GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday, 6 October 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (1) menolak kemasyhuran diri



Saya telah membaca sebuah kisah panjang lebar tentang keikhlasan dan cara-cara mengenalnya. Dikatakan bahawa tanda utamanya ialah para mukhlis (orang yang ikhlas) itu tidak suka kepada kemasyhuran.

Untuk memahaminya, sila baca entri yang dimaksudkan HAKIKAT IKHLAS DALAM KEHIDUPAN..tidak mencari kemasyhuran  [1] di dalam Weblog Cikgu Zain.

Saya rasa anda pun patut membacanya. Mana tahu anda seorang yang sangat gemar mencari kemasyhuran.

Di kesempatan ini, saya ingin menulis tajuk yang sama. Tetapi seperti yang anda tahu, saya ingin menfokuskannya kepada Imam Mahdi (IM).

Diriwayatkan dari Al-Hasan (cucu Rasulullah S.A.W), beliau berkata, “Pada suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dapat mengikutiku.”


MAKSUD MENUTUP PINTU
Maksud beliau menutup pintu itu ialah supaya tidak ada perhimpunan manusia ramai di rumahnya. Beliau tidak mahu ada unsur-unsur pemujaan dan penghormatan yang keterlaluan terhadap dirinya. Beliau hanya insan biasa dan mahu dikenal sebagai insan biasa.

Pada suatu hari, Al-Hasan (cucu Rasulullah S.A.W) keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, “Apakah kamu ada keperluan kepadaku? Jika tidak, mengapa kejadian seperti ini masih tersemat dalam hati orang Mu’min?”

Al-Hassan sangat anti kepada popularity (kemasyhuran) kerana bimbang ia menenggelamkan keikhlasannya kepada Tuhan. Kemasyhuran merupakan buah yang masam kepada mereka yang mencari keredhaan Tuhan.

Pada zaman kita ini, popularity merupakan tiket untuk berkembang maju. Seorang pengarang muda yang telah menjadi juara sayembara boleh menggunakan popularity dirinya untuk meraih masa depan yang cerah. Jadinya, mereka menulis bukan kerana Allah, tetapi kerana mencari kemasyhuran.

Begitu juga juara sesuatu pertandingan, semuanya berdiri di atas kemenangan masing-masing untuk mendapat kemasyhuran dan kesukaan manusia terhadapnya.  Mereka tidak meletakkan Allah sebagai focus kehidupan mereka, tetapi berharap kepada habuan duniawi yang serba gemerlapan.

TOLONG BEZAKAN DENGAN TELITI
Berusaha menjadi mukmin yang baik sangat dituntut dalam Islam. Tetapi berusaha ke arah maksiat & mengotori hatinya sangat tercela & dikutuk Tuhan. Maka kerana itu, berlumba-lumba membuat kebaikan adalah digalakan. Berusaha mencapai target (sasaran hidup) juga digalakan. Tetapi mencari kemasyhuran di sebaliknya adalah terlarang.

Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman sampai sekarang tidak diketahui siapa dia. Saya tidak tahu, anda pun tidak tahu. Kita semua tidak tahu. Dia bakal naik sebagai pemimpin kerana ditakdirkan tuhan. Bukan kerana dia mempopularkan dirinya. IM adalah insan yang sama-sekali tidak tergila-gilakan kemasyhuran. Dia juga insan yang tidak  mengistiyharkan dirinya sebagai IM sebelum waktunya. 

Al Hassan (cucu Rasulullah S.A.W) sebagaimana yang disebutkan di atas adalah datuk kepada  Imam Mahdi yang daripada silsilahnya, lahir ibu kepada Imam Mahdi. Daripada Al-Hussein pulak, lahir silsilah daripadanya sehingga sampai kepada bapa kepada Imam Mahdi. Jadinya,  Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman itu terbit dari 2 keturunan mulia, Al-Hassan & Al-Hussein.

