GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday, 17 January 2013

CAHAYA WAJAH RASULULAH S.A.W (22) Wajah Imam Mahdi Al-Muntazar juga bercahaya

















Kita telah masuk kepada episode (22) tentang sosok mulia Imam Mahdi Al-Muntazar. Saya mengaku berterus terang bahawa saya belum melihat wajah yang mulia Rasulullah SAW. Memang saya ada bermimpi tentang baginda, tetapi dari sudut yang lain. Tentang wajahnya, saya belum diberi keizinan
  
Tetapi wajah yang putih bersih, yang comel, yang ayu, yang indah dari lelaki seperti saya, banyak saya perolehi dari guru saya sendiri. Dia selalu banyak bertahajjud waktu malam. Dan dia juga selalu mengakhiri zikir jahar & zikir khafi kami dengan doa cahaya seperti yang diajarkan Rasulullah SAW

.

Walau dia telah berumur pada waktu itu, sekitar 60T (semasa saya berumur 24T), tetapi wajahnya sangat hebat dengan limpahan nur yang indah pada wajahnya. Rupa-rupanya, wajah orang yang kuat bertahajjud & kuat berzikir itu akan mengasyikkan pandangan sesiapa sahaja. Sangat hebat, sangat indah, sangat lawa.

CAHAYA WAJAH RASULULLAH S.A.W
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : " Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

JANGANLAH MENJADI BAKHIL
Latihlah anak anda & ahli keluarga anda mencintai baginda. Kemudian lazimkanlah berselawat kepadanya 10X pagi dan 10X petang. Berselawat kepadanya adalah tanda kecintaan. Mudah-mudahan baginda akan mengenali kita & memberi syafaatnya di padang mahsyar nanti.
Antara sighat selawat yang mudah diamalkan.
Ajarkanlah juga anak dan ahli keluarga anda berselawat kepada baginda pada saat namanya disebut. Beritahu mereka  bahawa barangsiapa medengar nama baginda disebut, tetapi tidak mengendahkannya, maka orang tersebut dicap sebagai bakhil. Bakhil itu suatu nama yang buruk, dan janganlah anda gembira dengan nama seburuk itu.
 
BERDOA
Berkata Al-Barra' .a. bahawa Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Nabi Muhammad dan keluarganya." Demikianlah besarnya pangkat dan darjat baginda, seiring wajahnya yang putih bersih & berkemilau indah dilimpahi nur.

KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Ta'ala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Ta'ala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Kata kijang, "Allah melaknat orang yang tidak berselawat kepadamu bila disebut namamu di hadapannya"

MARI KITA MERENUNG SEKEJAP
Sangat menakutkan kalau anda tahu bahawa orang yang tidak berselawat kepada Rasul S.A.W pada saat namanya disebut mendapat laknat Allah. Maka tepatlah perkiraan kita bahawa orang yang bakhil itu rugi di dunia & di akhirat. Di atas dunia, mereka mendapat laknat Allah, dan di akhirat juga, mereka mendapat laknat Allah.

Mari kita teruskan cerita di atas. Lalu Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya." Kijang itupun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula.

Maka turunlah malaikat Jibril 'alaihiwasallam dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

CAP KENABIAN PADA BAHU.
Dari keterangan para sahabat, terdapat khabar bahwa di tengah-tengah dua belikat Imam Mahdi terdapat tanda atau cap kenabian. Hal ini mirip dengan tanda yang ada pada Baginda Rasulullah saw. Orang Nasrani dan Yahudi di waktu itu akan membuktikan orang yang bernama Muhammad SAW dengan melihat tanda ini.

Cap kenabian itu besarnya seperti telur burung merpati, tulisannya jelas dan berwarna hitam. Bentuk tulisan itu menonjol keluar, bukan seperti tato yang cekung ke dalam. Cap kenabian ini bukan dibuat manusia dan tidak akan hilang. Di sekeliling cap kenabian itu ada bulu halus yang mengelilinginya. Sehingga tanda ini tidak akan ada yang dapat menirunya, hanya Baginda Rasulullah saw dan Imam Mahdi saja yang Allah beri keistimewaan mempuyai cap kenabian di antara dua belikat, di belakang badan mereka.

