GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday, 12 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (14) Mengenali panglimanya



Sekarang mari kita teruskan kisah mengenai Imam Mahdi dengan fokus kepada panglimanya yang terkenal. Dalam pencarian seluruh umat Islam terhadapnya, panglimanya digelar Pemuda Bani Tamim (PBT). Kadang-kadang dipanggil sebagai Al-Mansur. Dan kadang-kadang juga sebagai Syuaib bin Salih At-Tamimy.
.
Rasulullah SAW bersabda : " Sentiasa ada suatu thoifah (jamaah) yang sanggup menzahirkan kebenaran dan tidak akan dapat memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat)."

Adakah hadis di atas merujuk kepada tanda khusus kewujudan PBT dan pengikut-pengikutnya? Atau sebagai tanda kekuatan jiwa umat Islam yang mengamalkan "amar maaruf nahi mungkar"?   

“Dan Ibnu Umar r.a. bahwa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali telah bersabda: “Akan keluar dan sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan (Imam Mahdi). Maka apabila kamu menyakini yang demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim. Sesungguhnya dia datang dari sebelah timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.”(Riwayat At Thabrani)

Berdasarkan hadits di atas jelaslah bahwa kebangkitan Islam di akhir zaman terjadi di tangan seorang pemuda dan Bani Tamim. Bani Tamim adalah salah satu cabang dan kabilah Quraisy. Yakni pemuda yang dikatakan akan menyerahkan panji-panji hitam kepada Imam Mahdi. Dengan kata lain perjuangan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi berkait erat dan sambung-menyambung.

IBARAT SWITCH & LAMPU
Pemuda Bani Tamim ibarat switch, sedangkan Imam Mahdi sebagai lampunya. Apabila switch tidak ditekan, maka lampu tidak akan menyala. Artinya Imam Mahdi belum akan ‘zahir’ bila Pemuda Bani Tamim belum membuat tapaknya.

Pemuda Bani Tamim merintis jalan kemudian disambung oleh Imam Mahdi yang akan menegakkan Ummah. Perjuangan dua orang pemimpin ini seperti perjuangan Nabi Harun as. dan Nabi Musa as, yakni berjuang bersama dalam satu zaman.

Akan tetapi, wujud satu soalan yang mencabar. Adakah Pemuda Bani Tamim mengenali Imam Mahdi Al-Muntazar pada masa ini atau sebaliknya? Ini satu soalan yang cukup menarik. Sungguh hebat perancangan tuhan.

Saya berpendapat bahawa kedua-duanya sudah berkenalan dan bersahabat baik antara mereka. Tetapi Imam Mahdi sendiri tidak tahu bahawa beliaulah bakal Imam Mahdi akan datang. Dengan itu, Pemuda Bani Tamim juga tidak tahu bahawa sahabatnya itu bakal menjadi pemimpin akhir zaman.

Dengan itu tertolaklah anggapan bahawa kedua-duanya saling mengetahui peranan antara mereka pada masa akan datang.


PERANAN 3 PEMIMPIN BESAR
Kalau diibaratkan orang yang sedang membangun rumah, maka Pemuda Bani Tamim adalah orang yang membangunkan pondasi (asas) rumah itu. Untuk membangun rumah yang kokoh tentulah pondasinya harus kuat. Imam Mahdi bertugas membangun rumah tersebut, melengkapinya dengan dinding, atap, pintu, jendela, lantai dan sebagainya. Sedangkan Nabi Isa berperanan untuk menyempumakan rumah itu, mengisi dengan perabot, menata, serta menghiasinya dengan seindah mungkin. Demikianlah gambaran peranan tiga orang pemimpin besar kurun ini.

Melihat kepada apa yang dilakukan oleh ketiga-tiga mereka di atas, maka fahamlah kita bahawa Pemuda Bani Tamim (sebagai panglima Imam Mahdi) adalah satu nama istimewa yang diberikan tuhan. Nama itu bukan sebarang nama. Dan gelaran bukan sebarang gelaran. Allah yang meletakkan nama istimewa itu kepadanya.

Banyak hadis menerangkan siapa Pemuda Bani Tamim ini. Kerana itulah dia menjadi sebuah nama yang popular kepada mereka yang mengkaji perihal kronologi kiamat.

