GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday, 24 January 2013

MARI KENALI LELAKI INI (1) Apa kaitannya dengan Imam Mahdi Al-Muntazar? .



Anda tentu tertanya-tanya, siapakah lelaki di atas? Wajahnya sedikit suram tetapi terlihat bijaksana. Hidungnya mancung tetapi tidak ada tahi lalat di pipi kanannya. Anda mesti mengenalnya.

Menurut pandangan anda, siapakah dia? Dengan wajah keras seperti di atas, tentu anda dapat menduga bahawa politik Asia Barat akan jadi lebih keras dan mengancam.

Dia bukan Al-Mahdi Al-Muntazar. Walau pun pada wajahnya, terdapat beberapa bukti sokongan seperti hidungnya yang mancung, dahinya yang sulah (luas) dan mempunyai mirip wajah orang Israel, tetapi dia bukan Al-Mahdi. Bahkan dia adalah musuh kepada Imam Mahdi Al-Muntazar nanti.

Kenapa musuh? Kerana dia adalah Naftali Bennet, pemimpin Partai Bayit Yehudi.  

Saya mengutip makumat ini dari sebuah blog yang saya percayai. Teruskan membaca. Setiap kali anda terjumpa POINT, maka itu adalah pandangan pribadi saya terhadap apa yang disebutkan.

Usianya baru kepala empat, namun pemimpin Partai Bayit Yehudi (Rumah Yahudi) ini sangat karismatik. Dia berhasil membawa partai beraliran ultra-nasionalis dan religious   (keagamaan) itu menjadi salah satu kuda hitam dalam pemilihan umum kelmarin.


POINT PENTING 1 : Kalau disebut ultra-nasionalis dan religious, maksudnya parti yang sangat pro kepada ketuanan Israel dan agama Yahudi ortodhok. Jiwanya lebih keras, bersifat pelampau dan lebih payah diajak berunding.

Dialah Naftali Bennett, 41 tahun, pernah menjadi seorang tentera berpangkat major di pasukan elite angkatan darat Israel, Sayeret Matkal, persis sama seperti bekas bossnya, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Beliau dilahirkan dalam keluarga Zionis yang ortodhok. Dan lelaki kelahiran Haifa ini sangat mendokong projek permukiman Israel di Tebing Barat.

POINT PENTING 2 : Kalau dia sangat fanatik kepada projek pemukiman Yahudi, itu menunjukkan bahawa dia akan lebih fanatik dan ganas. Selepas ini tidak mustahil Tebing Barat terus bergolak akibat peperangan dan banyak lagi tanah-tanah rakyat Palestin akan dirampas.

Sikap karismatik dan kebijaksanaan berpolitik membuatkan namanya dan Bayit Yehudi (partinya) melonjak dengan cepat di kalangan pendokong politik Israel. Bayit Yehudi dijangka akan memperoleh 14 kursi di Knesset (Parlimen Israel) akan datang.
Menurut rekodnya, dalam pilihanraya 2009, Bayit Yehudi  cuma dapat lima kursi. Dia  mengekor rapat Parti Gabungan Likud-Yisrael Beitenu (32) dan Buruh (17). Bayit Yehudi memang menolak mentah-mentah berdirinya negara Palestin. Dan dia hanya menginginkan seluruh Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menjadi wilayah permukiman Yahudi seluruhnya..

POINT PENTING 3 : Parti yang pro Yahudi, yang membela nasib Yahudi, yang menyokong segala perbuatan jahat Yahudi, akan cepat naik & popular. Bangsa Yahudi memerlukan pemimpin strategic seperti itu. Berani, pintar, tangkas tetapi jahat & pekat Yahudi.  

Meski pun begitu, dia kadang-kadang dilihat agak moderat. Maksudnya berfikiran moden. Ini dapat dilihat sewaktu dia diwawancarai Nissim Mishal, salah seorang wartawan popular television Israel pada Desember 2012.  "Jika anda diberi perintah oleh Pemilu (maksudnya Badan Piihanraya) Israel untuk mengosongkan permukiman Yahudi, apa akan anda lakukan?"

Suasana dalam studio hening sejenak. Baru dua kata terucap, Mishal menyergah lantaran takut Bennett bakal beretorika.

"Dengarkan," kata Bennett, seperti dilaporkan oleh Tablet Magazine pertengahan bulan ini. "Dengarkan. Jika saya mendapat perintah mengusir seorang Yahudi dari rumahnya, saya secara pribadi, dengan penuh kesadaran tidak akan membiarkan saya melakukan itu. Saya tidak sanggup…

Mishal kembali memotong. "Jadi anda memilih dipenjara?" Bennett mengiyakan. Dia menegaskan akan menolak perintah seperti itu. Dia menambah bahawa tindakan serupa akan dia ambil bila perintah serupa diarahkan terhadap orang Palestin.

