GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday, 22 June 2013

KONFLIK SYRIA (6) Mari kita berfikir secara rasional dan teratur.




Saya sebenarnya sudah malas untuk menulis tentang konflik Syria. Semakin saya menulis, semakin ramai yang tak faham. Bahkan ada yang menuduh saya sebagai pro-syiah dan sebagainya.

Tetapi sanggahan itu saya jawab dengan baik. Ini jawapan saya. Saya terpaksa menjawab sebab saya bukan orang Syiah. Saya orang ASWJ dari orang tua saya yang juga ASWJ dari datuk nenek saya yang juga ASWJ.

As-salam untuk tuan yang bertanya. Pertamanya, saya ini ASWJ, bermahzab Syeikh Abu Hassan As-Syaari (Asyariah) dalam tauhid, mengikut mahzab Imam Syafie dalam bab fekah & penganut tarekat Samaniyah Naqsabandiyah dalam hal tasauf. Saya menolak sama sekali Syiah & tak berminat sedikit pun untuk menjadi orang Syiah

Kalau diberi pilihan untuk saya memilih antara Saddam Hussein & Khomeini, saya tetap memilih Saddam kerana dia ASWJ. Tetapi kalau saya diberi pilihan antara Khomeini & George W Bush, maka saya pasti memilih Khomeini kerana dianya seorang Islam meskipun Syiah.

Demikian juga antara Basyar & AS. Saya tetap memilih Basyar kerana dia Islam berbanding AS. Bagi saya, FSA hanyalah sebagai alat semata-mata. Harap maaf.

Sekarang saya nak beri jawapan paling ringkas & paling mudah difahami. Konflik Syria itu sebenarnya peperangan antara Islam (maksudnya Basyar Al-Assad)  dengan bukan Islam (maksudnya Yahudi & Agen-agen Dajjal). Barisan Pemberontak Syria (FSA) sebenarnya alat semata-mata.

Hamba Allah yang menuduh saya Syiah itu tetap saya maafkan. Tak apa. Saya tak marah. Tetapi percayalah, peperangan itu dan peperangan-peperangan sebelum ini (kalau kita dapat mengorek rahsia-rahsia batinnya) banyak sekali peranan, campurtangan & putarbelit Yahudi & agen-agen Dajjal di dalamnya.

Kalau berkesempatan di ruangan ini, nanti saya akan ceritakan bagaimana mereka (Yahudi & agen-agen Dajjal) meruntuhkan system khalifah Kerajaan Usmaniyah pada 1917. Raja pada masa itu ialah Sultan Abdul Hamid II. Dan dialah yang telah menghantar surat kepada Syeikh tarikat Syazulliyah, guru kerohaniannya, menceritakan tentang nasibnya yang telah dipaksa turun takhta.

Dengan penurunan takhta itu, hancurlah system khalifah dalam Islam dan bermulalah pembentukan negara-negara kecil yang ada system kerajaan sendiri. Silakan anda membaca entry saya sebelum ini untuk mendapat lebih kefahaman, SURAT MISTERI YANG ADA PADA BASYAR AL-ASSAD.  

Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang pemberontakan Arab (1915 – 1917) yang meruntuhkan system khalifah Usmaniyah, elok anda baca pendapat seorang blogger  (namanya Blues Budak Utara) seperti di bawah.

Percayalah! Pemberontakan di Syria tidak sama seperti di Mesir

Aku masih percaya bahawa 'kebangkitan rakyat' di Syria tidak sama seperti di Mesir.

1. Di kala Mesir bebas dari cengkaman Presiden Mubarak, parti pembangkang yang naik menggantikan tampuk pemerintahan kerajaan ialah 'Muslim Brotherhood', iaitu satu organisasi/parti yang secara jelas mempunyai niat untuk menegakkan negara Islam dan secara pasti tidak mengiktiraf Israel.

2. Manakala di Syria pula, kerajaan Syria sekarang ialah sosialis (bukanlah Syiah seperti yang digembar-gemburkan). Walaupun sosialis, Syria mempunyai hubungan diplomatik yang bagus dengan Iran dan hubungan yang keruh dengan USA. dan secara jelas tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.