Antara tanda fizikalnya ialah [1] Sederhana tubuhnya, [2] Berjanggut nipis, [3] Sederhana tinggi, tidak tinggi tidak rendah, [4] Berkulit sawo matang, [5] Bergigi sulah (jarang) dan lain-lain lagi. Dia juga di gelar Al-Mansur dan yang paling terkenal ialah Syuib bin Salleh.

Dalam versi hadis, ia dikatakan muncul dari tempat yang dipanggil Khurasan. Dalam versi Notradamus pula, ia dipanggil at intermixed nation via north africa. Kedua-duanya agak berbeza dan sulit didekatkan. Maka kerana itu, kita mesti memilih hadis untuk mendapatkan maknanya yang tepat.

DI MANAKAH KHURASAN?
Dimanakah khurasan?. Pendapat umum mengatakan Khurasan itu sangat luas. Bahkan dikatakan ia suatu banjaran gunung yang bersambung-sambung merentasi Utara Saudi, Utara Iraq, Iran, Pakistan, Afghanistan dan menjulur sehingga ke Thailand & Malaysia.

Tetapi ada satu versi yang mengatakan Nabi mengisyaratkan Khurasan yang lebih timur tetapi menunjukkan tongkatnya ke arah selatan. Mereka (orang yang berpendapat demikian) mengatakan dalil hadisnya ada tetapi tidak jelas tentang kesahihannya. Saya tidak berani menerima kenyataan ini selagi mana hadisnya tidak jelas dan pasti.

Berbalik pada versi Notradomus pula, kita sudah dapat mengagak apa yang ingin dinyatakan itu. Arabic via north Africa?. Negara Arab apakah yang paling hampir dengan Afrika? Sudah tentu jika kita lihat dalam peta dunia, kita akan dapat lihat EGYPT/MESIR. Apakah PBT akan muncul dari sana? Wallahu Ahlam.

Nabi SAW telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan meme­nuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama  Pe­muda dari Bani Tamim. Dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. – (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim, maksudnya: daripada Tsauban, telah bersabda Rasu­lullah SAW: “Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mere­ka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter­paksa merangkak di atas salji”. - (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Secara lebih lanjutnya, dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi,  telah bersabda Rasulullah SAW:

“Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi”. - (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

DI MANAKAH TIMUR & KHURASAN ITU?
Daripada ketiga-tiga hadis di atas, kita dapati perkataan TIMUR itu abstraks. Maka perkataan KHURASAN itu juga menjadi abstraks. Tidak jelas TIMUR & KHURASAN itu dari segi tempat & maknanya.

Oleh sebab yang demikian, saya telah membuat penelitian mendalam untuk mencapai maknanya yang tepat. Secara lebih pasti, saya lebih suka berpegang kepada kata-kata (atsar) para Tabi’in & Tabiut Tabi’in dalam kitab “Inilah Imam Mahdi yang dinanti-nanti” (ms 91) yang berbunyi “Sebelum Al-Mahdi, ada panji-panji hitam yang berkibar dari Khurasan, satu wilayah di KUFAH. Jika Al-Mahdi sudah berada di Mekah, maka pasukan ini dikirim ke Mekah”

Dalam keterangan yang lain, di bawah tajuk “Tanda yang berbeza-beza bagi Al-Mahdi”, ada keterangan berbunyi, “ Al-Mahdi akan muncul dari Mekah pada waktu Isyak dengan membawa panji dari Rasulullah S.A.W.  Baju besi dan pedangnya mempunyai tanda-tanda khusus, bercahaya & berkilauan. Jika mengerjakan sembahyang Isya, dia lantas berkhutbah dengan khutbah yang panjang, mengajak manusia untuk taat kepada Allah dan RasulNya. Bumi Hijaz diserahkan kepadanya. Bani Hasyim yang berada di laut mendarat, panji-panji hitam daripada KUFAH dikirimkan untuknya & askar-askarnya menyebar ke seluruh penjuru alam.

Dalam kedua-dua pernyataan di atas, perkataan Khurasan dirujuk kepada Bandar KUFAH di Iraq, tmpat keluarnya panji-panji hitam akhir zaman.

INILAH PENDAPAT & PENEMUAN SAYA
Samada anda bersetuju atau tidak dengan pendapat & penemuan saya ini, terpulanglah. Saya telah menggunakan sebuah kitab yang lengkap & padat tentang cerita Imam Mahdi Akhir Zaman. Terpulang kepada anda.

