GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday, 16 February 2013

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (26) Rahsia Lembaran Kedua Dan Wajah hodoh Yahudi-Zionis



IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (26) Rahsia Lembaran Kedua Dan Wajah hodoh Yahudi-Zionis


Inilah terjemahan lembaran kedua yang kami janjikan.

“Panggung atau pentas adalah penuh dengan nyalaan api dan peperangan baginya adalah kursi (kekuasaan baginya di akhir zaman) dan suara (suara musuh-musuhnya yang digiring ke tempat penyembelihan seperti lembu) dan pebenaman ke bumi (bala bagi musuh-musuhnya) dengan bunyi gemertak dan ditinggalkan dalam keadaan sial dan malang ke atas orang kafir dan pendeta Yahudi melihat api, peperangan dan belenggu. Selepas itu, muncul seorang pemuda jiran paling mulia, dia adalah ketua yang memusingkan Yahudi dan peperangan antara ketua kekufuran (peperangan antara 2 blok kafirin). Dan Al-Mahdi menghadiahkan api kepada golongan kafir dan dia menghanguskan semaian kehinaan dan dukacita menghadiahkan peperangan dan kebanyakan kebaikan di setiap negeri dan peperangan penduduknya di luar negeri”

Lembaran ini dan lembaran pertama sebelum ini adalah kepunyaan Pendeta terkenal Baitul Maqdis yang juga merupakan seorang tukang tenung Yahudi. Namanya Hasyira An-Nufus atau nama sebenarnya Abraham  bin Al-Ya’azir. Hal ini berlaku pada masa Paus Yohana IV, yang mana ia telah mati terbunuh di bilik tidurnya akibat diracun (Imam Mahdi di Ambang Pintu, ms 126).

SIAPA ITU HASYIRA AN-NUFUS?
Anda kenal siapakah Hasyira An-Nufus itu? Beliaulah tukang tenung Yahudi yang kini menjadi muslim dengan berkat lembaran-lembaran ini. Kalau diizinkan Tuhan, nanti kami akan mendedahkan rahsia beberapa lembaran lagi selepas ini. Insyaallah.

Untuk memahami rahsia lembaran pertama itu, sila baca post kami yang terdahulu, IMAM MAHDI Al-MUNTAZAR (25) Rahsia Lembaran Pertama & dekatnya Yahudi-Zionis menuju kehancuran. 

Dalam masa kita sangat gembira dengan pendedahan lembaran-lembaran ini, kita pula merasa sakit hati dengan cara pentadbiran Benjamin Netanhayu. Dalam perbalahan politik sesama ahli politikus Yahudi, mereka mengecam Netanhayu kerana membuat Israel (biasa juga disebut Negeri Bintang Daud, NBD) mendapat malu besar.


 
Mencatat sejarah Israel masa kini,  nama Benjamin Netanyahu adalah nama yang sangat kotor dan keji. Hampir seluruh perdana menteri Israel itu kontroversial namun Netanyahu itu adalah yang paling kontroversial. Kenapa begitu? Kerana dia paling degil, sombong, bongkak dan keras-kepala.

Bahkan majalah TIME memilihnya menjadi salah satu tokoh berpengaruh sejagat tahun lalu. Kita tidak hairan tentang itu. Dia berpengaruh kerana berjaya melahirkan Israel baru yang penuh dengan kaum zionis-religious yang kejam dan jahat.  


Kita pun sedia maklum dengan majalah TIME. Kadang-kadang kita boleh percaya kepada beritanya, tetapi kadang-kadang kita harus menolaknya. Majalah TIME itu sama tarafnya dengan mana-mana media barat yang tidak jujur dengan agama Islam.

