Imam Mahdi dikhabarkan wujud seperti kewujudan Maharaja Besar Dzul Qarnain
(biasa dipanggil Iskandar Zulkarnain), seorang penakluk perkasa. Ia mempunyai ciri-ciri
kekuatan dan pembelaan diri yang mantap, yang dipusatkan pada petunjuk dan
keimanan yang sejati kepada Allah SWT.
Kami telah mengabarkan kepada anda bahawa Imam Mahdi akan memerintah dan
menguasai Mesir Raya. Bukan sahaja itu, dia juga akan menguasai Syam &
wilayah-wilayah sekitarnya.
Sila baca post-post kami yang terdahulu, IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR, (SIRI 7, 8
& 9) untuk melihat penguasaannya terhadap Mesir secara aman dan
penguasaannya terhadap Syam secara peperangan.
Sebagai buktinya untuk itu, kami sertakan kembali hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah, berbunyi seperti berikut :
“Al-Mahdi adalah keturunan kami, Ahlul Bait. Dia akan mengusai Mesir dan
Syam dalam keadaan tertutup dan panas”.
Tertutup itu bermaksud secara perdamaian (mudah) sedangkan maksud panas itu
secara peperangan.
Imam Mahdi juga akan menguasai Yaman, Oman, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
dan sebagainya dengan mudah dan selesa. Mereka tunduk dan patuh kepadanya tanpa
banyak basa-basi & soal-jawab.
Bahkan dia juga akan menguasai Iraq,
Iran, Turki,
Pakistan, India, Afghanistan,
Indonesia, Malaysia, Singapura & Filipina.
Tidak ada yang payahnya dalam usaha penaklukan ini kerana Tuhan akan memudahkan
segala usahanya.
Kemudian dia akan meluaskan aktivitinya di Libya, Negara-negara Maghribi Arab
& Afrika Selatan. Kemudian dia juga akan melakukan penaklukan Timur yang Islami. Dan pada
waktu ini, bermulalah saat kehancuran bagi New York
& Florida
yang masyhur itu.
MARI KITA MENELITI MANUSKRIP INI
Kalau anda tidak percaya kepada kami, mari kita lihat kepada sebuah
manuskrip yang mengandungi beberapa riwayat penting. Manuskrip ini ditulis
dalam kurun ketiga hijrah oleh Tabi’in Allamah Al-Manawi bin Arafah. Gelar
terhadapnya ialah Ibn As-Sirr Al-Amin yang mendiami Bandar Musal, di Iraq (ms
202, Imam Mahdi Di Ambang Pintu).
Manuskrip ini telah ditulis beberapa kali dan ianya dari
peninggalan-peninggalan apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa tatar dan
pencurian-pencurian yang berulang kali terhadapnya. Ia sekarang berada dalam Perpustakaan
Besar Iraq di Baghdad yang asalnya Istana Khalifah Al-Makmum yang diubahsuai
menjadi perpustakaan untuk simpanan manuskrip-manuskrip tua.
Di dalam manuskrip yang saya sebutkan itu, terdapat riwayat yang di antaranya,
adalah riwayat dari Ibnu Abbas , dia berkata :
“Setiap Timur & Barat akan tunduk kepada Al-Mahdi. Allah akan menolongnys
ke atas negeri yang mempunyai bendera-bendera yang ada sehelai daun dari
sepohon pohon kayu & air terjun” (maksudnya Kanada).
“Dan DIA menolongnya atas negeri yang benderanya ada bintang-bintang, yang
menjaga yahudi” (maksudnya Amerika Syarikat).
“Dan negeri-negeti yang benderanya kapak dan kepala” (maksudnya England
& Peranchis)
“Dan negeri-negeri yang benderanya ialah berwarna kehitam-hitaman pasti menyerah
kepadanya tanpa perang” (maksudnya Iran
& negeri-negeri bekas jajahan Soviet Union)
“Dan negeri-negeri yang benderanya rahsia dari suatu perkara, akan menyerah
kepada Al-Mahdi” (maksudnya Jerman dan Itali)
“Dan negeri-negeri yang benderanya
salam dan salib, mereka rukun dengan Bangsa Arab yang mereka tidak mengatakan
kepada mereka sesuatu tentang Al-Quran, peperangan dan tiada peperangan”.
