GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday, 13 May 2013

PASCA PRU13 (1) Rahsia kemenangan BN & kekalahan PR..



Pertama-tamanya, saya meminta maaf kerana menulis pasal politik. Saya bukan orang politik. Saya pun dah membersihkan diri saya dari politik. Saya suka mencari kebenaran dan kemenangan melalui hubungan dengan Tuhan. Semakin dekat saya dengan Tuhan, semakin mudah saya menulis semua ini untuk anda.

Keduanya, saya tidak pro mana-mana pihak. UMNO tidak, PAS pun tidak, PKR lagi tidak, DAP langsung tak masuk buku. Saya akan menulis secara jujur. Mana-mana yang terkena, minta maaflah. Harap pembaca saya tidak emosi keterlaluan. Kalau anda tak dapat mengawal emosi anda, tolong jangan baca post saya.

Kalau anda nak kritik saya, komen saya, silakan. Saya menghargai semuanya. Tetapi gunakanlah bahasa yang sopan dan lembut. Pun kalau ada saya tersilap fakta atau data, tolong betulkan saya. Saya tak marah. Tetapi anda jangan belasah saya, pukul saya, hentam saya. Saya tak suka kepada kekerasan & keganansan. Kalau ada juga, saya akan delete komen anda. Saya jujur. Saya minta maaf.

BISMILLAH. Mari kita mulakan.

Pemimpin pembangkang Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim (Anwar) tetap gagal kali keduanya menumbangkan Barisan Nasional (BN)  pimpinan  Perdana Menteri,  Datok Seri Najib Tun Razak (Najib)

Ada orang memberitahu saya bahawa Najib sepatutnya menang besar kerana inilah PRU pertama baginya sebagai PM. Tetapi saya berpendapat sebaliknya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepadanya kerana masih berjaya menyelamatkan Malaysia.

Kekalahan kali kedua bagi Anwar seperti satu sumpahan berat terhadapnya. Saya berpendapat mudah sahaja. Anwar itu sebenarnya manusia biasa. Dia bukan Pak Syeikh Malaya (seperti digembar-gemburkan) yang kononnya mempunyai kuasa sakti seperti dewa-dewi. 

Bahkan saya ingin memberitahu anda suatu perkara yang patut anda tahu. Pernahkah anda terkena bala? Anda tentu memberikan saya pelbagai jawapan. Maksud saya, bala politik? Anda tentu tercenggang-cenggang. Mana ada bala politik?. Kalau anda tak percaya, nanti saya akan cerita selepas ini. Kalau tak ada dalam siri ini, tunggu siri (2) saya selepas ini.

Dalam keadaan menunggu keputusan PRU13 pada 5-5-2013, saya mendapati BN telah menguasai 116 dari 222 kursi di parlimen, sedangkan Pakatan Rakyat hanya berjaya mendapatkan 58 kursi. Sebuah perbezaan (116 -58) = 58 buah kerusi lagi

Saya tahu, Najib menggunakan taktik halus untuk meresahkan para pemimpin pembangkang. Buktinya, TV menunjukkan kemenangan BN di Sarawak terlebih dahulu dan membiarkan keputusan PRU13 di tempat-tempat lain. Walau pun sebahagian keputusan undian sudah pun tersebar melalui sms, namun keputusan di TV belum ada lagi.

Dan jauh di suatu sudut  di ballroom Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor, Anwar belum bersedia menyatakan sikapnya yang nampak kecewa. "Kami masih menunggu pengumuman rasmi dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)”, ujarnya.

Saya tersenyum dalam hati. Permainan Najib berjaya menjerat Anwar. Sehingga saya tidor pun, Anwar dikatakan sangat kecewa dan resah dengan cara keputusan itu disiarkan.

Sebilangan penyokong Anwar secara zahir sangat kecewa dengan keputusan sementara ini. Mereka membentak-bentak marah, suatu sikap yang diwarisi daripada Anwar itu sendiri.

PRU13 telah menyaksikan Barisan Nasional menang sekali lagi dan diberi tanggungjawab mentadbir  Malaysia hingga lima tahun berikutnya. Namun, ada hasil yang mengejutkan betapa rakyat Malaysia sebenarnya menginginkan perubahan.

