GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday, 25 August 2012

MANUSIA BAIK, MANUSIA JAHAT


 






















Dalam dunia ini, kita terjumpa bermacam-macam cerita & mengalami bermacam-macam kisah. Semuanya pengalaman berguna yang patut diambil iktibar dan pengajaran.

Ada manusia baik dan manusia yang jahat. Kadang-kadang manusia yang baik itu disalahanggap sebagai jahat. Dan ada juga yang jahat itu, pandai berpura-pura dan berlakon sehingga dia nampak seperti baik dan mulia.

KISAH HABIL & QABIL
Ada orang kata, kalau seseorang itu berasal dari tempat yang baik, suci, mulia dan  terhormat, tentu pribadinya juga baik, suci, mulia & terhormat. Betulkah begitu?

Bolehkah kita kata dia itu manusia baik, perangainya baik?

Saya tak mahu menjawab secara langsung. Mari kita tengok sejarah Qabil & Habil sebagai rujukan. Qabil itu anak sulung Nabi Adam. Dia bersama pasangan kembar perempuannya dilahirkan dalam shurga.

 
Kemudian, Habil dan saudara perempuan kembarnya dilahirkan di bumi semasa Nabi Adam & Siti Hawa diusir dari shurga.

Dipendekkan cerita, Qabil membunuh Habil kerana sifat dengkinya tak dapat beristerikan Iqlima yang cantik jelita. Dia tetap mahu berkahwin dengan Iqlima, kembarnya dan tak mahu sama sekali berkahwin dengan Labuda, kembar Habil yang dijodohkan tuhan dengannya.

Sekali pun dia tahu korbannya (dia meletak kambingnya yang kurus) tidak diterima Tuhan sebagai syarat untuk mengahwini Iqlima, dia tetap berkeras juga.

Dia rela menentang keputusan Tuhan & rela membunuh adeknya yang tak berdosa.

BUKTI QAT’IE : Mari kita ikuti terjemahan Al-Quran dari surah Al-Maidah, ayat (27-30) untuk memahami perkara ini.

“Ceritakanlah (Wahai Muhamad) kepada mereka itu dengan sebenarnya akan riwayatnya dua orang anak Nabi Adam, yaitu keduanya berkorban kepada Allah. Maka Allah menerima korban salah seorang di antara keduanya. Allah tiada menerima daripada lainnya. Seraya katanya, “Demi Allah, saya akan membunuh engkau”.

Maka jawab Habil. Sesungguhnya Allah menerima korban daripada orang-orang yang takut. Demi Allah, jika engkau memukul aku dengan tangan kau kerana hendak membunuhku, nescaya aku tidak akan membalas pukulan engkau itu. Kerana aku takut kepada Allah, tuhan semesta alam. Aku mengkehendaki supaya engkau kembali dengan membawa dosa membunuhku berserta dosamu sendiri. Maka adalah engkau termasuk orang yang masuk neraka. Demikianlah balasan orang-orang yang aniayai”.
 
Tetapi hawa nafsu Qabil selalu hendak membunuh saudaranya. Lalu dibunuhnya. Maka adalah dia termasuk golongan yang merugi”

KESIMPULAN 1: Manusia yang baik itu adalah yang lurus hati & boleh menerima keputusan tuhan dengan reda. Manusia jahat itu adalah dengki & tidak merasa senang dengan nikmat yang tuhan beri kepada orang lain.Walau pun Qabil dilahirkan dalam shurga, tetapi sifat dengkinya menjadikan dia manusia jahat.

KESIMPULAN 2 : Bila manusia dikuasai oleh syaitan & nafsu amarah yang jahat, manusia yang keluar dari satu rahim (maksudnya adek beradek) pun boleh berkelahi, benci-membenci & busuk-membusuk sesama mereka. Mereka lupa tentang ikatan perhubungan mereka, sebaliknya menjulang rasa ego dan nafsu jahat mereka. Orang semacam ini adalah manusia jahat lagi bodoh.

KESIMPULAN 3 : Jangan lihat kebaikan manusia daripada kata-katanya, tetapi lihatlah daripada perbuatannya. Manusia yang jahat ini biasanya pandai bermanis muka. Kalau agak ragu dan samar, siasatlah sehingga bertemu kebenaran.

KESIMPULAN 4 : Manusia yang bertunjangkan hawa-nafsu memang suka menentang dan membantah, sekalipun kata-kata itu datangnya dari Tuhan. 

