Imam Mahdi sebenarnya sudah ada di kalangan kita. Kata setengah mereka yang arif, dia sudah ada, Cuma masa kemunculannya belum tiba.
Sesetengah pengkaji, termasuk juga sesetengah blogger meramalkan Dajjal akan keluar pada tahun 2020. Saya juga mengatakan Dajjal, insyaallah akan keluar pada sekitar tahun tersebut.
Saya bukan bercakap merapu. Saya
ada hujjah. Sandaran saya ialah tafsiran yang dibuat oleh Syeikh Imran bin
Nasir dari Trinidad, berdasarkan hadis Nabi
S.A.W.
Saya sependapat dengan Blog Addmath
Cikgu Zain yang menulis panjang lebar tentang perkara ini. Sila klik blog
beliau di sebelah kiri post ini. Kemudian bacalah post beliau yang menarik.
IMAM MAHDI, TASIK GALILEE & DAJJAL.
Berdasarkan kata ulamak, bahawa
Dajjal akan keluar pada tahun yang ketujuh dari kemunculan Imam Mahdi, maka
tahun di mana Imam Mahdi dijangkakan keluar ialah pada tahun (2020 – 7) iaitu sekitar tahun 2014.
Setengah pihak boleh menerima
penjelasan ini. Sesetengahnya pula sangat marah. Depa menghentam pihak-pihak
berkenaan sebagai mendahului ketentuan tuhan.
“Ente tahu macam mana Imam Mahdi
akan keluar 2014. Ente rasa ente hebat sangat ke?” Demikian dia marah kepada
pihak yang meramalkan Imam Mahdi akan keluar pada tahun 2014.
Saya rasa, kita tak payahlah marah-marah
sangat. Itu tanda emosi yang panas. Tenang-tenang aje la. Setiap orang ada
pendapat sendiri. Saya sendiri pun tak memaksa. Kalau bersetuju dengan pendapat
saya, ikutlah. Kalau tak setuju, pun tak apa. Tak ada masalah.
Mari kita ikuti sebuah hadis
berikut.
Telah bersabda Rasulullah, “Akan
terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah. Maka keluarlah
seorang laki-laki dari penduduk Madinah dan ia lari ke Mekah. Lalu datanglah
kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Mekah, dan mereka membawa
laki-laki tersebut dengan paksa kemudian membai’atnya antara sudut Ka’bah
dengan maqam Ibrahim.”
Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari
Ummu Salamah. Riwayat Ibn Abi Syaibah dan Thabrani dalam Al Ausath.
Pada kalimat: “…akan terjadi suatu perselisihan ketika matinya seorang khalifah…” menerangkan bahwa waktu kemunculan Al Mahdi adalah pada masa awal kematian seorang khalifah dengan timbulnya perselisihan dan peperangan untuk merebut kekuasaan. Maka orang-orang pun membai’at Al Mahdi pada waktu itu.
PENJELASAN SETAKAT YANG DIKETAHUI.
Pada kalimat: “…akan terjadi suatu perselisihan ketika matinya seorang khalifah…” menerangkan bahwa waktu kemunculan Al Mahdi adalah pada masa awal kematian seorang khalifah dengan timbulnya perselisihan dan peperangan untuk merebut kekuasaan. Maka orang-orang pun membai’at Al Mahdi pada waktu itu.
PENJELASAN SETAKAT YANG DIKETAHUI.
Menurut khabar yang saya dengar
dari sesetengah ustaz dan ulamak, perselisihan itu berlaku di Haramain (Arab
Saudi). Maksudnya, apabila rajanya meninggal, maka perebutan tahkta berlaku.
Ini hanya berlaku jika PUTERA MAHKOTAnya tiada.
Dengan bahasa mudahnya, kisah ini
akan berlaku di Arab Saudi. Dalam masa 2 tahun ini, sudah 2 orang Putera
Mahkota Arab Saudi meninggal dunia.
Apakah perkara ini akan
berterusan? Wallahu ahlam.
Anda boleh baca post saya dalam
blog ini berkaitan kebimbangan saya terhadap perkara ini. Sila baca post yang
bertajuk BERITA GEMBIRA BUAT PENCINTA IMAM MAHDI bagi mengetahui kupasannya.
Sekarang
mari kita tengok hadis berikutnya.