3. Siapakah organisasi/parti pembangkang utama di Syria sekarang? Iaitu Syrian National Council pimpinan Burhan Ghalioun. Syrian National Council ditubuhkan sebaik sahaja 'kebangkitan' rakyat Syria dan pemimpin beliau Burhan Ghalioun sudah menetap lama di Perancis. Dan secara tiba-tiba beliau dilantik menjadi pemimpin pembangkang? Bagaimana mungkin seorang rakyat yang sudah lama meninggalkan negara sendiri dilantik sebagai pemimpin?

4. Burhan Ghalioun juga secara terang-terangan pernah mengatakan bahawa jika Syrian National Council menjadi kerajaan di Syria, beliau akan memutuskan hubungan dengan Iran dan mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat. Putus hubungan dengan Iran? atau dengan kata lain, menjalinkan hubungan lebih erat dengan USA.

5. Tapi mengapa USA terlalu takut dengan Syria? Syria adalah negara yang bersempadan dengan Iran di Timur dan Lebanon di Barat. Seperti yang kita tahu, Hizbullah di Lebanon adalah gerakan terakhir yang berperang dengan Israel pada tahun 2006. Dikatakan Syria adalah tulang belakang di sebalik kemenangan Hizbullah di Lebanon. Untuk pengetahuan, perang Hizbullah-Israel pada tahun 2006 adalah untuk mempertahankan tanah Lebanon daripada 'jajahan' Israel.

6. Pada tahun 2011, Wikileaks telah membocorkan rahsia membuktikan bahawa US telah menaja gerakan parti pembangkan di Syria untuk menjatuhkan kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

7. Di Mesir, rakyat di sana langsung tidak mengangkat senjata untuk menjatuhkan kerajaan Mubarak. Tetapi di Syria, gerakan pembangkang di sana mengangkat senjata. Tidak pernahkah kalian terfikir dari mana dana mereka untuk dapatkan segala senjata?

8. Ada pendapat mengatakan bahawa orang awam yang dibunuh hanyalah dakyah dari pembangkang untuk memburukkan kerajaan Bashar Al-Assad (tetapi aku tidak memegang 100% pada pendapat ini)

9.Sehingga kini, aku tidak menganggap masalah di Syria sekarang ialah satu kebangkitan rakyat tetapi lebih kepada perjuangan Syrian National Council ingin merampas tampuk kuasa pemerintahan dengan cara yang salah.

10.Percayalah, jika kerajaan Bashar Al-Assad tumbang, bukan satu kerajaan Islam yang naik.

Kes di Syria sama sekali berbeza dengan Muslim Brotherhood di Mesir.

Dalam artikel beliau di atas, sebagaimana perenggan yang bergaris (lihat perenggan 4), jelas bahawa jika pembangkang berkuasa, hubungan intim dengan Israel akan terbentuk. Dengan kata lain, kerajaan Israel akan diiktiraf kedaulatannya oleh Burhan Ghalioun dan kerajaan baru Syria.

Kemudian pada perenggan berikutnya (lihat perenggan 6), pembocoran maklumat Wikileads jelas menunjukkan FSA dibantu oleh AS & sekutu-sekutu Dajjal yang lain. Apa motif bantuan itu kalau tidak ada udang di sebalik batu? Kalau anda nak tahu motifnya, lihat perenggan 9 berikutnya.

Saya juga berpendapat seperti Blues Budak Utara bahawa kalau Basyar dijatuhkan, Kerajaan Baru Syria bukanlah sebuah kerajaan Islam. Sebaliknya ia adalah sebuah kerajaan boneka yang diprogramkan oleh Yahudi & agen-agen Dajjal. Dia akan mempunyai lidah Yahudi (bercakap menurut selera Yahudi) & kaki Yahudi (bergerak menurut keinginan  Yahudi). Dengan kata lain, dia akan menjadi pemangkin kepada  pembentokan ISRAEL RAYA.

