Berkenaan Israk dan Mikraj ini, saya terjumpa satu kata-kata yang sangat menarik. Bagi saya, ia cukup indah.
Kata-kata itu saya petik dari facebook adek saya, Zool Amali yang tinggal di Bukit Subang, Kuala Lumpur. Terpegun sebentar saya mendengar kata-kata itu. Satu kata-kata yang sangat indah.
Kata-kata itu saya petik dari facebook adek saya, Zool Amali yang tinggal di Bukit Subang, Kuala Lumpur. Terpegun sebentar saya mendengar kata-kata itu. Satu kata-kata yang sangat indah.
Memang hajat saya nak menulis
pasal peristiwa Israk Mikraj. Dan saya bercadang nak mengupasnya dari sudut
saintifik.
Berikut ialah kata-kata yang saya maksudkan.
Berikut ialah kata-kata yang saya maksudkan.
JANGANLAH KAMU, NAIK KAPALTERBANG PUN DAH SOMBONG. TENGOK RASULULLAH SAW, NAIK KE LANGIT PUN, MASIH TAWADHUK.
JANGANLAH KAMU, NAIK KERETA MEWAH SEPERTI LAMBORGIHNI ATAU PORCHE, DAH SOMBONG. TENGOK RASULULLAH SAW, NAIK BURAQ YANG LAJU MACAM KILAT PUN, MASIH TAWADHUK
JANGANLAH KAMU, ADA PANGKAT SIKIT, DAH MULA BERLAGAK. TENGOK RASULULLAH SAW, NAIK KE LANGIT JUMPA TUHAN PUN, TETAP COOL, TETAP TAWADHUK. TAK SOMBONG DIRI PUN.
Kalau ikut cara biasa, orang tentu muak mendengarnya. Kisah yang sama dan diceritakan dalam bentok yang sama tentu menjadikan pendengar mendengar cerita yang sama setiap tahun.
JANGANLAH KAMU, NAIK KERETA MEWAH SEPERTI LAMBORGIHNI ATAU PORCHE, DAH SOMBONG. TENGOK RASULULLAH SAW, NAIK BURAQ YANG LAJU MACAM KILAT PUN, MASIH TAWADHUK
JANGANLAH KAMU, ADA PANGKAT SIKIT, DAH MULA BERLAGAK. TENGOK RASULULLAH SAW, NAIK KE LANGIT JUMPA TUHAN PUN, TETAP COOL, TETAP TAWADHUK. TAK SOMBONG DIRI PUN.
Kalau ikut cara biasa, orang tentu muak mendengarnya. Kisah yang sama dan diceritakan dalam bentok yang sama tentu menjadikan pendengar mendengar cerita yang sama setiap tahun.
Kata-kata di atas merupakan satu persembahan mesej yang kreatif. Perubahan sebegitulah yang pendengar mahukan. Mereka mahukan sesuatu yang lain.
INGATAN KEPADA ORANG KAYA
Sekaya manapun kita, tak payahlah
kita berlagak sombong. Kalau setakat naik kapalterbang dah nak sombong, itu
tanda tak ada akal. Dengan kata lain, bodoh sombong.
Tengok Rasulullah, naik ke
langitpun, tetap tawadhuk, tetap merendah diri.
Tolong ingat satu perkara, naik
kapalterbang pun, mati juga. Kalau berlaku kemalangan, jarang ada yang selamat.
Kalau selamat pun, peratusnya hanya sekitar 0.1%. Maksudnya, dalam 1000 orang
korban, hanya ada seorang yang selamat.
So, kepada yang sombong dapat ke sana ke mari dengan kapalterbang, berpada-padalah mengecap nikmat kehidupan ini.
Jangan dok sombong sangat.
Ingatlah, kekayaan awak tu datang dari Tuhan. Sampai masa, awak pun mati.
INGATAN KEPADA KAKI MEWAH
Begitu juga kalau kaya melangit
sehingga memiliki kereta yang mewah dan mahal, tak payahlah sombong. Kereta itu akan jadi buruk juga. Satu sen pun
tak laku kalau dah buruk.
Kalau accident, ia akan kemek
juga. Macam tin biskut. Tak berharga 1 sen pun.
Tengok Rasulullah, naik buraq
yang kecepatannya seperti halaju cahaya, tetap tawadhuk, tetap merendah diri.
Semua barang mewah, termasuk
kereta mewah, rumah mewah, perabut mewah, kabinet dapur mewah dan sebagainya
hanya penanda aras (benchmark) atas muka bumi ini sahaja.
