Ramai
anak-anak muda zaman sekarang, terutama generasi Y suka mengerat kuku tanpa
mengira hari. Mereka pakai semberono sahaja. Anak saya pun terikut-ikut juga
sehingga saya selalu mengingatkannya dengan symbol JIK (Jumaat, Isnin, Khamis).
Mak dan arwah ayah saya selalu menjaga ketertiban
ini. Kalau saya tersalah hari, mak akan bising-bising. Ayah saya tak bising,
tetapi dia berleter sedikit selepas itu. Pendek cerita, saya dianggap salah
kerana menyalahi JIK.
Sehingga sekarang, JIK merupakan singkatan kata
yang mesti dipatuhi. JIK ini saya kesan dari zaman berzaman lagi. Dah jadi
budaya dalam masyarakat Melayu beragama Islam, kuku hanya boleh dipotong dalam
3 hari istimewa sahaja.
Kebetulan saya menemui rahsia memotong atau mengerat kuku menurut kitab tua. Lama
sudah saya mencari, baru terjumpa.
Saya petik rahsia ini dari Kitab Pendinding
Mukmin, karangan Habib Hamid Al-Kaf, ulamak Indonesia yang termasyhur itu.
Rasulullah S.A.W bersabda (yang ertinya),
barangsiapa mengerat kuku pada hari
SABTU = Nescaya keluar dari dalam tubuhnya OBAT
dan masuk kepadanya PENYAKIT
AHAD = Nescaya keluar daripadanya KEKAYAAN dan
masuk kepadanya KEMISKINAN.
ISNIN = Nescaya keluar daripadanya GILA dan
masuk kepadanya SIHAT
SELASA = Nescaya keluar daripadanya
SIHAT dan masuk kepadanya PENYAKIT
RABU = Nescaya keluar daripadanya WAS-WAS
dan masuk kepadanya KEPAPAAN
KHAMIS = Nescaya keluar daripadanya
GILA dan masuk kepadanya SEMBUH DARIPADA PENYAKIT
JUMAAT = Nescaya keluur daripadanya
DOSA-DOSANYA SEPERTI PADA HARI DIPERANAKKAN OLEH IBUNYA dan masuk kepadanya
RAHMAT DARI ALLAH TAALA.
Walau bagaimanapun,
terdapat sanggahan dari ulamak-ulamak tertentu berkenaan hal ini. Beliau yang
dimaksudkan, Al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada
dalil tentang memotong kuku, antaranya,
[1] Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.,
[2] Makruh
memotong kuku pada malam hari,
[3] Orang yang sedang berpuasa tidak boleh
memotong kuku,
[4] Larangan orang yang sedang haid dan janabah
dari memotong kuku,
[5] Memotong kuku dengan cara-cara
tertentu.
Berkata Ibn Daqiq al-¶Ied : ³Apa yang tersebar
tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya
di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri,
maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w.
Dr. Abdul Wahab pula berkata :³Memotong
kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.´Wallahu ahlam.
Dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul
Qulub Jilid 1, sebagaimana yang ditulis oleh blogger terkenal, PakarHowTo dalam
postnya, Panduan Adab Memotong Kuku, pada 2 February 2008 (8:00 am) menyelitkan
beberapa perkara yang berguna dan menyokong isi kitab Pendinding Mukmin
sebagaimana saya sebutkan di atas.
Di antara isi yang ditulis dan dikupas lanjut.
[1[. Baca Doa Ketika Memotong Kuku
[2]. Cara Potong Kuku Tangan (*Mengikut cara yang
diajar oleh Syeikh Baijuri)
Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian
jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan
kanan.
Kemudian seterusnya, dimulai dari kelingking
tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari
tangan kiri.
[3]. Cara Potong Kuku Kaki (* Mengikut cara yang
diajar oleh Ibnu Rif’ah)
Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya
mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri yang terakhirnya.