POINT PENTING 4 : Dia sanggup melanggar arahan pihak bekuasa demi menjaga kepentingan rakyat Israel di Tebing Barat. Kalau benar, itu sebuah rasis yang menakutkan. Katanya, dia sanggup berbuat yang sama untuk rakyat Palestin yang tinggal di Israel. Bolehkah dipercayai? Itulah barangkali maksud moderat.

Bennett adalah pemimpin muda tetapi mampu meyakinkan pengikutnya soal kesucian sekaligus soal “keagungan tujuan” yang  harus dicapai. Dia belajar method kepemimpinan macam ini sepanjang hidupnya.

POINT PENTING 5 : Dia barangkali seorang Yahudi yang alim, yang kuat mempelajari agamanya & tahu pergerakan masa-depannya. Secara zahirnya, dia sangat bahaya sebagai seorang Yahudi. Tetapi pada batinnya, dia mudah menerima kebenaran apabila ditunjukkan lembaran Taurat asli kepadanya. Mudah-mudahan Al-Mahdi akan menunjukkan kepadanya. Insyaallah.

Dia sempat bergabung dengan Sayeret Matkal (Angkatan Tentera Darat Israel) sebelum pindah ke unit elite lainnya. Selepas itu, dia mendapat kelulusan Sarjana Undang-Undang dari Universiti Hebrew. Pada tahun 1999, ia memulakan perusahaan software komputer berkaitan “antikorupsi” bernama Cyota. Enam tahun kemudian, dia menjual Cyota pada harga USD 145 juta.

Dengan kekayaan barunya itu, dia terus terjun ke dalam politik. Pertama sebagai kepala staf Netanyahu dan kemudian memimpin Dewan Yesha, sebuah organisasi yang menguruskan seluruh permukiman Yahudi.

POINT PENTING 6 : Dia seorang intelek, mempunyai otak cerdas dan bijak. Kemudian dia tahu pulak memajukan dirinya dalam bisnes. Dengan kata lain, dia tahu pulak untuk menjadi cepat kaya. Kalau anda melihat content “anti korupsi” dalam software Cyota yang dia bina, tentu anda faham bahawa dia tidak suka kepada rasuah, kekotoran & ketidak-disiplin.

Pada tahun 2010, dia berani menerima tantangan (cabaran) debat di dalam siaran television dengan Ahmad Tibi, politikus tersohor Israel berketurunan Palestin. Ahmad Tibi dikatakan membazirkan sedikit waktu dengan menuding Bennett dan para pemukim Yahudi sebagai penjajah dan perampas.
Bennett membalas, "Tanah ini milik kami jauh sebelum Islam muncul. Tanah Israel milik bangsa Yahudi jauh sebelum Alquran diturunkan."

Mari kita mengenal Ahmad Tibi. Berikut kami berikan datanya supaya anda mengenalinya.

Ahmad Tibi (Arabic: أحمد الطيبي‎, Hebrew: אחמד טיבי, sometimes spelt Ahmed Tibi, born 19 December 1958) is an Arab-Israeli politician and leader of Ta'al (the Arab Movement for Renewal), an Arab party in Israel. He currently serves as Deputy Speaker of the Knesset.[1] He was elected on a joint ticket with the United Arab List to serve in Israel's parliament, the Knesset. He describes himself as Arab-Palestinian in nationality, and Israeli in citizenship. Tibi is also a trained physician and graduate of the Hebrew University of Jerusalem.


POINT PENTING 7 : Kita patut berbangga mempunyai Ahmad Tibi yang berani hidup di Israel, berani mengatakan yang benar dan berani pula menghadapi risiko. Ingin sekali saya berjumpa dengannya dan mengucap tahniah kepadanya. Manakala Bennet itu mempunyai kefahaman sejarah dan agama yang salah. Islam bermula sejak Nabi Adam a.s. Suhuf (kitab yang tidak lengkap) bermula sejak Syit (anak Nabi Adam a.s). Al-Quran mengajar umatnya mempercayai semuanya, bermula suhuf pertama sehingga seterusnya, termasuk Taurat.   

Mari kita sambung kisah perdebatan itu. Raut wajah Ahmad Tibi tiba-tiba pucat. Barangkali dia menahan marah atau malu amat sangat. Dia berusaha mengatakan sesuatu, namun Bennett memotong pembicaraan. Debat kian panas. Ahmad Tibi lantas menyebut pemukim seperti Bennett adalah seperti tumor yang harus dicabut bersama akarnya. Bennett langsung membalas. "Ketika kalian masih memanjat pohon, kami sudah memiliki negara."