Tanpa pergi jauh ke tempat-tempat lain, saya ingin membawa anda focus kepada Bandar Kufah terlebih dahulu. Anggap sahaja PBT berasal dari sini menurut pengertian yang saya dapat, iaitu Kufah itu adalah Khurasan.

Saya juga akan mengupas persoalan-persoalan lanjut yang lain yang mengatakan PBT itu adalah jemaah Tabligh, atau PBT berasal dari Indonesia atau Malaysia atau tempat-tempat lain. Saya akan membongkar secara bersiri supaya anda berpuas hati.

Untuk siri pertama ini, anda dahulu yang mesti membuka fikiran anda, jiwa anda & hati anda untuk menerima kebenaran. Baca apa yang ingin saya tulis, kemudian analisis & fikirkan dengan wajar.

Setakat ini, saya telah melihat satu kaitan yang logik antara keberadaan Imam Mahdi Akhir Zaman dengan tugas-tugas peperangan yang mesti dihadapinya. Maka kerana itu, PBT & Panji-Panji Hitamnya juga adalah sebuah golongan yang ada hubungkait dengan peperangan.

Percaya atau tidak, mereka terlibat secara serius di Iraq untuk memenangi peperangan yang mereka hadapi. Mereka bermula di Iraq dan kemudian akan bergabung dengan Imam Mahdi Al-Muntazar.

MARI KITA LIHAT SENARAI YANG ADA
Saya telah membuat senarai pendek tentang pasukan-pasukan ketenteraan (gerila) di Iraq yang menentang penceroboh AS. Mari kita melihat profil pasukan ini sepintas lalu                     
[1] Jamaat Ansar Al-Sunna, dipimpin oleh Abu Abdullah Al-Shafii & Mullah Krekar. Diasaskan pada 2003 dan mempunyai barisan pejuang berikut di dalamnya : Squad Al-Shahid Aziz Taha , Batallion Al-Tawhid, Kumpulan Sa'd bin Abi Waqqas, Briged  Asad Al-Islam, Brigade Hanifah Al-Nu'man,  Squad Abdallah bin al-Zubayr, Unit Mu'az ibn Jabal dan Rejimen Yasin al-Bahr.  Pasukan ini agak aktif walau pun keahliannya aekitar 1000 orang.

[2] Faylaq Badr (Badr Corps). Diasaskan oleh Hadi al-Amiri pada tahun 1983. Pro Syiah dan mempunyai 10,000 ahli terlatih. Dulu menentang Saddam dan sekarang menentang AS.

[3] Ketumbukan Shahid Al-Sadr.  Sayap bersenjata bagi parti  Al-Da'wah  Ia sangat rahsia & keahliannya tidak diketahui. Pro Syiah. Ditubuhkan pada 1979 bertujuan menentang Saddam Hussin. Sekarang menentang AS.

[4] Islamic Movement of Kurdistan. Ditubuhkan pada pertengahan 1980s and sekarang dipimpin oleh  Mullah Ali Abd al-Aziz Halabji, Berjuang untuk pemerintahan autonomi Kurdistan. Pernah menentang Saddam Hussein & sekarang menentang AS.

[5] Kurdistan Islamic Group.   Ditubuhkan oleh  Ali Bapir pada Mei 2001. Bapir adalah ahli Islamic Movement of Kurdistan dan akrab dengan  Ansar Al-Islam. Mementingkan kaedah sufi dalam perjuangannya.  

[6] Arab Volunteers in Iraq. Diketuai oleh Abu al-Mu'tasim di London pada tahun  2004. Mereka tidak menyebut samada Sunni atau Syiah. Tugas mereka menetang AS.

[7] Sa'd bin Abi Waqqas. Kumpulan yang ada kaitan dengan  Ansar Al-Sunnah. Ia bertujuan menyerang tentera musuh (AS) di Baghdad.

[8] Al-Mujahidin Brigades. Mendakwa mempunyai penyerang berani mati di Al-Fallujah, Al-Ramadi, and Al-Khalidiyah. Ditubuhkan pada 2004 dan ada hubungan dengan Muqtada al-Sadr's Imam Al-Mahdi Army. Pro Syiah.

[9] Al-Taff Martyrs Brigades.    Satu pasukan yang gemar menghantar videotape kepada TV Al-Jazeera. Ditubuhkan pada 10.5.2004. Mengugut untuk membunuh & menculik orang-orang yang pro Arab & AS di Iraq.  

