GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday, 26 October 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (6) Berbuat Selayaknya Dalam Memimpin (MESTI DIBACA SEGERA TANPA SYARAT & PREJUDIS)




SEKITAR MASALAH JAWATAN DALAM ISLAM
Orang yang mukhlis kerana Allah akan berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan tetap patriotik ketika berada di barisan paling belakang. Dalam dua keadaan ini, dia tetap mencari keredhaan Allah. Hatinya tidak dikuasai kesenangan untuk tampil, menguasai barisan dan menduduki jabatan strategi dalam kepimpinan. Tetapi dia lebih mementingkan kemashlahatan bersama kerana takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yang dia lewatkan.

Apa pun keadaannya, dia tidak bercita-cita dan tidak menuntut kedudukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia dibebankan tugas sebagai pemimpin, maka dia melaksanakannya dan memohon pertolongan kepada Allah agar dia mampu melaksanakannya dengan baik. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mensifatkan kelompok orang seperti ini dalam sabda Baginda yang bermaksud:

“Keuntungan bagi hamba yang mengambil tali kendali kudanya fi sabilillah, yang kusut kepalanya dan yang kotor kedua telapak kakinya. Jika kuda itu berada di barisan belakang, maka dia pun berada di kedudukan penjagaan.”  (HR Imam Bukhari)

DIA TIDAK BERCITA-CITA KE ARAH ITU
Imam Mahdi tidak pernah bercita-cita menjadi pemimpin seperti kebanyakan orang. Dia tidak melobi sesiapapun. Dia juga tidak menunjukkan sikap pemimpin besar  yang pandai bercakap. Dia juga tidak mempamerkan wibawa pemimpin pelapis yang pandai berhujjah. Dia hanya manusia biasa yang tidak dikenali sesiapa. Dia hanya prajurit bayangan yang tawaduk & rendah hati.

Dia akan bangkit sebagai pemimpin Islam akhir zaman bila Tuhan mengkehendakinya. Kehendak Tuhan mengatasi kehendak makhluk. Noktah.

Di manakah Imam Mahdi pada masa sekarang? Di manakah dia pada saat-saat kemunculannya ini? Saya tidak tahu. Anda juga tidak tahu. Tidak ada sesiapa pun yang tahu. Semuanya rahsia Allah.

Mengikut hadis yang saya letakkan dalam entri sebelum ini, IMAM MAHDI AL- MUNTAZAR (5), Imam Mahdi dikatakan akan keluar di Harrah. Harrah itu di mana?

HARRAH ITU DI MANA?
Saya tertarik kepada WEBLOG CIKGU ZAIN (WCZ) yang mengupas persoalan Harrah ini secara panjang lebar. Elok anda baca sendiri entri berkenaan, DI MANAKAH TEMPAT BERNAMA AL-HARRAH? Sila dapatkan WCZ pada MY BLOGLIST di bawah.

Saya sudah pun membacanya. Dan saya juga bersetuju bahawa Harrah itu terletak di Utara atau Barat-Daya Arab Saudi. Kawasan tersebut berumput hijau & mempunyai pemandangan menarik meskipun masih terdapat gunung-gunung berapi masih aktif.

Sedikit cerita tentang Harrah yang saya maksudkan. Para pakar geologi Arab Saudi dan AS menemukan penyebab goncangan gempa yang terjadi di wilayah Barat-Daya Saudi sepanjang tahun 2009 lalu. Mereka mengatakan, penyebab utama gempa yang disertai suara gemuruh itu adalah akibat aktiviti gunung berapi.

Kawasan itu mengunjur panjang dari Jordan, Syria, Arab Saudi sehingga membawa kepada Iraq dan Iran. Ada 2 keadaan yang selari dengan maksud hadis yang membicarakannya. [1] Kawasan itu bersalji, [2] Ia juga dipanggil Khurasan (kawasan Timur).

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seorang lelaki akan dibai’ahkan di antara Rukun dan Makam. Baitullah ini tidak akan dihalalkan oleh sesiapa pun untuk berperang padanya. Bila manusia menganggap halal berperang padanya, maka semua akan binasa. Kemudian akan datang orang Habsyah, mereka semua akan merobohkan Baitullah ini sehingga tidak dapat dibangunkan lagi buat selama-lamanya. Merekalah yang mengeluarkan gedungnya.” (Ibid j.6 ms.32)

BILA MANUSIA MENGANGGAP HALAL BERPERANG PADANYA merujuk kepada kebodohan Sufyani yang mengejar Imam Mahdi untuk membunuhnya. Maka tenggelamlah 99.9% tenteranya di perut bumi dalam peristiwa Al-Baida. Hanya seorang yang selamat sebagai pembawa khabar berita.

