GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday, 28 June 2013

CERITA POLITIK QATAR (1) Penurunan tahkta Raja Qatar & penyingkiran Menteri Luar Dan PM.

CERITA POLITIK QATAR (1) Penurunan tahkta Raja Qatar & penyingkiran  Menteri Luar Dan PM.

Sehari dua ini saya sibok sikit. Tetapi tiba-tiba ada kisah terbaru dari Qatar. Ada peralihan kuasa di Negara kecil itu. Walaupun ia kelihatan lancar, tetapi “angin panas” (maksudnya berita panas) tetap juga bertiup.

Apakah ia ada kaitan dengan misteri akhir zaman? Saya tak berani mengatakan ya atau tidak. Tetapi saya percaya, setiap kejadian itu ada hikmahnya untuk kita.

Khabar angin yang berkembang sejak beberapa waktu lalu akhirnya menjadi kenyataan. Surat khabar berbahasa Arab yang berpusat  di London, ‘Al-Arab’ sudah mengabarkan akan adanya peralihan kepemimpinan di Qatar dimana Amir Qatar Sheikh Hamad bin Khalifah Al-Thani akan menyerahkan tampuk pemerintahan  kepada Putera Mahkota Amir Tamim bin Hamad bin Khalifah Al-Thani.

Amir Tamim, 33 tahun
Amir Qatar (Sheikh Hamad) mengumumkan dirinya berundur dari takhta kerajaan pada hari Isnin, (24/6/2013) dan hari ini pernyataan tertunda tersebut diumumkan melalui stesen  TV Al-Jazeera, milik pemerintah Qatar.

Penggantinya adalah Putera kedua Sheikh Hamad dari isteri keduanya. Dikatakan isteri keduanya ini (Sheikah Moza bin Nasser Al-Musnid)  sangat dominan peranannya dalam percaturan pemerintahan Qatar.

Sheikh Hamad sendiri mempunyai 4 orang putra. Dua dari isteri pertama dan dua dari isteri kedua. Amir Tamim merupakan anak kedua dari Sheikhah Moza. Amir Tamim kelahiran tahun 1980 (sekarang berumur 33 tahun) mempunyai dua orang istri dan dikurniakan Tuhan putra-putri seramai  6 orang.

Sesetengah orang berpendapat bahawa Amir Tamim (maksudnya Ketua Bani Tamim) ada kaitan yang relevan dengan tokoh misteri akhir zaman, PEMUDA BANI TAMIM (PBT)?

Benarkah wujud kaitan itu?

Saya tak dapat menjawabnya. Kerana saya lihat terdapat beberapa yang bertentangan padanya.

Menurut hadis, PBT (dikenali sebagai Syuaib bin Saleh) bermaksud pemuda soleh dari bapa yang soleh. Nama sebenarnya tidak dijelaskan. Kemungkinan Amir Tamim adalah PBT mungkin benar berdasarkan factor ini.

Menurut hadis juga, PBT akan menyediakan tapak pemerintahan kepada Imam Mahdi. Kemungkinan Amir Tamim juga benar dalam hal ini kerana dia mempunyai Negara & wilayah kekuasaan.



Menurut para ulamak, PBT itu berkulit kuning langsat, bermisai nipis dan bekas seorang hamba. Melihat gambarnya di atas, kulitnya sawo matang (coklat) dan misainya agak tebal. Dengan itu, saya tak berani mengatakan dia sebagai PBT.

Tentang status “bekas seorang hamba”, maka saya tidak menemui kesimpulan munasabah tentang perkara tersebut kerana sekarang ini, hamba itu sendiri sudah tidak wujud lagi.

Dengan itu, saya berpendapat bahawa Syuaib bin Salih itu hanya rakyat biasa. Dia bukan dari kalangan istana atau raja. Kalau benar demikian, maka Amir Tamim bukanlah PBT yang kita cari-cari.

Kemudian, ada juga hadis yang mengatakan bahawa PBT itu memegang panji peperangan dan bertindak sebagai panglima perang. Dalam hal ini, saya boleh menerimanya kerana Amir Tamim itu adalah alumni Akademi Militer Sandhurst Inggeris yang sangat terkenal itu.

Maka itu bermaksud beliau sangat mahir dalam peperangan & tahu segala taktiknya.  

