Kita berjumpa kembali dengan kisah Imam Mahdi Al-Muntazar.
Kali ini saya membawakan sifatnya yang paling disenangi oleh seluruh manusia
& mahkluk-makhluk lain di sekelilingnya
Beliau itu sangat tawadhuk. Apa erti tawadhuk? Tawadhuk itu
bermaksud merasakan diri paling hina. Tak ada apa-apa harganya padanya.
Sebelum saya meneruskannya, saya nak memberitahu anda satu
berita gembira. Info ini saya dapati dari akhbar Sinar Harian, 12.1.2013, ms
17. Meh kita ikuti.
TAJUKNYA : SALJI LANDA RANTAU ARAB. Beirut
: Ribut terburuk dalam tempoh sedekad (100 tahun) telah menyebabkan Israel dan Jordan serta beberapa kawasan
Lubnan dilitupi salji. Cuaca sejuk dan banjir sejak Ahad lalu telah meragut
sekurang-kurangnya 11 nyawa di rantau itu sehingga kelamrin (Jumaat, 11.1.2013)
dan turut menjejaskan ratusan ribu pelarian Syria di sempadan.
Baitul Maqdis telah diseliputi salji tebal..tanda bahawa IM sudah dekat. |
Apakah perkara di atas ada kaitan dengan keterangan para
sahabat Nabi yang sebahagiannya berbunyi seperti berikut,….”Bencana tersebut
(berlaku di Syam) di antaranya berupa hujan lebat yang kemudian menenggelamkan
umat manusia, sehingga seandainya mereka berhadapan dengan segerombolan musang
saja, nescaya mereka kalah. Setelah itu Allah memunculkan Al-Mahdi yang berada
di tengah-tengah pasukan yang minimanya 12,000 orang atau maksimanya 15,000
orang (Inilah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 71)?
Banjir yang berlaku itu mungkin merupakan tanda (atau sebuah
permulaan kepada banjir besar) tentang
dekatnya saat-saat kemunculan Imam Mahdi. Memang dia sudah ada & sudah
dekat waktunya untuk bersama kita.
Saya harap anda dapat berfikir sendiri atau mencari jawapan
sendiri dari persoalan yang saya timbulkan. Sekarang mari kita teruskan kepada
persoalan tawadhuk. Imam Al-Arif biLlah Sheikh Abdul Wahab As-Sya'rani r.a
pernah mentakrifkan tawadhuk itu seperti berikut.
"Kami telah berjanji kepada para masyaikh
(guru-guru) kami: untuk melihat diri kami paling hina dalam kalangan
muslimin, walaupun kepada mereka yang paling fasiq dalam kalangan muslimin
tersebut, maka hendaklah kita merasakan diri kita lebih fasiq daripada mereka”.
Bagi pengikut tasauf, dari apa aliran sekali pun, sangat
memahami erti tawadhuk yang dinyatakan di atas.
Sesiapa yang tidak meyakini konsep ini, dari kalangan ahli
dakwa (yang mendakwa dirinya baik daripada orang lain), maka periksalah dirinya
sendiri, dari sudut kefasikan sepanjng umurnya.
Kemudian cuba
membandingkan dirinya dengan sifat kefasikan yang terzahir daripada orang-orang
muslimin yang lain, nescaya dia akan dapati sifat kefasikan dirinya lebih
banyak berbanding sifat muslimin yang lainnya. Akan tetapi Tuhan menutupi
aibnya kerana Allah s.w.t. Maha Menutupi Keaiban.
Allah menyembunyikan kekasihNya, Imam Mahdi Al-Muntazar
daripada kita. Saya tidak tahu. Anda juga tidak tahu. Dan kita semua tidak
tahu. Tetapi pastinya jiwanya sangat agung. Anda boleh mengenalnya dari situ.
Mari kita dengarkan penerangan Syeikh al-Baqir, keturunan
Rasulullah S.A.W berhubung tanda “jiwa yang agung”. Katanya, ada 5 syarat. [1]
Jika dizalimi, jangan pula menzalimi, [2] jika dikhianati, jangan pula
mengkhianati, [3] jika dianggap pembohong, jangan marah, [4] jika dipuji,
jangan gembira & [5] jika dicela, kawallah dirimu.
Jangan suka melakukan kezaliman |
Allah s.w.t. tidak pernah menzahirkan sifat-sifat kekurangan
para hambaNya yang lain kepada kamu melainkan sedikit sahaja, kerana selebihnya
Allah s.w.t. menyembunyikannya daripada kamu. Maka kerana itu, janganlah kamu
suka mencari kesalahan & kelemahan mereka.