PERANG SARAF TERHADAP IMAM MAHDI
Pada bulan Januari 1992 (masa itu umur saya 31T), telah berlaku perang saraf bahawa sebahagian musuh-musuh Islam telah melakukan sesuatu yang tidak senonoh ke atas “Mahdi yang dinanti-nantikan” . Mereka telah mengulangi perbahasan pemikiran, permasaalahan dan perkataan hak dengan perang saraf yang bertubi-tubi. Perang saraf itu penuh dengan kesalahan-kesalahan sehingga saya beri nama tahun itu sebagai tahun ejekan. Bahkan ia boleh digelar sebagai “Tahun antarabangsa menghukum Mahdi sebelum kemunculannya” (Imam Mahdi di Ambang Pintu, ms 16)

Demikianlah media-massa Barat yang sangat jahat terhadap Islam. Mereka menghentam kemunculan Mahdi, mempersoalkan kewujudannya, kepentingannya terhadap jerit-tangis umat Islam dan sebagainya.

Dan dalam masa yang sama, mereka memberi lampu hijau dan pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin Yahudi melakukan kekejaman mereka. Buktinya, majalah TIME dengan kisah Benjamin Netanhayu di atas.

NETANHAYU SANGAT JAHAT
Zionis di tangan Netanyahu memang mengalami banyak perbaikan dalam negeri tetapi tidak mempamerkan kebijaksanaan politik antarabangsa. Banyak orang tidak menyukainya  termasuk tokoh seperti Ariel Sharon dan Ehud Olmert yang mengkritiknya habis-habisan.  Terutamanya tentang cara Netanyahu menangani konflik Israel-Palestin. Menurut Olmert, perdana menteri dari Partai Likud itu bermain terlalu kasar sehingga membuat hampir seluruh dunia membenci Israel.

Ariel Sharon..koma 2013
Ehud Olmert...Masih hidup?

Pernyataan Olmert bukan tanpa alasan. Netanyahu memang menganut sikap ekstreem (biasa juga dipanggil kepala batu)  dan tanpa kompromi, terutama sekali tentang persoalan Negara Israel dengan tetangganya, Palestin. Dia bersumpah sampai mati untuk merebut Kota Juruselem itu demi kepentingan Zionis dan mendakwa tanah itu milik bangsa Israel.

Netanyahu bahkan menolak keras keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengakui kedaulatan Palestin. Dia menendang balik kesepakatan itu dengan membangun sekitar 3.000 rumah di wilayah Juruselem Timur serta merampas kawasan di Tebing Barat untuk menjadi kawasan permukiman bagi Yahudi.

Netanhayu ini sungguh angkuh dan sombong. Demi melihat kelakuan itu, Ehud Olmert sangat berang dan menganggap Netanyahu telah menggiring Israel ke neraka. Dia mengatakan tidak ada alasan kuat untuk tidak mengakui kedaulatan Palestin lantaran hal itu sudah sah dan sudah disetujui oleh lebih separuh negara-negara di dunia. "Bila dia (Netanyahu) menolak, itu akan menjadi kesalahan sejarah yang akan mersak masa depan Israel," Olmert menegaskan, seperti disiarkan  television, Al Arabiya (4/12/2012).

NETANHAYU YANG KERAS KEPALA
Memang Netanyahu itu keras kepala. Dia maju dengan perangai angkuh dan sombongnya dan tak gentar kepada sesiapa. Dia bersumpah bakal berada di garis depan hingga pembangunan permukiman itu selesai.

Katanya penuh keangkuhan, "Kami akan melanjutkan projek pembangunan permukiman di Jurusalem dan di semua wilayah yang termasuk dalam peta kepentingan Israel,"  Atas sebab perangai keras kepala inilah dia dinilai gagal untuk membuat Ibu Kota Tel Aviv dihormati semua pihak.

Dia barangkali lupa bahawa tidak ada yang lebih menyedihkan bagi sesebuah Negara iaitu pada saat pemimpinnya (maksudnya pemimpin Negara) tersebut menjadi bahan ejekan. Kredibilitinya menurun dan semua ucapannya menjadi sampah. Itulah yang terjadi pada Benjamin Netanhayu saat dia menjadi sangat tolol dengan tidak mempedulikan kecaman seluruh dunia terhadapnya.   