 
 Peristiwa penyerangan Sufyani ke atas Imam Mahdi menggunakan tentera berjalan kaki, kereta kebal, kereta perisai & sebagainya yang sampai sehingga ke kaki bukit di Mekah, dari setiap sudut di Al-Baida (maksud Al-Baida itu adalah padang pasir yang meliputi Mekah), maka berlakulah penbenaman bumi yang dahsyat.

Peristiwa itu sangat mengejutkan & membuka mata sesiapa sahaja yang mendengarnya. Orang-orang Eropah di semenanjung Arab akan membuka mata  mereka untuk melihat lanjutan peristiwa ini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku?

TERDENGARLAH KHABAR bahawa Imam Mahdi A-Muntazar Akhir Zaman telah muncul.
 
Saya ingin mengutip sebuah kisah yang disampaikan oleh Muqatil bin Hayyan bahawa Allah SWT telah mewahyukan beberapa perkara kepada Nabi Isa a.s. (Rujuk Kitab Imam Mahdi Di Ambang Pintu, ms 169).

Pada penghujung wahyu tersebut, terdapat ungkapan tersebut….”dari keturunannya (Nabi Muhamad S.A.W), seorang raja yang menguasai dunia,  lebih besar & lebih luas dari Zulqarnain, bumi menenggelamkan para musuhnya, dan menguasai seluruh singgahsana dengan segala perlengkapannya. Dan Aku ialah Allah yang tidak ada Tuhan selain Aku, Tuhan Arasy Yang Maha Agung”   

Dalam petikan di atas, terdapat ungkapan BUMI MENEGGELAMKAN PARA MUSUHNYA. Itulah peristiwa Al-Baida yang patut menjadi renungan kita.

MR BLUE TURBAN
Ada beberapa blogger memberi gelaran Mr Blue Turban (Raja Berserban Biru) kepada Imam Mahdi Al-Muntazar. Kata mereka, He is the man from the east. Ciri-ciri yang dinyatakan adalah seperti berikut : [1]. Akan muncul A New World Religion, [2] Dipimpin oleh seorang yang dikenali sebagai The Man From The East, [3]. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut, [4] Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat, [5]. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban), [6]. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya

Pada saya, semuanya benar dan betul. Cuma berlaku perselisihan pada ciri [3] yang mengatakan dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.


Setengah pihak mengatakan dia akan keluar dari Malaysia, kerana Malaysia dikelilingi oleh lautan A, B & C.

Kemudian setengah yang lain mengatakan dia akan keluar dari Indonesia, kerana ianya sebuah pulau yang dikelilingi oleh lautan X, Y & Z.

Kuat sangat impian kita sampai kita lupa bahawa Arab Saudi juga dipanggil sebuah pulau. Dalam bahasa Arab, Arab Saudi biasa dipanggil sebagai Jazirah (pulau) atau Syibhul Jazirah (semenanjung). Ada 3 lautan di sekelilingnya. Laut Merah (Barat), Lautan Hindi (Selatan) & Teluk Parsi (Timur).

Lagipun, tempat yang bernama Harrah itu wujud ke di Malaysia? Atau di Indonesia? Kalau tak ada, jangan pula kita mengada-gadakan cerita atau membina sebuah kampong baru bernama HARRAH untuk disesuaikan dengan hadis berkenaan.

JANGAN MINTA JAWATAN PEMIMPIN
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memperingatkan seandainya ada seseorang yang meminta jawatan dan sengaja untuk mendapatkannya. Telah disebutkan di dalam As-Shahih, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada Abdul Rahman bin Samurah:

“Janganlah engkau memimta jawatan pemimpin. Kerana jika engkau memperoleh jawatan itu tanpa meminta maka engkau akan mendapat sokongan, dan jika engkau memintanya, maka semua tanggungjawab akan dibebankan kepadamu.”  (Muttafaq ‘Alaihi)

Maksud hadis di atas sangat jelas. Jangan ada sesiapa pun yang meminta jadi pemimpin. Terutama sekali mengharapkan dirinya sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman dan Pemuda Bani Tamin. Sosok atau Individu Imam Mahdi itu sendiri tidak tahu bahawa dialah bakal Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman.

