Hari ini adalah Hari Bapa. Kononnya, setiap anak patut menyayangi bapa masing-masing pada hari ini. Saya yang kehilangan bapa pada umur 20 tahun terasa sangat susahnya hidup ini kalau tak ada bapa. Macam-macam kerja mesti dibuat. Macam-macam perkara mesti difikir.
Kalau bapa saya masih ada waktu
itu, tentu kesusahan dan penderitaan hidup saya tidak sesukar yang saya alami.
Tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya. Dia memberi sebuah latihan hidup yang
sangat praktikal untuk saya di sebalik kematian ayah saya. Alhamdulillah.
Apa hukum mengyambut Hari
Bapa? Anda mesti tahu hukum menyambut Hari Bapa dan juga Hari Ibu di
sebalik kasih sayang anda terhadap mereka.
Maka jawabnya adalah seperti
berikut. Menurut farwa yang dikeluarkan oleh ulama’-ulama’ di sebelah
Timur Tengah, maka hukumnya adalah HARAM.
Menyambut Hari Ibu adalah haram.
Menyambut Hari Bapa juga haram.
Mari kita lihat kenapa Sambutan
Hari Ibu itu haram. Ini adalah kerana Hari Ibu asalnya adalah hari “The
Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God
bermaksud hari Ibu Tuhan. Orang kristian mengangap Siti Maryam iaitu ibu kepada
Nabi Isa a.s adalah ibu Tuhan.
Agama Islam menyuruh umatnya
mengenang jasa ibu setiap masa dan waktu. Ia berlangsung sepanjang tahun
tanpa henti (non-stop), bukan setakat satu hari sahaja.
Begitulah juga dengan HARI BAPA, semua ini tiada dalam Islam. Silakan anda baca sejarah mengenainya di bawah. Sejarah Hari Bapa ada kaitan dengan agama Kristian & gereja.
Begitulah juga dengan HARI BAPA, semua ini tiada dalam Islam. Silakan anda baca sejarah mengenainya di bawah. Sejarah Hari Bapa ada kaitan dengan agama Kristian & gereja.
Malangnya, kita mudah
terikut-ikut. Kita ini jahil sangat. Disebabkan kita ni jahil sangat, orang
sambut kita sambut, sedangkan kita tidak tahu apakah itu dari Islam ataupun
tidak.
SEJARAH HARI BAPA.
SEJARAH HARI BAPA.
Sambutan Hari Bapa yang mempunyai
lanskap moden berusia sekitar ratusan tahun di Amerika Syarikat. Pelopor
pertamanya ialah Sonora Louise Smart Dodd, berasal dari Washington.
Walau bagaimanapun, kajian yang
lebih berani menunjukkan bahawa ia berlaku sekitar 4000 tahun yang lepas.
Sungguh mengejutkan. Ia sebuah sejarah yang sangat tua.
Khabarnya, ia mula berlaku pada
zaman runtuhan Babylon.
Kalau betul begitu, maknanya ia berlaku pada zaman Nabi Ibrahim a.s lagi
Mereka telah mencatat bahawa peristiwa ini berlaku seperti berikut. Seorang budak lelaki bernama Elmesu telah menulis mesej Hari Bapa kepada ayahnya menggunakan tanah liat sekitar 4000 tahun yang lepas. Elmesu mengharapkan agar bapanya sentiasa sihat dan panjang umur. Walaupun tiada rekod konkrit tentang apa yang terjadi kepada Elmesu dan ayahnya, namun tradisi tersebut telah berkembang selama beberapa kurun di beberapa buah negara di dunia ini.

