GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday, 26 June 2013

ISRAEL RAYA (3) Mari kita lihat bukti-bukti selanjutnya dalam konflik Syria.



ISRAEL RAYA (3) Mari kita lihat bukti-bukti selanjutnya dalam konflik Syria.

Saya selalu berkata kepada diri saya bahawa saya akan menulis yang benar. Kerana kebenaran itu akan mengalir seperti air di dalam hati saya.

Ia tidak tersekat-sekat. Ia lancar dengan segala buktinya ada di depan mata.

Israel Raya


Saya telah menulis tentang KONFLIK SYRIA sebanyak enam siri. Yang terakhir sengaja saya tulis dengan judul “Mari kita berfikir secara rasional dan teratur”.

Dulu saya fikir bahawa saya hanya bersendirian dalam menyatakan pendapat bahawa Konflik Syria itu sebenarnya permainan Yahudi untuk tujuan penubuhan ISRAEL RAYA.

Tetapi rupa-rupanya saya meleset. Ramai juga blogger yang berfikiran seperti saya, yang faham bahawa situasi & konflik Syria itu menurut acuan Yahudi laknatullah. 

BLUES BUDAK UTARA (BBU)
Dulu, saya telah tampilkan artikel berkaitan dari blog Blues Budak Utara (BBU). Sekarang saya nak sebut satu lagi blog.
Silakan anda pergi ke alamat berikut. www.matsumas.org dan buka video yang disampaikan oleh ulamak terkenal dunia dari Trinidad, Syeikh Imran Hossein.



Saya sempat mencatat beberapa butiran penting.

Video itu adalah hasil ceramah Syeikh Imran Hussein yang dijemput khas ke Masjid Al-Falah, di alamat USJ 9,  47620 Subang Jaya, Selangor.

THE ZIONIST ATTACK ON SYRIA.
Tajuk ceramah itu ialah The Zionist Attack On Syria, bertarikh 25/3/2013 (Isnin). Alangkah indahnya saat kebetulan tarikh itu. 25/3/1978 adalah hari kelahiran Muhamad yang saya kenali.

Syeikh Imran Hossein dengan jelas menyatakan bahawa Konflik Syria itu adalah satu peperangan yang ada kaitan dengan Yahudi. Dan itu sewajarnya diakui oleh mereka yang tajam mata batinnya.

Kemudiannya, saya menerima satu komentar penting dari mel yang berasal dari Bogor. Sila lihat ruangan komentar pada post APA MAKSUD KEDATANGAN JEREBU? 

HAMBA ALLAH YANG BAIK.
Saya nak peringatkan anda lebih awal bahawa mel ini seorang hamba Allah yang baik. Bahkan ia sangat bertuah di sisi Allah kerana telah dianugerahkan mimpi bertemu Rasul SAW pada sekitar tahun 2003.

Maka, ingatlah bahawa dia bukan seorang pendusta. Kerana kalau dia seorang pendusta, nescaya saya tidak akan mendengar sedikit pun kata-katanya.

Saya menganggap dia seperti anak saya, sebagaimana saya menganggap Muhamad itu sebagai anak saya.

Assalammualaikum abah,
Baru saja saya terjumpa lagi sebuah buku tentang rencana Israel Raya karya Herry Nurdi terbitan tahun 2009. Di dalamnya ada disebutkan tentang rencana remapping (pemetaan semula) timur tengah, melibatkan pemunculan konflik di yaman, libya, suriah, turki, arab saudi. Hampir semuanya sudah terjadi. Asia barat juga sudah dibuat kacau. Eksekusi besar selanjutnya adalah Nusantara, dengan pola pecah belah dan adu domba. Terlebih lagi ada seseorang yang disangkakan bakal IM ada di sini. Dalam pandangan saya yang cetek identitas dia sebenarnya cukup terlindung karena di nusantara ini banyak sekali yang mengaku-ngaku sebagai IM, pbt, bocah angon, sultan herucokro, satria piningit. Namun saya hanya hendak sedikit mengingatkan abah agar tidak terlalu banyak membahas perihal dia, saudara kita.

Mel sangat sayangkan Muhamad sebagaimana saya menyayanginya. Dan saya faham benar kehendaknya agar Muhamad tetap selamat. 

KEMUNCULANNYA SUDAH DEKAT.

Kemunculan Imam Mahdi sudah sangat dekat. Jerebu di Asia Tenggara barangkali satu petunjuk bahawa geopolitiknya akan semakin panas & huru-hara. Kadar IPUnya yang mendadak tinggi juga mungkin satu petunjuk lain yang relevan.