Baru-baru ini, ada seorang komentator yang mendakwa dia (maksudnya Imam Mahdi)  tahu bahawa dialah bakal Imam Mahdi Al-Muntazar. Saya no komen. Tetapi pendirian saya adalah tidak ada sesiapapun yang tahu siapa Imam Mahdi, hatta batang tubuh Imam Mahdi itu sendiri.

Ini dapat dilihat kepada peristiwa bai’ah yang akan berlaku di antara Rukun dan Makam. Menurut khabar yang sampai kepada kita, Imam Mahdi pada peringkat awalnya menolak perlantikan jawatan sebagai pemimpin. Bahkan beliau ingin lari meningalkan Mekah. Tetapi setelah didesak & dipaksa dengan pedang, barulah akhirnya beliau bersetuju.

BILA IMAM MAHDI MUNCUL?
Meninggalkan kisah itu, marilah kita beredar kepada persoalan bilakah pemimpin akhir zaman ini akan muncul?. Dari IMAM MAHDI Al-MUNTAZAR (5), saya sudah mencoretkan bahawa  saat itu adalah saat “Sun, Mars and Mercury near Aquarius.”. Demikian menurut Nostradamus. Bilakah saat itu?  

Menurut kalam Abu Hurairah r.a, Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman akan keluar pada 1420H atau 1430H. Melepasi tarikh 1430H, sekarang kita sudah berada pada tahun 1433H. Maknanya, kita sekarang sudah berada dalam lingkungan kemunculannya.

Kita sebenarnya dilarang untuk menentukan tarikh sebenar kemunculan Al-Qaim (nama gelaran Imam Mahdi). Kerana penentuan itu banyak berkisar kepada ghairah semata-mata. Akan tetapi jalan selamat yang sebenarnya ialah berpegang kepada Rasulullah. Maksud saya, percayalah kepada kalam Abu Hurairah r.a, kerana ia mengutip ilmu itu daripada Rasulullah S.A.W. Itulah pegangan saya. Dan sepatutnya kita semua.

Tentang ramalan Nostradamus berkaitan kedudukan “Sun, Mars and Mercury near Aquarius”, itu hanya fakta sokongan yang mungkin betul atau salah. Saya mengetahuinya tetapi saya tidak mahu mencoretnya di sini. Biarkan ia menjadi rahsia saya. Kalau anda ingin tahu, layarilah internet & focus kepada astronomi. Nanti anda akan mengetahui masanya. Ia berlaku dalam tempoh 2 bulan sahaja. Selamat mencari, selamat berusaha, selamat berkerja. 

Yang pastinya, pada saat Imam Mahdi Al-Muntazar keluar nanti, ramai orang Islam yang melupakannya. Bahkan ramai pula yang membantah & menentangnya. Jangan begitu. Berdosa. Anda akan jadi murtad kerana menentangnya. Itu nasihat saya. 

5 comments:

  1. Negara manakah akan munculnya itu Imam Mahdi? Bermula dia dari negara dikelilingi dgn 3 lautan.
    Pertengahan dia dibilang dipertemuan 2 lautan.
    Akhirnya dia dimuara pertemuan 2 air sungei..

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
  2. Negara mana munculnya Mahdi satu soalan,
    Bermula dibilang negara dikelilingi 3 lautan,
    Pertengahan dibilang dipertemuan 2 lautan,
    Akhirnya dimuara 2 sungei disitu permulaan..

    Setelah 7 putra tinggalkan bumi Arab Mekah,
    Belayar transit diGugerat sambil berdakwah,
    Nusantara hingga China 7 Ahlulbait berpecah,
    Negara mana dikelilingi 3 laut selain Mekah..

    Bermula hikayat bawang puteh bawang merah,
    Ada kekiri kekanan dan ada keatas kebawah,
    Angkara Fitnah Akhir Zaman hampir musnah,
    Walo senasab udah ngak bisa hidup sekawah..

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Bermula kisah 3 bersaudara dari Isketambola,
    Pertama kedua hakap haloba terlingkop semua,
    Ketiga Abdol Wahob bijaksana pembela saudara,
    Tn Sadiq ketawa paksa walo marah minta nyawa,
    Hingga betoi2 marah Abdol Wahob bikin angkara,
    Karna marah harta Tn Sadiq dirampas semuanya,
    Termasuk Tn Punasehat 25% lelong jadi hamba,
    Berjaya Abdol Wahob tebus harta hak ayahnya,
    Harta rampasan agih saksama adil namanya..