BENCI KEPADA SAMBUTAN
Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yang mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, “Andaikata tidak kerana aku tahu bahawa Allah mengetahi isi hatiku tentang ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dari Allah.”

Bayangkan bagaimana wali-wali Allah  & orang-orang soleh zaman dahulu memprotes sambutan orang ramai terhadapnya. Mereka takut kepada kemasyhuran & merebaknya rasa ujub (bangga diri) di dalam hati mereka.
IM tak suka sambutan seperti ini














 
Bayangkan pula zaman sekarang. Orang yang disambut akan menjadi penilai kepada tahap sambutan terhadapnya. OOO…begini rupanya depa menyambut aku. Buat cincai-cincai sahaja ya. Hang tak kenal sapa aku. Nanti hang.

Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman menolak perlantikannya sebagai pemimpin walau pun telah dibaiah. Beliau menyembunyikan dirinya agar tidak dikenali. Tetapi dia dipaksa & dia terpaksa menjalankan tugasnya atas sokongan orang-orang yang mendesaknya.

BERBANGGA JADI LOW PROFILE PERSON
Ibn Mas’ud berkata, “Jadilah kamu sebagai sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pada waktu malam dan pembaharu hati yang diketahui penduduk langit, namun tidak dikenal penduduk bumi.”

Jarang kita berjumpa manusia seperti itu sekarang ini. Masing-masing nak tunjuk dokumentasi kerja mereka. Ini kerja saya, tuan. Tengoklah ada macam-macam. Saya buat program A, B, C.  Semuanya Berjaya.

Selepas itu, mereka mengampu, membodek, menjilat, ajak makan, beri itu dan ini. Semuanya berupa habuan dunia yang tidak ikhlas kerana Allah S.W.T.
sekadar iilustrasi sahaja...mencari keredhaan tuhan















 Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman bukan kaki ampu & kaki bodek. Dia seorang manusia yang banyak melakukan solat sunat di samping sentiasa mengerjakan solat berjemaah 5 waktu. Dia juga penegak sunnah pada saat orang lain menegakkannya. Dia juga banyak berzikir & berselawat dan bukan sama sekali kaki ampu & bodek.    

ASALKAN ENGKAU TERPUJI DI SISI ALLAH
Al-Fudhayl Ibn Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.

Kita kadang-kadang menjadi takut menjadi manusia “low profile”. Ketakutan itulah sebenarnya kebodohan. Mereka takut tidak dikenal oleh orang atasan. Mereka takut jasa-jasa dan usaha mereka tidak diiktiraf oleh orang atasan. Mereka takut mereka terlepas habuan yang sepatutnya.

Orang yang ikhlas akan berkerja kerana Allah. Mereka tidak mengharap apa-apa kecuali keredhaan Allah. Mereka tidak suka membodek, menjilat & memijak kepala orang lain untuk naik ke atas.

Mereka berkerja menurut keupayaan mereka. Kalau Berjaya, mereka bersyukur. Kalau gagal, mereka  bersabar & terus berusaha lagi. Kedua-duanya diberi pahala oleh Tuhan. Mereka menikmati ganjarannya dari Tuhan, bukan dari manusia. 

Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman menekankan konsep keikhlasan dalam berkerja. Dia bukan manusia hipokrit yang pandai bermanis muka. Dia juga bukan gunting dalam lipatan. Dia juga bukan “rencung di dalam pepet di luar”.

Para pendokong Imam Mahdi adalah golongan wali-wali Abdal dari Syria dan Iraq serta golongan asoib (kerohanian) dari Timur. Mereka mempunyai hati yang bersih luar dan dalam. Zahir & batin mereka boleh dipercayai seratus peratus.

IM lembut dan penyayang kepada rakyatnya tetapi tegas kepada pembantu &tenteranya


TEGAS TETAPI LEMBUT
Dikatakan Imam Mahdi ini sangat tegas kepada para pembantu & tenteranya tetapi sangat lembut kepada sekalian orang Islam lainnya. Dengan bahasa mudahnya, beliau sangat anti kepada ampu & bodek dan tidak membenarkan sesiapa pun melakukan perkara tersebut terhadapnya.