(maksudnya Sweeden)
“Dan negeri-negeri yang benderanya dua kayu palang, di atasnya ada tanda
penolakan dan pemadaman berita gembira bagi orang yang menuntut gembira”
(maksudnya Australia, New Zealand & Fiji)
“Dan negeri-negeri yang benderanya beruang dan rambut (maksudnya Rusia),
Al-Mahdi akan merehatkannya selepas bercabis-cabis kerajaannya. Dan Al-Mahdi
akan menguasainya sehina-hina negeri, dan baginya padanya tentera seperti hitan
dan besi dan dengan mereka itu, Allah meninggikan Islam”
“Dan negeri-negeri yang benderanya bulat merah dan matahari yang kuning” (maksudnya, Cina, Korea
& Jepun).
“Dan singa yang paling jahat dari perlindungan adalah negeri Dajjal, tetapi
Al-Mahdi akan menguasainya dengan peperangan”.
“Dan padanya ummat Islam yang benderanya ialah petunjuk. Jikalau tidak,
pedang yang dibenci keluarga Al-Mahdi daripadanya”.
Oleh itu Al-Mahdi akan menguasai dunia seluruhnya, kadangkala menerusi
peperangan dan kadangkala pula menerusi diplomasi perdamaian dan alam
seluruhnya tunduk kepadanya.
BEGITU JUGA HAMIR DAN HAMRA
“Bahagialah hari peperangan besar untuk Hamir dan Hamra (iaitu Negeri Andalusia) . Demi Allah, sungguh Allah akan memberikan kepada mereka dunia & akhirat, dan jika sekalipun manusia membenci”
“Bahagialah hari peperangan besar untuk Hamir dan Hamra (iaitu Negeri Andalusia) . Demi Allah, sungguh Allah akan memberikan kepada mereka dunia & akhirat, dan jika sekalipun manusia membenci”
Demikian kata-kata Kaab al-Ahbar r.a, sahabat Nabi yang mulia takkala
mengupas peperangan akhir zaman antara Imam Mahdi Al-Muntazar dengan penduduk
di negara tersebut.
Mereka cuba
melawan tetapi mereka dileburkan. Kalahlah Negara Andalusia tersebut di tangan
pemimpin Islam akhir zaman. Kita berjaya merebut semula negara tersebut
daripada golongan musyrikin.
PENDUDUK YAMAN YANG BAIK-BAIK
Kemudian, terdapat satu riwayat dari Al-Auza’i tentang penduduk Yaman yang
baik-baik. Katanya, telah sampai kepadaku bahawa rasulullah S.A.W telah bersabda
;
“Lenggang-lenggok kuda-kuda manusia pada hari peperangan dan Yaman adalah
penghulu Islam”
Betapa sayangnya Rasulullah S.A.W kepada penduduk Yaman dapat dilihat dalam
doa baginda seperti berikut :
“Ya Allah, berkatilah untuk kami negeri Yaman kami”
Dalam sebuah manuskrip tua, terdapat ungkapan berikut yang ternyata amat
menggembirakan penduduk Yaman (ms 218, Imam Mahdi Di ambang Pintu)
“Selepas bintang berekor besar, penduduk Yaman akan membaiah seorang pemuda
di Baitul Haram (maksudnya Imam Mahdi), maka dia jadikan Yaman sebagai syurga
Naim.”
Kita dapati ada petunjuk atau indicator baru di situ. Iaitu sebelum
kemunculan Imam Mahdi, akan keluar sejenis bintang berekor yang besar. Apakah
mungkin berlaku sebuah hentaman atau tebrakan besar di bumi kita ini? Kita
tidak dinyatakan apa-apa. Dan kita pun sangat berharap agar tidak berlaku
apa-apa.