Cap kenabian pada Imam Mahdi bukan menandakan dia seorang nabi seperti Nabi Muhammad saw, tetapi tanda dari Allah untuk menentukan bahwa dia adalah Imam Mahdi.  
Sesungguhnya Al-Mahdi bukan seorang Nabi. Dia adalah manusia biasa sebagai hamba Allah. Tetapi yang dimaksudkan (maksudnya tanda kenabian) itu ialah bahawa dia adalah satu tanda-tanda kekuasaan Allah. Keadaan Al-Mahdi adalah biasa sahaja. Kalau tidak, dia adalah seorang lelaki yang banyak bertaubat kepadaNya dan Allah memuliakan agamaNya kerana keikhlasan dan kesungguhannya untuk meninggikan agama Allah dan menjadi penyaksian di jalanNya (Imam Mahdi di Ambang Pintu, ms 55) 

RIWAYAT TENTANG WAJAHNYA
Di antara hadis yang menceritakan Al-Mahdi ialah “Di wajahnya ada tahi lalat”. Ertinya ialah satu tanda yang muncul dalam bentok hasanah (kebaikan). Apabila dia tersenyum, maka bercahaya-cahayalah mukanya.

Kata pengarang Kitab, Imam Mahdi di Ambang Pintu, selanjutnya. “Ini adalah satu khabar yang tidak aku ketahui hakikat sebenarnya. Tetapi ia boleh di terima akal. Sebenarnya hal seperti itu dapat dilihat pada ramai manusia. Dan pengetahuanmu tentang sesuatu adalah lebih baik daripada jahil dengannya” (Imam Mahdi Di ambang Pintu, ms 55)

Dalam satu hadis yang lain, adalah diriwayatkan daripada Abu Said Al Khudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Mahdi akan lahir daripadaku (yakni keturunanku). Wajahnya BERCAHAYA dan hidungnya mancung."

Kemudian ada juga hadis yang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Al Mahdi adalah dari anakku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang gemerlapan (bercahaya), pipi kanannya terdapat tahi lalat, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israil, dia akan mengeluarkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat”. (Abu Nuaim)

Kemudian ada pernyataan dari para sahabat, bahawa Imam Mahdi ketika “zahir”, wajahnya akan BERSERI-SERI  sehingga menggembirakan sesiapa saja yang melihatnya. Dan ketika “zahir” nanti, usianya 40 tahun.

PENERANGAN KAMI SELANJUTNYA
Saya berpendapat bahawa akhlak Imam Mahdi itu menjurus kepada sifat datuknya (Nabi SAW) yang mulia. Tetapi tidaklah akan menyamai kerana akhlak junjungan besar Nabi Muhamad yang mulia itu adalah sebaik-baik akhlak.

Tentang kesamaan fizikal antara mereka, saya sependapat dengan Ustaz Muhammad Isa Daud ketika ia mengatakan seperti berikut :

“Bahawa dia (Imam Mahdi Al-Muntazar) menyerupai baginda pada perwatakan, dengan makna bahawa dia menyerupainya pada bentok muka sahaja, atau pun pada bentok tubuh, maka tidaklah serupa  dengan orang Arab dahulu yang menggelar Al-Wajah dengan Al-Kala.

Tetapi saya menguatkan bahawa bahawa beliau (Imam Mahdi) itu menyerupai Nabi SAW pada akhlak dan tidak mustahil bahawa dia menyerupai pada sebahagian rupa muka. Ada pun tubuh badan, tidak ada persamaan antara mereka” (Imam Mahdi Di Ambang pintu, ms 56)

BERDAHI LUAS
Khabar yang lain tentang Al-Mahdi ialah bahawa “dia berdahi botak”.Sifat ini bermaksud bahawa di sebelah depan kepalanya tidak berambut dan bahawa pada masa yang sama, dahinya luas.

