GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday, 2 April 2013

MANUSIA ATHEIS (MENOLAK KEWUJUDAN TUHAN)



Manusia ini, jika mati dalam Islam, sebesar mana pun dosanya (kecuali syirik) akan tetap memasuki shurga walau disiksa selama mana pun di dalam neraka.

Tetapi jika mati dalam keadaan kufur atau murtad, maka dia tetap kekal dalam neraka. Selama-lamanya. Apakah maksud selama-lamanya? Dia kekal diseksa di dalam neraka tanpa keluar daripadanya.

Ini adalah nasihat saya kepada Nunu, Karl Karnadi dan rakan-rakan sepertinya yang menolak kewujudan Tuhan. Nasihat ini juga untuk mereka yang murtad dari Islam (samada dari Malaysia, Indonesia atau mana sahaja)

Mari kita dengarkan kisah Nunu.

Hidupnya berputar ligat 5 tahun lalu ketika ia masih berusia 19 tahun. Di umur semuda itu, putaran hidup yang dialami Nunu (nama samaran) bukan soal nasib, tapi soal keyakinan.

Dari penganut Katolik yang taat beragama, ia sekarang menjadi atheis yang menolak kewujudan Tuhan 100%.

KEBIASAAN YANG LARI 
 
Tuhan biasanya menjadi sandaran seseorang ketika ia sedih atau kebingungan (galau). Namun itu tidak lagi berlaku buat si bongsu dari tiga bersaudara ini.

"Saya nyaman dengan keadaan ini," kata Nunu ketika ditemui merdeka.com, beberapa minggu yang lepas. Pertemuan itu berlangsung di sebuah kafe di kawasan taman perumahannya. "Sampai sekarang tidak ada bukti membuat saya percaya Tuhan itu ada."

 

Nampaknya, ramai yang telah murtad dari agama masing-masing. Nunu telah keluar dari agamanya, bahkan ramai juga yang telah murtad dari agama Islam.

Pemuda berkaca mata itu tidak bersendirian. Dia merupakan anggota perkumpulan XXX,, sebuah kumpulan atheis (penolak Tuhan) di negaranya yang berpusat di laman Facebook.

Bahkan, Nunu itu termasuk sebagai pengasas (pendiri) bersama Karl Karnadi. Perkumpulan XXX ini dibentuk pada 1 Oktober 2008.

NASIHAT ISLAMI SAYA KEPADA MEREKA
Mereka menolak kewujudan Tuhan tanpa rasa bersalah. Nasihat Islami saya kepada mereka mudah sahaja. Masuklah kamu ke dalam Islam, nescaya kamu selamat, dunia & akhirat.

Bukan setakat di negara berkenaan,, Malaysia juga mempunyai kelompok manusia seperti itu. Suatu ketika dahulu, Persatuan Melayu Murtad Malaysia wujud dalam facebook. Bila mendapat bantahan masyarakat, kerajaan segera menyekat kewujudan fb mereka.

SI MURTAD YANG BEBAL
Akan tetapi, agen-agen mereka yang bebal masih ada. Paling ketara, Mak Chik Hajjah Sitt Al-Wuzara (MHSW) yang dengan biadapnya menghina Allah dan Nabi Muhammad.

Kebanyakan para murtad yang lain hanya mengambil sikap membisu sepanjang kemurtadan mereka, tetapi MHSW ini ternyata sombong, biadap & celupar dengan kemurtadannya.

Doa saya pada tuhan untuknya mudah sahaja. “Ya Allah, hantarkanlah anjing-anjingMU kepadanya. Bunuhlah dia.” Saya berdoa begitu kerana dia ternyata sombong, biadap & takabur. Semakin dinasihati, semakin menjadi-jadi.

Saya tidak tahu bagaimana sikap para murtad di dalam perkumpulan XXX. Anda jangan sombong, biadap & takabur seperti MHSW. Anda juga jangan celupar seperti yang berlaku di Malaysia.

NASIHAT ISLAMI SAYA
Nasihat Islami saya sekali lagi. Kamu semua akan mati. Bila mati, kamu hanya seorang diri di dalam kubur. Percayalah, azab kubur dan azab nereka itu ada. Semuanya benar.

Saya beri satu contoh mudah kepada kamu begini. Jika kamu kata kamu sentiasa sihat, maka itu mungkin betul. Tetapi jika kamu kata kamu tidak pernah sakit, maka itu bohong.

MAKSUD REKOD KESIHATAN
Setiap orang pasti ada rekod kesihatan masing-masing. Mungkin di hospital kerajaan atau klinik swasta tempat kamu  dirawat.