    Ini pula kisah 7 bersaudara bumi MIM asalnya,
    Berpisah yg tua bumi JIN bermula 2 nasabnya,
    Salah seorang Pulau Besar lalu MIM arahnya,
    JIN dan MIM telah berkembang tabur merata,
    Ratusan tahun kemudian bangkit Wali 9 Jawa,
    Hilang sejarah Wali 7 Alam MIM dimamah usia,
    Pinang pulang gagang sireh pulang tampoknya,
    Imam Mahdi Sejati tuntut keadilan 37 saudara,
    Asal MIM sementara MIM asal MIM muncolnya..

    Kisah Pertama Nasab Si-Puteh Aceh berseloka,
    Kedua Nasab Sang Saka Merah Puteh sapa dia?

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
  4. *AHLUL BAIT MENURUT AL QURAN*

    Ahlul bait adalah JURAI IBU atau MATRILINEAL yang melahirkan PUTERA dan PUTERI ahlul bait

    Darah keturunan Ahlul bait akan disambung oleh JURAI IBU PUTERI Ahlul bait, manakala keturunan PUTERA Ahlul bait pula akan terputus darah keturunan Ahlul bait sekiranya isteri kepada PUTERA Ahlul bait bukan dari kalangan PUTERI Ahlul bait dan akan membawa JURAI BAPA atau NASAB sebagai salasilah keturunannya

    Menurut Al Quran Ahlul bait bermaksud PARA ISTERI NABI iaitu JURAI DARAH KETURUNAN sepertimana terdapat di dalam ayat berikut yang merujuk kepada isteri isteri Nabi Ibrahim AS, Isteri Musa AS dan Isteri isteri Muhammad SAW:

    “Usahlah kamu merasa heran dengan ketetapan Allah. Rahmat dan keberkahan Allah dicurahkan kepada kamu wahai *ahlulbait* . Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”

    11: 71-73

    “Aku tunjukkan kepadamu *ahlulbait* yang akan memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya. Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya dia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

    28: 12-13

    Hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai *ahlulbait* dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya

    33: 33

    *AHLUL KISA*

    Aisyah berkata:

    "Pada suatu pagi, RasulAllah SAW keluar rumah menggunakan jubah (kisa) yang dibuat dari bulu domba

    RasulAllah SAW menempatkan Hassan, Hussain, Fatimah RA dan Syaidina Ali di bawah kisa

    RasulAllah SAW berkata:

    "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih bersihnya"

    Al-Ahzab. 33:33

    Bermaksud Syidina Ali adalah NASAB Ahlul bait, Fatimah adalah PUTERI atau JURAI Ahlul bait, Hassan dan Hussain adalah PUTERA Ahlul bait

    Putera AhlulBbait lahir dari JURAI IBU, PUTERI Ahlul bait iaitu dari jurai Fatimah RA dan seterusnya JURAI KETURUNAN IBU dari keturunan Fatimah RA

    DARI JURAI KETURUNAN IBU INILAH AKAN LAHIRNYA PUTERA AHLUL BAIT AL MAHADI YANG BAKAL DIIRINGI OLEH 313 TENTERA DARI BANI ATAU NASAB TAMIM

    313 TENTERA BANI TAMIM BERMAKSUD "NASAB SALASILAH KELUARGA TAMIM" YANG KINI BERADA DI MERATA TEMPAT DI SEBELAH TIMUR DAN BARAT

    PASUKAN 313 TENTERA DARI SEBELAH TIMUR DAN BARAT YANG BAKAL DIKEPALAI OLEH 2 PANGLIMA DAN 1 KHALIFAH SETIAP SATU PASUKAN YANG BAKAL MEMBAI'AHKAN PUTRA AHLULBAIT DARI KETURUNAN JURAI IBU RASULALLAH SAW "AL MA HADI"

    *RAHSIA 7 TERHADAP KHALIFAH AKHIR ZAMAN*

    2 ketua khalifah dari timur n barat

    4 panglima (khalifah kecil) 2 dari timur n 2 dri barat

    *1 KHALIFAH AGONG (AL MA HADI)*

    *INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR*

    ReplyDelete