Jiwanya sangat dekat kepada Tuhan.

Allah itu ada dan Dia pasti mendengar segala doa yang dipanjatkan. Kalau ada orang mengatakan Allah itu ada tetapi jauh, maka segala kata-katanya adalah pembohongan semata-mata.     
  
KALAU DIA RAKYAT MARHEIN
Kalaulah Sharafuddin itu buta huruf & tak mendapat pendidikan formal seperti orang lain, saya suka mengatakan kepadanya bahawa Tuhan itu tidak beranak (bukan ibu/perempuan) dan tidak pula diperanakkan (seorang anak).

Inilah percakapan yang paling jelas untuk Sharafuddin andaikata dia itu seorang marhein yang tidak tahu sedikit pun 3M (menulis, mengira & membaca). Mana mungkin Tuhan mengalami proses BERSALIN seperti manusia? Dan mana mungkin Tuhan mengalami proses HAMIL, ALERGIC, MUNTAH dan sebagainya sebelum daripada itu?

Mana mungkin juga Tuhan itu adalah anak yang keluar dari rahim seorang manusia? Mana mungkin Tuhan keluar bersama darah dan tali pusat (placenta) yang kotor dan cemar? Mana mungkin Tuhan keluar dari rahim dalam keadaan lemah & tak bermaya?

MANUSIA YANG SIHAT
Manusia yang sihat tentu bersetuju dengan apa yang saya kata. Masalah ketuhanan adalah masalah fitrah. Semua orang inginkan Tuhan. Tetapi keinginan tersebut mestilah berdasarkan iman dan takwa.

Seterusnya, Sharafuddin yang murtad ini berkata :

Saya telah pun memeluk dan menerima dengan sebulat hati, kurnia Allah yang tidak terbanding itu dalam Isa Al-Masih bagi diri saya sendiri! Sekarang saya dan seisi keluarga saya pun sudah menikmati taufik dan hidayah Allah sendiri yang sejati yang diberkati ke atas kami melalui Firman Allah yang hidup itu - Al-Masih Isa satu-satu-Nya Putera Allah yang tersayang. Kami tidak mempunyai apa-apa masalah tentang segala-gala pengajaran Sayidina Isa yang terkandung di dalam Al-Kitab. Semuanya sangat berbaloi sekali.

Maka saya ingin menjawab pulak seperti berikut:

Isa Al-Masih hanyalah nabi & rasul  seperti para nabi & rasul yang lain. Tidak ada apa-apa keistimewaan pun padanya sehingga dia patut disembah dan dianggap sebagai putera Tuhan. Dia dilahirkan dan dihidupkan. Dia berjuang dan diselamatkan. Dia akan turun dan kemudian dimatikan. Apakah itu sifat putera Tuhan?  Apakah itu sebahagian sifat yang bernama Tuhan?

Ketahuilah, semasa kecilnya, Nabi Isa mempunyai rakan. Semasa besarnya mempunyai sahabat. Semasa dakwahnya mempunyai hawari (pembantu). Dia mempunyai ibu yang pengasih. Kemudian hidupnya miskin tak berharta. Dia mempunyai sebongkah batu sebagai bantal. Ketahuilah, itu hanya sifat manusia dan makhluk Tuhan. Nokktah, 

Tetapi kalau tak faham juga, saya suka menyatakan begini.

KESIMPULAN TERAKHIR
Manusia ini ada 3 tingkat kecerdasan sahaja. [1] intelek. [2] Tahu 3M, [3] Rakyat marhein yang buta 3M. Tidak ada yang keempat. Selamat memahami apa yang tersirat.

SELASA 12-3-2013. 4.14 PM.


6 comments:

  1. assalamualaikum,
    sebenarnya, perdebatan itu cenderung menyusahkan, karena orang kafir mengajak atau mau berdebat, atau membuat pengumuman itu hanya untuk membenarkan kemurtadannya dan menanamkan keraguan semata kepada orang islam. maka dari itu Alloh memerintah rasul berpalinglah kamu daripada orang munafik. sebelum orang itu kafir pasti munafik dahulu. orang kafir yang mendapat petunjuk pasti menanyakan perihal islam tidak lewat perdebatan, dan kalo pertanyaan dia dijawab oleh imam islam pasti tidak mau mendebat.
    yahudi kafir karena menafikan isa, nasrani kafir karena menafikan muhammad. Pendahulu merekalah yang menyesatkan anak turunnya, karena tidak menyampaikan perkataan nabi mereka dengan sebenarnya, musa tidak mungkin menafikan isa, isa tidak mungkin menafikan muhammad, dan sebaliknya.karena yang mengutus semua rasul sama, ya Tuhan kalian. memang Tuhan ada berapa?untuk apa mereka ummat musa, isa, saling menafikan?
    wassalamu'alaikum.
    bolehkah aku meminta email abah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah abah akan berikan bila sampai waktunya. Abah hanya insan biasa. tidak ada apa2 keistimewaan.

      Delete
  2. lanjutan....seharusnya, ayo kita yahudi, nasrani, islam, sama2 mencari bukti perkataan dari nabi musa dan isa yang berupa perjanjian seandainya mereka tidak menyimpan niat buruk satu sama lain pasti itu dilakukan. itu bukti pendahulu mereka mempunyai niat buruk dan menyembunikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak perlu mencari bukti. mereka itu para nabi dan rasul yang mulia. Anda pencetus kekaburan dalam agama.

      Delete
  3. Kalau memang nabi musa ingin menyelamatkan ummatnya dari nabi isa harusnya Alloh memberitahu dan nabi musa tegas dengan menyebutkan nama dan keturunan sebagai peringatan, "jangan ikuti isa anak mariyam". nasrani juga, kalau nabi isa ingin menyelamatkan ummatnya dari nabi muhammad, pasti Alloh kasih tau dan nabi isa jelas dan tegas mengingatkan dengan menyebut nama,"jangan ikuti ahmad atau muhammad dari keturunan ismail kelak". nyatanya tidak ada keberanian pada pendahulu mereka untuk mengada2kan yang jelas dan terang2ngan seperti itu, karena masih ada keraguan dan rasa takut di hati mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kataa-kata anda penuh kekaburan.

      Delete