Dialah yang digelar As-Sufyani, penentang kepada manusia suci akhir zaman, Imam Mahdi Al-Muntazar.

Sekarang mari kita gostan (undur) ke belakang melihat pemberontakan Arab (1916 – 1918) yang menyebabkan kejatuhan system khalifah Usmaniyyah.

Pemberontakan Arab (1916–1918) (Bahasa Arab: الثورة العربيةAl-Thawra al-`Arabiyya) (Bahasa Turki: Arap İsyanı) dimulakan oleh Syarif Husain bin Ali (seorang pemimpin Arab di Mekah) dengan tujuan mendapat kemerdekaan daripada Turki Usmaniyyah (Pusat Kerajaan Khalifah Bani Usmaniyyah masa itu) dan membentuk sebuah negeri Arab bersatu yang terbentang dari Aleppo di Syria hingga ke Aden di Yaman.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, Syarif Husain pada mulanya menjadi sekutu Usmaniyyah, tetapi telah menukar fikiran mengadakan rundingan dengan pihak British atas nasihat anaknya Abdullah, yang telah menjadi ahli parlimen Usmaniyyah sehingga tahun 1914, dan yang yakin bahawa mereka perlu berpisah daripada pentadbiran Usmaniyyah yang semakin nasionalis itu.

Atas alasan Kerajaan Bani Usmaniyyah tercemar oleh semangat nasionalis oleh golongan Turki Muda, maka mereka ingin memberontak. Wajarkah penentangan itu? Mari kita ikuti selanjutnya.

Syarif Husain juga tidak berpuas hati dengan kuasanya yang terhad (tidak dapat menguasai Mekah sepenuhnya), maka dia memulakan perbincangan dengan ketua-ketua suku kaum di wilayah itu, para nasionalis Arab, dan Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir, Sir Henry McMahon. Husain maklum bahawa ramai Muslim mempercayai bahawa Syarif Makkah merupakan orang yang layak menjadi khalifah, jawatan yang sekarang disandang ahli keluarga pemerintah Usmaniyyah.

Bantuan British yang dijanjikan dalam Persuratan McMahon-Husain meyakinkan Husain bahawa tuntutan beliau menjadi khalifah dan menjadi pemerintah berdaulat tanah Arab itu benar.

Lagipun – dan jauh lebih penting, janji-janji yang dibuat pihak British kepada Husain dalam Persuratan Husain-McMahon pada tahun 1915 dan 1916 membuat Husain berfikir sekiranya beliau mengetuai pemberontakan yang berjaya terhadap Usmaniyyah, pihak British akan membantunya menubuhkan Kekhalifahan Arab yang merangkumi sebahagian besar tanah semenanjung Arab, sehingga ke negeri [kini] Turki di utara. Kendatipun pihak British tidak dapat menjanjikan beberapa wilayah yang terdahulunya telah mereka janjikan kepada pihak Perancis, percaturan nampak jelas kepada Syarif Husain dan beliau membuat persediaan untuk melancarkan Pemberontakan Arab.

Adakah anda sedar bahawa Syarif Hussin telah ditipu? Dia tidak diberi jawatan khalifah pun, tetapi semenajung Arab telah dipecah-pecahan kepada beberapa negeri kecil seperti Jordan, Syria, Turki, Lebanon, Palestin dan sebagainya. Mari kita teruskan selanjutnya.

Dalam bulan Jun 1916 pihak British menghantar beberapa pegawai bagi membantu pemberontakan di Hijaz, terutamanya Kolonel Cyril Wilson, Kolonel Pierce C. Joyce, dan Kolonel Stewart Francis Newcombe. Tambahan pula, misi ketenteraan Perancis yang diketuai Kolonel Edouard Brémond juga dihantar. Pihak Perancis mendapat kelebihan berbanding British kerana misinya termasuk beberapa pegawai Muslim seperti Kapten Muhammand Ould Ali Raho, Claude Prost, dan Laurnet Depui. Termasuk juga Kapten Rosario Pisani dari Tentera Darat Perancis, memainkan peranan penting dalam pemberontakan sebagai seorang pegawai kejuruteraan dan artileri bersama Tentera Utara Arab

Mereka menolong Syarif Hussein dengan niat ada udang di sebalik batu. Kemudian Kerajaan British di Mesir menghantar seorang pegawai muda, Kapten TE Lawrence, ("Lawrence dari Arabia") untuk bertugas bersama pasukan Hashim di Hijaz pada bulan Oktober 1916.

