Katakan kapal anda pecah dipukul ombak. Kesemua 49 penumpang lain mati kelemasan kecuali hanya anda yang selamat. Anda terdampar keseorangan di sebuah pulau yang sepi.
Anda pandang ke depan, hanya nampak pasir yang
memutih.
Anda pandang ke kiri, tidak ada sesiapa pun di sana.
Anda pandang ke kanan, semuanya kosong dan sepi,
Lalu anda pun berseru : Wahai Tuhan, tolonglah
aku, bantulah aku.
Kalau anda seorang muslim yang baik, yang
disayangi dan dicintai oleh Tuhan, pastilah DIA akan menolong anda. Ketahuilah
ada 7 tanda anda disayangi dan dicintai oleh Allah SWT.
Kita mulakan cerita ini pada saat anda terdampar
di tepi pantai.
[1] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Lalu Allah SWT memberi yang terbaik kepada anda.
DIA menurunkan hujan kepada anda. Anda dapat mandi dan minum sepuas-puasnya.
Lalu DIA menghanyutkan sebiji epal dekat anda, lalu anda dapat makan &
bertenaga kerananya.
Hujan yang turun. Syukur kepadaMU. |
Epal yang sedap dan lazat |
JIKA TIDAK
DIA membiarkan sahaja anda di situ dengan dahaga
dan lapar yang berpanjangan. DIA menahan hujanNya daripada turun. DIA juga
menahan sebarang kurniaNya daripada mendekati anda.
[2] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Lalu Allah SWT menganugerahkan perasaan kasih
sayang dan sifat lemah-lembut kepada anda. Anda menjenguk kalau-kalau ada rakan
anda yang terselamat yang mendekati pulau anda. Atau ada mayat rakan anda yang
menuju ke pulau anda. Anda ingin menolong dan membantu sekuasa anda.
JIKA TIDAK
DIA membiarkan anda tumbuh dengan sifat
mementingkan diri. Syukurlah aku selamat. LANTAKLAH orang lain tu.
[3] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Penduduk dunia menerima anda dan menyayangi anda.
Berita kehilangan anda segera tersebar dan mendapat liputan meluas. Ramai orang
cuba
mencari anda. Akhirnya anda berjaya diselamatkan & kembali hidup bersama
keluarga. Kisah pilu anda disiarkan dalam media massa untuk dijadikan pengajaran dan iktibar.
JIKA TIDAK
DIA membiarkan anda terdampar seorang diri di
pulau itu. Walau pun ada kapal lalu-lalang dan ternampak isyarat kecemasan yang
anda buat, tetapi semacam ada hijab yang menutupi antara anda dan mereka.
Anda keseorangan di pulau itu selama
berbulan-bulan. Misai dan janggut anda dah panjang sehingga tak sesiapa pun
mengenal anda lagi. Kuku anda pun menjadi tersangat panjang mengalahkan berok dan kera.
Keluarga anda dah buat majlis tahlil yang ke 100 hari
untuk anda. Mereka menyangka anda sudah mati walau pun sebenarnya anda masih
HIDUP.
[4] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Allah SWT menguji anda dengan bala dan anda
sabar menghadapinya serta sentiasa menjadikan ujian Allah SWT kepada anda
sebagai pengajaran.
Sabar itu indah |
Kisah itu menjadikan anda semakin percaya bahawa Tuhan sangat pengasih dan penyayang. Dia memberi anda ujian. Dan dia juga yang menyelamatkan anda daripada ujian itu.
JIKA TIDAK
Anda merunggut padanya dengan bermacam-macam
tohmahan. Anda akan menuduhnya sebagai tak pandai memberi ujian, buta, jahil
dan berbagai-bagi lagi. Pelbagai kata kasar dan biadap anda lemparkan
kepadaNya.
Akibatnya, anda semakin jauh daripada Allah. DIA
membenci anda di atas keburukan akhlak & perangai anda.
[5] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Anda menghabiskan umur anda dengan melakukan
ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan perkara maksiat. Anda merasa lazat
beribadah & bermunajat kepadaNya. Di saat azan berbunyi, anda segera
mendekati masjid & solat berjemaah di sana.
Alangkah mulia cara hidup yang anda tunjukkan.
Menghabiskan masa dengan solat dan munajat |
JIKA TIDAK
DIA membiarkan anda hidup mengikut nafsu
semata-mata. Anda bekerja siang malam mencari rezeki sedangkan rezeki anda
tidak pernah mencukupi. Kemudian syaitan mengajak anda melakukan maksiat dengan
minum arak dan berzina.
[6] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Mati dalam keadaan taat kepada Allah SWT serta
sentiasa ghairah menyahut seruan jihad. Anda beruntung kerana jiwa anda
dihidupkan Tuhan & sentiasa menyala-nyala untuk mendapat syahid.
Beruntunglah orang yang mendapat pangkat syahid. Saat anda melihat Rejim Zionis membunuh saudara-saudara kita di Palestin, anda menjadi sangat marah & terasa ingin menebas batang tengkok Yahudi-Yahudi Laknatullah itu.
Saat anda melihat saudara-saudara kita di Kashmir, Myammar dan lain-lain tempat di dunia ditindas
dan diperlakukan penuh kehinaan, anda merasa sangat marah & ingin membela
mereka. Anda rela menjadi syahid demi agama anda.
JIKA TIDAK
DIA membiarkan sahaja anda lupa
kepada akhirat dan lupa juga tentang nasib saudara-saudara seagama anda. Anda
dihanyutkan oleh kehidupan sementara dan anda lupa kepada penderitaan mereka
yang seagama dengan anda.
[7] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Bersangka baik kepada Allah
ketika mati. Anda percaya bahawa Tuhan itu bersifat Maha Pengasih & Maha
Penyayang. Dan anda pun percaya bahawa DIA tidak akan mensia-siakan hidup anda
selama ini.
Anda telah melakukan yang terbaik
untuk Islam. Jadi, anda percaya bahawa Tuhan akan memberi balasan yang indah
dan baik kepada anda. Anda mengharapkan
keridhaanNya dan shurgaNya. Insyaallah, anda akan mendapat kedua-duanya.
JIKA TIDAK
DIA akan menjauhkan rahmatNya dan
pengampunanNya daripada anda pada saat kematian anda. Maka datanglah syaitan
mengoda anda. Lalu matilah anda dalam keadaan “suul khatimah”.
No comments:
Post a Comment