POINT PENTING 8 : Kita tidak tahu berapa orang manusia seperti Ahmad Tibi di Israel. Keberanian mereka patut dipuji. Ahmad Tibi patut dipuji kerana berani menyelar kejahatan Israel merampas tanah & ladang orang Palestin. Walau pun mendapat kecaman & penghinaan, Ahmad Tibi adalah wira kita di tengah jutaan orang Yahudi, musuh Islam.

Setahun kemudian, penampilan Bennett di depan khalayak berubah. Dia nampak lebih santai dan bisa tersenyum. Untuk menegaskan sesuatu, dia tidak lagi memukul ke udara, tetapi lebih suka mencondongkan badannya ke depan.

Ini terlihat dan terbukti pada saat dia berdebat dalam television dengan wartawan Gideon Levy. Dia berupaya meyakinkan para wartawan dan penulis, masa depan Israel akan lebih cerah kalau pemukim Yahudi di Tepi Barat bertambah banyak.

POINT PENTING 9 : Bennet mula belajar sesuatu untuk memperbaiki dirinya. Dia berani untuk mengubah keadaan dirinya & gayanya.

Tetapi rakyat Israel tidak terlalu ambil pusing dengan perubahan gayanya. Mereka tersedut (terpesona) oleh kebijaksanaan Zionisme Bennett. Pada April 2011, dia membuat My Israel, sebuah gerakan menggunakan Internet untuk menyebarkan Zionisme dan kecintaan kepada tanah Israel.

Dia mendorong rakyat Israel menggunakan media sosial buat menunjukkan kepada dunia bahawa kehidupan di Israel tidak hanya perang dan pos pemeriksaan. Usahanya ini dikatakan berhasil. Dalam beberapa bulan saja, 80 ribu orang bergabung.

POINT PENTING 10 : Dia menggunakan internet untuk melariskan konsep perjuangannya & tanah-airnya. Kita patut gembira kerana kebodohan dirinya. Internet itu seperti sarang labah-labah. Mudah roboh & rosak. Sebijak manapun dia mengawalnya, akan ada orang yang lebih pandai mencerobohnya.    

My Israel kian berkembang setelah Bennett berhasil mengabungkan Ayelet Shaked ke dalam usahanya. Anda kenal siapa Ayelet Shaked? Dia seorang perempuan sekular yang berasal dari Tel Aviv. Wanita 36 tahun ini selalu mengamalkan konsep “percaya diri” ketika berbicara di depan khalayak ramai. Dia pandai memproses perhatian penonton sehingga mereka selalu percaya kepadanya.

Tahun lalu, keduanya mendirikan gerakan disebut sebagai “The Israelis” bertujuan untuk menyedarkan seluruh rakyat Israel bahwa Yahudi dan Zionis adalah sandaran masa depan buat politik Israel.

POINT PENTING 11 : Dia cuba meransang perhatian golongan sekular yang kurang suka kepada golongan ultra-nasionalis & religious sepertinya. Dia cuba menarik minat mereka. Pelbagai cara digunakan untuk mendapat sokongan dan undi.    

Gerakan ini tepat pada waktunya. Bennett terpilih sebagai ketua Partai Bayit Yehudi. Dia yakin para pengundi beraliran sekular juga bakal terkesan dengan konsep Zionisme religious, bukan hanya orang-orang yang selalu memakai yarmulke (peci khas Yahudi).

Dia mengajak seluruh rakyat Israel bersatu tanpa mempedulikan latar belakang. Seperti katanya di dalam sebuah iklan television, "Saya mencintai rakyat Israel, tanah Israel, Torah (maksudnya Taurat), IDF, mencintai tentara kita. Jika kalian merasakan hal serupa, kalian memiliki rumah (tempat bernaung)."

DEMIKIAN KISAHNYA
Pemimpin muda ini bakal mencorak sesuatu dalam struktur politik Asia Barat. Melihat kepada latar-belakang agamanya, jelas sekali  dia sedang menunggu kedatangan Al-Masih Dajjal untuk menjadi raja di Israel nanti. Dia sedang meranapkan Palestin sedikit demi sedikit untuk Israel kekal berkuasa di sana.

Tetapi dia lupa, saat kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar sudah sangat dekat. Sampai waktunya, segalanya akan berubah dengan izin Tuhan. SELAMAT DATANG WAHAI IMAM KAMI.


DI RUMAH. JUMAAT  25-1-2013,  8.58 AM
  

1 comment:

  1. sya lebih tertarik dngan cerita mari kenali lelaki ini. mgkin pointnya agak less, ap yg patut diolah, olah lah yg terbaik. salam dri sya

    ReplyDelete