SEJARAH HARI BAPA DI AMERIKA
SYARIKAT.
Sejarah
Sambutan Hari Bapa secara moden bermula di Amerika Syarikat dan kemudian
berkembang ke seluruh dunia. Pencinta Hari Bapa tentunya gembira dengan usaha Miss
Sonora Louise Smart Dodd, seorang anak gadis dari Spokane, Washington.
Dari usaha beliaulah, kononnya, Sambutan Hari Bapa berkembang segar sehingga ke
hari ini.
Idea
Sambutan Hari Bapa bermula dalam minda Miss Sonora takkala dia melihat Sambutan Hari Ibu
oleh para rahib wanita dalam tahun 1909. Pada umurnya 29 tahun, dia mula memikirkan
kenapa Hari Ibu ada, tetapi Hari Bapa tak ada?
Dia
merasa dia perlu berjuang untuk penubuhan Hari Bapa di atas rasa kasih
sayangnya kepada ayahnya, Mr William Jackson Smart, seorang pesara tentera. Ibunya mati takkala
melahirkannya. Maka kerana itu, bapanya terpaksa membesarkan dia dan
abang-abangnya dengan penu kasih sayang.
Didorong oleh usaha-usaha yang diperjuangkan oleh Miss Anna Jarvis's untuk mengadakan sambutan Hari Ibu, maka Miss Dodd juga melakukan kempen untuk merayakan sambutan Hari Bapa di Amerika Syarikat.
Didorong oleh usaha-usaha yang diperjuangkan oleh Miss Anna Jarvis's untuk mengadakan sambutan Hari Ibu, maka Miss Dodd juga melakukan kempen untuk merayakan sambutan Hari Bapa di Amerika Syarikat.
Persatuan
Menteri-Menteri Spokane (The Spokane Ministerial Association) dan Persatuan
Pemuda Kristian (The local Young Men's Christian Association (YMCA)) menyokong
usaha Sonora
tersebut. Hasilnya, Spokane
merayakan Sambutan Hari Bapanya yang pertama pada 19.6.1910.
Bermula
dari tarikh itu, sambutan itu merebak ke setiap negeri di Amerika Syarikat.
Melihat kepada sambutan Hari Bapa yang terus meriah di seluruh USA, maka Presiden Woodrow Wilson meluluskan idea ini pada tahun 1916.
Presiden Calvin Coolidge juga menyokong idea Sambutan HARI BAPA peringkat kebangsaan di USA pada tahun 1924 dengan tujuan "untuk mewujudkan sambutan yang lebih erat antara bapa dan anak-anak mereka dan untuk menzahirkan penghormatan secukupnya terhadap bapa”.
Selepas 4 dekad berjuang, Presiden Lyndon Johnson akhirnya menandatangani pengisytiharan umum bahawa Sambutan HARI BAPA seluruh Negara jatuh pada hari AHAD, Minggu ke 3 pada tahun 1966.
Kemudian pada tahun 1972, Presiden Richard Nixon menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantau Kebangsaan untuk memantau sambutan Hari Bapa berjalan mengikut jadual, iaitu pada setiap hari AHAD, Minggu ke 3 pada bulan Jun.
Sonora Smart Dodd telah diberi penghormatan di atas sumbangannya pada satu majlis besar-besaran di Spokane pada tahun 1974. Beliau telah mati pada tahun 1978 pada umurnya 96 tahun.

BEBERAPA TEORI LAIN HARI BAPA
Terdapat beberapa teori lain.
Sebahagiannya percaya bahawa Sambutan pertamanya diadakan .di sebuah gereja di West Virginia pada tahun
1908.
Yang lain pula mengatakan bahawa ia diadakan di Vancouver, Washington.
Presiden Lions' Club (sebuah pertubuhan Kristian), di Chicago, Harry Meek telah dilaporkan mengadakan Sambutan Hari Bapa yang pertama di dalam organisasinya dalam tahun 1915 dengan tujuan mencari bapa-bapa yang terpiih.
Dia memilih hari Ahad yang ketiga dalam bulan Jun untuk merayakan Sambutan Hari Bapa, satu tarikh yang hampir sama dengan harijadi Meek semdiri.
Sebagai penghargaan kepada semua kerja Meek, the Lions Clubs of America memberikan beliau satu jam emas, yang tertulis di atasnya, "Originator of Father's Day," (Pengasas Hari Bapa) pada majlis harijadinya, 20.6.1920.
Beberapa pakar sejarah lainnya berpendapat dan bersatu hati mengangkat Mrs. Charles Clayton of West Virginia (seorang tokoh Gereja Khatolik), sebagai pengasas Hari Bapa.
Dalam mana-mana negara di mana Gereja Khatolik agak berpengaruh, Sambutan Hari Bapa diadakan pada setiap Hari Joseph (setiap 19 March)..
KESIMPULANNYA, samada Hari Ibu atau Hari Bapa, semuanya ada kaitan dengan agama Kristian. Haram merayakannya.

sangat menarik... sekarang, ramai owam suke sambut ari bapa n ari ibu termasop sy sendiri.. arap, entri ni dapat memberi kesedaran kepada sume lapis masyarakat islam di luar sana ^_^
ReplyDeleteLEPAS NI,XPAYAH SAMBUT LA HARI AYAH HARI IBU....JUST BANYAKKAN DOA UNTUK MEREKA
ReplyDeleteSepatutnya sambut time hari ank sulung dilahir kn... time tula mereka start menjd mak dan ayah....
ReplyDeleteada benarnya jugak....yang penting, eratkanlah hubugan dengan ibu dan ayah.
Deleteterima kasih untuk info ni! kalau sambut pun tapi tak doa dekat diorang, tak ada guna juga! hari ayah dan hari ibu ni hari-hari boleh sambut! tak payah nak tunggu tarikhnya! lagipun, ini orang kristian punya! harap dengan info ini dapat menyedarkan orang ramai hukum menyambut hari ayah dan hari ibu ini! terima kasih sekali lagi ya! :)
ReplyDeleteBetul.. Lagipun ia semua tiada dalam kategori HARI BESAR sama dgn Hari Kekasih dan Hari Pekerja
Deletehttp://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/buat-sendiri-sirop-obat-batuk-ini-di.html
ReplyDeletehttp://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/wedding-cake-tradisi-dalam-pernikahan.html
http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/di-jepang-vending-machine-tawarkan.html
QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
• BB : 2B3D83BE
Come & Join Us!