Ini dapat dilihat kepada pentas sejagat PBB takkala ia menjadikan Netanyahu sebagai bahan lawak jenaka saat dia menerangkan rencana nukliar Iran di Majelis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu September tahun lalu. Rasa takutnya pada Negeri Mullah (Iran) membuat dia kelihatan  bodoh dan menyedihkan. Sikap fobia (takut) pada Iran ini membuat dia dan Israel semakin kehilangan harga diri. Demikian menurut pendapat Ehud Olmert.

SEKITAR PILIHANRAYA ISRAEL BARU-BARU INI
Sekitar pilihanraya Israel yang baru berlaku, jelas sekali Netanyahu sangat giat mencari dukungan, terutama sekali dari golongan Zionis religious yang ekstreem sepertinya. Kader Partai Likud ini hendak mempertahankan kekuasaannya lantaran banyak program yang memerlukan pengawasannya. Termasuk pembangunan wilayah E1 dan penentangan nukliar Iran. Termasuk yang mengikutnya dari belakang ialah Naftali Benneta, pemimpin muda Parti Beyit Yahuda itu.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut kejahatan Netanhayu, Naftali Benneta & golongan Zionis religious pimpinan mereka, baca sahaja post kami yang terdahulu, SIAPA LELAKI INI (1) Apa kaitannya dengan Imam Mahdi Al-Muntazar.

KEBERANIAN HAMAS UNTUK MASA DEPAN
 
Murid-murid Sekolah Menengah Pertama (SMP) di Semenanjung Gaza kini wajib mempelajari bahasa Ibrani setelah pemerintah Hamas mewajibkan mata pelajaran itu di sekolah menengah.


Surat kabar the Guardian melaporkan, hari ini Rabu (13/2/2013), Pengarah Kurikulum di Kementerian Pendidikan, Somayia al-Nakhala, mengatakan alasan Hamas mewajibkan bahasa Ibrani di sekolah. "Penting untuk mengetahui apa yang difikirkan Israel. Kami harus tahu bahasa musuh atau bahasa tetangga kami," kata dia.

Sebanyak 750 murid kelas sembilan di sekolah Hamas kini mempelajari bahasa Ibrani dalam mata pelajaran sekolah. Ini merupakan langkah pertama kalinya bahasa Ibrani masuk kurikulum sekolah setelah 20 tahun.

"Anak-anak sangat bersemangat untuk belajar mungkin karena bahasa Arab mirip seperti bahasa Ibrani dan mudah dipelajari," kata Ziara, guru mereka.

Sekitar 20 tahun lalu, ribuan warga Semenanjung Gaza bekerja sebagai buruh di perusahan-perusahan Israel. Mereka menggunakan bahasa Ibrani dalam tugas seharian mereka. Demikian pula dokter-dokter asal Palestin yang bekerja di rumah sakit di Israel atau para pengusaha Palestin yang berurusniaga dengan warga Israel. Sebahagian warga Palestina belajar bahasa Ibrani di penjara-penjara Israel.

Namun sejak wilayah Gaza ditutup oleh Israel dan berdirinya Pihak Berkuasa Palestin pada 1994 serta kemunculan gerakan intifada, maka jumlah warga Palestin yang menguasai bahasa Ibrani semakin berkurang. Kini Hamas ingin warga Palestin kembali menguasai bahasa Ibrani.

Langkah yang dibuat ini adalah langkah berani. Hamas sedang mempersiapkan diri untuk menjadi bangsa maju yang akan mendokong Imam Mahdi. Dalam taktik perang, kita perlu tahu kekuatan musuh. Imam Mahdi tentu sangat gembira mendengarnya.

BILAKAH AL-MAHDI AKAN KELUAR?
Dalam post saya sebelum ini, IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (24), 5 peristiwa dalam 20 bulan yang dekat, kami telah memberitahu julat maksima kemunculannya adalah pada tahun 1435H (2014M). Insyaallah. Ini berdasarkan kalam Abu Hurairah r.a yang mengatakan bahawa ia akan muncul sekitar 1420H atau 1430H. Walau bagaimana pun, ia hanya pendapat kami. Segala yang benar itu hanya kepunyaan Allah semata-mata.

