Ada orang membuat ramalan bahawa PM bagi Malaysia hanya
setakat perkataan RAHMAN. Selepas itu, PM tidak wujud lagi.
Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia,
Kerajaan Langkasuka Nusantara atau lain-lain nama yang kita tak pernah dengar.
Entahlah.
RAHMAN itu bemaksud R (Rahman), A (Abdul Razak), H (Hussein),
M (Mahahtir), A (Abdullah) & N(Najib). Saya tidak tahu siapa yang
mempopularkan teori ini dan maksud di sebaliknya.
Walau bagaimana pun, menurut hitungan huruf depan, perkataan
RAHMAN itu salah. Abdul Rahman patut bermula dengan huruf A, manakala Mohd
Najib patut bermula dengan huruf M. Maka jadinya AAHMAN.
Jika nama kedua diambilkira, maka nama Abdul Rahman boleh
diteruskan kepada Rahman ( R ), Abdul Razak kepada Razak ( R ) dan Mohd Najib
kepada Najib ( N ). Maka jadinya RRHMAN.
Kesimplannya, perkataan RAHMAN itu hanya satu jeritan kata
yang tak berasas. Hanya suka-suka sahaja. Hanya permainan kata sahaja.
TEORI R PUSINGAN KEDUA?
Kemudian ada juga orang berkata, selepas Najib, akan berlaku Teori Rahman pusingan kedua. Anda boleh percaya. Dan anda juga boleh menolaknya.
Kemudian ada juga orang berkata, selepas Najib, akan berlaku Teori Rahman pusingan kedua. Anda boleh percaya. Dan anda juga boleh menolaknya.
Mereka mengandaikan Tengku Razaleigh Hamzah ( R ) menjadi
Perdana Menteri selepas Najib. Konon-kononnya dia akan bersengkongkol dengan
Anwar Ibrahim membentok kerajaan baru di Malaysia.
Jika Ku Li (Tengku
Razaleigh Hamzah, bermula R) menjadi Perdana Menteri yang pertama Pakatan
Rakyat, kemudian diikuti oleh Anwar Ibrahim (A) sebelum Hadi Awang (H)
mengambilalih untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya, peluang TEORI RAHMAN
pusingan kedua era Pakatan Rakyat boleh menjadi kenyataan.
Saya senyum sahaja
mendengar Teori Rahman ini. Bagi saya, teori Rahman pusingan pertama pun dah
salah. Yang pusingan kedua lagi salah.
MARI KITA KE ASIA TENGGARA
Mari kita lihat
suasana politik Asia Tenggara sejak dahulu sampai sekarang. Tinggalkan Teori
Rahman itu sekejap. Ada perkara lebih penting.
Pernahkah anda terfikir bahawa Malaysia dikelilingi oleh
jiran-jirannya yang sentiasa melihatnya dari dekat. Kalau kita memutarkannya
dari arah lawan jam, kita mendapat susunan berikut.
Mari kita mulakan dengan (F) Filipina dari Timur,. (T) Thailand
dari Utara, (I) Indonesia dari Barat & S(Singapura) dari Selatan..
Menurut maklumat yang diketahui, Filipina ditakluk sejak
beratus-ratus tahun lampau oleh Sepanyol. Mereka (umat Keristian) percaya Imam
Mahdi akhir zaman berada di Filipina. Tetapi usaha mereka gagal. Sampai
sekarang, mereka tidak menemuinya.
Umat Islam di Thailand juga diburu oleh mata-mata Kristian.
Bahkan Yahudi juga mencuri peluang mengintai Al-Mahdi di sana. Bagaimana ia
berlaku? Saya tidak perlu menceritakannya. Yang dapat saya katakan, orang kafir itu saling berkerjasama sesama mereka untuk meranapkan Islam.
Indonesia sudah lama ditakluk oleh Belanda. Dan Belanda
(sebagai sebuah Negara Umat Kristian) juga pecaya Al-Mahdi berada di sana.
Tetapi usaha mereka pun tidak berhasil. Mereka hanya menemui hasil sifar dari
penjajahan berates-ratus tahun itu.
