Saya mengucapkan terima kasih kepada pencinta-pencinta blog saya, terutama
sekali kepada para pencinta kisah IMAM MAHDI AL MUNTAZAR. Anda pun seperti saya.
Tertunggu-tunggu akan kehadiran manusia suci akhir zaman. Di manakah dia
sekarang ini? Di manakah kamu, wahai Mahdi Al-Muntazar.
Bila kita melihat Palestin diganyang oleh Yahudi Zionis, hati kita sangat sedih melihat saudara-saudara kita yang terkorban & luka parah. Begitu juga bila kita melihat penderitaan saudara-saudara kita di Iraq, Afghanistan, Kashmir, India, Mymmar, Thailand, Philipina & sebagainya. Di manakah kamu, wahai Al Mahdi?. Datanglah segera menolong kami.
Rasulullah S.A.W diberi latihan minda & jiwa yang cukup kuat oleh Tuhan
sebelum diangkat sebagai rasul. Ia bermula dengan kematian ayahandanya,
kemudian bondanya, kemudian datuknya, kemudian menjadi pengembala kambing,
sejenis binatang yang paling degil & paling sukar diajar. (Tengok dalam
sarkas, ada tak kambing dilatih khusus)?
Sesudah menjadi rasul, bapa saudara kesayangannya mati, kemudian isterinya
mati. Dalam waktu yang sama, baginda dipulau, diejek, diboikot, bahkan
diperangi. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Yang menentangnya, bukan
bangsanya sahaja, bukan kaumnya sahaja, bukan kabilahnya sahaja, tetapi bapa
saudaranya, Abu Jahal & Abu Lahab.
ADAKAH MEREKA JUGA DILATIH KHUSUS?
Maka dengan itu, saya berpendapat bahawa Imam Mahdi Al-Muntazar & Pemuda
Bani Tamin (PBT) itu adalah 2 sosok pemuda yang sudah dilatih khusus oleh Tuhan
untuk membina Daulah Islamiyah Akhir Zaman.
Mungkinkah Imam Mahdi itu berada dalam zon peperangan antara Palestin &
Yahudi-Zionis? Semuanya mungkin. Mungkin berada di Tebing Barat. Mungkin juga Gaza. Kehidupannya selama
berpuluh-puluh tahun dalam zon peperangan sebenarnya satu aset penting untuk
membina jiwa yang kukuh & pribadinya yang mantap.
Mungkinkah juga Imam Mahdi itu bangsa Kurdish yang diseksa dan dikhianati di
bawah pemerintahan Saddam Hussein? Baca semula post saya yang terdahulu, KISAH
IMAM MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA. Memang benar dia telah
dikhianati menurut kalam Abu Hurairah r.a, sahabat Nabi yang mulia itu. Tetapi
tentang bangsanya, tidak jelas. Saya cuma mengagak sahaja.
Apa yang ingin saya beritahu kepada anda ialah begini. Imam Mahdi itu adalah
manusia lasak, yang sudah terbiasa bergelumang dengan kesulitan &
peperangan, yang sudah merempuh pelbagai kepayahan & derita. PBT pun sama.
Mereka sudah biasa melalui semua situasi itu.
Mari kita berhenti sebentar. Kita tarik nafas dalam-dalam. Kita berehat
secukupnya.
Di antara sifat mulia Imam Mahdi ini
ialah rakus terhadap amal yang paling diredhai Allah, dan bukan yang paling
diredhai oleh dirinya sendiri. Anda mesti faham 2 perbezaan tersebut. Kalau
anda tak faham juga, mari ikuti penjelasan kami.
Maksudnya, sebagai orang yang mukhlis kepada Tuhannya, maka beliau lebih
mementingkan amal yang lebih banyak manfaatnya dan lebih mendalam pengaruhnya,
tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri sendiri.
Contohnya begini. Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat dhuha. Namun jika ada perbalahan atau konflik sesama umat Islam, maka itulah yang lebih dipentingkannya terlebih dahulu sekalipun banyak waktu digunakan untuk menyelesaikannya. Dalam sebuah hadith disebutkan:
“Ketahuilah, akan ku khabarkan kepadamu tentang sesuatu yang lebih utama
daripada darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama
manusia. Sebab kerosakan di antara sesama manusia adalah pemotong.” (HR
Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)
DIA ADALAH PENDAMAI
Nah, itulah yang sepatutnya anda ketahui tentang Imam Mahdi. Dia hidup di
kalangan kita sebagai pendamai antara 2 golongan muslim yang saling
bersengketa. Dia tidak suka kepada peperangan & dia tidak suka kepada
berpuak-puak. Dia memilih perdamaian, kerana perdamaian itu mendamaikan.