[10] Hizbollah (Kumpulan Allah). Kumpulan Syiah tetapi tiada kaitan  Hizbollah di Lebanon. Hanya ada beberapa ratus pengikut.

[11] Imam Al-Mahdi Army. Satu pasukan bersenjata puak Syiah yang dipimpin oleh Muqtada al-Sadr's.  Mempunyai kapasiti 6,000 - 10,000 ahli yang terdiri dari Sunni & Syiah.  

[12] Usbat Al-Huda (The League of Guidance). Satu pasukan pro Syiah yang juga terikat dengan Muqtada al-Sadr's Imam Al-Mahdi Army. Ditubuhkan sekitar 2004.

[13] Bint Al-Huda (The daughter of Guidance). Satu pasukan pejuang wanita yang taat kepada Muqtada al-Sadr dan bersedia menjadi pengebom berani mati.  

[14] Resistance Front. Satu pasukan yang menentang pendudukan AS di Iraq. Ditubuhkan pada 9 May 2004 dan selalu mengeluarkan kenyataan radio melalui Voice of Mujahedin Radio.  

[15] Iraqi Organization of Liberation. London's "Al-Sharq al-Awsat" melapurkan pada 4 May 2004 bahawa pasukan belakang tabir (phony group) ini bersedia membayar duit kepada pembunuh-pembunuh upahannya. Pro Saddam Hussein.  

[16] Kata'ib Al-Zilzal Al-Mujahidah (Jihadist Earthquake Brigades). Tiada maklumat.  

[17] Kata'ib Salah Al-Din (Salah Al-Din Brigades). Kumpulan ini menentang AS dan kerajaan baru Iraq dengan menyerang pasukan polis & askar kerajaan. Ditubuhkan pada 2004 di kawasan Al-Ramadi.

[18] Kata'ib Al-Mujahidin (Mujahidin Brigades). Beroperasi di Kirkuk dan mempunyai modua operandi yang sama seperti Kumpulan (17) Kata’ib Salah Al-Din..

[19] Jama'at Al-Tawhid wa Al-Jihad (Unification and Jihad Group). Pro Abu Mus'ab al-Zarqawi. Menentang AS walau di mana sahaja.

[20] Jaysh Al-Mahdi (Imam Al-Mahdi Army). Satu kumpulan bersenjata pro Syiah yang taat kepada Sadr Al-Muqtada. Termasuk dalam pasukan kedua Al-Sadr ( "Al-Sadr II Group). Mempunyai sekitar 6000 ahli.

[21] Jund Al-Sham. Pro Abu Mus'ab al-Zarqawi. Mereka diarahkan aktif pada kawasan Utara Iraq bagi tujuan pembebasanya (Operation Iraqi Freedom).

[22] Tha'r Allah (God's Wrath). Satu pasukan pro Syiah berpusat di Basrah. Telah menyerang konvoi pada March 2004.

[23] Mafariz Al-Intiqam (Vengeance Detachments). Berpusat di Baghdad and Tikrit. Ditubuhkan pada 1 November 2003 dengan misi memburu saki baki penyokong Saddam Hussein. Pasukan ini lebih bersifat balas dendam.

[24] Saraya Al-Istishhadiyin fi Harakat Hamas (Martyrs Brigades of the Hamas Movement). Ia tidak berapa aktif di Iraq tetapi mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakan-rakan pejuang Hamas ("faithful mujahedin brothers") di  Palestine.  

[25] Sarkhi Hassani. ASatu kumpulan bersenjata pro Syiah  Bilangan ahlinya tidak diketahui.  

[26] Mujahedin Allahu Akbar (God is Great Fighters). Satu kumpulan pro Abu Mus'ab Al-Zarqawi dan ada kaitan dengan kumpulan Ansar Al-Islam. Maklumat lain tidak jelas.

[27] Muqawamah Islamiyah Al-Wataniyah Katibat Al-Mujahid Ahmad Yasin (National Islamic Resistance -- the Brigade of Mujahid Ahmad Yasin). Kumpulan ini ada kaitan dengan pasukan Al-Ansar Al-Sunnah Army.  

[28] Ba'ath Arab Socialist Party. This Satu kumpulan yang pro kepada Saddam Hussein.  

