Saya semakin seronok menulis pasal Imam Mahdi kerana ia mendorong saya semakin kuat mengkaji.
Memang kita semua tidak tahu SIAPA IMAM MAHDI, tetapi ciri-ciri yang disebutkan di dalam hadis dan sebahagian ucapan sahabat membolehkan kita mengkaji sedikit demi sedikit siapakah beliau itu.
Sebelum membaca post ini, elok anda baca terlebih dahulu post saya yang terdahulu, KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI PERTAMA).
.
Kali ini,
mari kita tengok post terbaru saya, KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI KEDUA).
Diriwayatkan
oleh Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya, “Kami pernah berada di samping Ali r.a,
lalu ada seorang bertanya beliau tentang
Al Mahdi. Maka Sayyidina Ali r.a. berkata, “Jauh.” Kemudian dia melipat jarinya
7 dan berkata, “dia akan keluar di akhir zaman ketika mana seorang yang
berkata, “Allah! Allah!” dibunuh. Allah menghimpunkan satu golongan yang
bertompokan seperti awan. Allah memesrakan di antara hati mereka. Mereka tidak
takut dengan sesiapa dan tidak gembira dengan sesiapa pun. Dia masuk menemui
mereka seramai bilangan ahli Badr. Orang-orang dahulu tidak mendahului mereka
dan orang-orang kemudian tidak mendapat kedudukan mereka. Bilangan mereka juga
seramai pengikut Thalut yang menyeberangi sungai bersamanya.” (Mustadrak
Al-Haakim j.4 ms. 554)
Kalau anda baca dengan
berhati-hati ucapan Syaidina Ali di atas, anda akan mendapati beberapa
kesimpulan berikut.
PERKARA [1] Imam Mahdi akan
keluar di saat orang yang berzikir”Allah, Allah” dibunuh.
PENJELASANNYA
Orang yang banyak berzikir
demikian biasanya golongan Asoib atau tarikat yang sentiasa mendekatkan diri
mereka kepada tuhan.
Saya mendapat khabar bahawa Imam
Mahdi itu pengikut tarikat Tijaniah. Maksudnya, pada masa itu, perkembangan
tarikat Tijaniah sangat memuncak dan sangat ditakuti oleh pemerintah setempat.
Sifat dan sikap golongan asoib
atau tarikat itu mudah dikenali. Mereka mencari keredhaan Allah dan sanggup
mati keranaNya.
Kerana itu mereka sangat berani
dan lantang bersuara. Mereka tidak takut kepada sesiapa tetapi hanya takut
kepada Allah semata-mata.
Saya ulangi
semula ucapan Syaidina Ali yang saya sebutkan pada post yang terdahulu.
Daripada Ali
r.a. katanya, “Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit putih
kemerahan dan bertubuh kemas.” (Ibid j.6 ms.24) 28. Daripada Ali r.a katanya,
“Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi s.a.w.
dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika itu Al
Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.” (Ibid j.6 ms.33)
Al-Mahdi bukan lari kerana takut
dan gentar, tetapi lari untuk mengatur strategi baru untuk kelangsungan
seterusnya.
PERKARA [2] Allah
menghimpunkan satu golongan yang bertompokan seperti awan.
PENJELASANNYA
Maksud awan
di sini ialah putih bersih. Maksudnya hati yang putih bersih. Golongan yang
sentiasa menjaga kebersihan hatinya ialah golongan asoib atau tarikat. Mereka
tidak tamak, iri-hati, benci-membenci dan dengki-mendengki.
Hati mereka
penuh dengan sifat-sifat mahmudah. Mereka menolak segala sifat-sifat mazmumah.
Setiap ahli
asoib atau tarikat, dari tarikat mana sekali pun atau cabang mana sekali pun,
tetap menghormati dan meyayangi satu sama lain. Tujuan mereka hanya satu iaitu
mencapai keredhaan Ilahi, Tuhan yang mereka sayangi.
Pengikut
tarikat Tijaniah adalah cabang dari Tarikat Idrisiyah, manakala Idrisiyah itu
pula cabang dari Tarikat Syaziliah. Kebanyakan tarikat pada akhir zaman ini
adalah cabang dari tarikat yang pelbagai.
Saya sendiri
pengikut Tarikat Samaniyah Naqsabanbiyah, cabang dari 2 tarikat utama iaitu
Samaniyah & Naqsabandiyah.
Pada ahkir
zaman nanti, semua golongan asoib dan tarikat akan bersatu-padu di bawah
pimpinan Imam Mahdi untuk mencapai
Daulah Islamiyah yang dicita-citakan itu.
PERKARA [3] :
Allah memesrakan di antara hati mereka.