Nusantara, sebuah wilayah yang sejuk tetapi panas sekaligus. Memang Yahudi & agen-agen Dajjal sejak dulu ada di sini. Tetapi Tuhan memang bijak menyembunyikan manusia pilihannya.

Muhamad setiap hari berkeliling kota. Dia suka memakai baju hitam & kadang-kala memakai kaca-mata hitam. Kalau anda dapat mengenalnya, dia sering bersendiri di bawah pokok yang rimbun.

AMALAN WIRIDNYA
Mungkin dia sedang membaca Al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Dia suka membaca Al-Ikhlas 100X, Al-Falaq 100X dan An-Naas 100X setiap harinya.

Itulah Muhamad. Di sebalik pakaiannya yang nampak bersahaja, dia adalah seorang yang kuat membaca Al-Quran. Dan dia juga gemar membaca Ayatul Qursi di samping banyak berselawat kepada Rasulullah SAW.

Sekian dahulu untuk hari ini. Nanti kita berjumpa semula untuk saat-saat yang lebih manis dan indah. Insyaallah.

RABU 26/6/2013 6.21 PM

11 comments:

  1. dahulu kamu kata dia bukan dari tanah jawi, sekarang kamu kata dari tanah jawi. kamu bersangka-sangka sama seperti kami sahaja.

    dahulu kamu kata sesiapa pun tak tahu dia itu imam sebelum dia zahir, tetapi di luar sana masih ada hamba Allah yang dibukakan hijab dapat mengenalnya sebelum zahir.

    Muhammad kamu itu masih belum cukup umur dan dunia tidak akan menunggunya. jika jadi pengikut imam, mungkin layak kerna pengikut imam itu kebanyakannya berumur 30-an.

    biar aku ceritakan tentang imam mengikut pandang yang Dia tunjuk pada aku...

    zikir imam ialah dengan seluruh sendi sendi dan sel-selnya beserta roh, zahir dan batin sehinggakan dia selalu bersama dengan Tuhan, samada jaga atau tidur, samada sedar atau tidak. Bukan meletakkan bilangan tertentu dan khusus pada zikir.

    sang imam baca al Quran secara Tajwidan, Tar-artilan dan Abjadan sehingga dia faham setiap isi ayat, setiap isi perkataan, setiap isi huruf, setiap isi baris, setiap isi cara sebutan dan mengetahui makrifah-makrifah dan hikmah-hikmah yang mendalam pada tahap berlapis-lapis kefahaman seperti juga datuknya Nabi SAW. kerana pembacaannya yang begini jugalah menyebabkan dia "gagap" ketika "berkata-kata".

    sang Imam tauhidnya lurus, tauhidnya haq, maka jadilah dia ahli sunnah tanpa jamaah dan asing lagi terasing di zamannya. jamaah secara keseluruhan telah masuk ke dalam fitnah besar dajjal pada akhir zaman dan dia pasti akan mengubahkan semuanya.

    sang Imam disebutkan dengan jelas di dalam al Quran. tetapi kebanyakan manusia tetap tidak faham dan tidak mahu faham.

    sang imam memiliki kelebihan pada segala ilmu dan jika ditanya apa jua soalan samada berkaitan dunia atau akhirah, pasti dia dapat jawab dengan izin Tuhan.

    sang imam adalah salah seorang ashabul kahfi yang jauh terhindar dari fitnah dajjal.

    sang imam selepas zahirnya ialah manusia unggul yang tiada bandingannya pada zamannya. itulah anugerah Allah kepadanya. apakah rahsia sehingga Nabi Isa juga mengangkatnya sebagai imam...

    Allah Lebih Tahu,
    jika apa yang kamu pernah sebut benar, maka Dia berupaya mengubah segalanya sekelip mata

    jika apa yang aku sebut ini benar, maka Dia berupaya mengubah segalanya sekelip mata juga

    jadi tak tinggal pada kita manusia melainkkan suka bersangka-sangka sahaja, kita sangka kita tahu tetapi habuk pun tiada. kita sangka kita benar tetapi kebenaran semua milik Allah.

    kepada Allah kita semua akan kembali dan Dia akan memberi ganjaran kepada setiap orang.