Apakah perubahan itu? Dan apakah pulak hasil itu? Hasil kajiselidik Pilihanraya yang dibuat oleh Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel)  menunjukkan bahawa rakyat umumnya memilih Pakatan Rakyat.  

Pakatan Rakyat dikatakan mendapat 50% undi & Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 49% undi.  Kemudian dalam percaturan antara Anwar dan Najib, Anwar dikatakan mendapat 43% manakala Najib 39%.

Walau bagaimanapun, keputusan sementara itu tidak boleh diterimapakai. Itu hanya gambaran awal. Dalam post saya sebelum ini, TEORI RAHMAN (Siri 1 & 2), kajiselidik itu sebenarnya tidak tepat disebabkan beberapa factor. [1] Sampel yang kecil, 1407 respondens sahaja, [2] dijalankan di Bandar sahaja, [3] ramainya pengundi atas pagar, (18%)

Realiti sebenar sokongan rakyat tidak begitu. PRU13 telah menunjukkan sesuatu yang berbeza.  Bahkan dalam kajiselidik yang dijalankan Institut Kajian Politik UUM (Mapan) & Majlis Profesor Negara, ternyata peratus yang ditunjukkan menyebelahi Najib dan BN. Najib dapat 58% dan Anwar 42%.

Mana yang lebih tepat? Adakah ujian UMceded atau Mapan & Majlis Profesor Negara? Saya tunjukkan anda bukti paling tepat. Najib dan BN dapat 133 daripada 222 kerusi. Peratusnya ialah 59.9%. Pakatan Rakyat dan Anwar pulak mendapat 89/222 kerusi atau 40.0%.

Nilai yang diperolehi itu menunjukkan nilai sepadan dari kajiselidik Mapan & Majlis Profesor Negara. Najib dapat 59.9 = 58. Anwar pulak mendapat 42 =40. Anda tahu maksudnya apa? Mari saya jelaskan.   

Jika benar Kajiselidik itu dijalankan di UUM (menggunakan populasi Melayu di Kedah dan Perlis), maka ia menunjukkan beberapa petunjuk berikut. [1] Orang Melayu Utara (Kedah, Perlis, Penang) boleh menerima sifat prihatin & penyayang Najib, [2] Mereka sedia beralih arah dari PR kepada BN. [3] Mereka bersetuju kepada penyatuan orang Melayu yang lebih utuh.

Kemudian timbul pula soalan. Adakah kajiselidik UMceded itu tak tepat? Jawapan saya begini. UMceded betul dalam konteks untuk Anwar, manakala Mapan & Majlis Profesor Negara pula betul untuk Najib.

Anda faham maksud saya? Begini jawapannya. Anwar disokong oleh masyarakat Bandar yang kebanyakannya Cina. Kemudian Najib pula disokong masyarakat desa yang kebanyakkannya berbangsa Melayu. Dalam erti kata lain, ada 2 makna. [1] Masyarakat Bandar melawan masyarakat desa, [2] Undi Kaum Cina melawan undi kaum Melayu.

Timbul soalan kenapa Pulau Pinang gagal menunjukkan sokongan padu kepada Najib padahal di sana pun ramai orang Melayu di Tanah Besar? Kami akan menjawab selepas ini. Ia ada kaitan dengan orang Cina.

Secara perolehan kursi, Pakatan Rakyat tetap kalah dibandingkan BN. Pakatan Rakyat hanya mendapatkan 89 kursi berbanding  BN mendapatkan 133 kursi.

Itu menunjukkan 2 perkara besar seperti berikut. [1] Anwar Ibrahim masih gagal mewujudkan barisan pembangkang yang sehati sejiwa (satu kepala) dan komited menumbangkan BN.

[2] Najib sendiri gagal mewujudkan gabungan BN Semenanjung Malaysia (UMNO, MCA & MIC) yang mantap. MCA & MIC banyak kehilangan kerusi dalam PRU13 kali ini. 

Dalam PRU13 yang baru lepas, perbezaan kerusi itu hanya 44. Kemudian BN sekali lagi gagal mendapat 2/3 majority. Mereka sepatutnya mendapat 148 kerusi. PRU12 (tahun 2008) mendapat 140 kerusi. Tetapi tahun ini, PRU13 (2013) hanya mendapat 133 kerusi. Sebuah pengurangan sebanyak 7 kerusi.