AS-SUFYANI KETURUNAN KHALID
Al-Mahdi akan mengirim utusan kepada lelaki al-Sufyani yang memerintah Iraq (maksudnya
seluruh Syam) dan majority Jazirah Arab. Menurut Syaidina Ali, Sufyani itu seorang
lelaki yang kepalanya besar, dengan wajah kesan-kesan penyakit cacar, dan di
matanya ada tanda putih. Dia dari keturunan Khalid bin Yazid bin Abu Sufyan.
Dalam satu riwayat, dikatakan bahawa pada salah satu matanya, terdapat satu
tanda kemalasan.
Dikatakan bahawa dia akan memasuki Damaskus (Damsyik), imarat-imarat di
Turki dan Semenanjung Arab sebelum Al-Mahdi sedikit (awal sedikit daripada Imam
Mahdi)
Al-Mahdi akan mengirim utusan kepada kerajaan-kerajaan imarat Arab, Qatar,
Kuwait & Amman.
Selanjutnya kepada
Afghanistan, Pakistan & negeri-negeri Islam yang bebas
dari pengaruh Soviet Union.
Juga kepada Indonesia, Malaysia dan
Kawasan Mindanoa yang terpisah daripada Filipina.Maka datanglah, pelbagai
rombongan silih berganti. Utusan demi utusan dihantar kepada seluruh Negara.
Semuanya mendatangi Al-Mahdi untuk mengiktiraf kekuasaannya.
Termasuk Al-Sufyani sendiri yang datang dengan rombongan tentera yang besar kononya mahu membaiah Imam Mahdi. Tetapi dia
mempunyai niat jahat di hatinya. Maka Tuhan menyelamatkan kekasihnya dengan membuka
tembelang jahat As- Sufyani itu..
SATU RAHSIA BESAR
Kami akan membuka satu rahsia besar di sini. Bahawa As-Sufyani itu akhirnya dipecat oleh Al-Mahdi sebagai pemerintah bagi Iraq dan Syam. Maka dia sangat mendongkol dan mengaku bahawa dia sebenarnya lebih berhak mentadbir Semenanjung Hijaz, Negara-negara Arab, Iraq, Mesir, Syam dan sebagainya. Kononnya dia adalah Ahlul Bait juga, keturunan dari Rasulullah juga.
Kami akan membuka satu rahsia besar di sini. Bahawa As-Sufyani itu akhirnya dipecat oleh Al-Mahdi sebagai pemerintah bagi Iraq dan Syam. Maka dia sangat mendongkol dan mengaku bahawa dia sebenarnya lebih berhak mentadbir Semenanjung Hijaz, Negara-negara Arab, Iraq, Mesir, Syam dan sebagainya. Kononnya dia adalah Ahlul Bait juga, keturunan dari Rasulullah juga.
Maka Imam Mahdi Al-Muntazar akan menbuka tembelangnya, asal-usul
keturunannya dan siapakah dia sebenarnya. Nanti saudara akan melihat sebuah
peperangan yang besar di sekitar Kota Madinah.
Cerita ini payah untuk difahami. Tetapi anda mesti memahaminya. Imam Mahdi
Al-Muntazar adalah ahlul bait keturunan Rasulullah. Manakala As-Sufyani adalah
seorang pemerintah sebuah kerajaan besar yang mendakwa ia juga ahlul bait berketurunan
Rasulullah. Hanya satu yang benar. Yang benar itulah akan menang.
Kami akan berhenti rehat (menangguhkan) siri ini buat sementara waktu.
Sebenarnya siri ini akan berlangsung sehingga 30 siri. Kami akan memberi laluan
awal kepada kisah Pemuda Bani Tamin (PBT) sebanyak 9 siri
Waktu sudah dekat & tanda-tandanya sudah banyak, elok
kita memberi laluan kepada PBT. Anda mesti ingat satu perkara, kemunculan Imam
Mahdi Al-Muntazar didahului oleh PBT. Jarak antara mereka ialah 18 bulan
Sekian adanya, Wassalam
12.12.2012 11.14 am
Bagaimana dengan negara-negara lain? Ada x keterangan lain dalam manuskrip yan tuan jumpai?
ReplyDeleteAdakah As Sufyani itu kumpulan ISIS sekarang?
ReplyDelete