GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday, 20 September 2012

MANUSIA-MANUSIA BIADAP TERHADAP RASULULLAH SAW




Kebiadapan yang paling besar ialah menghina agama. Umat Islam dilarang menghina agama lain, apatah lagi agama Islam yang mereka anuti.

Menghina agama adalah perbuatan tolol yang datang dari jiwa yang kacau & ilmu yang celaru. Ia datang dari rumusan hidup yang penuh huru-hara.


Berikut ialah manusia-manusia biadap yang telah menghina Rasulullah S.A.W. Kita mulakan dengan Salman Rushdie.

[1] Salman Rushdie telah menghina Nabi saw dalam karyanya “The Satanic Verses”. Ini berlaku pada tahun 1988 dan Ayotallah Khomeini dari Iran telah mengumumkan hukuman bunuh terhadapnya.
Sebaliknya, Kerajaan British telah menganugerahkan pingat ‘Knight Bachelor’ (membawa gelaran Sir) kepadanya pada tahun 2007, sesudah 20 tahun dia diburu untuk dibunuh kerana pengkhiantannya .  

Dalam masa umat Islam membencinya, ada pulak pihak lain yang mendokongnya. Buktinya,  anugerah tersebut dilakukan dalam satu majlis sempena ulangtahun kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-81.

Ia satu tindakan yang menghina Islam kerana tindakan tersebut sebagai tanda kerajaan Britain berbangga dengan pencapaian buku “The Satanic Verses”.

Salman Rusdie, 60, anak seorang Muslim dilahirkan di Bombay, India pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja John Conon kemudian di King Kolej, Cambridge.

Pada tahun 1988 dia menulis novel ‘The Satanic Versus’ (Surah-surah Syaitan) yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
                   
Pada 14 Febuari 1989 pemimpin Republik Iran, Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa supaya Salman Rusdie dihukum bunuh. Sejak itu Salman tidak muncul di khalayak ramai dan bersembunyi di Britain.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…



Taslima Nasreen
                            
[2] Taslima Nasreen, seorang wanita warga Bangladesh menghina Nabi s.a.w. dalam karyanya dan hidup mewah dengan hasil jualan karyanya. Dia telah memilih untuk menjual agamanya & menghina Nabinya demi untuk mendapat dunia yang sementara ini. Peristiwa ini berlaku sekitar 1990.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

[3] Haidar Bin Haidar, seorang penulis Syria yang bermustautin di Mesir telah memasukkan keluarga Nabi sebagai watak dalam novelnya dan menghina mereka. Ini juga berlaku sekitar 1990.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

[4] Pada tahun yang hampir sama, seorang editor akhbar “Nigeria This Day” telah menghina Nabi dalam kolumnya dengan mengatakan Nabi akan membenarkan pertandingan ratu cantik di Nigeria dan memilih salah seorang sebagai isterinya.

Itu merupakan kata-kata yang sangat celupar. Satu perbuatan jahat yang menyamakan Rasulullah S.A.W sebagai manusia gila seks.

Pejabat Nigeria This Day kena serbu.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

[5] Pada tahun 1997, Tatyana Suskin, seorang wanita Yahudi telah  membuat dan menyebarkan 20 poster yang menghina Islam dan Nabi SAW. Di antaranya gambar seekor babi.

Dari situ, ramai musuh Islam memanggil Nabi Muhamad S.A.W dengan gelaran yang tak baik, termasuk sebahagian murtad yang mempersenda-sendakan Islam.

Termasuk juga, dari usahanya, ada pihak di Israel menamakan sebuah disko di Tel Aviv dengan  nama Mecca (Mekah).

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

[6] Sekitar tahun 2000, Farish Noor menulis artikelnya “Let Islam lead the way with its progressive view on sexuality” dalam New Straits Times menghina Nabi SAW.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

[7] Pada tahun 2002, Islama Daniel, seorang wartawan  Nigeria telah menulis panjang lebar tentang Nabi Muhamad S.A.W dan Pertandingan Ratu Cantik Miss World.

Pertandingan itu adalah untuk memperlekehkan pelaksanaan syariah Islam di Nigeria. Dan dia telah mengulangi keceluparan wartawan sepertinya sebelum ini, seperti yang berlaku pada tahun 1990.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

[8] Theo Van Gogh, seorang producer filem barat telah menghina Islam dan Nabi s.a.w. dalam sebuah filem dokumentari atas dasar kebebasan berkarya.

“Kebebasan berkarya” itu adalah satu slogan ciptaan Yahudi. Mereka mencipta & menyebarluaskan slogan ini di barat supaya Islam dapat dijadikan satu objek untuk dihina dan dipermainkan.

Timbul satu soalan. Dapatkah “kebebasan berkarya” ini ditujukan kepada kaum Yahudi dengan kita menafikan peristiwa Holocaust semasa WW2?

Maksudnya, dapatkah kita membikin sebuah filem yang menafikan peristiwa Holocaust di Jerman itu? Sudah tentu, kaum Yahudi akan memberontak marah. Maka, di manakah “kebebasan berkarya” itu?

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…
 
 
[9] Pada tahun 2005, Akhbar Denmark “Jylands Posten” menerbitkan kartun Nabi sebagai pengganas yang tidak berakhlak. Akhbar-akhbar dari Jerman, Perancis, Belanda, Itali dan Sepanyol turut mengeluarkan kartun yang sama untuk menyokong tindakan akhbar denmark itu.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

[10] Pada tahun yang hampir sama (2005), “Sarawak Tribune” menyiarkan kartun menghina Nabi .

[11] Juga pada 2005, “Guang Ming Daily’ mengeluarkan foto akhbar yang menyiarkan karikatur itu.

[12]Juga sekitar 2005, “New Straits Times” menyiarkan kartun lain yang menghina Islam dan Nabi saw.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…


[13]  Di Mesir (2008), seorang penulis wanita bernama Basant Rasyad menulis buku berbahasa Arab (الحب والجنس في حياة النبي) [Cinta & Seks Dalam Hidup Nabi] yang merendah-rendahkan peribadi Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

[14]  Di Malaysia (2011),  seorang wanita dengan nama samaran ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ giat menghina Allah SWT, Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW melalui blog dan twitternya.

Kalau beliau ini budak Melayu beragama Islam, maka kembalilah kepada Islam seluruhnya sebelum tiba ajalmu. Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun. Kalau kamu degil, jawapan kami ialah

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

Kalau berlaku penyamaran identiti tentang siapakah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu, maka doa kami ialah

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

Kepada pihak JAKIM dan mereka yang bersangkutan, sila ambil tindakan sewajarnya ke atas blog dan twitternya yang masih aktif. Juga kepada mana-mana individu/kumpulan yang sepertinya.


[15] Terbaru, di Amerika Syarikat, September 2012 - Penerbitan filem “Innocence of Muslims” menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Penerbit, penulis dan pengarah filem itu, Sam Bacile (nama sebenarnya Nakoula Bassely Nakoula) adalah Yahudi. Filem tersebut dikatakan mendapat derma dari 100 orang Yahudi berjumlah USD 5 juta dan melibatkan kurang 60 orang pelakon serta 45 orang krew.

Penerbit yang keji itu berkata: "Islam is a cancer, the movie is a political movie, it's not a religious movie".
              
Katanya, Islam itu adalah seperti penyakit kanser. Filem itu adalah sebuah filem politik, bukan filem agama.

Ya Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah kepada mereka singa-singa-Mu…

Sekian, terima kasih. 21.9.2012   11.09 am.

No comments:

Post a Comment