Ibnu Majah
meriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya: “Ketika kami berada di
samping Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang beberapa orang anak muda dari Bani
Hasyim. Bila mereka dilihat oleh Rasulullah s.a.w. berlinanglah air matanya dan
berubahlah air mukanya. Langsung kami
bertanya, baginda menjelaskan “Kami adalah ahli keluarga yang Allah s.w.t.
pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku nanti akan
menghadapi
berbagai-bagai ujian, pengusiran dan penghalauan sehingga datang dari pihak
Timur, bersama mereka bendera-bendera
hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berperang
sehingga mendapat kemenangan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu
mereka minta tetapi mereka tidak mahu pula sampailah mereka berikan bendera itu
kepada seorang pemuda dari keluargaku. Ia akan memenuhi dunia dengan keadilan
dan kesaksamaan sebagaimana mereka (penduduk dunia) memenuhinya dengan kezaliman.
Sesiapa yang sempat bertemu dengan mereka,
maka hendaklah ia datang kepada kumpulan itu walaupun dalam keadaan
mengengsot di atas salji.” (Sunan Ibnu Majah ms 299)
Dalam hadis
di atas, ada 3 ayat yang saya garishitamkan.
Ketiga-tiga ayat di atas sangat penting untuk dianalisa.
PERKARA [1] :
menghadapi berbagai-bagai ujian, pengusiran dan penghalauan sehingga datang
dari pihak Timur, bersama mereka
bendera-bendera hitam.
PENJELASANNYA.
Ahli Bait, keturunan Rasulullah
S.A.W akan menghadapi pelbagai musibah pada akhir zaman. Mereka akan menghadapi
pelbagai ujian, pengusiran dan penghalauan. Kisah ini sebenarnya mengulangi
kisah lama di zaman Rasulullah.
Kalau dulu Rasulullah pernah
diboikot sehingga ke pergunungan, diusir & dihalau, diejek & dihina,
maka perkara yang sama akan berlaku kepada golongan ahli bait pada akhir zaman
ini.
Anda jangan terkejut . Dan anda
tak payah terkejut. Memang suatu masa nanti, golongan ahli bait akan menerima nasib malang dan perlakuan buruk
manusia-manusia bodoh dan hina. Darjat mereka direndah-rendahkan seolah-olah
mereka keturunan orang biasa.
Sekarang ini, umat Islam umumnya
sangat menghormati golongan habib atau habaib yang berasal dari Rasulullah.
Tetapi akan wujud satu masa berlaku sebaliknya.
Bilakah masa itu?
Saya berpendapat bahawa akan
berlaku penjajahan serius negara-negara kuat (kebanyakannya negara non-muslim) ke
atas negara-negara lemah (lazimnya, negara-negara Islam) suatu masa nanti.
Apakah akan berlaku penjajahan
itu? Elok anda buka semula Blog Addmath
Cikgu Zain. Baca semula post 5 PERKARA PENTING
YANG DITUNGGU-TUNGGU.
Bila berlaku penjajahan itu, samada penjajahan fizikal atau
penjajahan boneka, maka kerajaan yang
terjajah itu akan menjadi lemah seperti kambing yang diterkam serigala.
Anda lihat sahaja Iraq dan Afghanistan. Kedua-duanya tidak
bermaya. Pemerintahnya tidak lebih sebagai boneka semata-mata.
Tidak mustahil Arab Saudi akan
dijajah seperti itu sehingga semua kuasa politik, ekonomi dan ketenteraan negara
tersebut akan berada di bawah telunjuk Dajjal dan agen-agennya.
Tidak mustahil suatu masa nanti, pengaruh
penjajah keatas pihak pemenrintah akan mendorong tindakbalas yang kuat dari
pihak Ahli Bait.
Bila sebahagian mereka bercakap
atau bersuara menyatakan kebenaran atau melahirkan rasa tidak puas hati, maka
mereka dicap sebagai penentang atau penderhaka.
Penghormatan ke atas mereka (ahli
bait) akan berkurang sedikit demi sedikit. Kewibawaan mereka dikhianati,
kehormatan mereka dicabuli dan suara mereka disanggahi.
Bila ini berlaku, tidak mustahil
mereka akan diusir atau dihalau. Ke mana mereka akan pergi? Saya tak dapat
menjawab soalan ini dengan tepat. Anda pun begitu.
Tetapi anda tentu setuju dengan
saya kalau saya mengatakan bahawa mereka akan berlindung kepada sebuah kerajaan
yang mencintai golongan Ahli Bait.
Dengan kata lain, kerajaan demikian
adalah kerajaan yang pro Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Manakah kerajaan yang seperti
itu? Sudah tentu Syria
dan Mesir.
