GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday, 27 February 2013

MISTERI TAHANAN X... kaitannya dengan Imam Mahdi Al-Muntazar







 

 
MISTERI TAHANAN X..kaitannya dengan Imam Mahdi Al-Muntazar  

Kalau anda mengikuti secara detail kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, nescaya anda akan mendapati kewujudan seorang Yahudi dalam kisah ini. Beliau sanggup menolong baginda sebagai penunjuk jalan menggunakan laluan tepi pantai supaya terselamat dari kejaran kafir musyrikin Mekah
.
Dalam sejahat-jahat bangsa Yahudi, ada juga yang baik. Bahkan sahabat Nabi pun ada juga yang berbangsa Yahudi seumpama Abdullah bin Salam, Kaab Al-Ahbar dan sebagainya. Tetapi mereka tak ramai. 2,3,4 kerat sahaja. Tak sampai pun sepuluh orang.

MISTERI TAHANAN X adalah sebuah kisah pelik tentang seorang Yahudi yang dikurung dan didapati mati dalam penjara Israel.

Ada laporan yang mengatakan dia bunuh diri. Ya ke? Saya payah mempercayainya.

KISAHNYA BERMULA DI SINI
 
Bangunan pejabat THE MILAN di Kota Milan, Itali, memancarkan kesan elegan dengan bagian depan diplaster cantik dan papan tandanya terbuat daripada logam kekuningan, dilengkapi dengan tempat penitipan serta perabut kayu yang indah dan cantik di bahagian dalam.

Tidak ada tanda-tanda khusus seolah-olah ia sebuah pejabat sebagai pusat menjual teknologi dan alat komunikasi satelit.  Adakah anda tahu pejabat apa itu? Itulah markas Mossad (agen Kementerian luar negeri Israel) yang terletak di Itali..

Namun THE MILAN telah merekrut sejumlah agen untuk menjalankan operasi Mossad di negara musuh. Salah seorang daripada mereka adalah Ben Zygier, warga Australia keturunan Yahudi dan seorang Zionis yang telah berpindah ke Israel pada waktu mudanya.

Perusahaan (menjual alat teknologi & komunikasi satelit) ini juga memberi jaminan selamat saat Zygier mengajukan visa bekerja melalui Konsulat Itali di Melbourne pada 2005. Itulah dakwaan (klaim) dari sejumlah agen rahasia Australia berketurunan Yahudi, seperti dilaporkan majalah Der Spiegel.

PADA USIA 34 TAHUN

Zygier meninggal di usia 34 tahun, empat hari selepas kelahiran putra keduanya, pada 15 Desember 2010, dalam sel pribadinya di penjara kawalan  ketat Ayalon, dekat Ibu Kota Tel Aviv. Dia dilaporkan menggantung diri meski pun dia termasuk dalam kategori  tahanan dengan kawalan terbaik.

Peenjara Ayalon
Dia diawasi dengan empat kamera pengintai CCTV dalam selnya. Peguamnya telah menemuinya sehari atau dua hari sebelum dia dijumpai menggantung diri dan mengatakan Zygier kelihatan normal  sahaja.

Betulkah dia menggantung diri? Atau dia telah dibunuh dan dilakonkan seolah-olah menggantung diri atas sebab yang sangat misterius?

Mari kita ikuti kisah seterusnya.

APAKAH KESALAHANNYA?
Penahanannya dalam penjara Israel telah menjadi berita utama setelah sebuah program berita TV Australia berhasil mengenali Zygier sebagai 'Tahanan X' misterius di penjara Israel. Namun belum diketahui apakah kesalahan Zygier sehingga dia ditahan.

Kementerian Dalam Negeri Israel  mengatakan bahawa  dia sangat membahayakan keamanan negara Zionis itu. Dakwaan-dakwaan terhadapnya didapati sangat serius. Ketika dia meninggal dunia, Israel telah melarang media-massa membuat liputan terhadap kematian itu.

Apakah sebabnya yang sebenar sehingga kematiannya sangat dirahsiakan?