Demikianlah beberapa perkara yang dapat saya pertimbangkan untuk pembaca semua. Setakat ini, saya tak berani mengatakan apa-apa. Terpulang kepada anda.

Mari kita kembali semula kepada kisah Amir Tamim, raja  Qatar yang baru itu. Dia mempunyai beberapa orang anak. Anak yang tertua ialah perempuan berumur 7 tahun, sedangkan putera tertua saat ini baru berumur 5 tahun yaitu Amir Hamad  (mengambil nama kakeknya sendiri).

Di dunia Arab, tradisi semacam ini sering terjadi, Biasanya nama cucu laki-laki yang pertama akan mengambil nama sang kakek (maksudnya datuk).

Beliau (amir Tamim) adalah alumni Akademi Militer Sandhurst Inggeris yang sangat terkenal dan pandai pula berbahasa asing, khususnya Inggris dan Perancis.

Namun, ada sesuatu yang ganjil dalam syarat pergantian kepemimpinan kali ini. Apakah syarat ganjil yang diminta oleh Amir baru Sheikh Tamim?

Syarat tersebut adalah penyingkiran  ‘orang kuat Qatar’ yang selama ini memegang jawatan sebagai Menteri Luar sekaligus Perdana Menteri Qatar.

Siapakah orang yang disingkirkan itu? Beliau ialah  Sheikh Hamad bin Jassim bin Khalifah Al-Thani yang dianggap juga sebagai arsitek pembangunan Qatar modern.  Isu ini sebenarnya telah berkembang beberapa minggu yang lalu sebagaimana diramalkan oleh para penganalisis politik.

Kebetulan pula, Sheikh Hamad bin Jassim memang sudah lama membiasakan diri  tinggal di Kota London ekoran adanya kemungkinan disingkirkan oleh Amir Qatar yang baru.

Alasan kesehatan memang menjadi faktor utama pemindahan kekuasaan ini, karena memang Sheikh Hamad selama ini hidup dengan satu ginjal.

Tidak seperti pemindahan kekuasaan di Arab Saudi yang harus menunggu wafat, baru digantikan. Maka kerana itu, Arab Saudi saat ini mengalami krisis calon pengganti Raja karena Putera Mahkota rata-ratanya sudah memasuki usia uzur.

Maka kerana itu, Raja Abdullah sudah membuat ‘Dewan Baiah’ yang akan memilih raja sepeninggal beliau nanti. Tapi tidak demikian dengan Qatar. Peralihan kekuasaan kali ini berjalan mulus (lancar) walau pun terdapat riak-riak kecil, tidak seperti seperti ketika Sheikh Hamad mewarisi takhta ayahnya dahulu,  Amir Khalifah Al-Thani.

Perselisihan pendapat antara Amir Qatar Sheikh Tamim dengan Menteri Luar dan PM sekaligus, Sheikh Hamad bin Jassim adalah karena peranannya yang kuat dalam Badan Pelaburan Qatar yang banyak membuat pelaburan  di Eropah.

Namun, sebagai orang muda, Sheikh Tamim juga mendapat support dan dukungan yang kuat dari Sang Ibu. Selama ini sepak terjang Sang Permaisuri Sheikhah Moza ini sungguh kuat dan ‘didengar’ oleh Amir Qatar sendiri iaitu  Sheikh Hamad sendiri. Bisa dibuktikan bahawa kemenangan Qatar sebagai tuan rumah penyelenggaraan Final Sepak Bola Dunia (World Cup 2022) adalah karena peranan Permaisuri Sheikhah Moza yang sangat bijaksana.  

Peranan ini tentu saja tidak akan lepas begitu saja apalagi Sang Amir yang baru merupakan puteranya dan masih muda serta belum banyak pengalaman menangani masalah-masalah politik yang ‘rumit’ dan ‘hassasah’.

Menurut para penganalisa politik,  Sheikh Hamad masih tetap akan memberikan bimbingannya dalam urusan persoalan-persoalan pelik dalam negara.

Namun, terdapat perbezaan yang ketara saat ini antara ayah (Sheikh Hamad) dengan Amir baru Sheikh Tamim, khususnya dalam pandangan mereka terhadap Ikhwanul Muslimin (IM) yang mulai berkuasa di beberapa negara Arab Spring seperti di Mesir dan Tunis.