NEGARA METROPOLITAN
Singapura hanya wujud sekitar 50 tahun lepas. Walau pun kecil, ia terkenal sebagai negara metropolitan. Samada betul atau tidak, Singapura merupakan pengkalan strategik bagi Yahudi di Asia. Maknanya, Malaysia berada di satu titik yang sangat mampan. Filipina pengkalan Kristian & Singapura pengkalan Yahudi.
Dulu, mereka (Yahudi) mengesan kemungkinan wujudnya Al-Mahdi dari pergerakan Al-Arqam. Tetapi Al-Arqam terlebih dahulu tersungkur sebelum dia dapat menewaskan musuhnya.
Singapura hanya wujud sekitar 50 tahun lepas. Walau pun kecil, ia terkenal sebagai negara metropolitan. Samada betul atau tidak, Singapura merupakan pengkalan strategik bagi Yahudi di Asia. Maknanya, Malaysia berada di satu titik yang sangat mampan. Filipina pengkalan Kristian & Singapura pengkalan Yahudi.
Dulu, mereka (Yahudi) mengesan kemungkinan wujudnya Al-Mahdi dari pergerakan Al-Arqam. Tetapi Al-Arqam terlebih dahulu tersungkur sebelum dia dapat menewaskan musuhnya.
Sejak kejatuhan Al-Arqam, tidak ada lagi pertubuhan Islam
yang boleh mengugat Yahudi dan Israel. Sebab itu mereka (Yahudi) tersenyum memanjang dan
galak sehingga ke Bukit Katil, Melaka.
BUKIT KATIL MELAKA
Dulu, ada pembaca blog saya yang menyarankan saya menulis tentang Bukit Katil, Melaka. Saya senyum sahaja. Memang Bukit Katil itu mengandungi rahsia besar. Rahsia besar akhir zaman.
Mari kita tinggalkan sekejap kisah Bukit Katil ini. Menurut
agakan anda, siapakah yang akan memenangi Pilihanraya Umum (PRU) 13 ini?
ANGKAT BAKUL ISI SENDIRI
Pemimpin Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebelum ini mendakwa dirinya akan memenangi pilihanraya Umum (PRU 13) pada 5 Mei ini.
DSAI meyakini gabungan tiga yang dipimpinnya (PKR, PAS & DAP) akan mampu menggulingkan Barisan Nasional yang telah berkuasa selama 56 tahun sejak Malaysia merdeka. Anwar berjanji akan mengatasi masalah yang telah berurat akar selama ini seperti rasuah dan perbezaan kaum.
"Insyaallah
kami akan menang. Rakyat sudah muak dengan kerajaan yang mengawal media-massa, sombong dan rasuahnya bermaharajalela,"
kata Anwar di Ibu Kota Kuala Lumpur.
Saya tak dapat
mengatakan dengan jelas setakat mana DSAI akan menang dalam PRU13 ini. Atau itu
hanya kata-katanya sahaja. Tetapi dalam mengenali siapa Anwar ini, elok anda
telusuri kata-kata sahabat karibnya sendiri, Datok Sidek Baba, bekas pensyarah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Saya hanya
mengenal DSAI hanya zahirnya sahaja. Saya tidak mengenalnya zahir batin. Anda
juga begitu. Tetapi Datok Sidek Baba ini telah mengenalnya cukup lama. Kata
orang, kenal zahir dan batin.
“Saya
meninggalkannya atas 3 sebab berikut, [1] pluralisme, [2] hubungan dengan pihak
luar dan [3] kredibiliti diri”, demikian kata kawan karibnya itu.
Sangat tidak
munasabah untuk mengatakan Datok Sidek Baba itu berbohong. Melihat kepada
ketiga-tiga sebab yang dinyatakan itu, semuanya relevan dan ada bukti nyata.
Walau pun ada
sejumlah 35 orang sahabat karib dan rakan partinya meninggalkannya, saya cuma
memilih seorang (Datok Sidek Baba) sahaja untuk dijadikan rujukan. Saya tahu
beliau seorang yang beragama, alim & warak. Mustahil beliau bercakap
bohong.
PLURALISME
Ia bermaksud
kesamaan di antara agama. Islam, Budha, Hindu, Keristian dan sebagainya,
semuanya mengajar kebaikan. Anwar pernah mengatakan demikian. Umat Islam mesti
menolak pandangan ini. Tidak ada pluralisme dalam Islam.
