GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday, 20 June 2013

ISRAEL RAYA (2) Komplot Jahat Yahudi itu semakin besar & ganas.



 

ISRAEL RAYA (2) Komplot Jahat Yahudi itu semakin besar & ganas.


Saya  meminta maaf kepada semua pembaca saya sekiranya pandangan saya bersalahan atau bertentangan dengan pendapat Syeikh Abdulaziz Al-Syeikh dari Arab Saudi & Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dari Mesir berhubung konflik Syria.

Secara pribadi, saya mengkagumi kedua-duanya sebagai ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang mutakhir sekarang ini, tetapi dalam konteks konflik Syria, saya rasa ada sesuatu yang perlu saya jelaskan & perkembangkan.

Dengan rendah diri, saya mengakui bahawa taraf ilmu saya hanyalah sekadar 1% daripada ilmu mereka. Semoga Allah mengampuni saya dan memberi taufik & hidayatNya kepada saya dalam mencari kebenaran & menyatakannya walau pun pahit..

Dalam siri (1) yang lepas, dalam beberapa perenggan yang terakhir, saya sudah menyatakan bahawa Yahudi telah menanam satu operasi sulit “menanam tebu dibibir” bagi mengula-gulakan para pemimpin Arab.

Mereka juga menggunakan Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan yang sama, sehingga terdapat beberapa pemimpin Arab yang dijinakkan dengan mudah untuk menandatangani beberapa perjanjian yang penuh muslihat.

Akibatnya, majority orang Arab mendapat gambaran yang salah tentang siapa yang baik dan siapa yang jahat. Saya beri contoh mudah. Saddam dibenci rakyatnya kerana gambaran yang salah. Begitu juga Muammar Ghadafi. Begitu juga pemimpin-pemimpin Arab lain, termasuk Basyar Al-Assad.

Pemberi gambaran palsu itu ialah AS dan rakan-rakan sekutu Dajjalnya. Dan di belakang mereka itu ialah Yahudi. Ertinya, sesiapa yang percaya kepada mereka bererti telah menghubungkan dirinya dengan mereka.

Sebab  itu, saya tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang mengesyorkan penentangan terhadap Basyar. Sekurang-kurangnya ada 3 sebab besar yang berikut.

Sebelum saya menyatakan 3 sebab berikut, saya nak menyatakan dahulu tipu muslihat Yahudi & agen-agen Dajjal untuk projek Israel Raya di atas. Mari kita ikuti rancangan Kumpulan Negara G8 yang diketuai oleh AS, sebagaimana saya baca di akhbar pagi tadi.



Mereka merancang mengadakan satu mesyuarat perdamaian peringkat antarabngsa yang bertujuan menyelesaikan Konflik Syria. Semua pihak yang bertelagah, termasuk ketua-ketua kumpulan pemberontak diminta hadir. Tetapi yang peliknya, Basyar tidak dibenarkan menyertainya.

Kononnya-kononya, mesyuarat tersebut bertujuan mencari pemimpin yang boleh menguruskan Syria Era Baru. Saya baca sambil tersenyum. Manusia yang jahat tetap terbau kejahatnnya.

Sekarang, mari kita tengok 3 sebab besar yang saya sebutkan sebelum ini.

[1] Yahudi, AS, Britain, Peranchis dan lain-lainnya menentang Basyar dengan tujuan supaya gagasan Israel Raya dapat dilaksanakan dengan mudah. Jika Basyar jatuh, maka peluang itu cerah berganda-ganda. Rujuk balik siri (1) saya kalau anda kurang faham.

[2] Jika ada pihak yang terpengaruh dengan kata-kata manis AS atau perbuatan baik AS (di mana Yahudi berselindung di sebaliknya), maka itu tandanya api yang mesti kita jauhi. Kejahatan Yahudi & AS terhadap Basyar sama maksudnya dengan kejahatan mereka terhadap Saddam & lain-lain pemimpin Arab.