PENJELASANNYA
Kedudukan
penganut tarikat antara satu dengan yang lainnya ibarat saudara yang berjalan
pada laluan yang sama. Allah menjadikan hati mereka saling bertaut.
Apabila
mereka bertemu di suatu tempat walau pun belum berkenalan, hati mereka mendakap
mesra seolah-olah mereka saudara karib yang sudah lama tidak bertemu.
Ini tentunya
melawan sikap masyarakat pada akhir zaman, iaitu saling ludah meludahi.
Daripada Ali
r.a. katanya, “Al Mahdi tidak akan muncul selagi sebahagian kamu tidak meludah
ke muka sebahagian yang lain.” (Ibid j.6 ms.33)
Perkataan
“ludah meludahi” menunjukkan kebencian, kata-mengata, kedengkian &
kejahatan hati umat Islam pada akhir zaman.
Ia berlaku
kepada sesiapa sahaja. Ahli politik, ahli ekonomi, cendiakawan, ustaz, para
ulamak, para peniaga, penoreh getah, amah dan sebagainya.
“Ludah-meludahi”
tidak berlaku kepada para ahli asoib atau tarikat.
Jika mereka
disakiti, mereka BERSABAR
Jika mereka
ingin menyakiti, mereka juga BERSABAR.
Kalau berlaku
juga “ludah meludahi” itu, itu bukan mereka, tetapi itu adalah orang yang
meminati mereka, tetapi mengaku sebagai MEREKA.
Mereka
mengaku, saya orang tarikat ini dan ini, tetapi sebenarnya mereka tidak tahu
apa-apa pun tentang tarikat.
PERKARA [4]
: Mereka tidak takut dengan sesiapa dan tidak gembira dengan sesiapa pun.
PENJELASANNYA
Mereka hanya
takut kepada Allah. Bila mereka bercakap atau melakukan sesuatu, hanya
keredhaan Allah yang mereka cari.
Mereka juga
tidak gembira berada bersama orang ramai. Kerja mereka hanya berzikir dan
bermunajat kepada Tuhan.
Mereka bukan
pemboros masa di kedai-kedai kopi, warung atau kopitiam. Tempat mereka ialah di
masjid, surau atau tempat bersuluk di rumah mereka. Mereka dikenali kerana
zikir dan ibadat mereka yang banyak.
PERKARA [5]
: Dia masuk menemui mereka seramai bilangan ahli Badr.
PENJELASANNYA
Bila sampai
waktunya, Imam Mahdi akan menemui mereka seramai 313 orang (sebanyak bilangan
Ahli Badar).
Siapakah
mereka itu?
Saya
berpendapat, mereka merupakan tokoh-tokoh penting golongan asoib atau tarikat yang
bertebaran seuruh dunia.
Setakat ini,
terdapat 34 tarikat yang muktabar dan diakui sah oleh Ahli Sunnah Wal Jemaah.
Daripadanya, keluar cabang-cabang lain yang pelbagai jenis. Semuanya diterima.
Wallahu ahlam.
PERKARA [6]
: Orang-orang dahulu tidak mendahului mereka dan orang-orang kemudian tidak
mendapat kedudukan mereka.
PENJELASANNYA
Peningkatan
martabat mereka adalah kerana zikir dan amal ibadat mereka. Mereka akan menjaga
zikir mereka dan sentiasa meningkatkan kualiti dan kuatitinya.
Disebutkan
bahawa, [1] mereka banyak berzikir kepada Allah, sehingga kepala mereka
kelihatan seperti burung belatuk, [2] mereka banyak berselawat kepada
Rasulullah, sekurang-kurangnya 1000X, [3] sentiasa bersolat sunat, dikhabarkan
sehingga 500 rakaat sehari semalam, [4] sentiasa bertahajjud waktu malam, [5]
sentiasa berpuasa sunat di sinang hari, [6] gemar memakai sorban, [7] melazimi
sunnah nabi pada sepanjang waktu.
Orang-orang
dahulu tidak dapat mendahului mereka, apatah lagi orang-orang kemudian yang
terkenal sangat mencintai dunia.
PERKARA [7]
: Bilangan mereka juga seramai pengikut Thalut yang menyeberangi sungai
bersamanya.”
PENJELASANNYA;
Ya, jumlah
mereka seramai 313 orang yang terkenal sabar dan sanggup mendengar arahan
Thalut ketika melawan tentera Jalut di zaman Nabi Daud.
Imam Mahdi memerlukan pasukan
yang mesti sabar dan sanggup memdengar arahannya. Dikhabarkan bahawa Imam Mahdi
mempunyai sikap yang sangat tegas kepada petugasnya atau askarnya, tetapi
sangat lembut dan penyayang kepada rakyat biasa.
Mari kita
ikuti sebuah hadis lain yang berkaitan.