Dalam satu hadis yang dikatakan hadis mauduk, terdapat yang berikut. “Dan raja kaum muslimin ialah seorang lelaki muda, rambutnya tidak tumbuh di bahagian hadapan kepala” 

Ini adalah suatu bukti dan kenyataan dari Nabi SAW bahawa Al-Mahdi itu tidak berambut di sebelah hadapan kepala. Berita ghaib ini pula terdapat dalam buku Al-Nubu’at, karangan Mahyuddin bin Arabi yang tersimpan di dalam perpustakaan Syria dan perpustakaan lain di sebahagian Negara Arab.

Bunyi berita itu, lebih kurangnya seperti berikut : “ Sesungguhnya Al-Mahdi itu seorang lelaki yang muda tetapi dia mempunyai rupa yang membawa kepada penghormatan. Baginya, kehebatan, kemuliaan dan keseganan”

TIGA AMALAN
Bila kita menyebut tentang kehebatan, kemuliaan & keseganan, kita tidak menyandarkannya kepada rupanya yang berdahi luas (botak) itu semata-mata, tetapi kita  menyandarkannya kepada suatu amalan yang membawa kepada kehebatan, kemuliaan & keseganan itu.

Bagi saya, Al-Mahdi itu seorang pemikir umat. Dia merenung siang malam keadaan umat Islam masakini. Bagaimana untuk menolong mereka yang tertindas, yang susah, yang melarat dan sebagainya? Dia selalu mempersiapkan dirinya dengan amalan-amalan yang Tuhan sukai. Di antaranya apa yang kemudiannya terdapat kehebatan, kemuliaan & keseganan itu. 

Anda mesti tahu bahawa di antara jalan-jalannya (atau cara-caranya), seseorang itu mesti mengamalkan wirid Ayat Lima (untuk mencapai kehebatan), mengamalkan zikir Ya Muiiz 140X selepas maghrib (untuk mencapai kemuliaan) & membaca ayat Nur (cahaya) 3X sebelum solat Asar (untuk mencapai keseganan).

Kita tidak pasti samada Imam Mahdi pengamal wirid di atas atau tidak. Sebab banyak lagi wirid-wirid lain yang boleh menjurus kepada tiga keutamaan di atas. Tetapi setakat yang kami ketahui itulah caranya. Wallahu ahlam.
 
KETURUNAN SUKU QURAISY
Imam Mahdi berasal dari suku Quraisy, karena semua khalifah berasal dari suku Quraisy. Dan Baginda Rasulullah SAW telah bersabda bahawa akan ada 12 khalifah sepeninggalnya nanti. Dan para ulama sudah mencatat kesemua 12 khalifah itu, yaitu: 1. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ra, 2. Umar bin al Khattab ra, 3. Khalifah Ustman bin Affan ra, 4. Khalifah Ali bin Abi Talib kmw, 5. Sayyidina Hasan bin Ali ra, 6. Sayyidina Muawiyah bin Abu Sofyan, 7. Sayyidina Abdullah bin az Zubair ra, 8. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, 9. Sultan Muhammad Al Fateh, 10.Syuaib bin Shaleh At-Tamimi, 11.Imam Mahdi Al-Muntazar, Muhammad bin Abdullah, 12. Al Qahtani.

12 ORANG AMIR (KHALIFAH)
Rasulullah SAW bersabda: “Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu sebanyak 12 orang Amir (Khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu. “Kemudian aku mendengar Nabi saw menyebutkan sesuatu yang aku tidak seberapa jelas lalu aku bertanya kepada bapakku, “Apa yang Baginda sebutkan?” Jawabnya, ”Mereka semua adalah dari kaum Quraisy”. (HR Abu Daud)

Kami tidak pasti tentang maksud “Kaum Quraisy” itu. Adakah sepenuhnya kaum Quraisy atau boleh juga kaum Ajam di mana salah seorang dari ibubapanya berasal dari kaum Quraisy?