Peranan Lawrence sebagai penghubung British dengan tentera Hashim, terutamanya Amir Faisal, sangat masyhur. Namun, sejarawan British David Murphy menulis bahawa walaupun Lawrence hanya seorang daripada ramai pegawai British dan Perancis yang bertugas di Arabia, para sejarawan gemar menulis seolah-olah Lawrence seorang sahaja yang mewaliki perjuangan pihak Bersekutu di Arabia.

Lewat tahun 1917, pejuang Hasyim membantu serangan musim sejuk Jeneral Allenby terhadap garisan pertahanan Gaza-Bersheeba yang kemudiannya membawa kepada Pertempuran Beersheba dengan menjalankan serangan kecil-kecilan terhadap kedudukan Usmaniyyah. Satu contoh serangan kebiasaan ialah operasi yang diketuai Lawrence yang berjaya memusnahkan konvoi kereta api Usmaniyyah dengan meletupkan jambatan di Mudawwarah semasa konvoi itu melintasinya, dan kemudiannya menjalankan serang hendap ke atas pasukan Usmaniyyah yang datang untuk membaiki kerosakan.Kemenangan Allenby membawa dengan kepada penaklukan Baitulmuqaddis sebelum Hari Natal 1917.

Kesimpulan dari cerita di atas mudah sahaja. Britain, Perachis dan mana-mana sekutu Dajjal pun, bila  menolong sesuatu pihak ada niat yang tersembunyi. Mereka “pepat di luar rencung di dalam”.

Syarif Hussin telah tertipu dan ditipu. Sistem Khalifah Bangsa Arab (untuk mengantikan Sistem khalifah Usmaniyyah) tidak berjaya pun. Bahkan rancangan Yahudi & puak-puak Dajjal untuk membentok negara-negara Islam yang kecil berjalan mengikut jadual.

Sekarang Syria menjadi mangsa. Adakah anda masih belum faham bagaimana Yahudi & agen-agen Dajjal mahu menghancurkannya untk membentuk ISRAEL RAYA?  

17 comments:

  1. Salam abah. Bagaimana pula pendedahan dalam blog militaryofmalaysia dlm.ruangan komen mengenai pemgambilalihan empayar kewangan dunia dari yahudi kepada melayu islam melalui pemegang kunci harta raja raja. Pelaksanaan TPPA diseluruh dunia, akan mengubah situasi seluruh dunia

    ReplyDelete
  2. wassalam. abah belum tengok lagi blog tu & tak tahu dengan detail kisahnya. Sebenarnya bila mahdi berkuasa, ekonomi dunia akan berubah 100% kepada Islam.