[3] Saya tidak percaya bahawa Basyar Al-Assad itu adalah bakal As-Sufyani sebagaimana disebut dalam hadis Nabi. Ini kerana dia langsung tidak mencakupi 4 syarat utama dalam tajuk kecil saya (ADAKAH BASYAR ITU AS-SUFYANI?) dalam siri (1). Elok anda baca semula syarat-syarat yang saya maksudkan itu dalam siri (1).   

MARI KITA MELIHAT SEJARAH LAMPAU.
Mari kita undur (gostan) semula sejarah Palestin & Negara-negara Arab 40 tahun yang lepas. Sekitar tahun 1973, satu-satunya penguasa Arab yang masih memiliki tanggungjawab dan kesedaran membela rakyat Palestin adalah Raja Arab Saudi, Al-Malek Faisal. Pemimpin-pemimpin lain semuanya berlepas tangan & menganggap urusan Palestin itu bukan urusan mereka.



Faisal menggunakan kekayaan minyaknya untuk membela rakyat Palestin. Dengan melakukan embargo (sekatan) minyak terhadap negara-negara Barat, negara-negara pendukung Israel semuanya ranap.

Tetapi, tak lama selepas itu, Raja Faisal kemudian di bunuh oleh anak saudaranya sendiri yang baru pulang dari Amerika, yang memang sudah diatur oleh CIA. Dan di belakang Amerika itu adalah Yahudi, yang memang benci sebenci-bencinya kepada kebaikan Al-Malek Faisal kepada Palestin.

Sejak itu tidak ada lagi yang tersisa di dunia Arab, yang berani melawan Israel. Mereka lebih minat bersahabat dengan Israel, yang didukung Amerika.

Kalau ada pun yang berani ialah Saddam Hussein dari Iraq (sebuah Negara Teluk) & Muammar Ghadafi dari Libya (sebuah Negara di Utara Afrika). Kemudian yang juga berani ialah Iran. Yang lainnya, semua kecut perut & tak berani mendongak kepala.

Apalagi, Amerika yang dibelakangnya adalah Israel terus mengobarkan perang di Teluk, dan mengakibatkan pemerintahan di negara-negara Arab dan Teluk terus menggigil ketakutan. Mereka menyerahkan diri kepada Israel dan Amerika.

BANGSA BODOH & DUNGU
Tetapi sebenarnya, mereka (Yahudi & agen-agenDajjal) itu sebenarnya bangsa yang bodoh & dungu. Mereka tidak dapat menghidu bau harum dari tahun 1973 itu sendiri. Sebenarnya, pada tahun itulah sosok Imam Mahdi Al-Muntazar dilahirkan.

Saya rasa eloklah saya rahsiakan segala-galanya tentang dia. Cukuplah saya sebut bahawa dia dilahirkan pada 25/3/1978 atau 15 Rabiul Akhir 1399. Orang seperti dia tidak perlu dipublisitikan. Tiba waktunya, Tuhan sendiri akan menzahirkan dia untuk kita.

SADDAM HUSSEIN TELAH MATI
Kemudian seperti anda tahu, Saddam Hussein mati di tali gantung. Hilanglah kehebatannya sedangkan Yahudi & Israel terus mengganas dan memperbudak-budakkan dunia Arab.

MUAMMAR GHADAFI JUGA TELAH MATI
Kemudian Muammar Ghadafi juga ditembak oleh rakyatnya sendiri & mayatnya terdampar kehinaan di pusat penyembelihan. Yahudi & Israel bersorak-sorak kegembiraan melihat musuh-musuhnya tumbang satu demi satu.   

Masih ada lagi sebuah episod yang sangat menyedihkan dunia Islam. Israel dan AS masih memiliki “kuasa pengancam nuklear” untuk menakut-nakutkan para pemimpin Arab dan Teluk.

