GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday, 21 September 2012

MENAKJUBKAN TETAPI MUNGKIN JUGA MENGERIKAN


Pemandangan di bawah setengahnya kelihatan indah & menarik, akan tetapi mungkin juga mengerikan.

Selain migrasi kupu-kupu Monarch yang indah & cantik, pemandangan-pemandangan lain, walau pun cantik tetapi mengerikan & menakutkan.


Kesimpulannya, walau menakjubkan, tetapi mungkin menimbulkan bahaya.

Berdoalah kepada tuhan supaya ia tidak berlaku di tempat anda. Ikutilah apa yang Nabi Muhamad S.A.W ajarkan kepada kita.

Bacalah doa ini 3X pagi dan petang.
 
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)


1.Migrasi kupu-kupu Monarch
 
 
 

 
Migrasi massal kupu-kupu Monarch (Danaus plexippus) terjadi pada musim dingin, meliputi sebahagian besar Amerika Utara menuju daerah selatan. 

Warna kupu-kupu tersebut orange dan hitam dan kelihatan sangat indah ketika memenuhi langit biru.

2. Tiang Cahaya

 
Tiang cahaya terjadi pada saat cuaca sangat dingin. Pada ketika itu, kristal ais tergantung di atmosfera, maka fenomena alam ini terlihat di langit pada waktu malam. 

Semakin tinggi kristal ais itu, semakin tinggi pula tiang cahaya itu terlihat. 

Maaf ya, fenomena ini tidak berlaku di Malaysia. Hujan ais pun jarang berlaku, apatah lagi tiang cahaya. Ia berlaku jika cuaca atmosfera sangat sejuk.


 
3. Maelstorm
Maelstorm adalah pusaran air yang sangat kuat di tengah laut. Pusaran air ini biasa terjadi di Scotlandia dan dapat terdengar hingga berbatu-batu jauhnya.

Walau bagaimanapun, maelstorm ini boleh berlaku di mana sahaja. Asal sahaja ada air yang terdedah kepada ribut, ia tetap akan berlaku. Mungkin saiznya sahaja yang berbeza.

4. Badai pasir



 
Badai pasir terjadi ketika angin kencang mengangkat partikel tanah dan pasir ke atmosfera sehingga membentuk badai. 

Menurut kajian, berjuta-juta ton debu & pasir telah dibawa dari Sahara ke cekungan Amazon melalui badai ini. Ia sebuah proses alam semula jadi yang sangat gigantik.

5. Pusaran api

 

 
Yang satu ini mengerikan, namun tetap terlihat indah. Iaitu pusaran api yang terjadi saat tornado. 

Pusaran api terjadi ketika panas dari api mendorong udara di atasnya sedemikian rupa untuk membentuk pusaran dengan udara dingin di luar. 

Jika pusaran ini memperoleh pusaran vertikal maka api akan terhisap ke atas membentuk pusaran api yang panjang dan menakutkan.

Pusaran api yang terjadi di Tokyo pada tahun 1923 membakar semua bangunan di sana yang kebanyakannya terbuat daripada kayu.


Diberitakan bahawa ia sangat dahsyat sehingga 38.000 orang hangus terbakar di dalam kejadian itu.



No comments:

Post a Comment