KONFLIK
SYRIA (3)Adakah Basyar Al-Assad itu As-Sufyani?
Saya
minta maaf kepada para pembaca semua kerana jalan fikiran saya mungkin tak sama
dengan anda. Saya tidak suka menjadi ikut–ikutan yang tidak kuat asasnya.
Nama
Basyar Al-Assad (atau nama Al-Assad) itu tidak disebut atau disinggung dalam
mana-mana hadis. Bahkan para sahabat atau tabiin juga tidak menyentuhnya dalam
kata-kata mereka.
Tetapi nama As-Sufyani disebut secara jelas. Siapakah AS-SUFYANI ITU? Dia manusia jahat akhir zaman yang menentang Imam Mahdi Al-Muntazar.
Bila
dia berjaya disembelih oleh Imam Mahdi, maka keluarlah wajah sebenar yang
berada di sebalik wajah As-Sufyani itu. Itulah Yahudi, di mana kita pasti
berperang dengan mereka.
Yahudi
dan agen-agen Dajjal telah berjaya melumatkan Afghanistan, Iraq, Mesir, Libya
dan sebagainya untuk mencari Imam Mahdi. Tetapi sayang, mereka gagal mencari
dan membunuhnya.
Sekarang
mereka berada dalam peringkat melumatkan Syria. Pada saya, mereka berpegang
kepada satu hadis Nabi SAW : Jika binasa penduduk Syam, maka tiada lagi
kebaikan di atas muka bumi ini.
NAMANYA TIBA-TIBA POPULAR
Secara tiba–tiba, nama Basyar Al-Assad menjadi cukup popular dalam percaturan politik dunia masakini. Kalau anda membaca sejarahnya atau keluarganya, memang benar dia dan ayahnya agak keras dan zalim kepada rakyatnya.
Secara tiba–tiba, nama Basyar Al-Assad menjadi cukup popular dalam percaturan politik dunia masakini. Kalau anda membaca sejarahnya atau keluarganya, memang benar dia dan ayahnya agak keras dan zalim kepada rakyatnya.
Cengkaman
kuasa hegemoni beliau ke atas rakyat Syria menyebabkan sebilangan rakyatnya
hidup terseksa dan tidak bebas. Itu memang benar. Tetapi di sebaliknya, rakyat
Syria hidup tenang tanpa gangguan. Ekonomi berjalan lancar. Politik juga tidak
banyak kekecohan.
Cuba
beritahu saya sebuah negara yang langsung tidak punya pembangkang? Pembangkang
ada di mana sahaja. Pembangkang inilah yang menjadi tali beracun untuk
menjatuhkan seseorang pemimpin.
Sebab
itulah saya cenderung mengatakan ARAB SPRING itu satu permainan politik Yahudi
yang cukup licin dan halus. Mereka membantu pergerakan pembangkang atas nama
ingin menghapuskan pemerintah yang zalim, diktator, kronisme, politik sempit,
pengangguran dan sebagainya.
Mereka
(Yahudi & agen-agen Dajjal) sebenarnya mengkucar-kacirkan sesebuah Negara
atas 2 sebab [1] untuk meranapkannya & [2] melestarikan cita-cita
tersembunyi mereka untuk membunuh Al-Mahdi atau memaksanya mendedahkan dirinya
kepada Yahudi untuk dibunuh.
MADU DI BALAS TUBA
Mari
kita telusuri kisah pembunuhan Muammar Ghadafi yang ngeri. Sebelum
pemberontakan rakyat berlaku, banyak kebaikan yang dibuat Muammar Ghadafi untuk
rakyatnya. Saya mahu mnyebut 3 perkara sahaja. [1] Bil elektrik percuma untuk
rakyat. [2] Elaun percuma untuk pemuda-pemuda & [3] elaun sarahidup untuk
para graduan sebelum mereka mendapat pekerjaan,
Sekarang
apa jadi? Kebodohan rakyat Libya telah menimpa diri mereka sendiri. Mereka
termakan hasutan Yahudi (melalui
peperangan minda) untuk menjatuhkan pemimpin yang sayang dan membela
mereka. Sayang, nasi telah menjadi
bubur.
SIAPA ITU BASYAR AL-ASSAD
Mari
kita kenali siapakah itu Basyar Al-Assad? Nama penuh beliau ialah Basyar Hafez
Al- Assad, Lahir pada 19 September 1965 di Damsyik. Beliau merupakan anak
kepada Hafez Al-Assad, Presiden Syria
sebelum ini.
Beliau
mendapat pendidikan awal di sekolah Al–Hurriya, sebuah sekolah yang ditubuhkan
kolonial Perancis ketika zaman penjajahan Syria. Beliau berasal dari suku kaum
Alawi yang juga merupakan penganut fahaman syiah di Syria.
Kemudian,
Bashar Al-assad berjaya memasuki Universiti Damsyik sebagai seorang pelajar
perubatan. Selepas ditauliahkan sebagai seorang doktor, beliau memulakan karier
di hospital Tishrin, sebuah hospital tentera di Damsyik. Selepas empat tahun
berkhidmat, bidang kepakaran ophthalmology telah menarik minat beliau. Justeru
itu, beliau telah berhijrah ke United Kingdom dan mendapat latihan kepakaran di
Western Eye Hospital, sebahagian daripada jaringan Saint Mary Hospital.
APAKAH BASYAR AL-ASSAD ITU AS-SUFYANI?
Kita
berhenti di sini dahulu. Saya ingin mengajak anda kepada kisah akhir zaman yang
serba misteri ini. Adakah Basyar Al-Assad itu As-Sufyani yang disebutkan Nabi
SAW?