Imam Mahdi Al-Muntazar itu adalah manusia berani yang keras jiwanya, tetapi
dia juga manusia lembut yang sangat mencintai perdamaian. Dia mewarisi sifat
datuknya, Syaidina Hassan yang menjadi pendamai antara 2 golongan Islam pada
zamannya. Nah, anda sudah mengetahui sifatnya yang pertama, iaitu sangat rakus
mendamaikan manusia, melebihi daripada ibadat-ibadat sunat yang dia sendiri
sukai.
Kalau ada orang mengajak anda kepada perpaduan, terimalah dengan hati
terbuka, sambutlah dengan lapang dada. Perpaduan sesama Islam adalah jalan
menuju kepada keredhaan Allah Taala
Contoh keduanya begini. Dia mendapat kesenangan di hatinya dan kegembiraan
di dalam jiwanya jika boleh melaksanakan umrah pada setiap bulan Ramadhan dan
haji pada musimnya.
Tetapi dikatakan kepadanya, “Sumbangkan saja wang itu untuk saudara kita di
Palestin atau Bosnia atau Kashmir yang sedang mengalami kehancuran.” Maka dia
segera membantu, kerana dia lebih tahu yang manakah lebih utama. Imam Mahdi
sangat rakus untuk menolong sesama saudaranya.
Jika anda memilih untuk menolak ajakan tersebut & merasa tidak lapang
kerananya, maka anda adalah seperti apa
yang dikatakan oleh Al-Ghazali sebagai orang yang tertipu.
ANDA MENCINTAI NAFSU ANDA SENDIRI
Anda bukan pencinta Imam Mahdi, tetapi pencinta kepada nafsu anda sendiri.
Imam Mahdi adalah manusia yang rakus kepada amal-amal yang lebih bermanfaat,
yang lebih diredai oleh Tuhan. Tetapi anda sebaliknya. Awasi sikap anda itu.
Mari kita melihat contoh ketiga. Ada
seorang penderma dari salah satu negara kaya yang berkunjung ke Afrika untuk
membangun sebuah masjid. Di sana
dia ditemui oleh para wakil masyarakat, yang mengusulkan agar dia membaiki beberapa
masjid lama yang hampir roboh. Sementara masjid-masjid itu berada di tempat
strategik di tengah permukiman penduduk dan kewujudannya sangat diperlukan.
Tabung yang asalnya hanya untuk
membangun satu masjid yang direncanakan, cukup untuk membaiki sepuluh masjid
lama yang sudah ada dan hampir roboh itu. Tetapi ternyata dia menolak, kecuali
jika namanya digunakan untuk nama-nama masjid tersebut.
Inilah juga contoh manusia yang tertipu. Imam Mahdi tidak menyukai manusia
seperti ini, yang menyintai pujian & kebesaran diri. Dia mahukan seseorang
yang berjiwa besar, yang boleh memberi manfaat kepada manusia ramai.
Adakah anda dapat melihat manusia yang mulia seperti Imam Mahdi itu dalam
masyarakat kita hari ini?. Semuanya sangat gelap dan kabur dan tertutup oleh
awan. Secara pribadinya, saya mengakui bahawa amat payah untuk menemui manusia
seperti dia.
Kalau adapun, hanya bermanis muka. Atau ada udang di sebalik batu. Baik yang
ada makna tersirat. Manusia yang hidup di zaman ini mempunyai
kepentingan-kepentingan pribadi, yang hanya Allah sahaja mengetahui.
BILAKAH DIA AKAN KELUAR?
Bilakah waktunya Imam Mahdi Al-Muntazar akan keluar? Soalan ini payah
dijawab. Semakin saya mengkaji & menulis tentang Imam Mahdi, semakin payah
rasanya untuk mendapatkan tarikh atau waktunya. Sungguh hebat Allah
menyembunyikan manusia pilihannya ini. Semakin dicari, semakin celaru jadinya.