Dahulu, Saddam Hussein pernah menjadi sasaran tuduhan ini sehingga ia diserang & dilumatkan seperti padang jarak padang terkukur. Sekarang giliran Iran pulak. Pada mereka, isu nuklear 'Iran', kelihatannya seperti hantu, yang sangat menakutkan.

Mereka beriya-iya mengatakan bahawa Iran adalah sebuah negara bahaya. Tetapi Iran sampai sekarang belum diusik dan dicabul. Begitu juga dengan Korea Utara yang sangat dibenci oleh Amerika..

Tetapi, ketika berlangsung konferensi perlucutan senjata nuklear di Washington, yang diselenggarakan oleh Presiden Barack Obama, Netanyahu (PM Israel) yang memiliki 100-200 senjata nukear langsung tidak hadir. Dia juga menolak menandatangani perjanjian perlucutan senjata nuklear. Secara jelasnya, dia menolak mentah-mentah.

Begitulah sikap Israel. Dia cuba mencari keadilan tetapi dia sendiri tidak adil.

Rakyat Palestin tetap saja seperti yatim piatu yang tidak memiliki pembela yang jujur. Tidak ada sesiapa pun yang mahu menjadi bapa kepadanya. Dan tidak ada sebuah negara pun yang sanggup  mendobrak (melanggar) sekatan Israel terhadapnya. Apalagi, Mesir yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel sejak tahun l973, sampai hari ini, ikut melakukan sekatan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Inilah kebangkrutan dan kemerosotan nilai  para pemimpin Arab, yang rela membiarkan rakyat Palestin terus dijajah dan ditindas oleh Israel.  

Kemudiannya, dalam keadaan yang berlaku sekarang, Syria telah diganggu dengan gangguan yang sangat besar. Yahudi & AS seperti ular besar sedang membelitnya. Pakatan Pembangkang Syria secara terang-terangan menjadi alat kepada Yahudi & Agen-agen Dajjal untuk meranapkan Syria. 

Kecurigaan Basyar Al-Assad sangat kuat mengatakan bahawa AS,  Britain & Peranchis membekalkan senjata & peralatan perang kepada pemberontak-pemberontak negaranya. Saya telah pun menyebut perkara ini. Sila baca semula KONFLIK SYRIA (Siri 1,2,3 & 4).

Pada saat Parti Hizbullah (Parti Allah) menyahut cabaran Mufti Syria dengan membantu rejim Basyar, kelihatannya Israel sangat marah. Dia telah membuat beberapa serangan balas untuk memutuskan bekalan perang terhadap Hizbullah.

Dan kami melihat bahawa pejuang-pejuang Palestin telah diberi tugas sebenar untuk melawan Israel. Hubungan Basyar Al-Assad & Palestin menjadi semakin dekat & mesra dalam konteks ini. Kami akan memberi buktinya selepas ini.

Negara lain yang bersikap anti dengan barat seperti Iran, Rusia & China masih setia mendukung Assad. Maknanya, komplot jahat Yahudi untuk melemahkan Syria tidak mungkin terjadi dengan mudah.

Kedua kubu itu sibuk berkempen  agar masing-masing pihak tidak mencampuri urusan dalaman Syria. Amerika Syarikat (AS) diketahui dengan jelas memberi latihan taktikal perang kepada  pemberontak. Bahkan jabatan intelinjennya (CIA) telah mengirimkan peralatan senjata yang banyak kepada pemberontak, seperti dilapor stesen television Al Arabiya (25/3/2013)

Iran juga demikian. Dalam diam-diam, negara itu ikut campur tangan dengan mengirimkan seorang jurulatih penembak tepat (snipper) kepada Syria.

Kelompok pejuang Islam dari Lebanon,  Hizbullah (Parti Allah) sebagaimana kami sebutkan di atas, malah secara terang-terangan telah mengirimkan tentara jihad demi membantu Assad. Namun tak seluruh jazirah Arab membantu Syria. Contohnya, Liga Arab sebaliknya telah memberikan tempat kepada kelompok pembangkang Syria dan menuntut Assad mundur.