MULA DITANGKAP PADA 2010
Agen Zygier ini ditangkap pada buan Februari 2010, sebulan setelah Mossad membunuh Mahmud al-Mabhuh, seorang  pejuang Hamas, di Dubai. Spekualasi yang muncul sekarang mengatakan bahawa Zygier terlibat dalam (1) pembunuhan itu dan mungkin telah membocorkan rahasia. Betulkan dakwaan itu atau ada agenda yang lain?

Gambar kecil: Mahmud Al-Mabhuh
Atau dia memiliki kaitan dengan (2) pembunuhan lima orang ahli nukliar Iran. Atau mungkin juga terlibat dalam (3) serangan virus atas program nukliar Negeri Mullah itu?.

Saya tak percaya kepada ketiga-tiga sebab di atas. Mustahil Israel cuba menyembelih “orangnya sendiri” di atas kejayaan menghapuskan musuh-musuhnya. Ini tak pernah berlaku. “Yahudi makan Yahudi” tidak wujud dalam kamus kehidupan mereka.

MEREKA ADALAH AGEN-AGEN CEKAP
Setakat ini tak ada jawaban. Tapi Zygier bersama dua orang Yahudi berasal dari Australia juga bekerja di THE MILAN dilaporkan sebagai agen-agen yang cekap dan berpotensi.. "Tugas mereka telah memberi mereka akses (capaian) ke pejabat-pejabat militer dan rahsia," kata seorang intelinjen Australia.

Kes Zygier ini telah memberi gambaran tentang metode (cara) Mossad. berkerja dan bagaimana mereka telah merekrut agen dan menyamarkan misi rahasia mereka.

Dalam perkara sebaliknya, mungkin Zygier telah bersengkokol dengan Hamas & membocorkan sedikit rahsia kepada mereka. Saya percaya kepada kemungkinan itu dan dengan itu juga percaya bahawa Yahudi Zionis tidak teragak-agak membunuhnya.

KISAH ZAMAN MUDANYA
Sejak muda, Zygier sudah bergabung dengan Community Security Group di Melbourne, liga pertahanan orang-orang keturunan Yahudi. Kelompok-kelompok ini kerap memiliki kaitan dengan Mossad dan mendapat perintah dari para agen. Zygier mungkin direkrut dengan cara ini. Di masa yang sama, Paul Y. dan David Z. juga diambil.

Warga Australia keturunan Yahudi menjadi sasaran rekrutmen  Mossad lantaran undang-undang di Negeri Kangaru ini memiliki kebiasaan khusus. Apakah kebiasaan pelik itu? Warga negara itu dibolehkan mengganti nama depan dan belakang mereka sekali setiap tahun. Itu cara paling enak mendapat identiti baru mereka. .

SELEPAS MENAMATKAN KULIAH
Selepas menamatkan kuliahnya, Zygier pindah ke Israel. Y dan Z juga berpindah ke sana. Ketiga-tiganya  mempunyai kewarganegaraan Australia dan Israel & mendapatkan pekerjaan di THE MILAN. Bila sekali-sekala pulang ke Australia, mereka mengajukan nama baru. Zygier memakai nama Benjamin Burrows dan Benjamin Allen. Y dan Z juga telah dua kali berganti nama.

Pada tahun 2006 atau sekitarnya, perubahan nama nereka telah menarik perhatian badan intelijen Australia, khususnya ketika Zygier menyerahkan paspor-paspor lamanya dipenuhi cap-cap masuk ke Iran. Paul Y. juga lama bepergian ke Syria, Iran, Egypt dan Dubai. David Z. juga melancong ke Iran beberapa kali. Bukan sekadar setempel di passport, pada saat melawat Iran pada tahun 2004, Zygier juga telah meminta pertolongan konsulat Australia di Ibu Kota Teheran.

Ketiga-tiga lelaki ini seterusnya mendapat pengawasan ketat saat kembali semua ke Australia. Badan intelijen Inggris M16 juga mulai memantau David Z. kerana beliau juga seorang pemegang pasport Inggris.

