Ramai umat Islam sekarang ini mudah merasa ujub (bangga diri) dengan
dirinya. Ada
yang ujub dengan hartanya, pangkatnya, kebesarannya, kekayaannya dan
sebagainya. Dan bila mereka ujub, maka hati cepat menjadi buta. Mereka merasa
selamat dengan kepunyaan mereka & gagal mengenal kebenaran di depan mata
mereka.
BEBERAPA CONTOH MUDAH
Saya beri beberapa contoh mudah seperti berikut. A ialah seorang pegawai
atasan sebuah syarikat. Beberapa orang cuba memberi cadangan. Smuanya
ditolak mentah-mentah. Hang tu sapa? Hang tak payah nak mengajar aku. Aku ni
boss hang. Aku dah 30 tahun jadi boss di sini. A ini digelar manusia takbur,
yang ujub (bangga diri) dengan pengalaman berpuluh-puluh tahunnya.
B pula seorang ustaz yang telah lama mengajar kitab. Seorang pendengarnya
memprotes kuliahnya yang kurang jelas. Kemudian pendengar ini pula memanjangkan
berita ini ke warung-warung dan kedai kopi. Ustaz tua ini pula kurang sabar.
Dengan perasaan ujub di dalam dadanya, dia bercakap penuh takbur. Jangan dengar
cakap mamat tu. Dia tu sapa? Dia tak pernah belajar agama pun. Aku ni dah 20
tahun belajar agama kat pondok. Semua kitab aku dah belajar. Dah hadam (lumat)
satu persatu.
C pula seorang yang kaya raya. Dalam satu mesyuarat di tempatnya,
pandangannya ditolak. Sebaliknya pandangan bernas seorang penoreh getah
diterimapakai dalam mesyuarat tersebut. Dia cukup melenting malam itu. Apa dah
jadi dengan kampong ni? Adakah patut pandangan Jusoh yang bodoh, kolot, tak
sekolah tinggi itu diterimapakai? Kita gelarkan C ini seorang yang ujub dengan
kekayaannya.
Anda harus berhati-hati pada saat kedatangan Al-Mahdi. Dia muncul dengan
pakaian biasa & perwatakan biasa. Dia bukan manusia hebat yang bertali
leher & berkot hitam. Saya bimbang anda menolak kebenaran yang dibawanya
kerana sifat ujub anda pada diri anda.
Akhlak Imam Mahdi Al-Muntazar hampir sama dengan akhlak Rasulullah S.A.W.
Dia boleh berkawan dengan orang misikin & makan bersama mereka. Dia boleh
pergi ke rumah orang miskin & bersembang dengan mereka. Dia boleh bersolat
bersama orang miskin & menghargai ketaatan mereka. Anda bagaimana?
JANGAN BERSIFAT UJUB
Ketahuilah, di antara tanda kesempurnaan ikhlas seseorang hamba itu ialah
tidak merosakkan amalnya dengan sifat ujub.
Apakah makna ujub itu? Iaitu dia berasa senang dan puas terhadap amal yang
telah dilakukannya. Dia tidak merasa khuatir sedikit pun.
Sikap seperti ini dapat membutakan matanya untuk melihat keadaan dirinya di celah-celah
waktu yang muncul. Seharusnya apa yang perlu dilakukan oleh orang Mukmin setelah
melaksanakan suatu amal ialah merasa takut jikalau dia telah melakukan
kelalaian, samada disedari mahupun tidak. Maka dari itu, hendaklah dia takut kalau-kalau
amalnya tidak diterima.
Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari mereka
yang bertaqwa.” (al-Maidah: 27)
Sambungan dari kata-kata yang telah kami jelaskan di atas, sesungguhnya Imam
Mahdi itu melambangkan ketinggian pada agama, pemikiran & perilaku. Adalah
jelas bahawa tidak ada seorang pun yang boleh mengucapkan : “Sesungguhnya
tanggungjawab kami telah habis (tamat)”.
Mereka tidak boleh ujub kepada diri mereka dan berhenti dengan mudah
daripada menjalankan tugas. Mereka itu adalah orang yang jatuh pada pandangan
Allah Taala dan pandangan orang-orang
beriman yang cerdas. Sesungguhnya tiada tempat bagi mereka berserta dengan Imam
Mahdi (ms 5, Imam Mahdi Di Ambang Pintu).