Kami pun seperti anda. Sama-sama menanti kemunculannya. Tetapi harus diperhatikan lebih awal bahawa Pemuda Bani Tamin (PBT) alias Syuaib bin Salih At-Tamimy akan keluar 18 bulan lebih awal. Maksudnya, kemunculannya akan berlaku pada tahun ini. Siapa? Di mana? Tanda-tandanya? Elok anda perhatikan. Jangan sampai anda terlepas pandang mengenainya.

LAGI CERITA TENTANG KESOMBONGAN YAHUDI
Hadis-hadis tentang era kebangkitan Imam Mahdi menyebutkan bahawa orang-orang Yahudi di akhir zaman membuat kerosakan dan melakukan kesombongan yang luar biasa di muka bumi, sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam Al Quran. Buktinya juga jelas di depan mata. Ariel Sharon, Benjamin Netanhayu, Naftali Benneta dan ratusan pemimpin Zionis lain adalah lambang-lambang kesombongan dan kebongkakan.

Kesombongan dan kebongkakan mereka akan luruh di tangan para pembawa bendera yang keluar dari Khurasan. Bendera ini tidak dapat dipatahkan sehingga di tancapkan di Alya (al Quds). Pemegang Panji-panji hitam dari Khurasan  adalah satu bangsa yang dipersiapkan oleh Allah untuk menghadapi orang-orang Yahudi. Allah swt berfirman: ” Kami mengutus kepadamu hamba-hamba kami yang luar biasa.”

PANJI-PANJI HITAM DARI KHURASAN
Kami tidak tahu dengan jelas siapa mereka. Tetapi kami percaya Khurasan itu bukan semata-mata Iran. Kami lebih percaya bahawa pasukan ini bukan golongan Syiah, tetapi pejuang-pejuang Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) yang sedang menentang AS dan sekutu-sekutunya di Iraq. Mungkin sahaja mereka itu Jamaat Ansar As-Sunna, Komal Islam atau lain-lain pergerakan pejuang yang ASWJ.

Hadis hadis ini tidak menentukan apakan penghancuran yang dijanjikan ini akan terjadi dalam satu masa atau bertahap sehingga era kemunculan Imam Mahdi dan sesudahnya. Akan tetapi, hadis-hadis ini mengisyaratkan bahawa tahap akhir dari proses penghancuran ini akan terjadi di zaman Imam Mahdi dan melalui kekuatan beliau serta bala tenteranya dari Khurasan.

Semua itu bakal terjadi ketika pertempuran-pertempuran besar berhadapan dengan pihak Romawi dan Yahudi, ketika As Sufyani menjadi pemerintah Syam dan berposisi sebagai pasukan pertahanan. Kami tidak mengenal As-Sufyani itu siapa, tetapi kami mengenal beberapa cirinya. Nama gelarnya Usman As-Sufyani dan dari keturunan Khalid bin Muawiyah.

Beliau bukan ahlul bait walau pun dia mendakwa dirinya demikian. Imam Mahdi Al-Muntazar akan mengesahkan kepalsuannya di dalam pertempuran di antara mereka.

BUKTI KEBENARAN IMAM MAHDI
Dinyatakan bahawa Imam Mahdi mengeluarkan lembaran-lembaran Taurat yang asli dari sebuah gua di Antokiah, dari pergunungan Palestin dan sebuah danau di Tripoli. Beliau akan berhujah dengan lembaran-lembaran taurat terhadap orang-orang Yahudi, lalu menampakkan tanda-tanda kebesaran dan kelebihannya, sehingga sebahagian dari mereka yang terselamat dari pertempuran al Quds akan memeluk Islam, manakala mereka yang tidak mahu memeluk Islam akan diusir dari kawasan negara Arab.

Kami pernah memberitahu anda sebelum ini bahawa projek pemukiman Yahudi-Zionis itu akan disita dan dikembalikan semula kepada orang Islam. Yahudi yang jahat itu akan diusir jauh sehingga mereka tidak lagi mengenal rumah mereka yang dahulu. Peperangan dan kemenangan umat Islam di akhir zaman adalah pasti. Kita sedang merebut salah satu dari 2 perkara. Syahid fii sabilillah atau harta kemenangan (ghanimah).

