GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday, 6 February 2013

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (24) 5 peristiwa dalam 20 bulan yang terdekat. Bacalah tanpa syarat



IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (1) 5 peristiwa dalam 20 bulan yang terdekat. Bacalah tanpa syarat.

Saya terbaca satu berita mengejut tentang keberanian & kebijaksanaan Hamas dalam isu Palestin yang semakin panas sekarang ini. Hamas secara terang-terangan membantah laporan surat khabar Arab Saudi yang mengatakan Kepala Biro Politik Hamas, Khalid Misyaal menerima solusi dua negara Israel-Palestin
.
Benarkah berita tersebut? Atau ia hanya sebuah permainan politik Yahudi yang bijak menangguk di air keruh.

Sebelum saya meneruskan laporan seterusnya, mari kita tengok akan maksud kata-kata sahabat Nabi yang mulia, Abu Hurairah r.a (seperti yang tertulis dalam post saya terdahulu, KISAH IMAM MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA). Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Imam Mahdi akan  keluar sekitar 1420H atau 1430H. Silakan anda membaca kembali.

Secara matematiknya, kalau kita cari purata di antara kedua-dua tahun tersebut, anda akan mendapati nilainya 1425H. Kalau kita cari julatnya pulak, ia terletak antara 1415H dan 1435H. Dengan bahasa mudahnya, tempoh paling maksima ialah 1435H.

5 PERISTIWA BERIKUT
Dengan menganggap bahawa ia keluar pada musim haji 1435H, bermakna bermula dari  sekarang (Rabiul Awal 1434H), hanya ada masa sekitar 2 tahun sahaja lagi. Dalam perkiraan lebih tepat, lebih kurang 20 bulan sahaja lagi. Kalau benar andaian saya ini, maka anda akan melihat beberapa perkara berikut selepas ini.

[1] Keluarnya Panji-panji Hitam dari Timur (PHDT) yang dipimpin oleh Pemuda Bani Tamin (PBT) atau nama gelarnya Syuaib bin Salleh At-Tamimi. Inilah peristiwa yang pertama sekali berlaku dalam tempoh 20 bulan ini. Menurut khabar yang saya dengar, mereka akan keluar 18 bulan (1.5T) lebih awal dari Imam Mahdi itu sendiri. (namakan ini PERISTIWA 1)

[2] Banjir besar akan melanda seluruh kawasan Syam, termasuk Syria, Jordan, Israel, Palestin dan sebagainya. Banjir besar ini sangat kuat sehingga manusia di kawasan itu menjadi sangat lemah kerananya (PERISTIWA 2).

[3] Keluarnya bintang berekor di Yaman, menandakan dekatnya waktu kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar (PERISTIWA 3)

[4] Pemberontakan di Syria bergelut dan berakhir dengan kewujudan As-Sufyani yang kejam dan ganas. Sesetengah pihak berpendapat Basyar Al-Assad itu sendiri As-Sufyani. Manakala setengah yang lain mengatakan pemerintah baru di Syria selepas ini akan lebih kejam dan ganas dari Basyar dan dia itulah As-Sufyani. Wallahu ahlam. (PERISTIWA 4)

[5] Kematian Raja Arab Saudi yang membawa kepada pertelingkahan keluarganya dalam merebut tahkta. Peristiwa ini membawa kepada huru-hara di Arab Saudi dan seterusnya membawa kepada pembaiahan Imam Mahdi sebagai pemimpin Islam akhir zaman (PERISTIWA 5)

Mari kita kembali semula kepada kisah surat khabar Jerusalem Post di atas, ia melaporkan, bahawa Jumaat (1/2/2013), bantahan itu muncul setelah sebuah surat khabar Arab Saudi mengatakan Misyaal memberitahu Raja Jordan untuk mengabarkan kepada Amerika Syarikat bahwa Hamas bersedia menerima solusi dua negara pada Isnin lalu.

Misyaal bertemu dengan Raja Abdullah di Ibu Kota Amman awal bulan ini untuk membahaskan proses perdamaian antara Hamas-Fatah.

KENYATAAN ITU TAK BERASAS
"Pernyataan itu tak berasas, " kata Izzat al-Risheq, petugas pejabat senior Hamas. "Solusi dua negara tidak pernah dibahas di dalam pertemuan antara Misyaal dan Raja Abdullah."

Yahya Musa, petugas pejabat senior Hamas yang lain,  mengatakan dunia antarabangsa sedang mencoba mengacau-bilaukan para pemimpin Hamas dengan mengatakan mereka menerima solusi dua negara. Menurut dia, Hamas tak akan pernah menerima solusi dua negara dalam apa keadaan sekali pun.