Akibat campur tangan banyak negara dan persekutuan, konflik Syria mungkin akan berkembang kepada perang dunia. Kubu Assad mulai diperkuat oleh banyak pihak. Begitu juga dengan kelompok pembangkang Syria.

Keadaan ini bertambah parah dengan hentaman roket Israel di wilayah Syria dengan dalih (alasan) menyerang Hizbullah. Atas alasan demikian, Assad sekarang mulai membuka Bukit Golan.

Inilah buktinya bahawa Assad dan Palestin sudah berada dalam satu kelompok perjuangan yang sama. Bukit Golan itu adalah daerah perbatasan Syria dengan Israel. Dipendekkan cerita, tujuan pembukaan itu adalah supaya ia dapat dimasuki oleh tentara Palestin, seperti dilapor surat kabar the Jerusalem Post (7/5/2013).

Keadaan ini menjadi semakin tak karuan. Kekuatan dua kubu dan sekutunya menjadi semakin besar. Mereka mulai merangkul negara-negara lain yang sebenarnya tidak berkepentingan. Mungkin benar ramalan pelbagai media luar negeri. Situasi ini menunjukkan kedatangan Perang Dunia III.

Dan anda jangan lupa nasihat saya. Dalam apa situasi pun, Yahudi cuba menonjolkan dirinya menjadi juara. Dalam pendidikan, kewangan, sukan, hiburan, politik bahkan peperangan pun, Yahudi cuba mendominasi peluang untuk mempengaruhi orang lain.

Itulah cita-cita Israel Raya sejak dahulu. Dia mahu mengkucar-kacirkan Asia Barat supaya akhirnya dialah yang akan menjadi raja.  Yahudi sudah melakukan semua perkara (dengan bantuan Agen-agen Dajjal) terhadap kita.

Dia telah mencetuskan Revolusi Arab Spring di Negara-negara Teluk, dia juga melakukan yang sama di Negara-negara Utara Afrika. Dia telah membunuh pemimpin-pemimpin kita. Dan sekarang dia mencengkam Syria & Turki. Dan dia juga mengintai peluang mencengkam Arab Saudi.

Maafkanlah saya jika saya tersilap mengatakan ini. Musuh terbesar kepada Imam Mahdi Akhir Zaman adalah Yahudi & Sekutu-sekutu Dajjal yang menyokongnya. Bukan Syria (pemerintahan Basyar Al-Assad), bukan juga Iran yang berbendera hitam.

Kalau anda mengatakan As-Sufyani itu adalah manusia jahat, penentang Mahdi manusia suci, maka ketahuilah dia keluar dari Syam. Dia dijulang oleh Yahudi & pengerak Dajjal. Itulah di antara cita-cita Israel Raya. 

4 comments:

  1. YaAllah..kau hantarknlh balatentera2 dan anjing2 Mu utk mmbunuh dn mnghapuskan mereka2 yg telh mmbuat kezaliman dn kerosakan dibumi Mu ini Ya Allah Ya Muntaqim.....wahai jiwa jiwa yg telah dibeli oleh ALLAH dgn jannahNya..yg merindukn syahid dijaln ALLAH...jawplah dn sahutlh seruan jihad itu..pergilh kalian...moga setiap titisan darah kalian akan dinaikkan ke syurga.AMINNN..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum untuk anakku Muhammad.
    saat ini, fb abah ada sedikit masalah sehingga abah tidak dapat menghubungimu macam biasa atau kamu juga tidak dapat menghubungi abah. Fb lama itu sudah burn (rosak). Abah dah bina fb baru guna nama abah yang sama. Tolong add nama abah untuk interkasi yang seterusnya. Harap maklum anakku.

    ReplyDelete
  3. Syiah i2 agama sesat,iran+hizbulsyaitan=israel

    ReplyDelete
  4. anonymous atas nie pemikiran dia tipikal..belum kaji buat asumption awal dah.

    ReplyDelete