Apakah maksud dan isyarat  dari rekod kesihatan itu? Itu bermaksud kamu lemah.  Dan tertakluk kepada kelemahan.

Sudah ramai makhluk tuhan yang telah mati. Bahkan yang hidup ini pun akan mati. Semuanya akan mati. Itu bermaksud kamu lemah. Dan tertakluk pula kepada kelemahan.

Mungkin kamu menjawab, mati itu proses natural (semulajadi). Saya nak jawab mudah sahaja. Silakanlah kamu mati dan lihatlah apa yang akan terjadi. 

KEAHLIANNYA SEKITAR 1100
Sehingga sekarang,  perkumpulan XXX itu mempunyai ahli 1110 orang. Sekitar 65% daripadanya adalah lelaki dan kebanyakan mereka sebelumnya adalah Islam. 

Saya terdiam sebentar mendengar maklumat itu. Kenapa begitu ramai manusia yang murtad dari Islam? Kenapa mereka  begitu bodoh menjadi atheis & menolak kewujudan Tuhan? 

TEMPAT SUAKA & RELEASE TENSION
Apa kesitimewaannya menjadi atheis? Kata Nunu "Dasar pembentukan komuniti (perkumpulan) ini adalah untuk mendirikan semacam suaka (tempat perlindungan) buat teman-teman atheis dan non-religious untuk menterjemahkan konsep pemikiran dalam diri mereka,"



Barangkali mereka menyangka mereka terlalu bijak. 


Pada saya, mereka terlalu bodoh. Mana mungkin mereka melawan fitrah yang tuhan berikan kepada mereka? Mereka cuba mentiadakan (menafikan) apa yang mesti ada dalam diri mereka. Apa dia? Mereka cuba menafikan sifat kehambaan mereka kepada Tuhan.


Di peringkat awalnya, jumlah ahlinya sekitar 100 ahli.  Perkumpulan XXX ini juga menganggap  pertemuan kecil ini sekadar untuk saling mengenali  dan bertanya kabar.

Nunu mendakwa sampai saat ini anggota mereka tersebar dari hujung negeri A sehinggalah kepada hujung negeri B. Bahkan, ada juga yang menetap di luar negeri.
 
MENGGUNAKAN FACEBOOK
Untuk bergabung tidak sulit, cukup menghadirkan diri melalui laman Facebook Perkumpulan XXX.  Nunu sebagai admin akan mengesahkan kehadiran pendaftar. Dia kemudian  mencari maklumat latarbelakang (background) dan tujuan mereka.

Setiap hari, perkumpulan ini menerima kedatangan 5-10 orang. Setelah verifikasi selesai, pendaftar menjalani wawancara menerusi chatting. Selepas itu, Nunu dan Karl Karnadi bakal membahas hasil wawancara itu sebelum memutuskan apakah pendaftar sesuai diterima menjadi anggota atau ditolak.

MENJAGA PERIBADI & DIRI
Perkumpulan XXX tidak berjalan kaku. Tidak ada aturan main dan pemimpin. "Yang penting tiap anggota dalam berdiskusi menjaga situasi supaya nyaman, tidak berkata kasar atau melecehkan," beritahu Nunu.

Meski kebanyakan sudah paham, komuniti ini mengingatkan anggota mereka agar tidak sembarangan bercakap di depan khalayak ramai  sebagai atheis.  

JANGAN JADI MACAM ALEXANDER
Imbauan ini berkaca dari pengalaman Alexander alias Aan, admin laman Facebook Atheis di sebuah negeri M. Dia ditangkap karena mengumumkan dirinya sebagai seorang atheis.

Majlis hakim di negeri M tersebut kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 2.5 tahun dan denda setimpal RM6000 untuk kesalahannya..

KATA KARL KARNADI
Perkumpulan Atheis XXX hanyalah sebagian dari komuniti “manusia tak bertuhan” di negara ini. Memang sulit memastikan jumlah mereka.

Karl Karnadi, pengasas Perkumpulan XXX sangat berharap masyarakat bersedia menerima kaum atheis. "Kami berusaha sebaik-baiknya mengenalkan diri kami sebenarnya dan berharap mendapat sayang dari masyarakat meski pun kami berbeda," katanya kepada merdeka.com menerusi e-mail.

DI RUMAH. 2-4-2013. 6.10 PM


1 comment:

  1. Silakan kamu saja mati duluan..buktikan bahawa munkar dan nakir itu wujud

    ReplyDelete