Mari kita ulangi balik kata-kata keramat para sahabat, dai & ulamak sufi di atas sebagai penguat hati kita.

Ibn Mas’ud berkata, “Jadilah kamu sebagai sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pada waktu malam dan pembaharu hati yang diketahui penduduk langit, namun tidak dikenal penduduk bumi.”

Al-Fudhayl Ibn Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.

FAHAMI BETUL-BETUL
Athar-athar yang disebutkan ini tidak mengajak kepada pengasingan atau uzlah. Orang-orang yang menjadi sumber riwayat ini adalah sahabat nabi yang mulia dan para da’ie. Mereka memiliki pengaruh yang amat baik dalam menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia.

Tetapi yang dapat difahami dari sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dari naluri jiwa yang tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yang disusupkan syaitan ke dalam hati manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yang serba gemerlap dan dikelilingi orang-orang yang mengikutinya.

Mereka sangat berhati-hati mengenainya. Sedangkan kita pula sangat cuai menjaganya.

Kemasyhuran itu sendiri bukanlah suatu yang tercela. Tiada yang lebih masyhur daripada para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yang tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sangat bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tidaklah menjadi masalah, sekali pun ia tetap menjadi ujian bagi orang-orang yang lemah, seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali.

SEBUAH RAHSIA YANG KETAT
Kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman menjadi suatu rahsia yang sukar ditebak (diteka) oleh sesiapa pun. Meski banyak isyarat yang diketahui, samada dari hadis dan kata-kata para sahabat radiaallahu anhum, namun kerahsiaannya tetap menjadi rahsia. Orang-orang Yahudi & agen-agn Dajjal tetap tidak dapat membunuhnya.

Imam Mahdi Al-Muntazar akhir zaman adalah insan “low profile” yang tidak dikenali sesiapa. Dia bukan orator (penceramah) yang penuh berapi-api ucapannya. Dia tersembunyi kerana disembunyikan Tuhan. Dia adalah insan yang ikhlas melakukan amal ibadat kepada Tuhan. Dia tidak main-main tetapi sangat istiqamah menjaganya.     

Sejajar dengan pengertian ini yang telah disebutkan dalam hadith Abu Dzar daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa Baginda pernah ditanya tentang seorang lelaki yang melakukan suatu amal kebajikan kerana Allah, lalu orang ramai menyanjungnya.

Maka Baginda menjawab, “Itu kurnia yang didahulukan, sekaligus khabar gembira bagi orang Mu’min.”  (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Ada pula lafaz lain, “Seseorang melakukan amal kerana Allah lalu orang-orang pun menyukainya..”

Pengertian seperti inilah yang ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan lain-lainnya.

Begitu pula hadith yang ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kepadanya.”

Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”

IKHLAS MEMANCARKAN CAHAYA
Mari kita berkerja kerana Allah. Bila kita ikhlas melakukannya, maka hati kita merasa senang kepadanya & orang lain pun senang kepada kita. Keikhlasan itu mempunyai sinar dan kilau, walau tersembunyi di perut bumi, cahayanya tetap terpancar. 

Cahaya pada Imam Mahdi Al-Muntazar adalah cahaya iman, cahaya amal & cahaya keikhlasan dalam dirinya. Hanya orang yang ikhlas dapat bersamanya. Sementara orang-orang munafik, asi (derhaka) dan kafir adalah mereka yang terpinggir & dipinggirkan.

Disiapkan pada 7.10.2012     2.55 pm
Terima kasih kerana melayari entri kami.

3 comments:

  1. he know who is he

    Jesus and The Green Man know who is he

    and the saint and the people who is blessed by God know who is he

    وَقُلْجَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚإِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Maaf, saya berpendapat tidak ada sesiapa pun yang tahu siapa itu IM. Termasuk dirinya sendiri. Dia akan tahu bila Tuhan melantiknya nanti.

    ReplyDelete