Anda telah
membaca 2 entri saya sebelum ini, IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 1 & 2).
Sebelum saya melanjutkan dengan entri terbaru saya, IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT
(SIRI 3), saya mahu anda mendapat kesimpulan ketat daripada kedua-dua entri
saya di atas.
KESIMPULAN
DARI IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 1)
[1] Saya
membuat kesimpulan dalam entri ini bahawa Imam Mahdi (IM) pernah hidup di zaman
Saddam Hussin di Iraq & pernah mendapat layanan buruk daripadanya. Dengan
menganggap bahawa dia orang Iraq,
maka sudah tentu beliau berbangsa Arab dan dari keturunan Arab.
Saddam Hussein, bekas penguasa Iraq |
[2] Ia
berdasarkan kata-kata /kalam sahabat Nabi S.A.W, iaitu Abu Hurairah r.a,
sepertimana yang termuat dalam entri saya sebelumnya, KISAH AL MAHDI AKHIR
ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA.
[3]
Berdasarkan kata-kata sahabat Nabi yang mulia ini juga, IM dikatakan akan
muncul pada sekitar tahun 1420H atau 1430H. Sekarang dah 1433H, bermakna saat
kemunculannya sudah sangat dekat. Kita sekarang berada di pintu gerbang
kemunculannya.
KESIMPULAN
DARI IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 2)
[1] Ada 2 orang hamba Allah
yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi (IM) & Pemuda Bani Tamin (PBT)
Mereka yang dimaksudkan ialah Nasser Mohamad (IM) & Abdul Aziz bin Muhammad Nasir (PBT) dari Indonesia..
Mereka yang dimaksudkan ialah Nasser Mohamad (IM) & Abdul Aziz bin Muhammad Nasir (PBT) dari Indonesia..
[2] Walau
pun mereka terdiri daripada orang yang baik serta mempunyai asas agama yang
kukuh, tetapi dakwaan mereka tidak boleh diterima atas 3 sebab berikut.
[a] IM tersebut
bukan berbangsa Arab. Begitu juga PBT.
[b] Mereka
mendahului ketentuan tuhan dengan mengisytiharkan diri masing-masing sebagai IM
dan PBT.
[c] Mereka
bangga dengan dakwaan yang mereka buat ke atas diri mereka, sedangkan IM yang
sebenar menolak perlantikan tersebut dan menganggap dirinya tidak layak.
Kemudian
jika anda telah membaca entri-entri saya yang berkaitan sebelum ini, tentu anda
mendapati bahawa terdapat kesimpulan-kesimpulan yang ketat di situ.
KESIMPULAN
DARI KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI 1)
Sebenarnya,
banyak kesimpulan yang boleh saya buar dari entri ini. Tetapi lebih baik saya focus
kepada beberapa perkara berikut.
[1] IM
keluar dari Madinah menuju ke Mekah semasa berlaku perebutan kuasa di antara
putera-putera raja. Kemudian berlaku pembaitan terhadapnya di Mekah. IM menolak
tetapi dia tetap dipaksa.
[2]
Berdasarkan riwayat Saidina Ali, ada kisah tambahan seperti berikut.
[a]. Akan
dihantar tentera ke Madinah untuk menangkap IM
[b] Tentera
ini menangkap ramai keluarga Nabi S.A.W (Ahlul Bait)
[c] Mereka
juga membunuh ramai kaum lelaki & perempuan dari Bani Hasyim
[d] Ketika
itu, Al-Mahdi dan Mubayyidh lari daripada Mekah dan Madinah.
KESIMPULAN
DARI KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI 2)
Kesimpulan
saya dari entri ini mudah sahaja.
Syeikh Ahmad At-Tijani, Mesir |
Makam Syiekh Ahmad At-Tijani, pengasas tarikat Tijaniah |
[2] Ia
berada di sebuah Negara yang sangat anti kepada tarikat atau tasauf. Hal ini
tak perlu diperjelaskan kerana semua orang sudah maklum keadaannya.
Oleh kerana
karangan dalam setiap entri saya tidak mengikut hieraki masa, maka ia kelihatan
berterabur dan bersimpang-siur. Kalau saya diizinkan menyusunnya secara
teratur, maka ia akan kelihatan seperti berikut.