KESIMPULAN 5 : Meski pun Habil menanam mayat Qabil selepas pembunuhannya, namun perbuatannya bukanlah tiket untuk dia dipanggil “manusia baik”. Manusia yang baik itu adalah manusia yang patuh kepada tuhan.

KISAH NABI YUSUF
Kemudian mari kita melihat kisah Nabi Yusuf yang menyayat hati. Nabi Yaakub a.s ada 2 orang isteri. Dari isteri pertama, dia mendapat 10 orang anak lelaki. Manakala dari isteri kedua, dia mendapat Yusuf dan adeknya, Bunyamin.

 
Kesemua 10 orang abangnya sangat dengki dan benci kepadanya. Kenapa begitu?

Mereka berkumpul dan merancang untuk membunuhnya. Pasal apa? Rupa-rupanya kisah manusia baik, manusia jahat sudah ada semenjak dulu lagi. Ia sebuah kisah turun-temurun yang didorong oleh nafsu jahat di dalam dada.

10 orang abangnya membawa Yusuf keluar kota. Nun dibawa ke padang pasir yang jauh dari ibubapa.

Mereka merancang membunuhnya. Alasan mereka, Nabi Yaakub lebih sayang kepadanya daripada mereka.

Seorang daripada mereka memberi cadangan. “Tolak sahaja Yusuf itu ke dalam perigi buta. Kemudian kita bawa balik hati serigala (yang kononnya membunuh Yusuf) sebagai bukti kepada ayah bonda”.

Kenapa adek beradeknya begitu jahat dan dengki kepadanya? Apa salah Yusuf? Apa dosanya?

BUKTI QAT’IE : Mari kita dengarkan terjemahan dari Al-Quran, surah Yusuf,  ayat     (7-10) berkenaan perkara ini.

“Sesungguhnya adalah cerita Yusuf dan saudara-saudaranya itu, menjadi keterangan bagi orang-orang yang bertanya.

Ketika mereka bercakap sesama saudaranya, katanya, “Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) itu lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita ini, sedangkan kita banyak (lebih banyak tenaga dan kerja). Sebenarnya bapa kita di dalam kesesatan yang nyata”.

“Bunuhlah Yusuf itu,  atau buangkanlah ia ke negeri yang jauh, supaya bapa mengasihimu. Kemudian itu, kamu menjadi orang-orang yang baik”

Berkata salah seorang daripada mereka itu (bernama Yahuda) : “Janganlah kamu bunuh Yusuf itu, tetapi lemparkanlah sahaja ke dalam sumur (perigi), nanti tentu akan diambil oleh orang yang lalu lalang, jika kamu suka memperbuat yang demikian”.
  
KESIMPULAN 1: Awasilah orang-orang yang pandai berbicara. Mulutnya manis bagaikan gula, sedangkan hatinya jahat bagaikan serigala. Ketahuilah, takwa (kebaikan) bukan terletak di mulut, tetapi pada hati.

KESIMPULAN 2 : Orang yang dengki boleh berpakat di antara mereka untuk merosakkan orang lain. Walau pun mereka berasal dari satu rahim (adek beradek), namun mereka selalu kalah kepada nafsu dan syaitan.

KESIMPULAN 3 : Mereka pandai membuat helah dan lakonan, sedangkan Tuhan lebih hebat daripada mereka. Tunggulah makar (rencana) Allah terhadap mereka.

KESIMPULAN  4 : Abang-abangnya kemudian memelihara Nabi Yaakub dan isterinya. Perbuatan “memelihara” itu bukanlah tiket untuk mereka bertukar menjadi manusia baik dalam pristiwa penganiayaian terhadap Yusuf.

KESIMPULAN 5 : Tuhan kemudian menjadikan Yusuf lebih mulia daripada mereka. Tertolaklah rencana jahat mereka.

KONTEKS KEHIDUPAN MODEN
Dalam konteks kehidupan moden sekarang, banyak kita dapati mereka yang pandai & bijak bercakap, pandai memutarbelitkan keadaan sehingga kesalahan mereka ditutup rapat & kesalahan orang lain diperbesar-besarkan.

Ada juga orang yang pendiam, tak pandai bercakap atau berhujjah menjadi mangsa orang lain yang pandai memanipulasikan kelemahan mereka. Kelemahan mereka diperbesar-besarkan dan mereka diracun sebagai “figure yang negative” kepada masyarakat.


SEKIAN DAHULU. 26.8.2012    4.52 PM      

No comments:

Post a Comment