Walau pun, wasiat ini disampaikan Rasulullah kepada Saidina Ali, namun ia juga sebenarnya untuk kaum muslimin dan muslimat. Khususnya kepada para suami & isteri.
Kami berpendapat, larangan ini berkait dengan
masa, kelakuan dan tempat semasa menjatuhkan sperma lelaki terhadap perempuan. Boleh
jadi sperma lelaki atau ovum perempuan akan memberikan tindakbalas tertentu
berdasarkan larangan tersebut.
Kami berharap agar para ilmuwan, doctor, saintis,
pakar psikologi & mereka yang berkaitan dapat memberi ulasan dan penjelasan
di sebalik larangan nabi itu. Kerjasama anda, kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan
isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada
akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila (termasuk
tekanan jiwa, kemurungan dsb), gila babi dan sopak mudah mengenainya dan
anaknya.”
Awasi. Jangan XXX selepas zohor |
2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
Jangan bercakap tau |
4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan
perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang
demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan
menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
Larangan baca Al-Quran semasa XXX |
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan
isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu
dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah
seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang
demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada
berpecah dan talak.”
Banyakkan takbir malam ini. Banyakkan berdoa & berzikir |
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
Sama macam Aidil Fitri la |
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
Awasi pendedahan cahaya matahari. |
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
Lebatnya buah mempelan ni. |
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian,
sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi
seorang yang menumpahkan darah.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan
menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu
jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai
tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang
demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak
tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang
demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim
dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq,
pelampau yang melewati batas.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan
membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat
Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
Jangan lupa doa ni |
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu
berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia
daripada akhirat.”
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA
AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..Sumber : Al-Ikhtisyaah, ms 132-135,
As-Saduq,
Larangan masa :
1. Selepas
Zohor
2. Pada
waktu Maghrib
3. Antara
azan dan Iqamah
4. Malam
sebelum bermusafir
5. Sewaktu
musafir 3 hari 3 malam
6. 1
hari pertama, 1 hari pertengahan & 2 hari yang akhir setiap bulan
7. Malam
Aidil Fitri
8. Malam
Aidil Adha
9. Malam
Nisfu Syaaban
* Larangan 2 hari yang akhir setiap bulan sudah
dimasukkan ke dalam no 6.
Larangan kelakuan :
1.
Syahwat terhadap perempuan lain
2.
Syahwat terhadap ipar perempuan
3.
Semasa isteri hamil
4.
Jangan guna 1 tuala. Masing-masing mesti ada 1 tuala.
5.
Jangan sapu mani lelaki & perempuan dengan 1 tuala.
6.
Jangan bercakap-cakap semasa jimak
7.
Jangan baca Al-Quran.
Larangan tempat :
1.
Bawah pohon kayu yang berbuah
2.
Terkena cahaya matahari
3.
Di atas loteng
SEKIAN ADANYA. TERIMA KASIH.
SEMOGA BERMANFAAT
26 OGOS 2012. 5.15 PM
bermanfaat??ntah mana2 ko copy.. ada dalilnya? ada dlm hadis?
ReplyDeleteBukankah ini semua diambil dari buku Syiah من لا يحضره الفقيه
ReplyDeleteBerhati-hati kita semua..