Kalau Kaum Quraisy itu dimaksudkan sepenuhnya, maka jelaslah bahawa Imam Mahdi mesti berbangsa Arab sepenuhnya dari jalur keturunannya yang juga berbangsa Arab sepenuhnya.

Kalau maksud kedua diambil kira, maka Imam Mahdi itu boleh datang dari mana sahaja asalkan salah seorang dari ibubapanya berasal dari keturunan Rasul SAW.
 
Al Mahdi al Muntazar, Imam yang kita tunggu-tunggu itu adalah pemimpin kebangkitan Islam di akhir zaman. Di tangannya, dunia dan seluruh alam akan makmur, aman dan damai. Dialah pemimpin yang akan mengembalikan sistem dunia yang karut-marut, kepada sistem Islam yang selamat dan menyelamatkan. Berbahagialah orang yang hidup di zamannya dan berjuang bersamanya.

SIAPA BAKAL IMAM MAHDI?
Saya sendiri sangat percaya dan yakin bahawa Imam Mahdi itu berketurunan Quraisy sebagaimana maksud hadis di atas. ”Mereka semua adalah dari kaum Quraisy”. (HR Abu Daud). Saya yakin dia itu berbangsa Arab sepenuhnya. Lahir di Kurjah (Madinah) dan akan muncul di Harrah (juga di Arab Saudi).

Akan tetapi wujud setengah pendapat bahawa Imam Mahdi itu akan datang dari bangsa Melayu (Bani Jawi) yang salah seorang dari ibubapanya dari keturunan Rasul SAW. Mereka siap dengan pelbagai data & teori.
Dalam satu blog yang menfokuskan tentang Imam Mahdi, tuan punya blog yang berkenaan telah menulis seperti berikut.

Jawapan bagi “Siapa gerangan yang akan menjadi Imam Mahdi”, sukar hendak saya jawab secara spesifik. Ini kerana saya belum berjumpa dengan individu tersebut.Namun secara amnya, namanya ialah sama ada Wan Muhammad bin Wan Abdullah atau Nik Muhammad bin Nik Abdullah atau Long Muhammad bin Long Abdullah atau pun Pangeran Muhammad bin Pangeran Abdullah. Beliau mestilah mempunyai pertalian dengan negeri Kelantan (namun tidak semestinya menetap di negeri Kelantan).

Beliau mestilah fasih dalam 4 bahasa , iaitu Arab, Melayu, Inggeris dan Urdu . Ini berpandu kepada hadis mengenai Bani Ishak yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. sebagai tentera Imam Mahdi. Jadi ada kemungkinan beliau belajar Tahfiz dan Alim di Pakistan dan beliau merupakan orang Melayu.

Tentang bahasa Inggeris pula, saya ambil dari cerita tentang peperangan antara tentera Imam Mahdi dengan orang puteh, yang mana Imam Mahdi akan berdialog dengan tentera orang puteh. Jadi mungkin beliau pernah berada di luar negara seketika iaitu tempat di mana pertututurannya adalah bahasa Inggeris. .

Beliau juga mestilah berpakaian seperti orang-orang Pakistan utara, iaitu menyerupai pakaian Patan/Pashtun. Kegemaran beliau mestilah sama dengan puak Patan/Pashtun iaitu meminum teh pekat panas.

Sifat beliau mestilah sama dengan sifat Saidina Ali r.a. . Iaitu pertama pantang melihat Agama Islam dihina, kedua suka berperang , ketiga pendiam (atau tidak fasih bertutur) dan keempat suka melayan tetamu. (Pandangan saya sahaja).

