GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 30 August 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN



Hari ini, Sabtu 31/8/2013, rakyat Malaysia seluruhnya menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Bendera berkibar di seluruh tempat. Alangkah nikmatnya melihat Negara ini terus aman damai & rakyatnya hidup aman sejahtera.

Masa di bangku sekolah dahulu, guru memberi tafsiran mudah, ringkas tetapi tepat tentang kemerdekaan. KITA BEBAS DARI PENJAJAH.

Semasa saya di Universiti dahulu, kemerdekaan bagi saya ialah dapat melakukan yang terbaik untuk negara saya. Bila saya keluar ke tengah masyarakat, maka peranan saya bertambah. Tetapi saya bangga kerana saya menjadi ORANG YANG BERGUNA.

Bila saya dah tua, dah berumur seperti sekarang, maka kemerdekaan bagi saya ialah kedamaian dan kestabilan berterusan untuk generasi saya seterusnya.

Saya mahu anak saya menjadi ORANG YANG BERGUNA, yang memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

Hidup biar berjasa, supaya mati kita mendapat manfaat dari usaha di atas dunia.  Mati yang baik adalah mati selepas kehidupan yang bermanfaat.

Jangan jadi seperti “Lamb Of God”. Atau jangan jadi sejenis atau setara dengannya. Anda kenal siapa dia? Mari saya ceritakan.

Lamb of God adalah sebuah kumpulan muzik dari Richmond, Virginia, USA. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada  1990 dan terdiri daripada vocalist Randy Blythe, guitarists Mark Morton & Willie Adler, bassist John Campbell dan drummer Chris Adler.

Band ini dianggap sebagai sebahagian daripada gelombang baru Kumpulan Heavy Metal Amerika. Ada cerita tentang mereka. Ada dia?  Mari kita dengar.

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membantah kehadiran kumpulan Heavy Metal 'Lamb Of God' daripada membuat persembahan di Malaysia berdasarkan latar belakang kumpulan itu serta genre muzik yang dibawa.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, pihak berkenaan diharap tidak meluluskan kemasukam artis itu dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam dan menjaga kemaslahatan dengan tidak membuka pintu atau ruang kepada berlakunya pelbagai krisis akidah, permasalahan moral dan keruntuhan akhlak.

"Kumpulan ini pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat dengan mencampur aduk lagu metal dengan bacaan ayat suci al-Quran dan menyentuh unsur keagamaan seperti Walk With Me In Hell (berjalan denganku di dalam neraka), Sacrament (istilah majlis kerahmatan dalam agama Kristian), Resurrection (kebangkitan) serta menerbitkan album berjudul New American Gospel secara jelas bertentangan dengan syariat Islam dan nilai moral.

"Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara Islam seharusnya menonjolkan imej yang terbaik dengan tidak menganjurkan konsert hiburan melampau seumpama ini," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Majlis Kibar Jalur Gemilang dan Pelepasan Kenderaan Merdeka Warga JAKIM di sini hari ini.

Kumpulan terbabit dijadualkan membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur pada 28 September ini.

AKHIR KATA DARI SAYA
Yahudi sangat suka kalau kita (umat Islam) mengikut cara mereka berhibur, berpakaian, bersantap, berkeluarga, menikmati rehat atau apa sahaja.

Sempadan hidup umat Islam cukup mudah. Mari dengarkan.

JIKA ANDA MEMBENCI YAHUDI ATAU SEBARANG CORAK KEHIDUPAN MEREKA, MAKA ANDA MANUSIA TERPUJI.

JIKA ANDA DAPAT MENGANTIKANNYA DENGAN TATACARA HIDUP MUSLIM, MAKA ANDA LEBIH TERPUJI.  

No comments:

Post a Comment