[4]. Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku
Terdapat dalam sebuah hadith Nabi SAW bermaksud ;
“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku
pada ;
SABTU = Mempusakai penyakit akilah (yang
disebabkan banyak makan)
AHAD = Hilang berkat
ISNIN = Mempusakai alim fadhil (berilmu dan
mempunyai kelebihan)
SELASA = Mempusakai kebinasaan
RABU = Mempusakai jahat perangai
KHAMIS = Mempusakai kaya
JUMAAT = Mempusakai ilmu dan lemah lembut. ”
KESIMPULAN : Terdapat kesamaan antara kalau ada pun perbezaan, hanya sedikit sahaja antara Hari Memotong Kuku dari kitab Pendinding Mukmin dengan yang tersebut dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1 di atas.
KESIMPULAN : Terdapat kesamaan antara kalau ada pun perbezaan, hanya sedikit sahaja antara Hari Memotong Kuku dari kitab Pendinding Mukmin dengan yang tersebut dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1 di atas.
Di bawah saya bangkitkan kepada anda sebuah
pertanyaan hamba Allah kepada seorang ustaz terkenal. Mari kita dengarkan soalan
beliau.
SOALAN
Mohon pandangan saudara tentang perkara di bawah
yang saya ambil dari sebuah blog.
Dari Al-mubarak bin Ali Ash-shairafi dari Abu
Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa memotong kuku pada
hari sabtu nescaya keluarlah darinya penyakit dan masuklah padanya kesembuhan.
Barangsiapa memotong kukunya pada hari ahad, nescaya keluarlah darinya
kemiskinan dan masuklah padanya kekayaan. Barangsiapa memotong kukunya pada
hari isnin, nescaya keluarlah penyakit dan masuklah padanya kesihatan.
Barangsiapa memotong kukunya pada hari selasa nescaya keluarlah darinya
penyakit sopak dan masuklah padanya ‘afiat. Barangsiapa memotong kukunya pada
hari rabu, nescaya keluarlah darinya was-was dan ketakutan dan masuklah padanya
keselamatan dan kesihatan. Barangsiapa memotong kukunya pada hari khamis nescaya
keluarlah darinya penyakit kusta dan masuklah padanya afiat. Dan barangsiapa
memotong kukunya pada hari jumaat nescaya keluarlah darinya dosa-dosa dan
masuklah rahmat padanya.” (hadith riwayat ad-dailami dlm sunannya)
Kata Ibnul Jauzi dlm Al-Maudhu’aat, hadith ini
adalah maudhu’. Ia adalah di antara hadith maudhu’ yang paling jelek. Dalam
sanadnya terdapat orang yang majhul (maksudnya, tidak dikenali) dan orang yg
dhaif (lemah).
Pada awal sanad terdapat Hannad An-Nasafi seorang
yang tidak tsiqah (tidak boleh dipercayai) dan di akhir sanadnya ialah Abu
Ishmah Nuh bin Abu Maryam. Nuh bin Abu Maryam ialah Nuh bin Yazid. Abu Ishmah
seorang pembohong dan pembuat hadith. Hannad pula meriwayatkan hadith-hadith
maudhu’ dan cerita-cerita bohong.
Demikian juga Kata Ibnu Iraq.
Kata Az-Zahabi dalam Mizan Al-I’tidal Fi Naqd
Al-Rijal: Hannad bin Ibrahim ialah Abu Muzaffar An-Nasafi. Dia meriwayatkan
banyak hadith selepas tahun 450-an tetapi ia meriwayatkan hadith-hadith maudhu’
dan cerita-cerita bohong.
Al-Hafiz As-Sakhawi dalam Al-Maqashidul Hasanati
berkata: Tidak ada sebuah hadith pun yg sabit dari Rasulullah S.A.W mengenai
cara memotong kuku dan mengenai penentuan hari-hari memotongnya.
JAWAPAN
Hadis tentang cara mengerat kuku serta
kelebihannya secara mendalam tidak kita temui tetapi dalam menjaga kebersihan,
Islam amat menitik berat dalam hal ini.
Oleh kerana kita tidak meletakkan Sunnah adalah
satu kewajipan yang kita mesti ikut 100% tanpa melihat fadhilat yang akan Allah
SWT berikan tetapi kita sentiasa mencari fadhilat pada mata kasar. Maka inilah
yang akan berlaku, sesungguhnya apa yang Allah SWT firmankan dan apa jua Sunnah
yang telah Rasulullah SAW sunnahkan pasti ianya perkara yang akan membawa
kebaikan di dunia dan Akhirat 100%.