[29] Fedayeen Saddam (Saddam's Martyrs). Masih wujud dan masih beroperasi secara kecil-kecilan. Terlibat dengan penculikan wartawan Perachis, Alexandre Jordanov pada April 2004.

[30] Al-Qiyadah Al-Amah li Jaysh Al-Iraq (General Command of the Iraqi Army). Ditubuhkan oleh  General "Qaysar Jasim Hamid Ajjaj al-Qaysi," yang berasal dari Al-Miqdadiyah. Seorang graduat tentera pada 1963. Sebuah pasukan yang pro Saddam Hussein.

[31] Islamic Jihad Brigades of Muhammad's Army. Satu pertubuhan yang menaungi kumpulan-kumpulan bersejata berikut :  The Abdallah bin Iyad Brigade; the Al-Husayn Brigade; the Al-Abbas Brigade, the Bani-Hashim Moon; the Abdallah bin Jahsh bin Rikab Al-Asadi Brigade; the Al-Walid bin Al-Mughirah Brigade; the Umar Al-Faruq Brigade; the Al-Mahdi Al-Muntazar Brigade; and the Ja'far Al-Tayyar Brigade. Menentang pencerobohan AS.

MANA SATU PEMEGANG PANJI-PANJI HITAM?
Saya percaya di antara banyak pasukan itu, ada yang akan keluar sebagai pemegang Panji-Panji Hitam. Secara mudahnya, golongan itu [1] Pro Sunnah, [2] Selalu menang, [3] Berjiwa keras, [4] Menanti kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar seperti kita semua.

Nantikanlah peranan mereka yang lebih aktif selama beberapa bulan ini. Seperti kata Nostradamus, When Sun, Mar & Utarid near Aquarius (23.12.2012 - 23.2.2013). Jangan lupa membaca perkembangan mereka di media massa & cetak. Apakah mereka itu Kelompok Bani Tamim yang disebut-sebut Rasulullah S.A.W? Wallahu Ahlam.

Sekian. Maaf di atas segala-galanya.

Rabu.   12.12.2012      8.26 am

Tuesday, 11 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (13) Berkerajaan Seperti Iskandar Zulkarnain




Imam Mahdi dikhabarkan wujud seperti kewujudan Maharaja Besar Dzul Qarnain (biasa dipanggil Iskandar Zulkarnain), seorang penakluk perkasa. Ia mempunyai ciri-ciri kekuatan dan pembelaan diri yang mantap, yang dipusatkan pada petunjuk dan keimanan yang sejati kepada Allah SWT.

Monday, 10 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (12) Menghindari Ujub



Ramai umat Islam sekarang ini mudah merasa ujub (bangga diri) dengan dirinya. Ada yang ujub dengan hartanya, pangkatnya, kebesarannya, kekayaannya dan sebagainya. Dan bila mereka ujub, maka hati cepat menjadi buta. Mereka merasa selamat dengan kepunyaan mereka & gagal mengenal kebenaran di depan mata mereka.

Sunday, 9 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (11) Rakus Terhadap Amal Yang Bermanfaat




Saya mengucapkan terima kasih kepada pencinta-pencinta blog saya, terutama sekali kepada para pencinta kisah IMAM MAHDI AL MUNTAZAR.  Anda pun seperti saya. Tertunggu-tunggu akan kehadiran manusia suci akhir zaman. Di manakah dia sekarang ini? Di manakah kamu, wahai Mahdi Al-Muntazar.

Saturday, 8 December 2012

IMAM MAHDI AL MUNTAZAR (10) senang jika ada orang bergabung dengannya



Sekarang ini kecoh dalam media massa, bahkan dalam fb juga bahawa pada 23, 24 & 25 Disember 2012, akan berlaku jajaran serentak bagi Matahari, Marikh & Zuhal. Menurut ramalan Nostradamus, ia dikenali sebagai Sun, Mars & Utarid Near Aquarius.

Friday, 7 December 2012

ULAR-ULAR BERBISA ATAS GUNUNG BATU

Anda pernah mendaki gunung batu yang besar? Gunung batu biasanya tak ada kat Malaysia ni. Kalau kat Pakistan, Afghanistan & Cina, ada la kot. Kalau kat Gua Musang, itu dipanggil gua batu kapur. Saya pernah mendakinya pada tahun 2005 bersama Cikgu Din. Kami masa tu adalah penasihat Kelab Setia SMK Paloh.