Untuk
menjawabnya, mari kita kembali kepada hadis sebelum ini. Bersabda Nabi SAW,
“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, As-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan
(tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentera) yang dipimpin
oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke
Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di
Timur. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah
Panji-panji (Hitam) dari Timur….akhir hadis
3 PERKARA PENTING
Dalam
hadis di atas, terdapat 3 perkara yang perlu diberi perhatian. [1] 360 tentera
berkuda, [2] ditolong oleh 30,000 tentera & [3] serangan ke atas Iraq
360
tentera berkuda dalam konteks peperangan moden bermaksud 360 kereta kebal.
Mampukah Basyar Al-Assad (kalau beliau dianggap sebagai As-Sufyani)mengadakan
sejumlah ini dalam keadaan beliau lemah dan tak bermaya?
30,000
tentera pimpinan bapa saudaranya (Kalb) bermaksud 3000 batalian tentera. Apakah
Basyar Al-Assad masih mempunyai kekuatan sebesar ini?
Paling
melucukan, dapatkah Basyar Al-Assad menyerang Iraq pada masa sekarang sedangkan
dia sendiri diburu dan terpaksa bersembunyi?
Sungguh
lucu mereka yang beranggapan Basyar Al-Assad itu sebagai As-Sufyani. Maafkan
saya. Pandangan anda tidak dapat disesuaikan dengan hadis di atas. Anda telah
tersasar.
Saya
cenderung mengatakan pemenang dari konflik Syria inilah As-Sufyani. Dia
disokong oleh Amerika Syarikat & Yahudi. Samada anda bersetuju dengan saya
atau pun tidak, terpulanglah. Saya tidak memaksa.
DI MANA SOSOK IMAM MAHDI
Di
manakah sosok Imam Mahdi Al-Muntazar pada masa sekarang? Bagaimana pula
pendiriannya? Tidak mungkin Tuhan melantik pemimpin akhir zaman (maksudnya
Al-Mahdi) dari kelompok mereka yang membunuh para ulama dan imam mereka
(contohnya, Syeikh Said Ramadhan Al-Buti). Sangat tidak mungkin.
Tidak
mungkin juga Tuhan melantik Al-Mahdi dari kelompok yang menyokong Basyar Al-Assad
yang zalim itu. Di manakah dia dalam perkara yang saya bangkitkan ini?
Semua
orang tidak tahu. Anda tidak tahu. Saya juga tidak tahu. Tetapi kita boleh
menjawabnya menurut hukum fiqah. Jika diberi 2 pilihan yang sama-sama negatif,
maka benda yang mempunyai mudarat sedikit itulah yang mesti dipilih.
Walau
kita tidak mengenal sosok Imam Mahdi, tetapi kita cukup kenal akan
keikhlasannya. Beliau keturunan Rasulullah SAW yang bersih hatinya.
DI
RUMAH KHAMIS 18-4-2013
Salam... saya juga beranggapan pemenang konflik Syria ialah as Sufyani. ulama-ulama disibukkan dengan krisis syiah-sunnah dan orang awam dimomokkan dengan kekejaman Assad oleh media barat. Maka musuh yang sebenar ketawa terbahak-bahak melihat kita orang Islam.
ReplyDeleteMereka Yahudi dan sekutu macam la power sangat. Jika mereka berjumpa Al Mahdi sekarang, maka dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepadanya, mereka pasti akan dikalahkan olehnya. Armada ke-7 US yang sediaada berada di rantau Pasifik akan kelihatan seperti kacang sahaja.
Tetapi rancangan itu tetap rancangan maka kita tunggu sahaja masanya tiba.
jangan mengatakan sesuatu yang kita hanya sangka. Jika Allah Mahu melantik orang yang paling banyak berdosa di dunia ini menjadi Khalifah, off course dia akan diislahkan, maka kita nak kata apa?
jika kita tidak tahu, tak bermakna orang lain juga tidak tahu, jika orang lain tahu tak bermakna mereka akan menceritakannya... yang rahsia tetap rahsia. Allah mengajar sesiapa sahaja dari kalangan hamba Nya tanpa had, tanpa batas. Ikut Suka DIA lah...
bbp argumen anda sejalan dengan saya. TK. Ttp 2 akhir itu tak sejalan dengan saya. Memang kuasa tuhan untuk melantik sesiapa sahaja. Ttp kalau kita mempelajari kisah-kisah para nabi dan rasul, mereka dipilih atas sebab2 tertentu. Ada sebab tuhan melantik mereka. TK. Kemudian ttg pengenalan IM, saya suka ulangi bahawa tidak ada sesiapa pun yang tahu sebelum pengislahannya. IM pun tidak tahu bahawa di bakal jadi IM. Itulah yang saya belajar dari guru-guru saya. Maaf kalau ilmu saya tidak mencapai tahap kemahuan anda. TK
ReplyDeleteSejak berzaman Umat Manusia terutama dari Agama Samawi menunggu kedatangan ‘Penyelamat dunia’:
ReplyDeleteKepada umat Islam Imam Al-Mahdi, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.
Kami adalah Pendokong Imam Al Mahdi (a.s), pengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s). Kami daripada pelbagai bangsa dan negara keseluruhannya memperakukan bahawa Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah pendiri (Qoim) keluarga Muhammad (a.s) iaitu Al Yamani, pewaris dan utusan Imam mahdi (a.s) kepada umat Islam, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.
Untuk lebih mendalam sila rujuk:
http://www.hashemstudios-board.com/ English – video ‘The Arrived”
http://almahdyoon.org/ - Laman rasmi Arab
http://www.saviorofmankind.com/ Laman rasmi English
http://pendokongalyamani.blogspot.com/p/siapakah-al-yamani.html - B Melayu
http://yamani.org/archives/200 - B Melayu