Gerakan Salafi-Wahabi ala IM tersebut selama ini mendapatkan dukungan penuh dari Sheikh Hamad hasil keakrabannya  dengan Ketua Ulama Muslim Antarabangsa, Prof. Dr. Sheikh Yusuf Qaradawi, yang kini telah menjadi warga negara Qatar (asalnya dari Mesir tetapi diusir dan mendapatkan perlindungan pemerintah Qatar bahkan diberikan kewarganegaraan).

Peranan Sheikh Qaradawi dalam dunia Islam tidak kecil termasuk fatwa-fatwa politiknya yang mendukung penggulingan rejim-rejim diktator di negara-negaar Arab Spring seperti Tunisia, Mesir dan Libya, termasuk Syria yang hingga saat ini masih bergejolak.

Perbedaan antara ayah dan anak tersebut memang sangat ketara. Kalau ayah selama ini menjadi pendukung IM, tetapi sebaliknya Sang Anak (Sheikh Tamim) adalah penentang IM-Salafi-Wahabi.

Bahkan dia mengatakan bahawa para tokoh IM itu hanya menjual ayat-ayat agama untuk menumpuk harta kekayaan. Kami belum mengerti maksudnya setakat ini, tetapi kisah ini tentu menarik kerana ia ada kaitan  dengan konflik Syria dan misteri akhir zaman.

Kepada semua pembaca saya, silakan ke BLOG PEMINAT RAHSIA (di bawah) & cari  DIA YANG TERSEMBUNYI  untuk mengikuti kisah SURAT MISTERI YANG BERADA PADA BASYAR AL-ASSAD untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut.

Bagaimana hubungan selanjutnya antara Qatar dengan IM pada masa hadapan? Semuanya sukar diramalkan walaupun pendekatan berbeza mungkin mewujudkan hasil berbeza. Sama-samalah kita tunggu.

SABTU 29/6/2013

13 comments:

  1. salam...

    "Kami belum mengerti maksudnya setakat ini, tetapi kisah ini tentu menarik kerana ia ada kaitan dengan konflik Syria dan misteri akhir zaman."

    mengikut guru, fitnah terhadap Islam itu dikembangkan oleh IM samada mereka sedar atau tidak. tiga pendiri utama IM digelar sebagai "syaitan kecil" olehnya. sehinggalah ketika ini para IM di seluruh dunia membawa fahaman-fahaman Islam kontemporari yang sudah diadun dengan sebatian fitnah dajjal. itulah fitnah terbesar terhadap Islam dan dunia. lihat pergerakan-pergerakan Islam seluruh dunia, kebanyakannya mengguna pakai sebatian fitnah dajjal juga. apa fitnah besar itu?

    antaranya:

    1.sistem politik demokrasi yang mensyirikkan Allah dibawa masuk, dikembangkan lagi difatwa halal lagi selamat. maka jadilah semua rakyat tertindas tindas. hukum-hukum Allah sewenang wenangnya di ubah.

    2.sistem kewangan berasaskan wang fiat yang diterima tanpa mengetahui dengan mendalam pun tentangnya. sehingga pada tahun 1973, 1979, 1985 dan 1986, secara rasmilah ummat Islam sedunia terjebak dengan fitnah besar ini kerana difatwa harus, halal, enak lagi sedap dimakan oleh para ulama yang bersidang, padahal apabila ditanya kepada mereka tentang sistem wang kertas ini mereka kebingunagan tidak tahu. tidak terkecuali para pemegang Sarjana, PhD, Professor "islamic banking" atau "muamalat Islam". hasilnya, saya makan riba, abah makan riba, muhammad makan riba, dan semua termasuk ulama samada kecil atau besar makan riba. bezanya cuma sedikit atau banyak sahaja.

