GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday, 1 July 2013

REVOLUSI KEDUA RAKYAT MESIR



REVOLUSI KEDUA RAKYAT MESIR

Saya sebenarnya bercadang nak menulis pasal jerebu. Dah berhari-hari saya menunggu masanya. Tetapi berita tunjuk perasaan di Kaherah semakin hari semakin panas. Mesir pun dah jadi celaru sekarang ini. Anda tahu sebabnya? Mari saya jelaskan

Beribu-ribu penunjuk perasaan menunjukkan kad merah di Dataran Tahrir semalam untuk menuntut peletakan jawatan Presiden Mesir, Mohamed Mursi ketika semangat revolusi 2011 kembali ke kawasan itu.

Anda tahu pasal apa mereka menuntut penggulingan jawatan Mohamad Mursi? Bukankah dia presiden pilihan rakyat?

PERMAINAN YAHUDI & AGEN DAJJAL
Saya pernah cakap berkali-kali bahawa Arab Spring di ngara-negara Arab adalah permainan Yahudi & agen-agen Dajjal. Betul kata Mel dari Bogor, Henry Nurdi (seorang penulis buku terkenal) pernah meramalkan remapping (pembentukan semula) Negara-negara Arab untuk pembentukan ISRAEL RAYA akhir zaman.

Tetapi Arab Spring di Mesir & Tunisia tidak menurut jadual Yahudi & Agen-agen Dajjal. Lain yang mereka rancang, lain pula yang menjadi.

Mereka memang mengkehendaki huru-hara & kacau bilau di Negara-negara berkenaan. Cuma bezanya, pemimpin yang jatuh itu mesti digantikan dengan sekutu-sekutu mereka.

Contohnya, mereka mahukan Hosni Mubarak yang jatuh itu digantikan oleh pemimpin pro barat dan bukannya pemimpin Islamik seperti Mohamad Mursi.

Saya tetap berpendapat Revolusi kedua ini permainan Yahudi & agen-agen Dajjal juga untuk melihat rakyat Mesir memilih pemimpin yang mereka (Yahudi & agen-agen Dajjal) kehendaki.

Mari kita ke Dataran Tahrir sekejap untuk melihat apa yang terjadi. Orang ramai juga menjeritkan slogan yang sama yang pernah digunakan untuk menggulingkan Hosni Mubarak sebelum ini, iaitu “rakyat mahu menyingkirkan rejim.” 

JERITAN "UNDUR MURSI"
Disertai pelbagai peringkat usia, penunjuk perasaan meniup wisel dan vuvuzela sambil melaungkan “Undur, Mursi!” Seorang tukang kayu dari bandar Damietta, Ibrahim Hammouda berkata, perhimpunan semalam adalah revolusi kedua dan dataran itu akan menjadi simbol kepada gerakan berkenaan.

“Revolusi akan dilancarkan dari sini,” katanya. Pada 2011, ratusan ribu rakyat Mesir turun ke jalan raya untuk menamatkan pemerintahan Hosni selama tiga dekad dengan menaikkan poster memaparkan wajah diktator itu dan ditambah dengan simbol pangkah.

Saya pun pernah berpesan kepada anda bahawa untuk mengenal modus operandi Yahudi di dalam setiap perkara ialah dengan melihat kebencian rakyat terhadap pemerintahnya. Itulah cara Yahudi.

Kemudian ada satu lagi. Mereka akan memberi label buruk kepada orang yang mereka tidak sukai. Contoh mudahnya, seperti dalam Teori Darwin, manusia dikatakan berasal dari berok.

BEROK & TIKUS BESAR
Berok itu gambaran umum manusia lain selain daripada mereka. Hanya mereka yang layak mendapat darjat manusia sebab mereka itu bangsa pilihan Tuhan.

Kemudian, mereka juga mengambarkan Imam Mahdi yang ditunggu-tungu oleh Umat Islam itu sebagai tikus besar yang mengigit.  

Di mana sahaja Yahudi berada dan berkerja, maka modus operandi mereka tetap sama. Mereka menghasut, mencemuh, membenci, melontar perkataan buruk dan sebagainya kepada sesiapa yang mereka tidak suka.

Mohamad Mursi adalah pemimpin kepada Ikhwanul Muslimin (IM) yang ada pemikiran Salafy & Wahabi. IM sangat akrab dengan Hamas di Palestin & berdiri kukuh di bawah fatwa Syeikh Dr.Yusuf Al-Qaradawi di Qatar.

MEREKA MELIHAT KITA
Yahudi sedunia melihat semua perkara ini seperti mana saya melihatnya juga. Mereka boleh suka dan membenci sekaligus. Benci & suka itu terkandung semuanya dalam satu lakonan yang sengaja diada-dakan.