Kalau anda mati, semuanya
ditinggalkan. Tak ada satu pun yang ikut anda masuk ke dalam kubur. Bahkan
mungkin pula jadi bala kepada anda.
Soalan-soalan dalam kubur mungkin
berbunyi seperti ini.
“Camne kau beli Bugoti Veyron kau
dahulu? Kau beli guna duit halal ke? Masa itu, solat engkau cukup ke 5 waktu?
“Lamboghirni engkau tu beli tunai
atau bank loan? Kalau tunai, tang mana engkau
cekup duit sebanyak tu? Kalau loan, engkau guna perbankan Islam ke?”
Tentu banyak lagi soalan-soalan
lain yang bakal ditanyakan kepada kaki mewah ini. So, berhati-hatilah. Jangan
over sangat membentok kehidupan mewah. Berpada-padalah.
Ikutlah cara Rasulullah, tetap
tawadhuk, tetap merendah diri.
INGATAN KEPADA ORANG BERPANGKAT
Kemudian kalau jadi orang
berpangkat atau berdarjat, pandai-pandailah membentok sifat tawadhuk di
dalamnya. Jangan over sangat.
Dari pengalaman saya, ramai saya
tengok orang yang baru “naik pangkat” atau “berubah pangkat” atau “dinaikkan
darjat”, mula berlagak yang bukan-bukan.
Kat kawan lama dah tak kenal, kat
sahabat dah rasa janggal, kat saudara-mara dah berjauhan. Bercakap pun ada
undang-undang, ada batasan, ada rasmi.
Alangkah buruknya akhlak orang
berpangkat seperti itu. Sombong & berlagak.
Kalau dahulu, berkawan dengan orang
biasa atau rakyat biasa. Boleh duduk semeja dengan penoreh, petani, buruh,
kerani dan sebagainya, sekarang ini dah tak boleh. Depa kelas lain, aku kelas
lain.
Sekarang, kelas aku ialah kelas orang-orang
besar, yang ada pangkat, ada darjat, ada title, ada bintang. Bukan orang darat,
orang kampong, orang hulu macam hang semua. Hu2.
Kalau berjumpa dengan orang-orang
besar pun, tak payahlah sombong. Ingat, awak tu akan mati, orang besar itu pun
akan mati. Kedua-dua akan jadi tanah.
Setengah orang tu, kalau sombong,
merasa bumi ini dia yang punya. Berjalan macam angin, tak rapat ke bumi.
Tersenggih-senggih, dada kembang 24 jam.
Tengok Rasulullah, jumpa Tuhan pun,
tetap tawadhuk, tetap merendah diri.
IMPAK KEPADA KEPERCAYAAN
BERAGAMA.
Pristiwa Israk Mikraj juga
memberikan impak yang mendalam kepada orang-orang Mekah pada masa itu.
Yang beragama dan kuat imannya,
maka bertambah kuat imannya terhadap tuhan.
Yang kafir dan kuat tentangannya,
maka bertambah-tambah kekufuran mereka
Yang lemah imannya, sebahagiannya
menjadi murtad & mengingkari peristiwa itu.
Kepada kita yang hidup di akhir
zaman ini, percayalah bahawa Tuhan Maha Berkuasa melakukan apa sahaja. Hanya
kekuatan iman yang dapat melindungi diri kita dari kebodohan dan kesesatan.
Untuk lebih memahami peristiwa
Israk Mikraj ini, elok kita melihatnya dari sudut saintifik.
PENERANGAN DARI SUDUT SAINTIFIK.
Seorang pengkaji dari Pakistan, Uwais
Rahman Khan telah memberi penerangan menarik tentang peristiwa tersebut dari
sudut sains.
Kredit patut diberikan kepada
beliau. Sebahagian sarjana Islam patut mengupas peristiwa ini dari sudut
saintifik agar kebenarannya dapat dibuktikan secara ilmiah dan boleh diterima
akal.
Kita tidak wajar melawan
orang-orang kafir menggunakan wahyu dalam kes seperti ini. Mereka wajar
mendapat penjelasan saintifik untuk mengalahkan kedangkalan fikiran mereka.
Kata Uwais Rahman Khan, saintis
terkenal dunia, Albert Eisteen pernah mengkaji tentang peristiwa Israk Mikraj.
Bahkan katanya, mungkin sebahagian teori yang diciptanya diambil dari peristiwa
tersebut.