    ReplyDelete
  2. orang bodoh, banyak nak ngaku jadi al mahdi, boleh-boleh saja,tapi mereka akan malu, al mahdi muncul.



    di arab banyak orang bisa ngaji dan cakap bahasa arab lebih fasih dibanding orang melayu,bahkan lebih faham
    tapi orang orang itu tidak dapat bercakap -cakap dengan Tuhan.

    banyak orang hapal tulisan al qur'an, banyak yg sok tau hikmh al qur'an,
    tapi tidak ada mukjizat pada mereka, saya kasih tau alasannya:
    1. mereka belajar ngaji ,karena suruhan orang tua, suruhan adat
    2. mereka belajar ngaji karena nak cari nafkah
    3 mereka belajar ngaji untuk cari pujian saja,

    al mahdi mungkin tak bisa bahasa arab, tapi Allah selalu bukakan ayat rahasia penuh petunjuk untuk nya, tiap kali al mahdi belajar pengetahuan baru,

    oke lah ,saya nak sombong diri, bolehlah,

    orang yang telah bertemu Tuhan boleh nak bermegah,dalam al kitab ada tertulis,"BOLEH BERMEGAH ,KALAU TELAH TEMUKAN KERAJAAN TUHAN.'
    tapi orang yg pandai ngaji saja tak dapat bertemu Dia.

    itulah mukjizat al mahdi berikutnya, ia boleh bercakap dengan Tuhan, dimana -mana berada.

    beruntungnya jadi al mahdi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi kamu telah temukan kerajaan Tuhan? al kitab mana yang kamu maksudkan tu? maaf aku tidak pandai jadi mahu tahu. setahu aku lah, tiada orang yang sudah kenal Tuhan mahu bermegah-megah. TQ

      ada juga dengar al Mahdi itu 'ummi, sama seperti Nabi SAW. dia tidak tahu bahasa arab tetapi belajar bahasa arab melalui al Quran yang diajarkan kepadanya.

      bercakap dengan Tuhan, apa yang nak diherankan... sapa saja yang Tuhan Mahu beri kelebihan itu, maka dia dapat lah, tak mesti al Mahdi seorang sahaja. itu baru satu kelebihan sahaja, tak impress pun :)

      Delete
  3. saya tak suka balas komentar anda, ilmu anda tak selevel dengan saya.

    sudah saya tulis, banyak orang bodoh, nak cakap tetap al mahdi.
    tak akan bertemu


    2 korintus 10:17
    "barangsiapa hendak bermegah,hendaklah ia bermegah dalam Tuhan:

    ini maknanya:
    Tuhan cipta orang-orang di bumi ini,
    Tuhan beri mereka akal dan hati
    bagi orang yang beruntung/diberkati akan mencondongkan akal dan hati untuk rindu nak jumpa Tuhan





    silakan buka korintus

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu.. baiklah wahai saudara/i yang tinggi level ilmunya. walaupun tak faham sebab saya bodoh tapi tidak mengapa. salamun 'ala man ittaba'a al huda :)

      Delete
    2. ALKITAB 23:11

      peluang baik ni nak bertanya pada orang berilmu tinggi, minta tolong jawab ye 5 soalan ini:

      1. Bagaimanakah prosedur mencipta Roh. terangkan secara detail

      2. Di dalam al Quran, beberapa ayat disebutkan dengan beberapa huruf. Terangkan kepada kami semua makna KAF HA YA 'AIN SHOD pada permulaan "Mary Chapter" dengan 7 lapis kefahaman yang benar.

      3. Bawakan kepada kami kata-kata Jesus yang dirakam didalam al Quran, maksud aku, semua isi kandungan Injil yang ada di dalam Al Quran.

      4. Terangkan prosedur membuat sebuah satelit anti satelit dalam bahasa melayu/indonesia.

      5. Terangkan dari segi saintifik bagaimana cara untuk menghidupkan orang yang sudah mati.

      terima kasih

      Delete
  4. As salam semua. Jangan suka bermegah2 dengan ilmu yang ada. Sebab bahayanya besar. Elok bertenang sahaja. Kemudian tawadhuk kepada Tuhan sambil menginsafi diri.

    Saya mengaku ilmu saya cetek. Tetapi saya harus juga mengaku bahawa doa saya selalu dimakbulkan Tuhan. apa yang saya mohon selalu dimakbulkan. Maknanya Tuhan mendengar suara saya & saya pun merasa akrab padaNya.

    Saya ingin menjawab persoalan tuan yang bertanya. Memang sebelum bertemu Muhamad, saya menjangkakan IM itu besar kemungkinan datang dari tanah Arab.Tetapi selepas bertemu Muhamad, saya mendapati dia datang dari NUsantara.

