Terima kasih kerana membaca blog saya yang lepas, MATI, KUBURAN & ALAM BARZAH.Sekarang saya menyambung dengan entri yang masih sama. INILAH CERITA KEGELAPAN ALAM KUBUR.
Kita mulakan entri ini dengan situasi pertama.
SITUASI PERTAMA
Cuba anda pejam mata anda sekitar 3
minit. Apa yang anda Nampak?
Anda hanya nampak kegelapan
sahaja. Kegelapan tanpa cahaya. Semua gelap. Kanan gelap, kiri gelap, hadapan
gelap, belakang gelap, atas gelap, bawah pun gelap.
Inilah kegelapan tanpa cahaya.
Anda mungkin tidak takut, tetapi anda tentu sukar bergerak tanpa cahaya yang
menyuluh anda.
SITUASI KEDUA
Cuba anda masuk ke dalam bilik yang
gelap gelita. Kemudian pejam mata anda sekali lagi. Apa yang anda
nampak? Anda tentu akan Nampak kegelapan yang lebih gelap daripada
situasi pertama tadi.
Ini kita panggil kegelapan yang gelap
gelita. Gelap pekat tanpa cahaya sedikit pun. Anda tidak mungkin takut
menghadapi situasi ini di rumah anda.
Bagaimana kalau anda menghadapi
pengalaman ngeri ini di pendalaman hutan, gaung yang dalam, lubang yang seram,
terowong yang kelam dan sebagainya?
SITUASI KETIGA
Bayangkan anda masuk ke dalam
hutan seorang diri. Makin lama semakin jauh ke dalam pendalaman hutan.
Akhirnya anda tersesat. Jam di
tangan anda sudah pukul 5.00 pm. Suasana dalam hutan beransur-ansur gelap.
Kawasan sekitar anda? Pun gelap. Bahkan beransur-ansur gelap.
Langit di atas kepala anda juga
semakin gelap. Awan yang gelap pekat membungkus seluruh dada langit. Akibatnya,
hutan di tempat anda sesat itu hitam kelam. Hitam pekat. Hitam zulmat.
Anda tentu akan menangis. Bahkan
mungkin menjerit ketakutan. Bahkan mungkin anda melaung sehingga bergegar
segala rumput dan pokok di hutan. Tetapi semuanya kosong belaka. Anda berada
dalam KEGELAPAN.
Ibu dan ayah anda tiada di
samping anda. Adek-beradek anda juga tiada bersama anda. Kaum kerabat anda juga
tidak tahu ke mana perginya. Kawan-kawan anda juga entah ke mana. Yang ada di
sisi anda hanyalah KEGELAPAN. Walau di atas kepala anda ada bulan bersnar, tetapi sekelilingnya gelap gelita penuh KEGELAPAN.
Anda tentu akan menangis. Sehebat
mana pun anda, anda pasti akan menangis. Anda sekarang berada dalam KEGELAPAN
YANG SANGAT MENAKUTKAN.
SITUASI KEEMPAT
Dalam keadaan anda meraba-raba
kesesatan dalam hutan yang gelap itu, tiba-tiba anda terjatuh ke gaung yang
dalam. Tubuh anda melayah jatuh seperti ditolak sesuatu.
Di gaung yang dalam ini, anda
terdengar pelbagai suara yang belum pernah anda dengar. Ada suara seakan-akan orang menangis.
Kemudian pulak terdengar suara seperti orang mengilai. Tiba-tiba anda terasa
ada suara mengekek ketawa di sebelah kiri anda.
Anda takut setakut-takutnya. Anda
menangis lagi. Anda meraung dan menjerit sampai hampir putus urat leher anda.
Tanpa anda sedari, anda telah terkencing dan terberak untuk yang kesekian
kalinya.
Anda cuba mengesot dan bergerak untuk
lari dari situ. Tetapi kaki kiri anda sudah patah semasa melayah turun tadi.
Anda menangis & merintih sehiba-hibanya.
“Mak, tolonglah aku. Kakiku
sakit”
“Abah, kasihanilah aku. Angkatlah
aku keluar”
Anda menangis, meraung &
menjerit. Tetapi ibu dan ayah anda tak datang menolong anda. Mereka berada jauh
dari anda.