Tadi saya terjumpa satu maklumat dari
sebuah buku yang dikarang oleh penulis Indonesia, Jaber Bolushi. Buku itu
(Oktober 2015 – Imam Mahdi akan datang) sangat popular sekarang.
Antara kandungannya berbunyi seperti berikut :
23 Oktober 2015 : Imam Mahdi muncul
di Mekkah.
(Saya mendapat informasi dari orang soleh dan beriman, bukan dukun / tukang
sihir bahwa Imam Mahdi sebetulnya sudah ada namun dihilangkan ke alam lain oleh
Allah sama seperti Nabi Isa (kalau tidak salah dihilangkan tahun 1927 atau
1935. saya lupa, dicari catatan sudah hilang), jadi Imam Mahdi akan muncul lagi
ke bumi secara langsung di Mekah. Jadi percuma mencari Imam Mahdi sekarang
tidak akan ketemu, karena telah dihilangkan oleh Allah SWT. Dan Ini
juga mengagetkan saya, bahwa Imam Mahdi yang kita tunggu itu ternyata orang
Indonesia dari sebuah kota kecil di Jawa Tengah, awalnya saya tidak
percaya, dugaan saya Imam Mahdi pastinya orang Arab tapi ternyata ya benar Imam
Mahdi adalah seseorang dari Jawa Tengah tersebut, ciri-cirinya juga mirip,
namanya sama dengan nabi Muhammad, yakni Muhammad bin Abdullah dan banyak
ciri-ciri lainnya, namun beliau ini sudah meninggal (dihilangkan) dan akan
muncul lagi tahun Oktober 2015).
24 Oktober 2015 : Imam Mahdi dibai’at di Ka’bah.
ADAKAH CERITA INI SAMA?
Cerita dalam buku tersebut sejalan dengan kepercayaan golongan Al-Arqam yang
mempercayai bahawa bahawa Syeikh Muhamad bin Abdullah As-Suhaimi (meninggal
dunia pada 1925, 82T) di Kelang sebagai
Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman.
Adakah orang yang ditanggapi oleh Jaber Bolushi & golongan Al-Arqam itu
sama? Kalau sama, di mana persamaannya? Kalau tidak sama, maka sangat banyak
huru-hara yang timbul daripadanya. Adakah anda faham maksud saya?
Golongan A mengatakan A sebagai Imam Mahdinya, golongan B kata B sebagai Imam
Mahdinya. Nanti akan keluar golongan C, D, E dan sebagainya. Kepercayaan yang
bercelaru seperti ini menambahkan kepenatan kita berfikir untuk mencari
kebenaran.
Yang jelasnya, saya lebih percaya kepada kata-kata sahabat Nabi yang mulia, iaitu
Abu Hurairah. Melalui kalamnya, yang diterimanya sendiri daripada Nabi Muhamad
S.A.W, beliau mengatakan bahawa Imam Mahdi Al-Muntazar telah dikhianati oleh
Saddam Hussein dalam satu peristiwa di antara mereka.
SILA BACA SEMULA POST INI
Sila baca semula post saya yang terdahulu, KISAH IMAM MAHDI AKHIR ZAMAN,
ANDA MESTI MEMBACANYA. Buktinya ada di situ. Mustahil Abu Hurairah itu
berbohong dalam kalamnya. Seorang sahabat Nabi yang mulia tidak mungkin ada
sifat-sifat pembohongan seperti itu.
Maka, saya ingin mengajukan soalan berikut kepada mereka.
[1] Adakah Syeikh Muhamad bin Abdullah As-Suhaimi (menurut kepercayaan
Al-Arqam) & Wali Allah di Jawa Tengah (menurut kepercayaan Jaber Bolushi)
hidup sezaman dengan Saddam Hussein di Iraq?
[2] Pernahkah Saddam Hussein melakukan pengkhianatan terhadap mereka?
Saya memohon maaf kerana mengutarakan soalan ini. Mari kita mencari
kebenaran secara benar, bukan secara emosi melulu. Pendapat Jaber Bolushi itu pun
dibantah habis-habisan oleh para pembacanya. Mereka mahukan sesuatu yang jelas
& boleh diterima akal.
Sekian adanya. Maafkan saya.
Isnin, 9.12.2012 9.18 am
No comments:
Post a Comment