Minggu lepas, saya telah
memasukkan sebuah entri tentang mimpi di sini. Terima kasih kerana sudi membaca
MIMPI PELIK yang saya sajikan. Rupa-rupanya, ramai orang yang tertarik untuk mengetahui tentang mimpi.
Anda tentu nak tahu tentang
tafsir mimpi saya minggu lepas. Saya ulangi balik kisahnya.
KISAHNYA : Saya tiba-tiba berada
di dalam sebuah istana yang tidak saya kenali. Istana yang sederhana besar.
Istana siapa ini? Mana rajanya? Di mana pula permaisurinya? Di dalamnya, terlihat
ramai orang. Tetapi tak ada seorang pun yang saya kenal. Mana rajanya? Mana
permaisurinya?
Dalam mimpi itu, saya bergerak ke
sana ke mari
dalam istana memberi arahan kepada yang hadir. Tetapi saya bukan raja, bukan
pula menterinya, bukan pula pembesarnya.
kawasan dalaman sebuah istana. |
Terbangun sahaja, saya tidak
pasti perasaan saya yang sebenarnya. Gembirakah? Atau saya tergamankah? Saya
tak pernah melangkah masuk ke dalam mana-mana istana, berjumpa raja atau
bercakap dengannya. Paling tak munasabah, saya tak pernah berlaku biadap dalam
mana-mana istana pun di dunia ini.
Bila saya membuka kitab Tafsir
Mimpi Ibnu Sirin, tafsirnya mengatakan bahawa orang yang bermimpi itu akan
mendapat kemuliaan dan kehormatan dari orang ramai. Saya terpegun. Bagaimana dan di mana?
Beberapa hari selepas itu,
barulah rahsia mimpi itu terbongkar.
Pada Rabu, 24.8.2012, barulah
terbongkar rahsia mimpi saya. Pakda Mamat, jiran saya telah mengadakan kenduri
dengan menyembelih seekor kerbau. Semua orang kampong dijemput makan. Riuh
rendah rumahnya. Gegak gempita suasananya.
Kerbau..sedap gulai dagingnya... |
Sedap wei,,cicah roti lagi sedap |
Pada hari tersebut, saya
diamanahkan sebagai imam solat hajat di rumah beliau. Kemudian saya diserahi
tugas memimpin Majlis Khatam Al-Quran 3 orang anaknya. Dan Kemudian melakukan
tahlil sebagai penutup.
Alangkah besarnya penghormatan
beliau kepada saya. Terima kasih.
Kemudian pada Rabu, 29.8.2012, (seminggu
selepas itu), saya bermimpi lagi. Kali ini, mimpinya agak serupa dengan yang
sebelum ini. Ini bukan tentang istana, tetapi tentang bukit & rumah-rumah
yang tersergam indah di atassnya.
KISAHNYA : Saya berada di atas
sebuah bukit yang tinggi. Kemudian saya memasuki sebuah rumah (tuannya tiada)
yang tersergam di bukit itu. Kemudian saya berkereta dan menuju ke bukit yang
berdekatan. Saya juga memasuki rumah yang ada di situ seolah-olah ia rumah
saya. Perbuatan itu saya ulangi sehingga kepada bukit yang kelima dan rumah
yang kelima.
bunglow atas bukit |
Tafsirnya? Entahlah. Kalau
merujuk kepada Kitab ANDA BERMIMPI? APAKAH ERTI MIMPI ANDA? Alih bahasa oleh
Mizan Asrori Zain M dari kitab asalnya oleh SYEIKH MUHAMMAD BIN SIRIN (Ibnu
Sirin), didapati tafsirnya adalah seperti berikut.
Barangsiapa bermimpi mendaki
gunung/bukit, maka ia akan mendapat kemuliaan (ms 45).
Setiap pendakian dalam mimpi
tidurnya, bererti pencapaiannya dalam agama, harta dan darjatnya (ms 46).
Jika rumah itu tidak diketahui
bangunannya, asal usul penghuninya & tempatnya, maka takbirnya mengandungi
maksud akhirat. Maka keadaannya di akhirat nanti dan amal kebaikannya yang
telah diakukannya adalah menurut keadaan rumah yang dilihat dalam mimpinya itu
samada sempit atau lapang serta indah atau tidak (ms 47).
Cuma beberapa hari selepas itu, baru saya
mendapat khabar bahawa ramai orang kampong di tempat saya menunggu untuk
bermesyuarat di surau pada hari Khamis, 30.8.2012, selepas Isyak. Mereka
tersalah faham sebenarnya.
Sebenarnya, tarikh asal mesyuarat
ialah pada 30.8.2012 (Khamis malam Jumaat). Tetapi atas sebab-sebab tertentu
yang tak dapat dielakkan, saya menundanya kepada 4.9.2012 (Selasa Malam Rabu).
Saya telah membuat pembetulan tarikh tersebut & memberitahu beberapa rakan
saya supaya dipanjangluaskan berita tersebut. Malangnya, ada yang tak perasan
tentang perubahan tersebut.
Mereka berkumpul ramai menunggu
saya, sedangkan saya ada 3 majlis serentak pada malam tersebut. [1[ Majlis
Sambutan Merdeka Raya di SMKH2, [2] Majlis Tahlil 40 hari Arwah Penghulu
Mustaffa Kg Bagan. Saya pergi lebih awal untuk berjumpa sahaja dengan
isterinya, [3] Mesyuarat Surau di tempat saya, yang saya tangguhkan kemudiannya
kepada 4.9.2012.
Saya sangat menyayangi
penduduk-penduduk di tempat saya. Mereka baik dan sangat cinta kepada agama.
Walau pun saya bukan penduduk asli di kampong tersebut, namun saya diterima
dengan baik & dilantik pula sebagai Pengerusi Surau & Imam untuk
mereka.
Walau apa pun tafsirannya, saya
tetap menganggap mimpi saya itu baik dan benar. Syukur kepada Tuhan kerana
memberi kedudukan dan kemuliaan yang baik kepada saya.
Sesiapa yang pernah bermimpi dan
ingin mendapat tafsirannya, boleh publish mimpi anda itu pada komentar. Saya
akan cuba
menghurai setakat mampu.
Sebarang komentar/komen/cadangan/luahan
atau apa sahaja, sila pilih ANONYMOUS atau NAME/URL. Taipkan nama anda & abaikan
url.
5.9.2012 5.36 pm.
salam, sekiranya bermimpi mendapat dua bentuk cincin?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya berminat nak tahu juga. Ada siri-siri mimpi yang ditulis pada blog saya. Boleh lawati penulisbayang.blogspot.com di bawah tag mimpi. Review ke emel saya. Terima kasih.
ReplyDelete