HUBUNGAN DENGAN
PIHAK LUAR
Sejak zaman
Mahathir lagi, Anwar diketahui sangat rapat dengan Yahudi dan Amerika Syarikat.
Dan untuk kisah terbaru ini, anda baca sahaja kisah RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU
(Siri 1,2,3 & 4) yang saya tulis sebelum ini. Anwar sanggup melakaukan apa
sahaja untuk mencapai cita-citanya.
KREDIBILITI DIRI
Saya sendiri payah
untuk percaya bahawa Anwar ini kaki liwat. Mustahil orang sebaik dia melakukan
hal demikian. Tetapi bila mendengar banyak cerita yang hampir sama, lebih-lebih
lagi dari Dato Sidek Baba, hati saya pun berbelah bagi.
Lebih mengejutkan
lagi bila dia (DSAI) sendiri menyokong kewujudan Lesbian, Gay, Bioseksual dan
Trankseksual (LGBT) di Malaysia. Anda jangan sesekali fanatic kepadanya, kerana
fanatik anda itu akan menjadikan anda bodoh.
KEMUNGKINAN ANWAR
MENANG?
Adakah Anwar akan
menang? Jawapan saya mudah sahaja. YA, dia akan menang jika majority umat Islam
di Malaysia percaya bahawa dialah “Syeikh Malaya” yang ditunggu-tunggu sekian lama.
Setakat ini ada 2 analisis mengatakan dia menang. [1] Kajiselidik UMceded & [2] Perhitungan falak (kedua-duanya akan saya siarkan dalam siri 2 nanti). Jika mimpi saya dapat dijadikan penilaian, maka bertambah menjadi 3 sumber.
Tetapi saya nak sebut lebih awal, kajiselidik UMceded itu tidak boleh dipercayai sangat sebab jumlah respondensnya kecil sangat (sekitar 1000 orang). Perhitungan falak itu pun ada masalah juga. Dalam PRU12 dahulu, Najib dah menang mengatasi Anwar. Takkan dalam PRU13, perubahan berlaku secara tiba-tiba. Takkan kitab Madinatul Asrar berubah-ubah isyaratnya?
JANGAN TAKSUB
Jika ada rakan partinya seperti PAS dan DAP yang taksub kepadanya, maka kita sangat faham tentang adanya kepentingan pribadi masing-masing terhadapnya. PAS bergantung kepada Anwar kerana dendam lamanya terhadap UMNO. DAP pula kerana sikap dan perjuangan chauvanisnya.
Bagi mereka, tentulah Anwar itu Syeikh Malaya yang diharapakan dapat menolong mereka. Saya sendiri tidak percaya kepada Anwar. Saya lebih percaya kepada Dato Sidek Baba yang tahu kisah hidupnya lebih daripada saya. Julukan “Syeikh Malaya” itu hanya julukan Yahudi untuk menonjolkan kesucian dirinya. Syeikh Malaya itu sebenarnya tidak wujud.
Tetapi saya nak sebut lebih awal, kajiselidik UMceded itu tidak boleh dipercayai sangat sebab jumlah respondensnya kecil sangat (sekitar 1000 orang). Perhitungan falak itu pun ada masalah juga. Dalam PRU12 dahulu, Najib dah menang mengatasi Anwar. Takkan dalam PRU13, perubahan berlaku secara tiba-tiba. Takkan kitab Madinatul Asrar berubah-ubah isyaratnya?
JANGAN TAKSUB
Jika ada rakan partinya seperti PAS dan DAP yang taksub kepadanya, maka kita sangat faham tentang adanya kepentingan pribadi masing-masing terhadapnya. PAS bergantung kepada Anwar kerana dendam lamanya terhadap UMNO. DAP pula kerana sikap dan perjuangan chauvanisnya.
Bagi mereka, tentulah Anwar itu Syeikh Malaya yang diharapakan dapat menolong mereka. Saya sendiri tidak percaya kepada Anwar. Saya lebih percaya kepada Dato Sidek Baba yang tahu kisah hidupnya lebih daripada saya. Julukan “Syeikh Malaya” itu hanya julukan Yahudi untuk menonjolkan kesucian dirinya. Syeikh Malaya itu sebenarnya tidak wujud.