Untuk memahami apa yang bakal berlaku, elok anda baca ucapan Syaidina Ali di bawah.
Daripada
Ali r.a. katanya, “Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit
putih kemerahan dan bertubuh kemas.” (Ibid j.6 ms.24) 28. Daripada Ali r.a
katanya, “Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi
s.a.w. dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika
itu Al Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.” (Ibid j.6 ms.33)
Piihan Imam Mahdi ialah Syria dan Mesir kerana kedua-dua negara tersebut adalah kelompok Ahli Sunnah Wal Jemaah. Iran pula sebuah negara syiah yang jauh pertentangannya dengan Ahli Sunnah.
PERKARA [2] : Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berperang.
PENJELASANNYA
Mereka yang
dimaksudkan itu ialah Pihak Timur. Setengah pihak mengatakan mereka sebagai
golongan Asoib (golongan kerohanian yang sentiasa bertaqarrub) kepada Tuhan.
Setengah
yang lain pula berpendapat mereka sebagai golongan yang ingin menegakkan negera
Islam melalui perjuangan politik.
Setengah
yang lain pula berpendapat mereka sebagai golongan Taliban yang kuat
mengamalkan sunnah Rasul dalam kehidupan mereka.
Saya sendiri
pun tidak tahu siapakah Pihak Timur itu. Tetapi pandangan saya lebih kurang
seperti ini.
MEREKA
adalah satu golongan yang bercita-cita melihat kebangkitan semula Daulah
Islamiyah. Mereka menunggu kedatangan Imam Mahdi demi untuk merealisasikan
Daulah Islamiyah yang disebutkan itu.
Bagi saya,
pihak Timur itu bukan golongan politik atau mereka yang cenderung kepada
politik. Mereka lebih bersifat asoib (kerohanian) yang sentiasa mendekatkan
diri kepada tuhan.
Sesetengah pihak mengatakan bahawa mereka itu golongan Taliban yang sentiasa berjuang menegakkan kebenaran. Saya tak berani memberi pendapat saya, sebab saya sendiri pun tak berapa kenal mereka itu. .
Sesetengah pihak mengatakan bahawa mereka itu golongan Taliban yang sentiasa berjuang menegakkan kebenaran. Saya tak berani memberi pendapat saya, sebab saya sendiri pun tak berapa kenal mereka itu. .
So, siapa Pihak Timur itu?.. Entahlah. Saya pun tak tahu.
PERKARA [3]
: Maka hendaklah ia datang kepada
kumpulan itu walaupun dalam keadaan mengengsot di atas salji
MENGENGSOT itu maksudnya merangkak.
Maksudnya, kita terpaksa mendaki bukit atau gunung yang tinggi untuk
mendapatkan Pihak Timur itu.
Dengan kata lain, pihak Timur ini
adalah pihak yang sangat berpengalaman dengan kawasan pergunungan yang sulit
dan sukar.
Dikatakan bahawa pada zaman Imam Mahdi nanti, Pihak Timur itu berjuang dari atas pergunungan. Dataran pergunungan itu pula bersambung sepanjang kawasan Khurasan, yang meliputi Afhganistan, Pakistan, Burma, Thailand, Malaysia & Indonesia.
Ramai orang beranggapan Pihak Timur itu sebagai golongan Taliban yang terkenal warak dan sangat menjaga sunnah rasul. Mereka juga sangat mahir berperang sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas.
Ramai orang beranggapan Pihak Timur itu sebagai golongan Taliban yang terkenal warak dan sangat menjaga sunnah rasul. Mereka juga sangat mahir berperang sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas.
Pada saya, Pihak Timur itu terdiri daripada umat Islam pelbagai bangsa yang bergabung membentok satu pasukan. Dikatakan bahawa, Imam Mahdi yang dicari-cari oleh Dajjal dan sekutu-sekutunya berada
bersama pihak Timur ini.
Kalau pun berlaku perubahan pada nama & organisasi kumpulan berkenaan, tetapi sifat-sifat dan ciri-ciri seperti merekalah yang layak dipanggil Pihak Timur.
Sekian adanya. Terima kasih.
Dinegara manakah beradanya itu Imam Mahdi..??
ReplyDeleteHingga kini keberadaannya menjadi satu misteri.
Dinegara mana beradanya Kitab Muqaddam Nabi,
Dinegara itulah akan bangkitnya Imam Mahdi Asli...
Kitab Muqaddam Nabi dulu berada ditangan 7 Wali.