Allah SWT akan memberi fadhilat setiap perbuatan
mengikut keadaan dan keperluan semasa setiap hamba Nya yang mukmin.
Memang banyak hadis secara sorehnya hanyalah
menyarankan kearah penjagaan kebersihan termasuk kebersihan kuku sebagaimana
hadis-hadis dibawah :
[1] Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor
0295.
Mewartakan kepada kami Bisyr bin Hilal Ash-Shawwaf, mewartakan kepada kami Jaafar bin Sulaiman, dari Abu Imran Al Jauniy, dari Anas bin Malik, dia berkata: “Kami meluangkan waktu dalam mencukur misai, mencukur rambut bawah perut, mencabut rambut ketiak, dan memotong kuku-kuku, tidak membiarkan lebih dari 40 (empat puluh)hari.”
Mewartakan kepada kami Bisyr bin Hilal Ash-Shawwaf, mewartakan kepada kami Jaafar bin Sulaiman, dari Abu Imran Al Jauniy, dari Anas bin Malik, dia berkata: “Kami meluangkan waktu dalam mencukur misai, mencukur rambut bawah perut, mencabut rambut ketiak, dan memotong kuku-kuku, tidak membiarkan lebih dari 40 (empat puluh)hari.”
[2] Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor
0294.
Mewartakan kepada kami Sahl bin Abu Sahl, dan Muhammad bin Yahya, Mereka berkata; mewartakan kepada kami Abul Walid, mewartakan kepada kami Hammad, dari Ali bin Zaid, dari Salamah bin Muhammad bin Ammar bin Yasir, dari Ammar bin Yasir, bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda: “Termasuk fitrah adalah: 1. Berkumur, 2. Menghirup air ke hidung, 3. Bersiwak, 4. Memotong kumis misai, 5. Memotong kuku-kuku, 6. Mencabut bulu ketiak, 7. Mencukur rambut bawah perut, 8. Membasuh tempat-tempat yang terkumpul kotoran, 9. Membersihkan faraj/kemaluan dengan air, 10. Khitan”. Mewartakan kepada kami Jaafar bin Ahmad bin Umar, mewartakan kepada kami Affan bin Muslim, mewartakan kepada kami Hammad bin Salamah, dari Ali bin Zaid, seperti hadis di atas.
Mewartakan kepada kami Sahl bin Abu Sahl, dan Muhammad bin Yahya, Mereka berkata; mewartakan kepada kami Abul Walid, mewartakan kepada kami Hammad, dari Ali bin Zaid, dari Salamah bin Muhammad bin Ammar bin Yasir, dari Ammar bin Yasir, bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda: “Termasuk fitrah adalah: 1. Berkumur, 2. Menghirup air ke hidung, 3. Bersiwak, 4. Memotong kumis misai, 5. Memotong kuku-kuku, 6. Mencabut bulu ketiak, 7. Mencukur rambut bawah perut, 8. Membasuh tempat-tempat yang terkumpul kotoran, 9. Membersihkan faraj/kemaluan dengan air, 10. Khitan”. Mewartakan kepada kami Jaafar bin Ahmad bin Umar, mewartakan kepada kami Affan bin Muslim, mewartakan kepada kami Hammad bin Salamah, dari Ali bin Zaid, seperti hadis di atas.
PENDIRIAN SAYA
Sepanjang saya belajar agama, saya mengutip cara mengerat kuku atau memotong kuku itu dari ayah bonda saya, dan dari guru-guru saya, dari guru-guru mereka dan sampailah kepada guru-guru mereka yang terdahulu. Mereka mengutip cara itu dari pondok-pondok agama tempat mereka menadah kitab. Kami percaya bahawa JIK itu adalah hari-hari sunat mengerat / memotong kuku menurut hadis Nabi.
Segala kebenaran itu datangnya dari Allah. Hamba ini hambaMu yang dhaif. .
Jemput datang melawat, e-Kitabs
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=199746730191040&set=a.199746716857708.1073741828.194583644040682&type=1&theater