SITUASI KELIMA.
Dalam keadaan kaki kiri anda
sudah patah, anda masih lagi cuba
berusaha untuk mencari jalan keluar.
Anda mengengsot ke sebelah kiri
anda, tiba-tiba anda tersentuh suatu objek yang berlumut. Dalam kegelapan
malam, anda meraba-raba sehinggalah anda tahu ia adalah sebuah batu yang besar.
Anda mengengsot ke sebelah kanan
anda, anda tersentuh suatu objek yang kasar. Dalam kegelapan malam, anda
meraba-raba sehinggalah anda tahu ia adalah sebuah pokok yang besar
Anda cuba mengengsot ke hadapan anda.
Sedikit demi sedikit, sehinggalah anda tersentuh sesuatu.
Anda raba sedikit demi sedikit. Anda
tersentuh suatu objek yang lembik macam badan ular, licin macam mengkarung,
mengelikan macam cicak hutan. Apa dia? Anda tak tahu & tak dapat menjawab
dengan pasti. Yang pastinya, anda sangat takut & terkejut.
Akibat ketakutan yang amat
sangat, anda terlompat ke belakang. Anda lari & lari dari ketakutan yang
amat menakutkan itu. Suara anda hampir putus oleh ketakutan menggila di dalam
tubuh anda.
DUMMM….
SITUASI KEENAM.
Anda terjatuh ke dalam sebuah
lubang sedalam 3.5 meter (lebih kurang 10 kaki). Sekarang kecederaan anda
bertambah berat. Kalau sebelum ini, kaki kiri anda patah, sekarang kaki kanan
pula patah. Anda lumpuh 90%.
Anda pandang kiri, anda Nampak
kegelapan. Anda pandang kanan, atas, bawah, hadapan & belakang, anda Nampak
semuanya dalam bentok kegelapan sahaja. You are totally in a perfect darkness.
Anda panggil ibu, dia tak
menjawab.
Anda panggil bapa, dia tak
menjawab
Anda panggil Abang Long, Abang
Ngah, Kak Long & Kak Ngah, semua depa tak menjawab.
Anda panggil Jali, Hafiz, Rosman,
Rahmat & rakan-rakan anda yang lain, semua mereka membisu tak menjawab.
Anda menangis semahu-mahunya.
Hanya kosong & sepi.
Anda menjerit sehabis suara anda.
Semuanya kosong & sepi.
Anda melaung sekuat suara anda.
Kosong, sepi, sunyi tanpa jawapan.
Yang ada hanya KEGELAPAN TOTAL. Kalau
pun anda terdengar suara, ada beberapa biji kerikil terjatuh ke dalam lubang
anda akibat dikuis harimau.
Atau beberapa helai daun yang
melayah turun ke dalam lubang & mengena pipi anda. Sekali lagi anda
menjerit dan melaung ketakutan.
SITUASI KETUJUH
Seminggu selepas anda membaca
artikel saya ini, tiba-tiba anda
direnggut KEMATIAN. Maka bermulalah laluan anda ke alam barzah yang gelap
gelita.
Ia lebih gelap dari situasi
1,2,3,4,5 & 6 di atas. Sanggupkah anda menghadapinya?
SETELAH 3 LANGKAH orang terakhir
meninggalkan anda di liang lahad kubur, maka datanglah 2 makhluk tuhan, Mungkar
& Nakir.
Dalam keadaan gelap gelita yang
menakutkan itu, anda terdengar suara menyoal anda, Suara seperti petir atau
halilintar. Sanggupkah anda menghadapinya?
Kemudian jika anda gagal menjawab
soalan yang diajukan, maka pukulan cemeti akan hinggap ke tubuh anda.
Diriwayatkan pukulan itu akan meneggelamkan anda sedalam 70 hasta. Sanggupkah
anda menghadapinya?
Kalau anda tidak sanggup,
bertaubatlah kepada tuhan dengan taubat nasuha. Astaghfirullahal-azim.
Diterbitkan pada 13.9.2012 6.26 pm.
No comments:
Post a Comment