Adapun yang disembunyikan olehNya, maka tiada manusia layak
menghukumnya dan tiada siapa yang layak melemparkan tuduhan kefasikan terhadap
orang-orang yang disembunyikan kefasikannya daripada kita.
Di situlah kelebihan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dia
tidak merendahkan manusia lain di hadapanya. Dia juga tidak suka menghina
mereka. Bahkan dia melayan mereka dengan akhlak yang lembut & mulia.
Gambar hiasan..IM kuat beramal ibadat |
Bahkan dikatakan akhlak Al-Mahdi itu sangat hebat seperti
berikut. Dia adalah orang yang sangat banyak amal ibadahnya, sangat banyak
sosialnya (maksudnya bertawadhuk) dan sangat berbelas kasihan kepada orang fakir
miskin. (Inilah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 98)
Sekarang mari kita melihat kepada diri kita sendiri. Kefasikan
diri kita sudah jelas kelihatan pada diri kita sendiri, walaupun Allah SWT.
menyembunyikannya daripada orang lain. Maka
dengan demikian, tahulah kita bahawa kita adalah yang paling fasiq kerana
melihat kefasikan kita termasuklah yang tersembunyi, lebih banyak daripada
orang lain.
Fahamilah dan ketahuilah bahawasanya, inilah perjanjian
induk yang menjadi ibu bagi terealisasinya perjanjian-perjanjian yang lainnya.
LIHATLAH KEBURUKAN DIRI SENDIRI, JANGAN SUKA MELIHAT
KEBURUKAN ORANG LAIN.
LIHATLAH KEBAIKAN ORANG LAIN TERHADAP KITA, JANGAN MELIHAT
KEBAIKAN KITA SEMATA-MATA.
Sesiapa yang tidak melaksanakan perjanjian ini, nescaya
tidak mampu untuk melaksanakan perjanjian-perjanjian ketaatan yang lainnya,
kerana sesiapa yang sentiasa melihat keburukan makhluk, nescaya akan memandang
hina kepadanya dan merendah-rendahkan hak-hak mereka, serta tidak dapat
mengambil manfaat dan pelajaran daripada mereka, berbeza dengan mereka yang
melihat kebaikan makhluk sahaja.
Mari kita dengarkan lagi kata-kata Syeikh Al-Baqir. “Tanda
orang alim itu, paling minimanya 2 perkara. [1] Tidak dengki kepada orang yang
di atasnya, [2] tidak menghina akan orang di bawahnya”.
Imam Mahdi menghimpunkan semua sifat-sifat mulia padanya.
Dia sentiasa bersifat tawadhuk dengan menganggap orang-orang lain di
sekeliingnya lebih mulia & lebih baik daripadanya. Bahkan pada saat dia
akan di baaiah di Kota Mekah nanti, dia cuba melarikan diri kerana merasa
dirinya tidak layak.
Ini sejajar dengan konsep tawadhuk yang kita semua fahami.
Barangsiapa sombong (takabbur), maka Tuhan membenamkannya ke dasar bumi
(menjadi hina). Barangsiapa tawadhuk (merendah diri), maka Tuhan akan mengangkat
darjatnya.
Imam Mahdi juga mempunyai kealiman yang tinggi, yang secara
asasnya terbangun 2 sifat mulia. [1] Dia sangat mengasihi para ulamak, samada
para gurunya atau ulamak-ulamak lain yang mengajari kebaikan. [2] Dia tidak
suka menghina orang lain, samada para miskin, buruh-buruh geladangan,
orang-orang berpenyakit dan sebagainya.
Syariat hanya menyuruh kita melihat kebaikan-kebaikan yang
wujud sahaja. Jika pandangan kita terlihat akan keburukan seseorang, maka
hendaklah kita menyuruh makhluk tersebut bertaubat kepada Allah s.w.t.
Kemudian hendaklah kita mencegahnya daripada kesalahan
tersebut, dan dalam masa yang sama, tetap menyaksikan terhadap diri kita,
bahawa kita lebih rendah martabatnya berbanding hamba tersebut.
Ramai orang membuka matanya terhadap kesalahan orang lain
sahaja. Kamu ini pendosa, minum arak, zina dan sebagainya. Kamu ini layak masuk
neraka. Kamu ini jahat & pelesit. Tetapi tidak pula ia menghukum dirnya sendiri. Orang
semacam ini adalah Dajjal. Dia memandang sebelah mata & menutup sebelah
yang lain,
Sesungguhnya, syariat hanya menyuruh kita mencegah
orang-orang yang melakukan kemungkaran daripada melakukan kemungkaran tersebut
sahaja. Adapun memandang hina kepada mereka dan merendah-rendahkan mereka, maka
Allah s.w.t. melarang kita daripada melakukan hal yang sedemikian.