[1] IM
pernah hidup di Iraq
semasa pemerintahan Saddam Hussin.
[2]
Kemudian, IM berpindah ke Arab Saudi. Oleh kerana hadis di atas mengaitkannya dengan kumpulan zikir (tarikat), maka saya berpendapat ia ada kaitan dengan tugasan mengembangkan atau memberi sokongan
kepada perkembangan tarikat.tersebut.
[3] Beliau,
keluarga & pengikutnya diburu. Saya tidak pasti sebab-sebab diburu. Apakah kerana usaha menghidupkan & mengembangkan ajaran tersebut? Atau kerana kelantangan suaranya menentang kezaliman?.
[4] IM keluar
dari Madinah & Mekah menyelamatkan diri.
[5] Kembali
semula ke Madinah & bergerak semula ke Mekah semasa berlakunya peristiwa
perebutan kuasa di antara anak-anak raja.
[6] Dipaksa menerima
pembaitan sebagai IM.
Jika benar tulisan saya di atas, maka saatnya sudah sangat dekat.
Ibnu Majah juga meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mahdi itu adalah dari ahli keluargaku. Allah s.w.t. akan melayakkannya hanya dalam satu malam.” (Sunan Ibnu Majah) Hadith riwayat Ibnu Majah ini juga dikemukakan oleh Tarmizi, Abu Daud dan Haakim.
Ibnu Majah juga meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mahdi itu adalah dari ahli keluargaku. Allah s.w.t. akan melayakkannya hanya dalam satu malam.” (Sunan Ibnu Majah) Hadith riwayat Ibnu Majah ini juga dikemukakan oleh Tarmizi, Abu Daud dan Haakim.
Setkat ini, itulah butiran
pergerakan IM setakat yang kami ketahui. Insyaallah, kami akan terus mencari
& mencari. Mohon kerjasama anda semua memberi maklumat jika ada.
Sekian, terima kasih. 28.9.2012
2.44 pm.
anda tidak membaca peringatan Allah dan ancaman Allah pada umat manusia..seperti org islam yg lain dan ulama..imam mahdi mesti mengikut apa yg anda ketahui seperti penciptaan adam dimana iblis dan malaikat membantah tp Allah murka dan kata adakah mereka tahu drNya..begitu juga anda..adakah kamu nak beritahu Allah apa yg Allah perlu ikut mengenai imam mahdi..baca keterangan imam di www.mahdi-alumma.com dan bayan-noon.com..supaya anda tidak juga termasuk ancaman Allah pada yg engkar seperti iblis..planet saqar makin menghampiri..dan sebelum saqar datang..hukuman kecil dari langit akan jatuh ditanah arab kerana mendustakana imam nasser sebagai imam mahdi..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam buat semua....buat penulis sebagaimana saya fahami IM itu akan ditangkap di tengah perjalanan dari madinah menuju ke makah...dikala itu madinah sedang dihuru harakan oleh pengikut2 darjal...untuk makluman penulis tiada siapa pun yg layak membaiah IM di kaabah (diantara makam ibrahim dan hijir ismail) dan golongan yg layak membaiah IM mestilah pentadbir 2 bandar berkembar ini. Utk makluman penulis bahwa kebetulan pentadbir bandar berkembar makah dan madinah berada di tanaim (miqat dari madinah ke makah). Tentang golongan syiah ini, mengikut fahaman mereka sendiri memang mereka sangat membenci masyarakat madinah ini kerana disanalah pusat pentadbiran pemerintahan kalifah2 yg mereka benci. Dan tak mustahil mereka akan menghuru harakan madinah apabila mereka semakin kuat dibumi arab.
ReplyDeleteMaaf pembetulan...dari lokasi baiah IM diantara makam ibrahim dan hajar aswad.
ReplyDeleteimam mahdi di beri code yakni wahyu pertama value 69 19 dan juga surah al fateha code 139 13 yg mana ia dapat merunkai segala heorgraf mesir menjadi semua alphabet dunia dan rahsia numeric al jibra dalam penguasann setiap bahasa di dunia yg berbentok logogram,,,,matematic value alphabet,,dari situ lah 114 surah dapat di baca melalui encode dan decode
ReplyDelete