    ReplyDelete
  3. asstagfirullah ..... jangan terus menyebar sesuatu dalam kejahilan sedangkan kamu rasa kamu benar... x perlu diungkap sejarah lalu lah, cukup kamu berfikir, sekirnya assad itu adalah orang yang kamu sokong, mengapa orang awam terlibat dalam peperangan ni dibunuh?.. kenapa budak2 yang tidak berdosa disembelih?... apakah kamu sudah buta wahai orang yang berlagak alim, tetapi jahil dalam melihat kebenaran?.... apakah kamu buta bila tentera2 mereka memaksa dan menyiksa org2 ahlusunnah dan memaksa mengakui yang basyar itu adalah tuhan?... adakah kamu buta?.... kamu berceloteh panjang2 tentang sejarah pun tak guna, pokok pangkal nya di dalam perang adakah nabi mengajar membunuh kanak2 dan wanita serta orang2 tua?... ada nabi ajar?... tak kiralah kalau kamu rasa siapa yang betul atau siapa yang salah, nyawa mereka perlu di jaga.... kamu buta dalam melihat kebenaran dan kesedaran.. berselindung dalam dunia rohani semata2, sedangkan kamu tidak melihat dengan mata hati tentang kasih sayang terhadap sesama manusia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro, agaknya ko yang buta kot. ko tak tahu ke FSA pun membunuh penduduk awam. FSA tu syiah ke? FSA juga bunuh kanak kanak, dalam satu kisah mereka (FSA) membunuh kanak-kanak itu di depan ibunya! apakah kamu buta? berlagak seolah-olah tahu semua perkara. kamu ada di medan perang syria ke? kamu tak tahu ke FSA juga menyiksa syiah yang kamu kata tu, membunuh, merobek organ mangsa dan memakan organ itu. ikut sunnah sangat lah tu? abah dah jelaskan maksudnya tetapi kamu yang tidak mahu faham. kamu ingat jika FSA menang akan jadi elok ke Syria? itu tidak berlaku di Libya dan di Mesir.

      please bro, rasional la. Jangan sebab kamu benci syiah kamu bias ta'sub melampau. Ingat! orang syiah sebusuk merekapun masih mengucap dua kalimah syahadah (ya ada penambahan lain lagi), mahu juga mereka mengaku Allah itu Esa. Ada orang kafir dan musyrik US Nato Israel mahu tunduk pada Allah? ada orang kafir dan musyrik tu mahu mengucap syahadah? jika kamu tak mahu menerima pandangan abah, silalah ceritakan versi kamu tentang hadis-hadis akhir zaman yang sekarang ini tengah direalisasikan di seluruh dunia khususnya di Syria.

      tak payah sebut orang lain jahil. aku dan kamu sama-sama jahil je. tak lebih alim pun dari orang lain.

      Delete
  4. Assalamualaikum, semoga abah ttp cekal dan sabar mnghadapi ujian.Diharap abah "all out" semua yg abah tau ttg "konspirasi" ddunia ini...Mgkin mereka2 ni xdpt terima pndpt /pndgan abah seolah2 mnyokng basyar..trmsuk sya pn x suka syiah..tp sya lbh rasional meliht apa yg brlaku disana..kerana dunia ini pnuh tipu daya...

    Kkdg pndangn mata byk menipu..jgnlah lihat apa yg terlihat tp lihatlh apa yg tak terlihat...nnti akan terlihat apa yg tersirat....

    Diharap abah dpt publish isi kndungan surat misteri yg pd basyar itu...translate bm.

    Diharap abah dapt meneruskn perjuangan abah...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah azlin. Semoga Allah tetap membantu saya

      Delete
  5. Terima kasih kepada azlin kerana sudi menyabarkan saya. Terima kasih juga kepada anonymous (selepas ini dipanggil A) yang sudi mencela saya. Saya minta maaf kepada A kalau anda tersinggung dengan pendapat saya.
    Sebnarnya, ada lagi pendapat2 lain yang sejalan dengan pendapat saya, termasuk dari ulamak2 ASWJ sendiri. Memang kami melihat dari sudut rohani/batin.
    Saya minta maaf kepada A kerana tidak dapat memuaskan hatinya di ruangan ini. Guru2 kerohanian kami melarang perbuatan berpur-pura seperti itu.
    Sebab itu, saya suka memberi nasihat begini. Kalau anda berminat membaca blog kami, silakan dengan ucapan terima kasih dari kami.
    Kalau anda keberatan, maka saya sangat berharap semoga hubungan kita tidak putus. Anda tetap saudara ASWJ kami. Dan kami tetap sayang kepada anda selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. semoga abah terus bersabar dan semoga saya dapat mengikuti sifat sabar itu.