BUKAN LAGI BUAH MANIS KEPADA YAHUDI
 
Presiden Mesir Muhammad Mursi mungkin merupakan tokoh paling tersohor awal tahun ini lantaran dia pernah mengatakan Yahudi sebagai keturunan monyet dan babi. Meski dia menegaskan akan terus menjaga perdamaian Camp David antara Mesir dan Israel, namun apa yang diucapkan jelas memperlihatkan Mursi membenci Negara Israel itu.

Mursi merupakan presiden dari Ikhwanul Muslimin. Kelompok penegak syariah Islam paling ketat dan salah satu sayapnya yakni Harakatul al-Muqawamah al-Islamiyah atau Hamas, penguasa Semenanjung Gaza, di Palestin.

Saat Mesir mengumumkan Mursi menjadi presiden, pendokong Hamas menjadi sangat gembira dan sujud syukur. Mereka percaya Islam bakal berjaya sebab salah satu negara kuat Timur Tengah itu dipimpin oleh Islam radikal.  Seorang pimpinan Hamas, Mahmud Zahar menilai kemenangan Mursi saat itu amat bersejarah. "Hasil pemilihan ini sangat bersejarah dan membuka sebuah era baru dalam sejarah Mesir dan dunia Islam pada umumnya," ujar dia.

Mursi dan Hamas menjadi satu suara yang kuat. Dan tidak bakal tunduk pada kepentingan Barat. Ini tanda-tanda buruk untuk Amerika Syarikat dan Israel. Apatah lagi kelompok Islam di Mesir itu berkuasa menyusul negara lain seperti Maroko, Tunisia, dan Libya saat revolusi Arab merebak dua tahun lalu.

Sementara pemimpin Hamas lainnya,  Ismail Haniyeh sangat yakin Mursi bakal melindungi Palestin dari serangan Israel. Keyakinan ini benar adanya bahkan Mursi mampu membuat pembelaan lembutnya pada Hamas. Dia bermain halus dengan menjadi mediator saat Israel menggempur Gaza tahun lalu. Jalur Rafah pun mulai dibuka untuk mengakhiri sekatan perdagangan, seperti dilapurkan  Al Arabiya 

Secara berhati-hati, Mursi mulai menunjukkan jati diri sebagai Ikhwanul Muslimin sebenarnya. Caranya menjalankan kebijaksanan politik sangat bersih. Dia selalu memakai pernyataan bakal terus menghormati perjanjian Camp David meski enggan menyebut Israel sebagai negara, seperti dilaporkan surat kabar the Telegraph

Mursi juga melengkapi kebijaksanaannya  pada Hamas dan Palestin dengan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) mengakui kedaulatan dan kemerdekaan negara itu. Selama ini status Palestina hanya sebagai pemerhati sahaja.  

Atas desakan Mursi dan lobi ke negara-negara Arab, Eropah dan Asia, akhirnya PBB mengakui kedaulatan Palestin sehingga menyebabkan Israel dipinggirkan warga dunia.


SEBUAH BERITA YANG BENAR DAN BAIK
Sesungguhnya Al-Mahdi itu adalah sebuah berita baik yang mana dia seperti Zul-Qarnain. Iaitu dialah penakluk dan pemenang yang mengambil sebab-sebab kekuatan dan menolak kejahatan bersumber kepada petunjuk dan keimanan kepada Allah SWT (Imam Mahdi di Ambang Pintu, ms 49).. 

Kita tidak tahu siapa Al-Mahdi, tetapi kemenangan Mohamad Mursi di Mesir, Hamas di Gaza & penentangan Jamaat Ansar As-Sunna di Iraq merupakan medan segitiga di mana Al-Mahdi berada di tengahnya. Inilah berita baik yang patut anda tahu. Kemunculan Al-Mahdi Al-Muntazar sudah sangat dekat, dekat & dekat.

No comments:

Post a Comment