    Itu pun melalui doa saya. Bukan kerana fikiran saya sendiri. Dan kemudiannya, saya suka memberitahu anda bahawa Muhamad itu hanyalah anggapan awal sahaja bahawa dia itu IM.

    Saya tak berani mengatakan dia 100% IM kerana saat kemunculannya belum tiba.Dia pun belum dibaaih oleh Tuhan.

    Mendengar cerita tuan itu, ternyata tuan seorang yang hebat dan tinggi ilmu makrifat. Saya hanya belajar kitab di pondok kecil yang tiak tersohor. Semoga tuan dapat menambahkan ilmu tuan di sini untuk kepentingan kita bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali pada abah.

      doa kamu, doa aku, doa dia dan doa semua, semuanya Allah makbulkan. Siapa lagi yang nak makbul doa jika bukan Allahu Al Qhadi Al Hajat, Mujiiba As Saailin? Tinggal lagi kita selalu tak dapat beza yang mana dari Nya dan yang mana dari Syaitan di dalam diri kita. Jika kita juga dapat menundukkan syaitan sebagaimana Nabi SAW ditundukkan syaitannya/ qarinnya, mudah lah kita mengenal. Nak tundukkan tu tiada cara lain kecuali dengan jalan taqwa tetapi ada juga beberapa kaedah hikmah yang boleh digunakan.

      aku hormat dan sayang pada kamu dan juga Muhammad, tiada kedengkian pada kamu berdua. jika dialah Muhammad yang dijanjikan maka aku mohon Allah akan meletakkan aku di kalangan orang yang mengikutinya. boleh jadi dialah the chosen one dan boleh jadi tidak. tetapi mengikut perkhabaran hadis (IM berusia 40-an), juga lain-lain alamat dan keadaan dunia sekarang, maka pada pendapat aku, ada orang lain telah disediakan oleh Allah. Muhammad itu mungkin salah seorang Mahdiyyin atau Muhammadin, Allah Lebih Tahu.

      orang yang paling berilmu ialah mereka yang paling tunduk merendah diri kepada Nya, bukan mereka yang ramai guru dan yang mengaji beribu kitab tetapi sombong dan tinggi diri dengan Tuhan. Allah ajar siapa yang Dia Suka tanpa had dan batasan, ikut suka Dia lah. Jika tidak, tidak pandailah Khidir walaupun tidak diketahui gurunya dari kalangan manusia. jika tidak, tidak pandailah Nabi Muhammad SAW yang buta huruf dan tidak diajar oleh guru dari kalangan manusia. Kita manusia pula yang sibuk sibuk nak menghukum itu dan ini.

      ilmu dan makrifah aku tidaklah lebih pun dari orang lain. semua milik Allah dan Dia boleh tarik bila-bila masa, anytime, sehingga aku jadi gila atau lebih lagi. apa yang aku tahu tidaklah sampai sebutir zarrah pun dari luasnya alam infiniti ini. begitu luasnya ilmu Allah umpama lautan tidak bertepi!


      Segala Puji Hanya milik Allahu Al Malik.

      Delete
  5. al mahdi itu kembali ke hadirat Ilahi/wafat saat umurnya 40 tahun

    di naik derajat jadi imam, saat umurnya 31/32/33 tahun qamariah.

    lalu dia jadi pemimpin 7/8/9 tahun.

    untuk jadi pemimpin seluruh dunia, sang imam harus masih muda ,badan tegap,sehat ,segar, kuat,

    kalau sudah 40 tahun, laki-laki sudah loyo,jalannya tak tegap lagi,
    perempuan juga,kalau 40 tahun badannya sudah tidak tegap lagi.

    pemimpin-pemimpin hebat zaman dahulu umurnya dibawah 20 tahun,karena hatinya masih murni,akalnya terbuka, badan masih kuat, tegap,tangkas,segar.

    banyak hadist al mahdi, salah terjemahan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro, sorry ler, umur 40 tahun masih tegap dan umur 40 tahun itu lebih matang. buat apa badan tegap tetapi tak matang, masih keanak-anakan. para Nabi diangkat menjadi Nabi lingkungan umur 20-an/ 30-an ker?

      tak mengapa, itu cumu pndapat kamu sahaja, belum tentu betul pun. yang betulnya bila IM betul-betul dah zahir. tengok saja lah

      Delete
  6. semua yang comment hebat2...semoga tidak kena penyakit wahn..

    ReplyDelete