Kalau ramai orang-orang saleh pernah bermimpi Nabi s.a.w. , begitu juga dengan Imam Mahdi. Malah beliau lebih kerap bermimpi Nabi s.a.w. lebih daripada orang-orang saleh yang lain. 

Bukan itu sahaja, beliau juga mestilah pernah bermimpi Saidina Ali r.a. dan juga Fatimah r.a. . Fatimah r.a. seharusnya memanggilnya sebagai anak atau cucu.

Manakala Saidina Ali r.a. pula harus mengajarkannya satu amalan khusus yang pernah Nabi s.a.w. ajarkan kepada Saidina Ali r.a. . Iaitu amalan yang menyebabkan Saidina Ali r.a. boleh mendengar bumi bercakap. Jadi Imam Mahdi mestilah seorang yang mampu mendengar percakapan bumi. Contohnya , sekiranya akan berlaku kejadian tsunami, Imam Mahdi sudah tentu dapat mengesannya terlebih dahulu sama seperti hidupan-hidupan di laut. Namun ALLAH sahaja Yang Lebih Mengetahui tentang siapa sebenarnya Imam Mahdi.

Saya hendak komen sedikit tentang salah faham Umat Islam mengenai asal-usul Imam Mahdi. Terdapat kecenderungan Umat Islam untuk mengaitkan Imam Mahdi dengan bangsa Arab. Walaupun Imam Mahdi berketurunan Nabi Muhammad s.a.w. , namun pada pendapat saya beliau bukannya berbangsa Arab.

Sesetengah Ulama cepat untuk membuat conclusion mengenai bangsa Imam Mahdi. Ini kerana ramai Ulama terkeliru tentang tempat kelahiran Imam Mahdi di Madinah sebagai bangsa Arab. Walaupun Imam Mahdi lahir di Madinah , bukan bermakna beliau juga merupakan seorang berbangsa Arab.

Paling hampir, hadis mensabdakan bahawa (mafhum) wajah Imam Mahdi seakan-akan wajah Arab dan badan Imam Mahdi seakan-akan badan Bani Israel. Imam Mahdi sepatutnya merupakan pengikut kepada keluarga Bani Tamim.

TERPULANGLAH KEPADA ANDA
Saya tidak dapat mengatakan apa-apa kepada penulis blog yang demikian. Walau pun saya orang Kelantan, tetapi saya tidak terlalu ghairah untuk mengangkat darjat puak saya sendiri. Terpulanglah.

Bagi saya, hanya bangsa Arab yang mampu memimpin dunia Islam akhir zaman. Nabi Muhamad memulainya dari sana. Maka Imam Mahdi akan menghidupkannya pula dari sana. Bangsa Arab bangsa mulia. Kaum Quraisy kaum mulia.



DI RUMAH. KHAMIS MALAM JUMAAT.
17.1.2013.   7.03 PM


6 comments:

  1. CALON2 PENJAWATAN IMAM MAHDI AS : Begitulah betapa rameinya calon2 bakal2 penjawat jawatan Imam Mahdi AS. Jawatan Imam Mahdi AS itu hanya satu, sedangkan yg mengaku ingin beradu mencoba naseb terlalu ramei... DiTimur Tengah ada Mahdi Syiah, ada Mahdi Arab, ada Mahdi Afghan/Taliban, dll. DiNusantara ada Mahdi Jawa, ada Mahdi Melayu, ada Mahdi Arkam, dll. Nah ada Mahdi bersulah luas hingga hampir berkapala botak, koq bisa dinamakan Mahdi Toyol pun ada... Pendek kata masing2 ada dgn hujah2 dan dalil2nya sendiri, samada dari kitab2 ato Hadis Palsu ato Hadis Asli...

    SYARAT2 MENJAWAT TUGAS IMAM MAHDI AS : Perlu diketahui tugas Imam Mahdi AS Akhir Zaman ini tersangat berat. Ianya tugas semesta raya meliputi, termasuk membersih psychic bargages peninggalan Para Nabi silam tertanggung atas bahu Imam Mahdi AS... Antara syarat2 bagi mereka utk menjawat jawatan Imam Mahdi Akhirul Zaman ada banyak. Maka disini dipaparkan 2 syarat2 utama...