Imam Mahdi Al-Muntazar bukanlah manusia yang sombong dan ujub kepada
dirinya, statusnya, amalannya, kedudukannya dan sebagainya. Dia adalah seorang
manusia yang sangat membenci kepada ujub, bahkan sangat menghindarinya.
Di antara ungkapan yang sangat berkesan dalam masalah ini, yang dinisbahkan
kepada Ali bin Abi Thalib adalah, “Suatu keburukan yang menyesakkanmu lebih
baik di sisi Allah daripada kebaikan yang membuatmu ujub.”
Pengertian seperti ini juga ditetapkan Ibn ‘Atha’illah di dalam Al-Hikam,
beliau berkata, “Boleh jadi Allah membuka pintu ketaatan bagimu, tetapi tidak
membuka pintu penerimaan amal bagimu”.
“Boleh jadi Allah mentaqdirkan kederhakaan ke atas dirimu, lalu kederhakaan
itu menjadi sebab yang menghantarkanmu kepada tujuan”.
“Kederhakaan yang membuahkan ketundukan dan kepasrahan lebih baik daripada
ketaatan yang membuahkan ujub dan kesombongan.”
Ujub ini adalah pakaian Iblis takkala dia merasa mulia kerana dijadikan
daripada api. Katanya, api lebih mulia daripada tanah di atas kesombongannya
tidak mahu sujud kepada Adam a.s.
PANJI-PANJI HITAM DARI KUFAH
Saya suka mencoretkan sebahagian kata daripada 56 keterangan daripada
Tabi’in & Tabiut Tabi’in dalam kitab “Inilah Imam Mahdi yang dinanti-nanti”
(ms 91) yang berbunyi “Sebelum Al-Mahdi, ada panji-panji hitam yang berkibar
dari Khurasan, satu wilayah di Kufah. Jika Al-Mahdi sudah berada di Mekah, maka
pasukan ini dikirim ke Mekah”
Dalam keterangan yang lain, di bawah tajuk “Tanda yang berbeza-beza bagi
Al-Mahdi”, ada keterangan berbunyi, “ Al-Mahdi akan muncul dari Mekah pada
waktu Isyak dengan membawa panji dari Rasulullah S.A.W. Baju besi dan pedangnya mempunyai tanda-tanda
khusus, bercahaya & berkilauan. Jika mengerjakan sembahyang Isya, dia
lantas berkhutbah dengan khutbah yang panjang, mengajak manusia untuk taat
kepada Allah dan RasulNya. Bumi Hijaz diserahkan kepadanya. Bani Hasyim yang
berada di laut mendarat, panji-panji hitam daripada Kufah dikirimkan untuknya
& askar-askarnya menyebar ke seluruh penjuru alam.
Kami berpendapat bahawa pernyataan di atas berlaku sesudah Al-Mahdi dilantik
sebagai pemimpin umat Islam. Apa yang
ingin kami nyatakan ialah kata-katanya ditaati dan dipatuhi. Orang yang tidak
ujub (bangga diri) adalah manusia berhati suci.
Sebelum saya dan anda terlupa, anda akan dapati bahawa panji-panji hitam itu
berasal dari Kufah, sebuah daerah di Iraq. Itulah Khurasan sebagaimana
yang disebut dan dinyatakan sebelum ini. Dan anda juga mesti tahu bahawa
Al-Mahdi itu muncul di Harrah. Di manakah Harrah? Sebuah kawasan di Arab Saudi.
Mari kita kembali semula kepada perbahasan tentang ujub ini. Tolong
perhatikan bahawa Imam Mahdi ini sangat menghindari sifat ujub. Kerana sifat
ujub ini sifat iblis yang sangat dilaknat tuhan. Maka kerana itu, tolong
perhatikan pula diri anda. Jangan sesekali anda bersifat ujub.
MANFAAT SEDEKAH
Allah selalu menganjurkan kita supaya rajin bersedakah, kerana bersedakah
itu mempunyai 4 manfaat besar seperti berikut. [1] Menolak bala, [2]
Memanjangkan umur, [3] murah rezeki & [4] menyembuhkan penyakit. Akan
tetapi, janganlah anda menyertai sedekah
anda dengan menyebut-nyebutnya dan memasukkan ucapan yang menyakitkan di
dalamnya. kerana dikhuatirkan akan menggugurkan
pahalanya.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang
diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha
Kaya lagi Maha Penyantun”.