      Delete
  6. gunakanlah pendengaran, penglihatan dan hati, sememangnya kita tidak tahu apakah sebenar-sebenarnya situasi yang berlaku di Syria ketika ini, kita di laga- lagakan sesame sendiri, mereka tidak perlu bersusah payah utk menjatuhkan kita, hanya memberikan senjata dan dana...yang mati adalah saudara-saudara kita...berperang sesame sendiri..sudah berlaku sejak dari zaman kegemilangan islam itu sendiri...bagaimana pengkhianatan sultan faisal kepada khalifah turki uthmaniyyah...teruskan usaha untuk membaiki perhubungan diantara kita sesame muslim...berstu teguh bercerai roboh, muslimin yang meminta pertolongan dari musuh adalah pengkhianat, ketaatan adalah teras kepada sesebuah empayar, jikalau hendak memberontak pun tidaklah perlu untuk meminta pertolongan pihak luar, kerana ia hanya akan memakan diri sendiri-Hussein hakim

    ReplyDelete
  7. Bersabarllh abah,tiada sesiapa pn hambaNya yg tdk ditimpa ujian....cuma apakh sebenrnya yg dikatakn ujian buat hamba2nya? Smpai tahp manakh kemampuan yg dikehendaki bila mnghdapi ujian?Dan apakh kesenangn yg bakl kita perolehi disebalik semua kesusahn itu?Ujian kuasa,ujian tidur,ujian ilmu,ujian bdan,ujian hrta benda,ujian ibadat,ujian suami,ujian isteri,ujian ibubapa,ujian ank,dn ujian kematian...itu semua ujian yg diberi utk hmba2Nya....jawapnnya hadapilh dgn kesabaran..trmsuk buat sya jg..

    ReplyDelete
  8. Oh ya abah..blh x abah rungkaikn ttg spekulasi yg brlegar2 dlm dunia konspirasi...yg mngatakn apa yg brlaku dii syria skrg adlh utk mncari relik salib asli oleh dajjal dn skutunya utk digunakn brsama2 holy grail dn spear of destiny pd perang besar di akhr zamn nnt. Dikatakn ssape yg memiliki ketiga2 relik ini blh mmberi kuasa yg hebat buat mereka,pdhal tiada yg lbh hebat selain ALLAH SWT.
    Dikatakn relik salib kayu ini telh tersembunyi di syria hngga sekrg sejk ia hilg pd abad 12.

    Boleh tak abah rungkaikn misteri ini mngikut pndangan abah.Semoga ALLAH memudhknnya utk abah... :-)

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum abah,
    Baru saja saya terjumpa lagi sebuah buku tentang rencana Israel Raya karya Herry Nurdi terbitan tahun 2009. Di dalamnya ada disebutkan tentang rencana remapping timur tengah, melibatkan pemunculan konflik di yaman, libya, suriah, turki, arab saudi. Hampir semuanya sudah terjadi. Asia barat juga sudah dibuat kacau. Eksekusi besar selanjutnya adalah Nusantara, dengan pola pecah belah dan adu domba. Terlebih lagi ada seseorang yang disangkakan bakal IM ada di sini. Dalam pandangan saya yang cetek identitas dia sebenarnya cukup terlindung karena di nusantara ini banyak sekali yang mengaku-ngaku sebagai IM, pbt, bocah angon, sultan herucokro, satria piningit. Namun saya hanya hendak sedikit mengingatkan abah agar tidak terlalu banyak membahas perihal dia, saudara kita.

    Memang sih, ini tema tulisan yang menarik dan bisa selalu menyegarkan ingatan kita perihal IM, tetapi saya khawatir terhadap dirinya. Intelejen yahudi sedunia sedang mencari-cari dia, membalik dan membongkar setiap batu yang diduga adalah tempat dirinya berada, tanpa kecuali di sebelah sini. Sudah beberapa tahun terakhir ini masyarakat sini selalu dikejutkan dengan tuduhan teroris terhadap pemuda2 muslim tipe tertentu, biasanya mereka langsung ditembak mati tanpa sempat menyatakan pembelaan diri.

    Saya khawatir bahwa dengan kecanggihan yang mereka miliki, seperti yang dinyatakan oleh Edward Snowden, mereka akan mencurigai tulisan2 abah ada benarnya. Memang sih IM sudah dijamin akan selalu dipelihara oleh Allah SWT, tapi tetap saja lebih baik sangat berhati-hati sampai saatnya semua memang harus dibuka.