Ini pun menunjukkan 2 petanda yang konkrit juga. [1] Kedua-dua BN & PR gagal mendapat majority. Maka ini bererti BN tidak berada dalam zon selamat & mesti berusaha keras mempertahankannya. [2] BN mesti mempunyai wakil-wakil rakyat yang pandai mendekati rakyat dan pandai pula menunjukkan rekod cemerlang.

BN sekarang berada dalam “zon tidak selamat” (ZTS). Dan kalau PR menang pun, ia mungkin juga berada dalam ZTS. Dalam bahasa mudah, itu menunjukkan keadaan politik Negara kita tak stabil. Kalau tak stabil, maka bahayanya sangat besar untuk generasi akan datang.

Saya hanya mempunyai seorang putri yang sekarang sedang belajar di Tingkatan 4. Bagaimana keadaanya jika Negara berterusan dalam ZTS? Memang semuanya dalam urusan Allah Taala. Tetapi hati nurani saya sebagai seorang bapa mesti berkata jujur. Dapatkah anak saya mengharunginya?’

Syaidina Umar r.a pernah berkata, “Didiklah anakmu untuk zaman mereka”. Saya berpendapat maksudnya luas, termasuk (peranan ibubapa) ialah menyediakan persekitaran politik yang selesa untuk mereka. Ibubapa tidak wajar emosional, sebaliknya mesti bijaksana membina kehidupan masa depan yang cerah dan selesa.

Memang benar PR berjaya mempamerkan calon-calon handal dan berkarisma untuk mengalahkan BN. Misalnya di Bandar Baru, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Saifudin Nasution kalah tipis kepada calon Barisan Nasional Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan kedudukan undi 24.911 berbanding 26.782. Tetapi bagaimana di tempat-tempat lain? Saya tak kisah Melayu lawan Melayu (sekiranya keuntungan politik berpihak kepada Islam), bagaimana tentang Melayu lawan Bukan Melayu? Untuk memahaminya, elok anda baca seterusnya.

Fakta lain dari PRU13 Malaysia ialah Pakatan Rakyat (PR) berjaya menambah perolehan kursi parlimen sebanyak tujuh kursi. Tambahan kursi itu adalah dua dari Sabah dan lima dari Sarawak.

Parti Tindakan Demokratik (DAP) meraih kemenangan besar 38 kerusi (tambahan 10 kursi) daripada PRU12 (2008). PKR mendapat 30 kursi, sementara Partai Islam Semalaysia (PAS) 21 kursi. PKR naik lima kursi sementara PAS turun dua kursi dibandingkan PRU12 (2008).

Timbul soalan, kenapa DAP menang besar? Ini kerana orang Cina secara terang-terangan menolak MCA dan tidak percaya kepada BN. Contoh mudah, Gelang Patah di Johor dimenangi Lim Kit Siang dan mengalahkan Dato Abdul Ghani Osman. Padahal Johor itu kubu kuat UMNO dan BN.

Begitu juga tentang Parlimen Bukit Katil di Melaka. Meski  pun Mohd Ali Rustam (BN) kalah kepada Shamsul Iskadar Akin (PKR), jelas sekali kekalahan itu kerana sokongan kaum Cina kepada PKR. Mereka menolak BN sama sekali sehingga Mohd Ali sangat kesedihan kerananya.

Saya terlihat beberapa tanda yang penuh simbolik di depan mata saya. Kembalilah ingat kepada kata-kata Datok Laksamana Hang Tuah, “Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Kita jangan terlalu apologetik, pemurah & mahu dikatakan baik. Alangkah bijaknya kalau kita dapat mengenal yang mana intan, yang mana kaca. Jangan  “Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan”

Alangkah mudahnya kalau kita fahami begini. PRU13 adalah medan pertembungan antara Melayu (parti pemerintah) dan Cina (DAP). Bercakap banyak pun tak guna. Saya sokong istilah yang digunakan Najib, “tsunami Cina”.  Dan saya sangat benci mendengar kata balas Lim Kit Siang terhadap Najib. “Ini bukan tsunami Cina, tetapi tsunami rakyat”.

Kemudian mari kita dengar kata-kata dari Azwanuddin Hamzah, Pengasas Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan yang sekarang menjadi Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Katanya, suatu masa dahulu (sekitar tahun 2000) semasa Anwar mula-mula dibebaskan daripada penjara, Anwar pernah memberi taklimat kepada sejumlah Pemuda Keadilan dalam satu majlis tertutup.