Diriwayatkan daripada Imam At-Tirmizi dan Ibn Hibban, bahawasanya,
Rasulullah s.a.w. telahpun bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang
memandang hina seseorang muslim, maka ke atasnyalah, laknat Allah, malaikat dan
seluruh manusia. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menerima sebarang amalan
daripadanya", iaitu samada amalan wajib mahupun sunat.
Sesungguhnya, orang-orang yang fasiq dan zalim, tetap
seorang muslim tanpa syak lagi kerana diapun mengucapkan dua kalimah syahadah,
maka fahamilah.
Tuhan sangat membenci orang sombong (takabur) |
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sepotong hadis yang lain:
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebutir
zarrahpun daripada sifat kibr (rasa diri lebih baik daripada orang lain)".
Para
sahabat r.a. bertanya: "Apakah kibr itu? Rasulullah s.a.w.
menjawab: "Al-Kibr (takabbur) itu, yang menolak kebenaran dan
merendah-rendahkan manusia", maka fahamilah.
Ketahuilah bahawasanya, tiada satu pintu pun bagi kita,
untuk memandang rendah kepada manusia yang lain, melainkan satu jalan sahaja,
iaitu dengan kemaksiatan yang telah pun mereka lakukan.
Oleh yang demikian, sesiapa yang melihat yang kebaikan
manusia yang wujud, tanpa memandang akan keburukan manusia, bererti dia telahpun
menutup pintu memandang rendah kepada sesama manusia.
Ini sangat berbeza dengan seseorang yang sentiasa memandang
akan keburukan manusia, maka dia telahpun membuka pintu untuk
merendah-rendahkan manusia yang lain, sehingga membutakannya daripada melihat kebaikan
manusia lain. Maka, dengan demikian (merendah-rendahkan manusia lain), dia akan
musnah bersama-sama orang-orang yang musnah.
Manusia tidak terlepas daripada dua unsur iaitu kebaikan dan
keburukan melainkan para nabi dan para malaikat., tetapi orang yang kamil
(sempurna) ialah orang yang sentiasa memerhatikan kelemahan dirinya sehingga
hampir tidak terlihat lagi akan aurat orang yang lain, daripada kalangan
makhluk Allah s.w.t..
Oleh yang demikian, amat kurang pengingkaran daripada
orang-orang yang mengenal Allah s.w.t. (Al-Arifin) kerana sentiasa melihat akan
kebaikan manusia, dan sentiasa membuat kemungkinan dan sangkaan baik kepada
manusia dengan sebaik-baik kemungkinan dan sangkaan, sehingga sesiapa yang
tidak mengenal akan hal mereka, akan menyangka bahawa mereka berdiam daripada
kemungkaran dengan konsep taslim kepada
Allah s.w.t. padahal tidak sedemikian.
Ketahuilah bahawasanya, sekurang-kurangnya, carilah kebaikan yang dapat kamu lihat wahai
saudaraku, terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun kamu tidak melakukan
kemaksiatan yang dilakukan oleh ahli maksiat tersebut.
Ini kerana kamu berkemungkinan
juga boleh melakukan maksiat tersebut, dalam hukum takluk
kekuasaan Allah s.w.t., kerana Allah s.w.t. Maha Berkuasa dalam melakukan apa
sahaja. (Jadi, bersyukurlah kepada Allah s.w.t. sentiasa yang telahpun menjaga
kita, alhamdulillah).
Aku mendengar daripada saudara lelakiku, Afdholuddin r.h.l.
pernah berkata: "Aku malu sangat dengan jiranku." Maka aku bertanya
kepadanya: "Mengapa sedemikian?"
Lalu dia menjawab: "Hal ini kerana, dialah yang
tenggelam dalam lautan zina, liwat, minum arak, dan pelbagai maksiat yang lain,
siang dan malam, sehingga aku merasakan bahawasanya, dia (jiran tersebut)
sebenarnya sedang memikul kotoran dosa kemaksiatan daripada keadaaanku yang
pada hakikatnya berdosa, dan dia memikul kotoran yang asalnya daripadaku.
Sesungguhnya, dia termasuk dalam lingkungan rumah-rumahku
juga, dan apa sahaja yang memisahkan antara dindingnya dengan dindingku (untuk
menyebabkan dia tidak terkesan dengan kehinaan dan kekotoranku)?"
DI RUMAH. SABTU. 12.1.2012
9.33 PM
No comments:
Post a Comment