Ibnu Majah
juga meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Mahdi itu adalah dari ahli keluargaku. Allah s.w.t. akan
melayakkannya hanya dalam satu malam.” (Sunan Ibnu Majah) Hadith riwayat Ibnu
Majah ini juga dikemukakan oleh Tarmizi, Abu Daud dan Haakim.
Imam Mahdi
itu adalah insan istimewa yang diislahkan (dilayakkan) Tuhan hanya dalam satu
malam sahaja untuk menjadi pemimpin umat Islam pada akhir zaman.
MAKSUDNYA
[1] Sebelum
itu, ilmu agamanya sudah banyak dan meluas. Dia seorang yang rajin belajar
mencari ilmu.
[2] Sebelum
itu, amalnya sudah cukup banyak dengan segala zikir, selawat, puasa sunat,
solat sunat dan sebagainya.
[3] Sebelum
itu, dia pengikut sebuah tarikat (dikhabarkan Tarikat Tijaniah) di mana dia menggunakan landasan tarikat ini untuk membuang
segala sifat-sifat mazmumahnya dan mengisinya dengan segala sifat-sifat
mahmudah.
[4] Sebelum
itu, dia selalu memikirkan masalah umat dan bercita-cita besar untuk membawa
umat Islam ke pangkal jalan.
[5] Sebelum
itu, dia sangat benci melihat kejahatan Dajjal dan agen-agennya dan bertekad
untuk menghapuskannya.
AKAN TETAPI, dia tidak pernah berniat untuk menjadi pemimpin umat Islam akhir zaman, tetapi Tuhan memilihnya untuk kita.
OLEH ITU, awasilah mereka yang mendabik dada mengaku sebagai imam mahdi. Anda tidak layak sebenarnya..
AKAN TETAPI, dia tidak pernah berniat untuk menjadi pemimpin umat Islam akhir zaman, tetapi Tuhan memilihnya untuk kita.
OLEH ITU, awasilah mereka yang mendabik dada mengaku sebagai imam mahdi. Anda tidak layak sebenarnya..
Sekian
adanya. Yang benar itu dari Allah. Yang buruk dan hina itu dari kelemahan diri
saya sendiri.
Berbagei jenis tareqat bernama ada serata dunia,
ReplyDeleteSamaniah Naksabandiah Kholidiah dll ada dimana2,
Jika Imam Mahdi pengamal Tijaniah tareqat bernama,
Itu maknanya dia Imam Mahdi Al-Muntazar namanya...
Ada satu "tareqat tidak bernama" diberi gelaran,
Tareqat "Hidup" menghidupkan ajaib menakjubkan,
Hingga kapan ketemu pada dua persimpangan jalan,
Disitu ada satu jalan lurus terang membimbingkan...
Mahdi Al-Muqaddimu ngak mengamal tareqat bernama,
Dia hanya amalkan Kitab Muqaddam pusaka Nendanya,
Itulah ilmu amalan Mahdi Muqaddimu peringkat awalan,
Dilengkapi ilmu pertapaan sendiri terajui Akhir Zaman...
Allahu'alam...
Tareqat Samaniah dibangsa amalan pakaian Imam Ali,
ReplyDeleteDiGombak pak guru Lebai Maidin udah ngak ada lagi,
Kalo Ratib Saman bergema disurau ada yg cabut lari,
Bageikan guruh halilintar bingit memecahkan bumi...
Dizaman Nabi diajar ilmu perang dinamakan Kahar Ali,
Pahlawan Islam terbilang jolokan Singa Allah pada Ali,
Pusaka Imam Ali diwarisi Imam Bonjol zaman revolusi,
Usir Belanda Jepang dari Indonesia bumi ibu pertiwi..
Pahlawan Melayu turut mewarisi ilmu perang Imam Ali,
Pahlawan Pahang Mat Kilau amal Samaniah Tareqat Ali,
Dibilang ada Ilmu Jirim sandaran ghaib sukar difahami,
Matinya ada 2 kubor sukar dimengerti jadi misteri..
Walo pahlawan Islam perbagei aliran berbeda amalan,
Diambang Akhir Zaman mari beserta satukan kekuatan,
Berjihad bersama tentera Mahdi Khalifah Akhir Zaman,
Pulehkan maruah Islam sekian lama ditelan Fitnah Zaman..
Kapan terdengar berita gemparan ditanah suci Mekah,
Kaum nan sedikit mengalahkan kaum yg banyak rebah,
Kapan datang kemenangan berbondong2 manusia keMekah,
Ngak lagi sosah2 merangkak atas salji cari Mahdi berbaiah...
"Finally the realm of the AhlulBait
will be known to the whole world..."
Allahu'alam...
Terima kasih saudaraku atas ingatanmu kepada Ratib Saman.
Delete