Saat Mohamad Mursi menghentam Basyar Al-Assad di Syria & memutuskan hubungan diplomatic dengannya, maka Yahudi & Negara-negara agen Dajjal sangat  gembira mendengarnya. Padan muka kamu, Basyar.

Saat Erdogan dari Turki memberi bantuan ketenteraan dan makanan kepada Barisan Pemberontak Syria (FSA) bersama-sama dengan USA, Britain & Peranchis, maka Yahudi & Negara-negara agen Dajjal sangat  gembira mendengarnya. Padan muka kamu, Basyar.

Saat Syeikh Dr.Yusuf Al-Qaradawi menyeru ucapan jihad supaya seluruh pemuda Islam pergi berjuang ke Syria menolong saudara sunni mereka,  maka Yahudi & Negara-negara agen Dajjal sangat  gembira mendengarnya. Padan muka kamu, Basyar.

BUKAN SATU KEIKHLASAN SEBENAR
Tetapi kegembiraan itu bukan satu keikhlasan. Dalam masa yang sama, mereka tetap mencari jalan untuk meranapkan orang-orang yang mereka tidak sukai itu.

Kali ini, penunjuk perasaan membawa gambar beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang dianggotai Mohamed Mursi.

Beliau hanya dilantik sebagai presiden setahun lalu tetapi kini pengkritik menuduhnya mengkhianati revolusi dengan memusatkan kuasa kepada kumpulan Islam. Mereka mengecam Mohamed Mursi kerana memungkiri janji menjadi presiden “semua rakyat Mesir” dan membiarkan ekonomi merudum.

Penduduk Mansura, Mohammed Samir berkata, dia turun ke Dataran Tahrir kerana berasa dikhianati.

“Saya di sini kerana Mohamed Mursi yang saya undi dulu tidak menunaikan janji. “Mesir akan dibebaskan sekali lagi dari Dataran Tahrir,” katanya.

REVOLUSI KEDUA
Revolusi Kedua ini adalah satu usaha Yahudi & agen-agen Dajjal untuk meranapkan Mohamad Mursi disebalik sikap “mengambil hatinya” yang ditunjukkan melalui pemutusan hubungan diplomatic dengan Syria sebelum ini.

Erdogan juga mengalami nasib yang sama. Di sebalik sikapnya yang Nampak sejalan dan sederap dengan Yahudi & agen-agen dajjal dalam menghulur peralatan perang & bantuan makanan kepada Syria, dia juga sedang ditentang oleh rakyatnya sendiri.

Yang menghasut rakyat Turki itu tidak lain tidak bukan adalah Yahudi & AS itu sendiri. Mereka benci kepada Erdogan yang cuba menghidupkan semula kegemilangan Bani Utsmaniyah sebelum ini.

Untuk anda lebih memahami kisah Bani Ustmaniyah & khalifah terakhirnya, Sultan Abdul Hamid II, silakan anda membuka blog HAMBA ALLAH YANG FAQIR LAGI HINA untuk anda baca kisahnya sebanyak 5 siri yang panjang lebar.

INI NASIHAT SAYA
Nasihat saya mudah sahaja. Yahudi dan agen-agen Dajjal itu jangan dibuat kawan sama-sekali. Jangan percaya kepada mereka walaupun sebanyak 1%.

Barangsiapa menghubungkan dirinya kepada mereka, nescaya dia akan merasa buruknya penyesalan di hari muka. 

Rakyat Mesir berhimpun lagi untuk kali kedua. Protes itu bermula beberapa jam sebelum perarakan pada jam 5 petang (11 malam waktu Malaysia) dengan ratusan orang bermalam di dataran berkenaan.

Penjaja menjual barangan termasuk bendera, selain menyiarkan lagu patriotik. Di pinggir Dataran Tahrir, anggota keselamatan penunjuk perasaan memakai jaket bertulis “Ikhwan tidak dibenarkan masuk.”

RIBUAN PENYOKONG DI NASR CITY
Sementara itu, di Nasr City ribuan penyokong Mohamed Mursi berkumpul untuk menyatakan sokongan kepadanya. Mereka mendakwa, penyingkiran presiden yang dipilih rakyat adalah satu lagi pengkhianatan terhadap demokrasi yang tidak boleh dibenarkan.

Keadaan di Mesir menunjukkan sesuatu yang semakin celaru. Dan anda jangan terkejut kalau Yahudi & AS akan melakukan sesuatu kepada Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradwi. Semoga Syeikh kita tetap selamat dengan segala sejahteranya.

Wahai Tuhan, tolonglah dia dan selamatkanlah dia.

ISNIN  2/7/2013  1.13 PM

1 comment:

  1. jangan risau negara mesir akan jadi kawan
    negara arab saudi hurm tak taow la saya nak kata apa kat depa ni huhu...

    ReplyDelete