    (PERTAMA) Leluhurnya mestilah Bakanya asal berasal dari Sulbi Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Dari Sulbi Nabi SAW itulah yg dinamakan Ahlulbait Sejati yg bakal menzahirkan Imam Mahdi Sejati. Mereka yg bernasabkan Nabi SAW itulah yg sepatutnya layak memakai gelaran Sayyedina... Jika disangka dari Sulbi baka Imam Ali, yaitu dari keluarga Imam Hassan As-Syariff, itu sudah jauh panggang dari api. Imam Ali hanya sebagei "Pemegang Amanah Sementara" kepada Nabi SAW...

    (KEDUA) Dia mestilah pewaris sah kepada Kitab Pusaka Nabi SAW. Itulah Kitab Muqaddam Nabi, kitab pertapaan Nabi SAW selama 44 hari diGua Hiraq. Muncullah sebuah Kitab Mukjizat Nabi SAW utk Ahlulbaitnya menerajui Akhir Zaman nanti. Walo ianya ditulis atas sekeping kulit unta oleh Imam Ali atas pengawasan Nabi SAW, tapi pemiliknya Nabi SAW khaskan utk Sayyedina Hussein AS, Anak Mukjizat Nabi SAW. Setelah terlepas dari tangan Imam Sayyedina Hussein AS, entah kemana kitab ia pergi..?? Maka jadilah ia kitab rebutan diAlam Wali...

    Rasanya cukup disini. Banyak ngomongan bab Imam Mahdi AS, hanya membuka pintu kepada musuh2 Imam Mahdi AS yg sentiasa memerhati. Yg dipaparkan ini juga ngak ada dlm mana2 kitab ato Hadis Nabi. Cuma ada dikhabarkan dlm "KHIDIR / AL-MEHDI PROPHECY". Salah silap ngak sejalan mohon diamponi...

    Allahu'alam.....

    ReplyDelete
  2. Maksud penulis blog ini ialah Imam Mahdi itu berdahi luas. Kemudian ada hadis yang menyokongnya. Sauudara ananymous patut berhati-hati mengulas sifat beliau itu. Ulasan anda jangan sampai berbentuk penghinaan.

    ReplyDelete
  3. MAULIDUR RASUL... Senja waktu Magrib tadi telah pun masuk bulan Kamariah Islam, 12 RabbiulAwal 1434H. Besok Khamis 24 Januari 2013M, ummat Muhammad SAW dan Dunia Islam akan menyambut dan memperingati ulang tahun Hari Keputeraan Junjongan Agong Nabi Muhammad SAW... Bersamaan dgn tarikh kelahiran satu Bintang Timur. The New Star was born...

    "SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL"

    Allahu'alam...

    23/01/2013 @ 11:12 pm

    ReplyDelete
  4. DOKTRIN HAKEQAT MUHAMMAD : Hakeqat Muhammadiah telah mulakan Pusingan Pertamanya, permulaannya pada Bapak Manusia dan Nabi Pertama, Adam AS. Diakhiri pusingan penamatnya pada Nabi Muhammad SAW. Maka dinamakan baginda Nabi itu Khatamul Nabuah - Obor Penutup Segala Kenabian. Maka sempurna lengkaplah sudah agama Samawi yg diturunkan dari langit, yg diredhoi disisi-Nya Allah Rabbul Alamin adalah Al-Islam...