Musa menegaskan solusi itu tak mungkin diterima sama sekali dan Hamas tidak akan pernah setuju memberikan sejengkal pun tanah Palestin kepada Zionis.

Salah Bardaweel, seorang anggota legislatif Hamas juga menolak menerima solusi dua negara.

"Keputusan politik Hamas tak mungkin bertukar dalam waktu semalam sahaja," kata dia. Menurut Bardaweel, ada perbezaan soal menerima wilayah negara Palestin seperti pada tahun  1967 dan mengakui keberadaan negara Israel.

Al-Mahdi Al-Muntazar tentunya sangat gembira melihat keberanian Hamas dalam perkara ini dan bijak pula menangkis putar-belit berita palsu terhadap mereka. Tak mungkin mereka menerima cadangan solusi dua negara.

Israel dan Yahudi, dalam apa bentok sekali pun, adalah racun yang sangat tajam dan bahaya. Tak boleh ada sesiapa pun, termasuk Hamas, Jordan & Arab Saudi yang boleh percaya dan tertipu kepada mereka.

KEYAKINAN KITA ADALAH PASTI
Ketahuilah, bahawa Yahudi-Zionis itu sudah hampir sampai kepada hujung nyawa mereka. Sebijak mana pun mereka,  saat kehancuran mereka sudah dekat. Apa yang saya namakan sebagai PERISTIWA 1, 2,3,4 & 5 di atas sebagai rentetan kejadian yang perlu kita yakini dan mereka ketahui.

Jika ruang masa yang berbaki masih ada 20 bulan (maksudnya, dari Rabiul Awal 1434H kepada musim haji 1435), maka secara puratanya, setiap peristiwa di atas akan berlaku dalam tempoh setiap 4  bulan atau 120 hari.

Mari kita telitikan PERISTIWA 1 & 2 di atas secara teratur, maka anda pasti mendapati bahawa Pemuda Bani Tamin (PBT) sudah dekat waktunya akan muncul dari Khurasan. Siapakah mereka? Pendapat saya lebih menjurus kepada Jamaat Ansar As-Sunna (JAS) yang berada di Iraq. Mereka adalah penentang agen-agen Dajjal yang sehingga sekarang gagal mengalahkan mereka.

JAS ini ada kaitannya dengan Hamas. Mereka berulang-alik dari Palestin ke Iraq atau sebaliknya untuk tujuan fii sabilillah. Kesamaan antara mereka ada 3 perkara. Apakah 3 perkara itu? Mari kita lihat satu persatu.

3 PERKARA SANGAT PENTING
[1] Mereka adalah pejuang Islam yang taqarrub kepada Tuhan, sehingga cahaya keimanan terlihat pada wajah mereka, [2] Mereka tidak pernah takut, gentar dan perit kepada musuh mereka. Atas dasar itulah, mereka digelar sebagai “tidak pernah kalah” kepada musuh mereka. Dan [3], identity mereka tersembunyi kerana selama berada dalam zon peperangan, musuh-musuh mereka tidak dapat sedikit pun menguasai diri mereka. Kad Pengenalan mereka, passport mereka & dokumen mereka tidak dapat dikuasai oleh sesiapa pun.    

Dan ketahuilah juga, bahawa selain pertelingkahan antara JAS dengan AS dan agen-agen Dajjalnya di Iraq atau Hamas dengan musuhnya, Yahudi-Zionis di Palestin, maka perang laman web (jejaring social) antara Israel dan Hamas juga masih belum berhenti. Hamas tetap berani menubuhkan & bahkan menghidupkan laman twitter Briged Al-Qassam miliknya.

Dengar khabarnya, Kongres Amerika Syarikat akan memanggil Syarikat Twitter berkaitan akaun Twitter 
yang dimiliki Hamas itu. Amerika Syarikat sudah kepanasan, sedangkan Imam kita, Al-Mahdi sangat gembira melihat keberanian pejuang-pejuang Islam terhadap musuh mereka.

Kongres AS sangat keberatan dengan kewujudan dan keberadaan akaun Twitter milik Hamas tersebut. Hal ini ada sangkut pautnya dengan status Hamas yang dimasukkan dalam daftar organisasi pengganas (teroris) oleh pihak pentadbiran AS. Mereka meminta Twitter, menurut informasi The Verge (24/11), untuk segera  “tidak mengaktifkan” akaun milik Hamas tersebut.