Kemudian ayat itu bersambung lagi seperti berikut : “Hai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya
dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya
kerana riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Maka perumpamaan bagi orang itu adalah seperti batu licin yang di
atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia
bersih (tidak bertanah).” (al-Baqarah: 263-264)
Janganlah anda ujub dalam sedekah anda. Kerana sifat ujub itu akan
menghalang anda dalam menerima kebenaran. Awasilah sifat onar yang mungkin
bercambah sedikit demi sedikit dalam diri anda.
Hindarilah sifat ujub kalau anda benar-benar pencinta Imam Mahdi.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga memperingatkan bahaya ujub dan
menjadikannya termasuk hal-hal yang merosak. Ibn Umar meriwayatkan dari Baginda
yang bermaksud:
“Tiga perkara yang merosak dan tiga perkara yang menyelamatkan. Sedangkan
perkara-perkara yang merosak adalah kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang
diikuti dan ujub seseorang terhadap dirinya.” (HR Imam at-Thabrani,
hadith hasan dalam Shahih al-Jami’ as-Shaghir, no. 3045)
MARI PERHATIKAN KISAH INI
Mari kita lihat kisah di bawah tentang besarnya bahaya ujub. Al-Quran telah
mengisahkan kepada kita kejadian yang dialami kaum Muslimin pada waktu Perang
Hunain.
Allah telah memberikan kemenangan kepada mereka sewaktu Perang Badar,
padahal mereka sama sekali tidak mungkin menang. Allah juga memberikan kemenangan
kepada mereka pada Perang Khandaq, yang sebelum itu pandangan mereka meredup,
hati mereka naik ke atas hingga sampai ke tenggorokan, mereka menduga yang bukan-bukan
terhadap Allah dan mereka tergoncang dengan hebat. Allah juga memberikan
kemenangan kepada mereka pada waktu Perang Khaibar dan Fathu Makkah.
Tetapi pada waktu Perang Hunain mereka menjadi ujub kerana jumlah mereka
yang banyak. Ternyata jumlah yang banyak ini tidak memberi manfaat apa-apa,
hingga mereka pasrah kepada Allah. Mereka pun menyedari bahawa kemenangan
datang hanya dari sisi Allah.
Dia berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai
kaum Muslimin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan
Hunain, iaitu pada waktu kamu menjadi sombong kerana banyaknya jumlah kamu,
maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada kamu sedikit pun, dan
bumi yang luas itu telah terasa sempit oleh kamu, kemudian kamu lari ke belakang
dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan
kepada mereka yang beriman.” (at-Taubah: 25-26)
BAHAYA SIFAT UJUB
Demikianlah besarnya bahaya sifat ujub. Imam Mahdi Al-Muntazar menghindarinya dan sama sekali tidak mahu
menyarungnya sebagai pakaiannya. Dia memilih pakaian kehambaan sambil hatinya
tunduk patuh kepada Tuhan.
Orang Mukmin yang sedar adalah mereka yang menyerahkan segala urusannya
hanya kepada Allah, lalu percaya bahawa kemenangan hanya datang dari sisiNya.
Firman Allah: “Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.” (Ali Imran: 126)
Marilah bersama Imam Mahdi untuk bertawakkal sepenuhnya kepada Tuhan.
Kehidupan tanpa ujub adalah kehidupan penuh kemenangan.
Kemuliaan juga datang hanya dari sisiNya: “Barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu.” (Fathir: 10)
Taufiq kepada hal-hal yang baik juga berasal dari pertolongan Allah.
FirmanNya: “Dan tidak ada taufiq bagiku
melainkan dengan (pertolongan) Allah.” (Hud: 88)
Hidayah juga hanya datang dari sisiNya: “Barangsiapa yang disesatkanNya,
maka kamu tidak boleh mendapatkan seorang pemimpin pun yang mampu memberikan
petunjuk kepadanya.” (Al-Kahfi: 17)
Dikatakan dalam sebuah syair:
Andaikan Allah tiada mempedulikan kehendakmu
Nescaya tidak akan ada pilihan bagi semua manusia
Andaikan Dia tidak memberi petunjuk jalanmu
Nescaya kau akan tersesat sekali pun ada di langit sana
Sekian. Isnin, 10.12.2012 9.32 pm
Penenrangan yang sgt bagus. Jazakallahu khairan.
ReplyDelete