Dia (Anwar) mengarahkan pemuda-pemuda tadi menjelajah keseluruh negara dan menghasut orang Cina agar membenci kerajaan. Biar Nampak UMNO itu jahat dan menghentam raja-raja.

Kalau benar cerita tersebut, maka kesannya sudah kelihatan sejak PRU12 2008 lagi. Pada masa itu, BN hanya dapat 140 kerusi & gagal mencapai 2/3 majority. Hasutan itu bukan semakin kecil, tetapi semakin membakar yang menyaksikan BN hanya menang 133 kerusi dalam PRU13 baru-baru ini. BN tetap gagal mencapai 2/3 majority seperti sepatutnya.

Sepanjang 13 kali Pilihanraya berlangsung, BN sudah 3X gagal mencapai 2/3 majority. Kali pertama, 1958, kemudian 2008 dan terakhir 2013. Timbul soalan, kenapa keadaan semakin kritikal? Jawapan saya yang paling mudah. Kerana kita MENGANGGAP BERSIH manusia yang sebenarnya kotor dan jijik.    

Kemudian anda lihat sahaja PKR. Parti tersebut telah berjaya mendapat lima kemenangan lagi. Dari 25 (2008) kepada 30 (2013). Sebabnya mudah sahaja. Kalau kawasan parlimen itu mempunyai peratus Cina yang lebih tinggi daripada Melayu, pasti PKR akan menang. Jadi teorinya sangat mudah, orang Cina sangat benci kepada BN dan kerajaan.

Itulah besarnya kesan hasutan yang bermula sejak tahun 2000. Orang PKR termakan hasutan Anwar. Begitu juga sebahagian besar orang Cina dari DAP. Dan begitu juga sebahagian besar orang Melayu dari PAS. Mereka sepakat membenci UMNO dan BN. Kesan hasutan itu menampakkan seolah-olah Anwar itu sangat baik dan Najib itu sangat jahat.

Itulah bala politik yang terkena kepada bangsa Melayu. Kalau saya cakap perkara (kejahatan Anwar) ini kepada mereka, sumpah mereka tak akan percaya kepada saya. Sebaliknya, saya akan dituduh macam-macam.

Saya setuju dengan surat terbuka dari seorang Hamba Allah kepada Najib hari ini (7-5-2013). Kalau tak silap saya, dalam Berita Harian. Kata Hamba Allah tersebut, sudah sampai masanya Najib mengambil tindakan tepat terhadap perbuatan biadap kaum Cina terhadap BN dan kerajaan.

Kemudian ada satu permintaan dari Hamba Allah tersebut. Wujudkan semula cita-cita “Kerajaan Perpaduan” yang sebelum ini terbengkalai. Kalau ia berjaya, alangkah besar faedahnya kepada bangsa Melayu & umat Islam di Negara ini. Jumlah kerusi akan jadi (133 + 21) = 154. Jumlah ini sudah melebihi 2/3 majority.

Saya sendiri teruja dengan hasrat untuk membina “Kerajaan Perpaduan” ini. Orang Melayu atas nama agama Islam mesti bersatu semula. Parti PAS dan parti UMNO mesti duduk semeja & mengkaji semula kedudukan politik mereka. Kalau mereka kekal bercakaran,  DAP hanya ketawa memanjang melihat kebodohan sesama kita.

Ustaz Nasha (Nasharuddin Mat Isa) sekali lagi menyeru kepada Kerajaan Perpaduan. Lupakan sengketa lama & perbaharui semula kedudukan bangsa kita atas nama agama Islam yang tercinta. Tetapi sayangnya, ada pihak yang tidak setuju. Konon-kononnya, mereka menganggap seruan (atau ajakan) kepada Kerajaan Perpaduan itu tidak ikhlas.

Saya tidak faham maksud tidak ikhlas itu? Bagaimana pula untuk ikhlas? Jawapannya ada dalam siri (2). Tunggu seterusnya.

HULU BESUT. 10-5-2013.  9.40 PM

5 comments:

  1. Itulah taksub berada dlm kelompok yakin hanya mereka yg benar.
    Cuba kita lihat tanah arab dr jauh kita dapat melihat dgn hati yg jernih. Apabila berada dlm linkungan kita gagal keluar menggunakan akal jernih yg ada hanya hasutan dan fitnah lebih dipercaya.