Di manakah Imam Mahdi Akhir Zaman? Adakah anda fikir dia seorang yang kolot & tidak mengikuti semua ini? Jikalau anda berfikiran begitu, tentu anda silap besar. Dia adalah contoh  pahlawan Islamik moden yang tahu serba-serbi.

Saya, anda dan sesiapa sahaja tetap mengharapkan perang siber ini akan memberikan buah kemenangan kepada Islam. Dan kemenangan itu tentunya akan memberikan kemenangan kepada Imam kita, Al-Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman.

AS SENTIASA BERAT SEBELAH
Kongres AS menilai “pemilikan” akaun jejaring sosial (maksudnya twitter tersebut) oleh organisasi teroris dapat dipergunakan untuk menyebarkan dan meluaskan propaganda. Hal ini seakan-akan membuat teroris menjadi lebih berleluasa dan bermaharajalela. Itu hanya pendapat AS. Sedangkan dia selalu berat-sebelah dalam menguruskan istilah terroris selama ini.

Sebelum memerintahkan Twitter, Kongres AS diketahui telah memerintahkan hal serupa pada FBI pada bulan September tahun lalu. FBI sendiri masih mempertimbangkan respon yang sesuai dengan permintaan tersebut.

Seperti diketahui, Hamas dan Israel juga berperang melalui Twitter selama perang sebenar berlangsung di Semenanjung Gaza beberapa hari lalu. Mereka saling mengeluarkan berita propaganda dan ancaman melalui jejaring social. Kita patut berbangga dengan keberanian Hamas dalam soal ini.

Dan anda juga patut tahu bahawa PERISTIWA 2 di atas (banjir besar) akan muncul sekitar penghujung tahun ini atau awal tahun depan. Pada penghujung tahun 2012, banjir besar telah berlaku, tetapi kami berpendapat banjir itu tidak menepati maksud hadis yang berkenaan dengannya. Banjir yang lebih besar, kuat dan teruk dijangka akan berlaku lagi selepas ini.

Kemudian pada awal tahun depan juga, anda akan mendapati sebuah bintang berekor akan kelihatan di Yaman. Tanda itu menunjukkan dekatnya saat kemunculan manusia suci akhir zaman. Berhati-hatilah. Jangan sampai anda menjadi bodoh dengan membiarkan tanda itu terlepas begitu sahaja.

AKEDEMI KETENTERAAN
Dan dalam waktu yang sama sekarang ini, Hamas memulai waktu “masa depannya” dengan bercita-cita mendirikan sebuah akademi ketenteraan bagi anak-anak sekolahnya di Semenanjung Gaza.

Surat khabar Jerusalem Post melaporkan, Jumaat (25/1/2013), Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyah mengumumkan bahawa akademi ketenteraan itu merupakan yang pertama kalinya di Semenanjung Gaza. Al-Mahdi Al-Muntazar tentu gembira mendengarnya. Ia sebuah langkah berani bagi pejuang-pejuang Islam.  
Ismail Haniyah menegaskan bahawa langkah itu adalah untuk menyiapkan anak-anak kecil Palestin untuk membebaskan negaranya di masa depan.

Ia menuturkan bahawa mereka (anak-anak pelajar) yang masih duduk di kelas tujuh hingga sembilan boleh bergabung dalam akademi ini. Apabila mereka lulus nanti, mereka akan mendapat ijazah di bidang ketenteraan.

Haniyah menyampaikan pengumuman itu di dalam kunjungannya ke Semenanjung Gaza dalam sambutan Maulid Nabi Muhammad kelmarin. Lebih dari 10 ribu anak-anak remaja  menghadiri perayaan sambutan itu dan sebahagian besar mereka di dapati berpakaian tentera.

Haniyah mengatakan dia telah memerintahkan Kementerian Pendidikan untuk menyusun program  pembangunan akademi ketenteraan itu. Sekolah tentera itu nanti akan mendidik anak-anak sekolah untuk mendirikan negara Palestin yang berdaulat dari sungai hingga ke laut.

Pembangunan akademi ketenteraan ini merupakan sebahagian daripada rencana Hamas membentuk Kementerian Pertahanan sendiri di Semenanjung Gaza. Pengumuman itu disampaikan sebaik sahaja berlakunya serangan pasukan Israel ke Gaza November tahun lalu.

Demikianlah sebahagian kisah yang berlaku kepada Hamas dalam kancah politik Asia sekarang ini. Teruskan membaca sehingga anda terjumpa apa yang ingin saya sampaikan  berikutnya.

RUMAH   6-2-2013  4.15 PM

No comments:

Post a Comment