Albert Eisteen membangunkan Teori
Kerelatifan Khas pada tahun 1905 dan 12 tahun selepas itu, mengeluarkan Teori
Relativiti Umum pada tahun 1917. Kisah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dapat
diterangkan selengkapnya menggunakan kedua-dua teori di atas, kecuali….
TERDAPAT SATU PENGECUALIAN di
mana Albert Eisteen tidak dapat menyesuaikan peristiwa Israk Mikraj dengan
teorinya.
Apa yang dia cuba beritahu kepada kita ialah Nabi Muhammad akan musnah kalau betul peristiwa ini berlaku.
Tetapi Nabi Muhammad selamat
zahir dan batinnya dalam perjalanan pergi dan balik. Inilah yang tidak dapat diterima
oleh akal Albert Eisteen yang masyhur itu.
JAWAPAN KITA
Jawapan kita ialah semua teori
sains, semua hukum sains atau apa sahaja berada di bawah kekuasaan Tuhan. Dalam
surah Isra’, Tuhan memulakan firmanNya dengan kata-kata yang sangat indah,
SUBHANALLAZI…, yang membawa erti “Maha
Suci Tuhan yang (telah memperjalankan hambaNya) ”
Secara ringkasnya, peristiwa
Israk Mikraj itu berlaku dengan kekuasaan Tuhan. Kita boleh mencapai kefahaman
itu dengan kekuatan iman.
Sebijak-bijak Albert Eisteen, dia
gagal dan tewas untuk memahami makna KEKUASAAN
TUHAN. Dia lumpuh untuk memahami makna MAHA SUCI TUHAN.
Untuk memahami makna kekuasaan
tuhan itu, mari kita perhatikan perbualan dua ekor semut di bawah. Mari kita
namakan mereka SEMUT A & SEMUT B.
Bayangkan 2 ekor semut itu boleh
bercakap.
Semut A : Kau percaya tak bahawa
aku telah pergi ke Kuala Lumpur
pagi tadi dan sekarang kembali kesini?.
Semut B : Tak munasabah langsung.
Kau ni memang penipu besar.
Semut A : Pagi tadi, aku masuk
kedalam beg tuan rumahku. Kemudian dia pergi ke Kuala Lumpur dengan kapalterbang untuk urusan
mesyuarat yang penting. Kemudian, 5.00 pm tadi, dia balik. Aku pun balik sama.
Memang aku pergi. Sumpah.
Semut B : Ya sekarang, aku
percaya.
Semut A telah selamat dari segala kerosakan, keburukan, kecederaan, kemusnahan dan sebagainya selama ia berada di bawah perlindungan tuan rumah.
Begitulah juga Nabi Muhammad. Baginda selamat kerana berada di bawah perlindungan Allah Taala.
Sekian adanya. Terima kasih.
Semut A telah selamat dari segala kerosakan, keburukan, kecederaan, kemusnahan dan sebagainya selama ia berada di bawah perlindungan tuan rumah.
Begitulah juga Nabi Muhammad. Baginda selamat kerana berada di bawah perlindungan Allah Taala.
Sekian adanya. Terima kasih.
FIRMAN ALLAH TA'ALA MAKSODNYA : "Maha Suci Tuhan yang memperjalankan Hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjid yang amat jauh (Baitul Muqaddis), yang telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surat Al-Israq [Perjalanan Malam] - Ayat 1/111)...
ReplyDeleteISRAQ & MIKRAJ... Israq dianggap perjalanan mendatar, manakala perjalanan Mikraj itu pula dianggap perjalanan menegak. Soalnya apakah tatakala itu Baginda Nabi SAW yg pergi hanya Ruhnya sahaja.? Ato apakah Paduka Nabi SAW pergi Ruh dgn Badan Jasad Ragawinya sekali..?? Maka terbitlah berbagei2 pendapat fasal pada menyatakan bab Israq dan Mikraj itu. Maka dinamakan "Teka-Teki Israq dan Mikraj"...
ReplyDeletePeristiwa Israq dan Mikrajnya Nabi SAW itu satu Mukjizat. Mukjizat adalah satu Miracle perkara ghaib yg mencarik adat demi utk menegakkan kebeneran Allah. Nalar akal Manusia ngak bisa mentafsirkannya. Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Masa, ruang, waktu dan hukum2 graviti dan tabie ngak bisa masuk campor dlm Urusan Allah. Hanya iman yg tegoh yg bisa memberikan jawabannya.. Allahu'alam...