    Di mana mana kita anggap bangsa arab bodoh boleh dibeli mudah terhasut bersuku diperalat dibayar bla bla bla.....sebenarnya itulah yg berlaku dgn bangsa Melayu sekarang...tidak guna akal yg Allah anugerahkan walaupun kebenaran itu ada didepan mata.

    Saya selalu berpesan ke anak saya...kalau kita berdosa biarlah kita membawa dosa kita sendiri. Bayangkan perbuatan kita menyebabkan satu kelompok satu kaum satu negara satu bangsa satu agama menuju kehancuran...tak tertanggung kita memikul dosa itu.......selama mana mereka menyebarkan hasutan fitnah rekaan bla bla bla selama itu jugalah kita mengutip dosa sepjg hayat ...... dah meninggalpun kita masih menanggung kerana dulu kita pernah menjadi pemimpin dan membawa pengikut menuju kehancuran........

    Ustaz....saya sekeluarga menetap diluar negara.....percayalah dan yakinlah Tanah Melayu adalah salah satu bumi bertuah anugerah Allah....byk perkara kami alami dan hadapi....

    Saya sedih Melayu sekarang membawa diri mereka menuju kehancuran....gunalah akal jernih apabila terlalu taksub. Keluarlah duduk dipinggir dan lihat ke dlm kelompok anda.

    ....AGAMA.....
    .....BANGSA....
    .......NEGARA.....

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Saya menghaergai pandangan mata batin anda. Jangan kita terlalu taksub atau fanatik, kerana sifat itu akan membawa kita kepada ketidakbolehan berfikir secara cerdas. Terima kasih kerana faham apa yang saya nyatakan. Semoga ramai lagi bersama kita semua...pencari kebenaran yang hakiki

    ReplyDelete
  3. Abah,,kami bukan membenci bn dan fanatik pr,,tp abah sendiri boleh tgk skrg,,,selepas bn menang pilihanraya..harga barang semua naik,tp gaji naek ke selaras dgn kenaikan harga barang,,sy boleh katakan tulisan artikel abah ni hanya sampah.terus mengkaji kesengssaaan rakyat di bawah pemerintahan bn,,baru kita tahu hakikat sebenar.kamimx benci bn..t kamimbenci pemimpin bn yg korup dan bodoh,lihat sahaja zaman skrg,,rasuah berleluasa,,polis dari pangkat besar hinnga ke kuli pun makan rasuah..mahkamah tempat keadilan dijadikan tempat membela pemimpin bn,,media menyebarkan fitnah setiap hari.byk lg contoh yg sy boleh berikan,

    Bercakap tentang tsunami cina,,.org melayu kene paham yg pemikiran org melayu jauh ketinggalan dr org cina.sy bg 1 contoh..sy melihat org melayu membaca akhbar "Malaysia ada simpanan 50 juta"..melayu ini dgn bangganya mengatakan,,lihat,,sape ckp malaysia negara miskin,,malaysia kaya,,tp bila orgncina membacanya pula..mereka akan berkata..Knp hanya ckp untung?knp xckp hutang negara berapa?baru rakyat dapat menilai cara pemerintahan kerajaan skrg...lihat..perbezaan menteliti melayu yg hanya makan suap dan menteliti cina yg byk berfikir.

    Sekali lg sy ulangi.kami tidak membenci umno/bn..kami membenci pemimpin mereka yg korup dan bodoh..mereka menutup pemikiran melayu dan lebih suka melayu berfikiran jumud dan kuno..supaya mereka dpt trus memerintah dan merompak harta negara..mereka menghasut rakyat supaya membenci ulamak..meghasut rakyat supaya rakyat berfikiran bahawa agama tidak patut dicampur dgn politik..ketahuilah..Muhamad s,a,w adalah nabi, pemerintah, panglima perang,,agama suku polkitik suku lah yg menyebabkan rasuah berleluasa,,duit zakat dan baitulmal di selewengkan,,

    Sekian,,

    ReplyDelete
  4. artikel tahik.

    ReplyDelete
  5. barang naik ni sape nk tanggung ?/ sial bn !! bodoh nye beruk hutan

    ReplyDelete