    Saya baru saja kembali dari perjalanan, semakin terbuka mata betapa menyedihkan dan rusak pengelolaan negeri ini. Hasil kekayaan alam dari tanah milik negara yang seharusnya dinikmati bersama malah masuk ke dalam kantong bapak-bapak jenderal. Benar abah, saya sejak dulu selalu berpikir, sebegini rusaknya para pemimpin, pengelola negara, dan sebagian rakyat di sini, kok perlindungan Allah selalu ada ya. Bukannya dihukum (bukannya saya mengharap hukuman jatuh dari langit)tapi selalu saja diberi kesempatan, sampai-sampai konon mantan dubes usa pernah ngomong, negeri kami ini rumit, negeri lain diberi krisis berkepanjangan seperti ini pasti sudah hancur berkeping-keping, tapi kami malah tidak terusik walau tentu saja sakitnya tetap terasa. Wallahu alam.

    --mel--

    ReplyDelete
    Replies
    1. mel.. tenang-tenang aja. sang Imam sebenarnya berjalan di atas sistem yang ada, dia bukan pemuda alien yang datang ntah dari mana-mana. dia berhadap secara langsung dengan musuh-musuhnya tetapi para musuhnya tetap tak tahu bahawa itulah dia. itulah hebatnya perlindungan Allah padanya. semoga nusantara dan dunia seluruhnya sentiasa dilindungi Allah.

      Delete
    2. Terima kasih mel di atas panjang lebar huraianmu pada abah. Terima kasih juga kerana bimbang tentang Muhamad. Insyaallah, Tuhan akan menjaganya dengan baik. Abah tidak punya upaya untuk menjaganya, tetapi seperti katamu, abah sentiasa merahsiakan indentitinya.

      Semoga tuhan menjaga kita semua.

      Terima kasih juga kepada anonymous (selepas ini dipanggil B) yang tahu realiti sebenar kehidupan. Memang benar kata B. Kita semua (termasuk B) harus berjalan seperti biasa, tetapi dengan doa dan tawakkal yang berterusan kepada tuhan.

      Delete
  10. sebenarnya al mahdi sudah tak sabar,nak cepat keluar,muncul ,jadi pemerintah yg adil,

    harus nak ikut rentetan sabda nabi, kabut keluar dulu, baru lah almahdi keluar menyusul.

    aku beri tau caranya, kalau nak langsung ketemu al mahdi, harus punya niat langsung kepada Allah

    berikut niatnya:
    "ya Allah, aku nak bertobat,ampunilah seluruh khilaf dan doosaku , aku nak jadi hamba-Mu,pengikut Rasulullah,
    Islam agama yang sudah Engkau Ridha untuk seluruh orang akhir zaman.aku ingin berjumpa al mahdi"

    setiap nak berdo'a.ingatlah Allah dan kekasihNya yang tersayang-muhammad saw.
    Insya'Allah terkabul

    ReplyDelete
  11. Sebelumnya sejarah silam telah bermula dgn, apabila As-Syariff dari Keluarga Hassan bin Imam Ali, telah merampok hak dan tahta Ahlulbait As-Sayyed dari Keluarga Hussein bin XXXX... Ribuan tahun telah berlalu, diqada'kan Allah akhirnya As-Syariff dari Keluarga Hassan pula telah ditipu dan tertipu. Dgn kepintaran dan pakatan antara Bani Saud dgn British serta Kesatuan Dajjal Al-Masikh, kini seluruh Semenanjong Arab Al-Jazeera termasuk Mekah dan Madinah dirampok dijajah oleh Bani Saud Wahabbi Dajjal. Kesudahannya kini Keluarga Hassan As-Syariff terpelanting diJordan, dgn bergantong bantuan Royalty Minyak dari Saudi Wahabbi Dajjal... ( The Al-Mehdi Prophecy.... )

    ReplyDelete