    3.sistem pendidikan formal dan tidak formal, fitnah lebih melata dan merata di peringkat universiti. saya secara peribadi tidak berasa kagum pun pada sesiapa yang ada PhD, Prof dan sebagainya kerana itu semua adalah title-title permainan fitnah ini. seseorang perlu melanjutkan pelajaran sehingga perlu berhutang dengan riba (sistem dajjal), kemudian ilmu yang didapati juga adalah ilmu yang diadun dengan fitnah dajjal. maka tidak tinggal lagi pada manusia kecuali mereka yang dirahmati Allah yang terhindar dari fitnah besar ini.

    bukankan kurun terbaik sudah meninggalkan kita lebih 1000 tahun? sepanjang 1000 tahun takkan tiada apa pun yang kurang? siri-siri penjajahan ke atas Bahgdad, Andalus, Afrika dan India yang menyebabkan sungai-sungai kehitaman mengalirkan dakwat-dakwat dari jutaan kitab, sungai-sungai yang kemerahan mengalirkan darah para ulama yang haq. sesungguhnya benarlah kata Nabi bahawa ilmu itu diangkat, yang tinggal hanyalah orang-orang jahil yang diangkat sebagai pemimpin dan ulama. mereka memberi fatwa yang sesat lagi menyesatkan.

    kepada sesiapa yang tak setuju maka ini soalan untuk kamu:
    jika semuanya ok-ok sahaja perlukah Imam Mahdi dizahirkan dan perlukah Imam Mahdi bersusah payah nak pergi berperang dengan negara-negara Islam.?

    ya Islam masih tetap dipelihara, Al Quran masih tetap dipelihara tetapi secara keseluruhannya makna Islam dan Al Quran telah diselewengkan. itulah kunci fitnahnya

    kata guru yang lain, pemuda bani tamim itu dan keluarga besarnya dari bani tamim itu kaya raya. ultra super rich. semoga mereka menggunakan kekayaan yang Allah bagi dengan membantu mereka yang memerlukan.

    Qatar sekarang menjadi antara negara paling kuat menyokong pemberontakan sebahagian rakyat syria. jika apa yang abah kata benar iaitu putra tamim tidak seperti ayahnya, maka mungkin selepas ini tiada lagi bantuan terhadap pemberontak.

    dunia dunia ...

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Saya tak sanggup mengatakan pendiri2 Ikhwanul Muslimin (IM) juga sebagai syaitan2 kecil. Mereka juga mempunyai jasa dalam pengembangan agama islam sekuat daya dan tenaga mereka.

    Apa yang mereka warisi (sistem riba dan sebagainya) bukanlah kehendak mereka. Ia berlaku sebelum mereka.

    Cuma apa yang patut mereka (termasuk kita semua) lakukan ialah mengembalikan semula sistem itu kepada Islam. Janganlah kita mencela mereka dan melemparkan kata2 keji kepada mereka. Itu perbuatan tidak manis dan langsung tidak sopan.

    Kita boleh berbeza pendapat. Tetapi marilah kita berbeza dalam keadaan tersneyum sesama kita.

    ReplyDelete
  3. Kita masih boleh tersenyum sesama kita yang sesetengahnya melakukan dosa besar dan dosa kecil kerana kita tahu Allah itu Maha Pengampun. bahkan kita juga mengharapkan pengampunan Allah pada semua orang.

    Tetapi apabila ada seseorang suka memberi fatwa tanpa ilmu yang cukup, itu adalah sesat lagi menyesatkan dan hanya Allah yang Tahu bagaimana membalasnya. Bukalah hadis dan cari siapa makhluk Allah di akhir zaman yang paling jelik berada di atas muka bumi.

    Lihat semalam, 17 juta org dilaporkan menyertai tunjuk perasaan utk menggulingkan seorang pemimpin IM, Mohamed Morsi. Pernah tak kita fikir kenapa Allah tidak mahu bantu padahal mereka kelihatan Islamik? Pernah tak kita fikir kenapa dlm tempoh tak smpai 2 tahun sahaja Umar Abdul Aziz mendapat bantuan Allah mengislah empayarnya yg jauh lebih besar?

    Sebenarnya abah pun sependapat dgn saya tetapi tak mengkhususkan golongan mana yang bathil. Buktinya persoalan abah ketika pembaiahan al Mahdi nanti hanya sedikit yang akan membaiahnya. Yang disebut bukan ulama feqeh, bukan ulama tauhid, bukan ulama tasauf tetapi yang disebut ialah ABDAL, ASOIB....kenapa? Di mana ulama lain ketika itu?