TEMAN-TEMAN YANG RAMAI
Zygier menarik perhatian karena mempunyai gaya tertentu memilih teman. Beliau bukan kaki perempuan, tetapi suka memilih teman-teman dari bangsa tertentu.  Ketika bercuti ke Melbourne pada tahun 2009, agen-agen yang mengekorinya dari belakang mendapati  dia suka mendekati mahasiswa Iran dan Arab Saudi di Universiti Monash.

APAKAH MAKSUDNYA?
Nampaknya dia juga diintip oleh pihak-pihak tertentu di atas usaha penyamarannya sebagai agen Mossad.. Mustahil Mossad tidak mempunyai rangkaian dengan intelijen Australia & pihak M16 Inggeris. Sangat tidak munasabah & sangat sukar dipercayai. Apa perlunya intelijen Australia & M16 memburunya?

Saya mempunyai pendapat lain dari sudut yang lain. Kenapa Zygier sangat baik dengan mahasiswa Iran & Arab Saudi? Bukankah kedua-dua Negara Islam berbeza mahzab? Apa perlunya menjalin hubungan dengan 2 kelompak yang kontras itu?

Saya fikir Zygier sedang mencari  KEBENARAN. Dia sedang memburu CAHAYA yang boleh mengeluarkannya dari kegelapan kepada kebenaran. Sebab itu dia mendekati golongan-golongan intelek yang boleh memberi hujjah yang baik kepadanya.

KONONNYA    
Kononnya, setelah itu, seorang sumber mengungkapkan kepada wartawan Australia yang bernama Jason Koutsoukis tentang Zygier yang disyakinya sebagai mata-mata (spy). Ketika diminta pengesahan (konfirmasi) tentang tuduhan itu, Zygier membantah. "Saya menanaykan kepada dia kenapa dia bergitu sering mengganti nama," ucap Koutsoukis. "Dia menjawab mempunyai alasan pribadi untuk itu."

Keduanya berbicara tiga kali sebelum pertengahan Februari 2010. Zygier mulai merasa terganggu. Dia bilang hanya ingin hidup normal di Israel. Dalam wawancara terakhir menerusi telefon, dia berteriak, "Sialan!"

PADA TITIK INI
Pada titik ini, Pihak Berkuasa Australia sudah bersiap-sedia untuk menjerat (membekuk) Zygier dengan tuduhan mata-mata (spy). Namun pihak Israel bergerak lebih cepat. Pada 24 Februari, Israel memberi tahu seorang  pegawai Kementerian Luar Australia, Zygier telah ditahan.

Zygier meninggal sepuluh bulan kemudian. Tetapi kematiannya dirahsiakan sehingga tidak ada siapa yang tahu.  Paul Y. dan David Z. dilaporkan masih menetap di Israel, barangkali dengan nama baru.

Kematiannya menimbulkan tanda-tanya berikut kepada kita semua.

[1] Mengapa Zygier harus ditahan selepas dia Berjaya membunuh pejuang Hamas? Bukankah sepatutnya Yahudi Zionis berterima kasih kepadanya tanpa memenjarakannya?

[2] Mengapa Intelijen Australia harus memburunya selepas mengetahuinya sebagai mata-mata Mossad?. Bukankah mereka (Mossad, CIA, FBI, MI6 & Intelijen Austtalia) saling berkerjasama untuk meranapkan Islam? Sangat sukar untuk percaya.

[3] Bagaimana Zygier boleh membunuh diri di dalam sel pribadi yang dikawal rapi dan dilengkapi 4 CCTV? Sebenarnya Mossad yang membunuhnya kerana perubahan sikapnya terhadap Islam.

Imam Mahdi Al-Muntazar tentu sangat gembira kalau dia tahu Zygier Yahudi ini menaruh minat kepada Islam.


DI RUMAH.  27-2-2013. 6.12 PM

No comments:

Post a Comment