Dimana adanya 7 Wali disitu adanya Imam Mahdi Asli.
Imam Mahdi Al-Muntazar dah berkubur ngak ada lagi,
Oleh itu MAHDI AL-MUQADDIMU itulah mahu dicari...
IMAM MAHDI AMLMUNTAZAR BERMAKSUD IMAM MAHDI YANG DITUNGGU2. KENAPA NGAK ADA LAGI? ANDA MENGELIRUKAN KEADAAN.
DeleteIMAM MAHDI AL-MUNTAZAR : Memang benar makna "Imam Mahdi Al-Muntazar" itu bermaksod "Imam Mahdi Yg DiTunggu2". Oleh karna terlalu ramei pewaris2 Ahlulbait berebut2 jawatan tersebut, sedangkan peribadi halatuju mereka tidak mencerminkan keperibadian dan perjuangan Rasulullah SAW. Maka nama tersebut sudah corrupted, sudah ngak lagi direstui oleh Supreme Council Alam Kewalian. Maka jadilah nama Mahdi Al-Muntazar itu sebagei sebutan umum sahaja. Kalo nak sebut digunapakei tidak pula bersalahan...
ReplyDeleteIMAM MAHDI AL-MUQADDIMU : Nama Mahdi Al-Muqaddimu itu ngak ada dlm Hadis, cuma ada pada pengetahuan Nabi Muhammad SAW, Sayyedina Hussein AS, Imam Mahdi Sejati, dll diAlam Kewalian. Nama tersebut berkaitan dgn pemilik Kitab Muqaddam Nabi. Ianya Kitab Pusaka Nabi yg original tertulis diatas sekeping "Kulit Unta", yg jadi rebutan diAlam Wali. Kalo susah sangat nak sebut, lupakan saja nama tersebut. Maka nama tersebut bisa gantikan ia dgn nama IMAM MAHDI AL-AMIN, karna makna AL-AMIN itu lebeh menyeluruh. Sekian...
Allahu'alam Wasalam...
saya kira perkataan anda semakin berbelit2. IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR adalah nama jolokan yang termasyhur sejak dahulu. Anda kata para ahlul bait berebut2 nak jawatan tu? Lucunya. Mereka bukan berperangai demikian. Kalauu ada kisah demikian, tentu orang tersebut adalah berpura2 mendakwa dirinya ahlul bait.
DeleteYang bakal mengantikan pemerintahan sebenar2 Islam Malaysia dan Dunia dan di gelar DYMM Amerulmukmineen alias Imam Mahdi akhir zaman nasab keturunan terus kepada Rasulullah dan segala raja2 didunia akan diseru supaya berada dibawah pemerintahannya serupa dengan Rasulullah dimasa kegermilangan Islam sebab dia adalah raja bagi segala raja…. Itulah kesudahannya Allah mulai dengan Adam as kemudian Musa as kemudian Isa as dan ditammatkan dengan Junjungan Rasulullah saw dan diakhiri dengan perkabaran gembira melalui Imam Mahdi supaya manusia2 pada sekian kali mengakui kebenaran Islam adalah agama sebenarnya melainkan manusia2 yang masih ingkar/ego menjadi manusia2 rugi di dunia dan di akhirat sebelum datangnya hari kiamat. demikianlah kesudahannya Wallahualam.
ReplyDeletesalam abah minta izin blog abah ni link ke blog saya...qiraatitatih.blogspot.com terimakasih
ReplyDeleteIbnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya: “Ketika kami berada di samping Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang beberapa orang anak muda dari Bani Hasyim. Bila mereka dilihat oleh Rasulullah s.a.w. berlinanglah air matanya dan berubahlah air mukanya. Langsung kami bertanya, baginda menjelaskan “Kami adalah ahli keluarga yang Allah s.w.t. pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku nanti akan menghadapi berbagai-bagai ujian, pengusiran dan penghalauan sehingga datang dari pihak Timur, bersama mereka bendera-bendera hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berperang sehingga mendapat kemenangan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak mahu pula sampailah mereka berikan bendera itu kepada seorang Satria Piningit pemuda dari keluargaku.Satria Piningit memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana mereka memenuhi dunia dengan kezaliman. Sesiapa yang sempat bertemu dengan Satria Piningit, maka hendaklah ia datang kepada Satria Piningit itu walaupun dalam keadaan mengengsot di atas salji.” (Sunan Ibnu Majah ms 299)
ReplyDeleteCheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap