RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (3) Siapakah Sultan Bantilan Muhammad
Muizzuddin II dalam konflik Sultan Jamalul Kiram III?
Anda tentu tertanya-tanya
siapakah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II? Apa kaitannya
dengan Sultan Jamalul Kiram III?
Saya nak jawab mudah sahaja. Seorang daripada mereka adalah raja yang
berdaulat (yang ada negara & rakyat) manakala seorang lagi adalah raja yang
tertolak.
Sebelum saya menjawabnya, saya hendak minta maaf sebanyak-banyaknya kepada
pembaca semua. Identiti MS (yang bermimpi bertemu Nabi SAW) itu terpaksa saya
rahsiakan atas permintaannya.
Tentang kisah mimpinya, anda boleh baca post saya YA ALLAH YA RABBI,
ENGKAULAH TUHANKU (1) Syukur KepadaMU. Tetapi tentang dirinya, maaf saya terpaksa
sembunyikan. Saya sudah berjanji demikian.
Sekarang mari kita sambung cerita di atas. Raja yang berdaualat adalah
Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. Raja yang tertolak (terbuang) adalah
Sultan Jamalul Kiram III. Kalau anda hendak tahu lebih lanjut, sila baca RAHSIA
PERISTIWA LAHAD DATU (SIRI 2) Operasi rahsia di tengah lautan.
Bilkah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II
dilantik? Kerajaan manakah pimpinannya?
SULTAN BANTILAN – SSDI
Sultan Bantilan Muhammad
Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, adalah sultan bagi Kesultanan
Sulu Darul Islam (SSDI). Beliau ditabalkan pada tarikh 29-10-2012 (walau pun
sebenarnya diangkat menjadi raja pada 19-3-2009). Majlis pertabalan itu
diadakan tiga hari berturut-turut.
Mari kita tengok upacara
pertabalannya. Pada malam pertama, acara
Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif.
Pada hari kedua, perarakan
mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo.
Pada hari ketiga, diadakan pula
persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya (menteri) dalam Rumah
Bichara.
Malaysia adalah antara para
tetamu luar turut hadir meraikannya, selain tetamu dari Arab Saudi.
Kumpulan tetamu dari
Indonesia diketuai oleh Presiden Front
Pembela Islam (FPI) merangkap Mufti Besar SSDI di Luar Negara iaitu Datu Paduka
Maulana Shar'ie Habib Rizieq Syihab Al-Asy'ari Al-Syafi'e
Al-Husseini.
Walau bagaimana pun, beliau tidak
dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Difahamkan rombongan
Mufti Besar dari Indonesia itu dijadualkan hadir kemudian atau pada 17 November
2012 sempena hari ulang tahun Kesultanan Sulu semenjak 1405.
Kehadiran tetamu ini adalah diharapkan untuk menyemarakkan lagi keinginan Tausug dan Kesultanannya dan menyempurnakan lagi sistem Kesultanan Sulu Darul Islam.
Kehadiran Habib Muhammad Tareeq
Al-Husseini dari Jeddah Arab Saudi juga berjaya memeriahkan lagi majlis Diraja
SSDI selama tiga hari itu.
Yang turut memeriahkan majlis
ialah wakil dari Malaysia diketuai oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA
bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran
Al-Balangingi'.
Sempena majlis Diraja ini, NGO
Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan untuk Hari Raya Korban tahun ini
ialah Global Peace Mission dan FGN (Future Global Network) melalui SSDI terus
kepada rakyat Jolo.
RAJA BERDAULAT, RAJA TERBUANG
Demikianlah kedudukan Sultan Sulu
yang berdaulat, yang mempunyai Negara dan rakyatnya. Sultan Jamalul Kiram III
adalah raja terbuang (tinggal di kawasan setinggan di Manila City).
Pengakuannya sebagai Sultan Sulu adalah tidak sah.
Memang benar, dia dahulu (1974 – 1981) adalah Sultan Sulu,
tetapi rakyat Tausuq menolaknya kerana sejarah hitam keluarga Kiram yang
menjadi talibarut Amerika Syarikat & Yahudi.
Kalau timbul pertanyaan, siapa di belakang Jamalul Kiram
III? Jawapan mudahnya ialah Amerika Syarikat & Yahudi.
SEBUAH CERITA LAMA
Kemudian,
ada juga sumber yang mengaitkan Joseph Pairin Kitingan, bekas Menteri Sabah
1985-1994 dalam kisah Jamalul Kiram III ini. Walau pun itu cerita lama,
tetapi patut juga kita ketahui.
|
Rententan
politik beliau adalah seperti berikut. Beliau pernah menyertai BERJAYA,
kemudian menubuhkan PBS kerana tidak berpuas hati dengan polisi BERJAYA. Namun
selepas kekalahan PBS beliau menyertai UMNO semasa PRU12, 2008.
Bagi saya, individu seperti ini sangat licik dan tidak
boleh dipercayai. Beliau dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan kontrovesi
apabila ingin menjadikan negeri Sabah sebagai negeri Kristian. Saya tidak
pasti kenapa beliau berpandangan sedemikian.
Kemudian,
mari kita ikuti sebuah kisah perjumpaan antara Jeffrey Kitingan (adek kepada
Joseph Pairin Kitingan) dengan wakil Sultan Jamalul Kiram III beberapa tahun
yang lepas. Perjumpaan apakah ini wahai Jeffrey Kitingan?
|
MOTIF
PERTEMUAN INI?
Pertemuan
yang berlaku itu adalah antara Sultan Madzullail T Kiram (wakil Sultan Jamalul
Kiram III) dan Jeffrey Kitingan. Jeffrey yang merupakan lulusan Universiti
Harvard kini aktif dalam parti Star yang baru ditubuhkan.
Beliau
pernah ditahan di bawah ISA kerana disyaki merancang mengeluarkan Sabah dari
Malaysia. Pernah menjadi Naib Presiden PKR tetapi meletak jawatan pada 28
oktober 2009. Persoalannya, apakah maksud pertemuan di atas?
Sultan
Madzullail T Kiram atau keluarga Sultan Kiram merupakan individu yang
bertanggungjawab ke atas pencerobohan Lahad Datu oleh tentera-tentera sulu.
Pertemuan di atas serta pertemuan-pertemuan sulit lain mengundang seribu
spekulasi. Lebih-lebih lagi, pertemuan sulit antara Datuk Seri Anwar Ibrahim
(DSAI) dan Nur Misuari, bekas Gebenor Mindanao, Filipina.
|
KELUARGA
KIRAM DIPERALATKAN
Apa
yang dapat ditafsir, ada pihak ketiga yang cuba mempergunakan Sultan keturunan
Kiram untuk mendapatkan Sabah. Pairin Kitingan pernah mencuba. Anwar Ibrahim
pernah mencuba. Dan itulah yang berlaku dalam peristiwa pencerobohan Lahad
Datu. Kenapa mereka begitu berani? Jawapannya ada di bawah.
Jika
berlaku peperangan sekalipun, itu bukan perkara yang baru di dunia. Kita
melihat, Sri Lanka berperang kerana ingin keluar dari India. Tibet juga ingin
bebas dari China dan telahpun berlaku pertumpahan darah. Timur Leste sudahpun
keluar daripada Indonesia. Begitu juga isu perebutan wilayah Kashmir antara
Pakistan dan India.
Kita berhenti di sini untuk siri (3) ini. Anda sudah pun mendapat beberapa
info yang sangat penting dalam kisah Lahad Datu ini. Akan tetapi, ada satu lagi
RAHSIA yang lebih penting.
PENDAPAT YANG SAYA DENGAR
Ada sesetengah pihak mengabarkan, SSDI itu adalah sebuah kerajaan tempat
berdirinya Pemuda Bani Tamin (PBT) akhir zaman. Kalau ia bermula pada
29-10-2012, maka tempoh 1.5 tahun yang diisyaratkan itu akan berakhir pada
29-4-2014. Adakah ini benar?
Saya tidak tahu. Kita kena tunggu dan lihat. Wait and see. Mungkin benar.
Mungkin juga hanya sebuah retorik. Apakah ada kaitan antara SSDI dengan
Panji-panji hitam yang akan keluar di Kufah, Irak? Terasa lucu untuk
mengaitkannya. Apa pendapat anda?
DI RUMAH. JUMAAT, 18-4-2013.
Panji-panji Hitam Irak sdh keluar..didahului oleh panji-panji hitam taliban di khurasan...yang mana yang kita dukung....tentu panji-panji hitam pembela IM..kapan...?..mudah2an sebentar lagi...AMIN>>>???semoga Islam Berjaya lagi..
ReplyDelete