    Kita bukan mahu mengkeji sesiapa pun sebab kita pun bukan yang paling soleh, tetapi mereka telah melakukan kerosakan yang besar. Bukan tidak ada yang telah menegur tetapi apabila ditegur lalu mereka mengangkat sarjana dan phd mereka lalu berkata kamu tidak setaraf kami. Jika begitu apa lg mahu dikata.. Sistem riba masih dipertahankan oleh mereka dgn nama Islamic Banking dan seluruh produknya. Bahkan kebanyakan mereka menikmati ganjaran yang lumayan dari bank dgn menjadi penasihat. Bahkan sesetengah mereka menjadi penasihat kepada beberapa bank.

    Maaf saya cuma nyatakan pandangan golongan minoriti kerana abah katakan masih belum memahami. Apapun Yang benar hnya Milik Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka wali abdal,

      saat umroh, maret lalu di Mekkah, Allah pertemukan saya dengan seorang laki-laki muda yg jadi mutawif kami , ia masih sangat muda(34 tahun).orangnya saleh, pandai, rendah hati, sangat bertanggung jawab.

      ia orang indonesia campuran,wajahnya mirip chiko jeriko,

      saya sempat berpikir,orang tampan,baik,pintar&fasih seperti dia ,mengapa mau jadi mutawif yg gajinya kecil,

      sebenarnya ia bisa jadi dosen bahasa arab atau duta besar, karena ia punya KUALITAS MANUSIA UNGGUL.

      malam ini, saya simpulkan, mungkin ia adalah salah seorang wali yg menanti al mahdi,

      sebenarnya saya sangat rindu dengan orang itu, Insya'Allah, dialah jodoh saya,

      nanti saya nak buat twiter, saya pasang foto saya dan dia.

      Delete
    2. anon 7:37

      semoga kamu ketemu abdal yang sebenar. kata guru, abdal itu ada beberapa ciri khusus dan sering diikuti oleh sekumpulan wali-wali kecil. salam atas kamu

      Delete
    3. Semoga Allah mendekatkan kamu dan dia dan menjadikan dia sebagai pembimbing hidupmu. Abah doakan kesejahteraan & keberkatan hidupmu. Doakan juga untuk abah dan keluarga.

      Delete
  4. Wassalam. Abah mempunyai satu keyakinan bahawa setiap yang benar pasti akan menang walaupun dia mati atau cedera parah. Setiap yang palsu pasti akan kalah walaupun dia menang menjadi juara di atas takhta.

    Sebabnya, menang atau kalah adalah kehendak Allah terhadap kita. Nabi Zakaria mati dibunuh Yahudi walaupun dia benar. Iblis pula diberi peluang mengoda manusia dengan umur panjang walaupun dia salah.

    Tugas kita (termasuk Mohamad Mursi atau sesiapa sahaja) adalah berjuang demi kebenaran. Jangan fikir menang atau kalah, kerana fikiran demikian akan menganggu nilai keikhlasan kita kepada Tuhan.

    Berjuanglah secara ikhlas, sedaya upaya kita, kerana keikhlasan itu akan menarik keredhaan Allah terhadap kita.

    Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. begitulah hendaknya dan di sana terlalu banyak rahasia yang belum dirungkai.

      Delete
  5. Huhuhu...sedihnya sya baca...bila melihat sgala macm kerosakn dn fitnah dunia ini...dan di manakh pengakhiran sya nnti..adakh sya trmasuk golongn 73 jaln itu @ pn yg satu itu.... Selamtkn lh kami..hindarkn kami dr fitnah dunia ini......:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Allah berkata kepada kamu nantinya, "La Tahzan". jika kamu berharap sepnuh harap pada Allah, maka apa lagi yang menghalang Nya untuk memakbulkan doa kamu? tiada bukan. maka semoga salam atas kamu selamanya

      Delete
  6. Semoga kamu selamat. Insyaallah.

    ReplyDelete
  7. Sheikh Tamim ni ada di ceritakan dalam media asing bergaduh di kelab gay dengan pasangan lelakinya. Macamana boleh jadi PBT, Pooraahh. Raja Qatar yg baru ni sesuai jadi kudeta barat dan tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca dengan sabar segala keterangan kami dan sila hayati dengan sabar segala penilaian kami. Kami tidak mengatakan dia sebagai PBT sama sekali, bahkan kami mengajak anda berfikir bersama kami.

      Apa yang anda kata, itu ursan anda. kami tidak mahu bertnggungjawab.

      Delete