    ALAM KENABIAN ALAM KEWALIAN : Maka tamadlah sudah missi dan tudas2 Alam Kenabian. Maka semuanya Para Nabi dan Rasol yg 25 itu telah wafat. Ngak ada seorang Nabi pun yg bisa reborn dihidupkan semula, karna setiap yg bernyawa itu pasti mati. Termasuk Pak Jesus yg ada sebahagian igaukan dia akan turun itu, juga telah wafat. Barang siapa mengaku ada Nabi baru, maka itu Nabi Palsu. Namun Alam Kewalian tetap berterusan. Hanya satu Nabi aja yg maseh hidup, ngak wafat2 lagi. Dialah "Nabi Ghaib" yg sentiasa bertugas diAlam Kewalian...

    FITNAH AKHIR ZAMAN : Fitnah Zaman ada dimana2 bermula dari Nabi Adam AS itu lagi, hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW. Diawal Nabi SAW Islam sudah diperok peranda dgn "Fitnah Awal Zaman". Sepeninggalan selepas wafatnya Nabi, ummat Muhammad dilanda pula "Fitnah Pertengahan Zaman". Hinggalah kemasa kini, kejahatan Sang Dajjal Al-Masikh dari zaman silam telah terhimpun, terhunjam kuat dlm "Fitnah Akhirul Zaman". Manusia sejagat telah oppressive, kufur tersesat melarat. Bumi sudah dipenuhi kepalsuan, kezaliman, kekejaman ketidakadilan hingga keperingkat paling kritikel...

    IMAM MAHDI AS KHALIFAH AKHIR ZAMAN : Maka sebab itu Allah bangkitkan Sang Juru Penyelamat Akhir Zaman, dialah Imam Mahdi AS. Jika Muhammad SAW dibilang Nabi Akhir Zaman, maka Imam Mahdi AS dia dibilang Khalifah Akhir Zaman. Dia juga bisa dibilang sebagei Muhammad Kedua. Dia juga bisa dibilang Qutub / Raja Wali Akhir Zaman. Both of them are of the same bloodline and have the same destiny. Namun tugas2 Imam Mahdi AS, sudah berbentuk satu semesta raya, tersangat berat lagi. Doktrin Hakeqat Muhamad sedang memulakan Pusingan Keduanya melalui Imam Mahdi AS...

    "Sedikit Dari Khidir/Al-Mahdi Prophecy"

    Allahu'alam...

    30/01/2013 @ 10.10 PM

    ReplyDelete
  5. Kalo Sayidina Ali pernah bermimpi pada tahun 2019... Setelah di perjalanan ke Lombok ternyata para wali entah dari NU atau para wali terdahulu memang bersembunyi disana... Singkat cerita saya juga pernah bertemu dengan nabi Khidir as dan secara langsung di beri ilmu hikmah di Ilir-ilir lombok barat untuk yg ke 2 X nya disana. Sunan Kalijaga pernah ke lombok untuk menyempurnakan ilmu tarekatnya. Ada pesan khusus didalam syair lagu Ilir-ilir tersebut. Contohnya kalo di kaji secara spiritual bocah angon : bocah/manusia/budak yang di perjalanan oleh Allah untuk mencari jati diri nya...

    ReplyDelete
  6. Imam Mahdi tu dari keturunan Nabi Muhammad iaitu Saiyidina Hasan dan Saiyidina Husin.. waktu Mekah ditawan oleh Saudi.. ramai keturunan Rasulullah SAW lari ke seluruh dunia terutama ke Khurasan dan kawasan Timur dunia iaitu Nusantara..

    Ingatlah umur Imam Mahdi tahun ini sudah 36 tahun.. 2 tahun lebih lagi dari sekarang akan perang dunia bermula di jazirah arab terus ke barat dan ke timur.. huru hara berlaku Dajjal keluar dalam 3 tahun dari sekarang sesatkan manusia yang sengsara kelaparan akibat perang.. baru la Imam Mahdi muncul di Mekah 4 tahun lagi dari sekarang.. kemudian Nabi Isa akan turun dari langit keempat setelah 1 tahun 1 bulan 44 hari berada di dunia (40 hari) Dajjal muncul..

    ReplyDelete