PERMINTAAN IKHLAS DATO HASSAN ALI
Pengerusi Persatuan Jalur Tiga (JATI), Hasan Ali, meminta agar seluruh umat Islam di Malaysia tidak memilih Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam pilihanraya nanti. Dia secara pribadi menilai Anwar sebagai ancaman besar bagi kesucian agama.
Pengerusi Persatuan Jalur Tiga (JATI), Hasan Ali, meminta agar seluruh umat Islam di Malaysia tidak memilih Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam pilihanraya nanti. Dia secara pribadi menilai Anwar sebagai ancaman besar bagi kesucian agama.
Laman Web asiaone.com
melaporkan, pada Ahad (28/4/2013), Hasan Ali menyatakan Anwar memiliki hubungan
yang sangat kuat dengan Israel. Selain itu, Anwar juga dikenalpasti menolak
konsep negara Islam.
Anda faham maksud
saya? Perkataan Hassan Ali itu sama ertinya dengan Datok Sidek Baba. Anwar dikenal sebagai ancaman kepada agama
Islam kerana sokongannya kepada Pluralisme dan LGBT.
Tentang
hubungannya dengan Yahudi dan Israel, sudah saya sebutkan sebelum ini. Tentang
penolakan Negara Islam yang dimaksudkan oleh Hasan Ali, saya ingin bertanya
kepada anda satu perkara sahaja.
SIAPA LEBIH
DOMINAN, PAS ATAU DAP?
Sepanjang anda
menilai pendirian Anwar dalam banyak isu, siapakah yang lebih dominan menguasai
kotak pemikiran Anwar. Tentu sahaja DAP. Mari saya tunjukkan buktinya.
DAP (melalui
pengerusinya Karpal Singh) menolak secara terang-terangannya hukum hudud dan penubuhan
sebuah Negara Islam. Anwar sebagai orang Islam hanya diam membisu. Di mana
sikap Anwar dalam isu ini?
TAMBAHAN KATA DARI
HASSAN ALI
Hasan Ali berkata
selanjutnya, dalam satu siri ceramah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, "Umat
Islam di Malaysia harus melakukan segala cara dan upaya untuk mencegah
seseorang yang tidak memiliki kredibiliti dalam memerintah Malaysia,"
Dia juga menyebut bahawa
para penyokong Anwar telah menyebarkan brosur politik yang mendakwa bahwa ulamak terkenal dunia, Syeikh Yusuf al-Qardawi, telah menyokong pemilihan
Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.
BAKAR SAHAJA BROSUR
ITU
Karena itu, dia (Hassan
Ali) menyarankan agar brosur itu dibakar jika ada yang menerima. Sebab menurut perhitungannya,
brosur itu mengandungi maklumat palsu
dan bakal menuntun mereka ke jalan yang menyimpang
Saya telah mendengar kaset ucapan Dato (Hassan Ali) selepas dia dipecat dari PAS dan dari jawatan EXCO Selangor. Saya tahu dia jujur dan tidak berbohong sama sekali. Saya tahu dan yakin dia berada di pihak yang benar.
Kalau anda mengatakan dia berbohong, maka andalah pembohong. Kalau anda mengatakan dia salah, maka andalah yang salah. Maafkan saya. Saya yakin kepada dia.
Saya akan menyambung semula TEORI RAHMAN ini dalam siri seterusnya. Kepanasan PRU13 ini benar-benar mengugat kita untuk mengetahui kedudukan seterusnya.
DI RUMAH. JUMAAT
2-5-2013.
masa rasulullah dulu di gelar junjungan besar tuhan muhammad rasulullah, akhir zaman imam mahdi dari keturunan ahlul bait berdarah raja di gelar junjungan besar dymm tuhan amirul mukminiin, dia akan datang sendiri berseorangan terus mengambil alih pemerintahan Malaysia terus di sambut semua negara negara Islam yang lain dibawah panji panjinya. Bila dia tertabal secara automatik hanya Allah jua lah yang mengetahuinya.
ReplyDelete