SERONOKNYA KALAU HARI-HARI DAPAT BEGINI
Saya nak berehat sekejap dari
kisah Imam Mahdi Al-Muntazar. Saya berhenti sekejap pada episode (6). Ada lagi 7 episod.
Kesemuanya ada 13 episod.
Apa perlunya saya menulis semua
itu? Jawapan saya mudah jew. I LOVE ISLAM. Kerana itu, saya mencintai Allah
sebagai sumber kekuatan saya, saya mencintai Nabi Muhamad S.A.W sebagai insan
paling mulia yang paling dicintai Allah, saya mencintai Islam sebagai wadah
kehidupan saya.
Di atas maksud yang sama, saya
mencintai sesiapa sahaja yang dicintai oleh Allah & membenci sesiapa sahaja
yang dibenci olehNya. Noktah.
Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir
Zaman adalah manusia pilihan dari keturunan mulia Rasulullah S.A.W. Dialah yang akan menghidupkan semula
agama Islam & membangunkan semula Daulah Islamiyah yang telah roboh.
Kalaulah diizinkan tuhan, saya
ingin berada di sisinya pada saat kemunculannya, berjuang bersama-samanya,
menikmati keindahan Islam yang dibangunkannya & hidup dalam Daulah
Islamiyah yang penuh keindahan & kedamaian.
Pagi tadi, saya bangun seawal
4.44 am. Kemudian mendirikan tahajjud & bermunajat kepada Tuhan dengan
wirid dan zikir yang biasa saya amalkan. Alangkah sejuk rasa hati bila kita
dapat membaca Al-Quran dan menderasinya.
Kemudian saya teruskan dengan doa
Nabi Sulaiman (DNS) yang cukup hebat & ampuh itu. Saya percaya bahawa di
antara sebab utama kepada penyakit manusia adalah kerana pola pemakanan yang
tak sihat. Akan tetapi saya juga cukup percaya bahawa sebahagian penyakit di
dalam tubuh manusia ada kaitan dengan gangguan jin & syaitan.
Anda faham maksud saya? Mari kita
tengok contohnya, iaitu kemalangan yang biasa berlaku di jalan raya. Sebahagian
sebabnya adalah kerana kecuaian pemandu & keadaan fizikal kereta yang
kurang baik. Akan tetapi setengahnya kerana gangguan jin & syaitan.
Mereka menyamar diri sebagai bayi
2 tahun yang merangkak di atas jalan raya. Atau seperti bayi yang
tersengih-sengih manja di atas cermin depan pemandu kereta. Atau seperti gadis
berambut panjang di tengah jalan raya. Semuanya boleh menyebabkan gangguan
kepada pemanduan kereta. Akibatnya, DUMMM, berlaku kemalangan antara 2 buah
kereta atau kereta terjunam ke dalam sungai atau termasuk gaung.
Mudah-mudahan DNS dapat
memberikan saya kesihatan yang baik, sesuai dengan apa yang saya percayai.
Biiznillah. Insyaallah.
Kemudian saya lanjutkan dengan
Doa Nurrun Nubuwwah (maksudnya Doa Cahaya Kenabian). Ia sebuah doa yang baik
& sangat mustajab diamalkan. Saya tengok ramai anak-anak muda sangat
berminat dengan doa ini. Baguslah. Tetapi jangan berdoa sahaja. Solat 5 waktu
mesti dijaga dengan baik. Kalau boleh, biasakan berjemaah di surau.
Masa saya muda dahulu, saya kuat
mengamalkan Doa Nurrun Nubuwah ini. Hasilnya, saya selalu mendapat mimpi yang
baik & benar, termasuk berperang dan bertempur dengan jin & syaitan di
dalam mimpi saya. Bahkan muka mereka yang dikatakan hodoh, buruk, tak smart,
tak macho, dsb dapat saya lihat di dalam mimpi saya.
Betullah kalau ada orang kata,
seburuk-buruk muka manusia adalah secantik-cantik muka jin. Depa tak smart
langsung.
Dan daripada mimpi saya itu juga,
saya dapat melihat bahawa jin & syaitan sangat takut kepada keampuhan Ayatul
Kursy. Saat saya membaca & menghembus kepada mereka, tubuh mereka (dalam
penyamaran sebagai manusia) pecah berkecai & kembali kepada tubuh asal
mereka. Di situlah saya melihat diri mereka yang sebenar. Huduh, buruk, tak
smart & tak macho langsung.
Seterusnya, saya baca doa
pengusir bala & doa perlindungan yang diajarkan Rasulullah S.A.W. Hidup
kita ini sebenarnya tidak ketahuan. Kita terdedah kepada sebarang musibah dan
bala. Tetapi kita harus percaya & yakin, musibah & bala itu boleh
dihindari jika kita berpegang teguh & yakin dengan kekuasaan Tuhan. Noktah.
Kemudian saya lanjutkan dengan
Tasbih Nabi Khidir, Tasbih Nabi Yunus, Asmaul Husna & Al-Ma’thurat. Sedar
tak sedar, jam menunjukkan pukul 5.56 am. Syukur kepada Tuhan kerana
mengerakkan hati saya untuk melihat jam. Segera saya ke surau untuk solat Subuh
berjemaah.
Ramai orang tahu & kenal
Tasbih Nabi Yunus (TNY) tetapi tidak ramai yang tahu Tasbih Nabi Khidir (TNK).
Di ruang yang terhad ini, saya hanya boleh bercerita sedikit sahaja tentang
TNK. Ia sejenis tasbih yang jika dibaca 7X, boleh meredakan kemarahan sesiapa
sahaja. Bahkan saya selalu menggunakannya untuk mendamaikan dua pihak yang
bertelagah, lebih-lebih lagi suami isteri. Mujarab. Insyaallah.
Sepanjang hidup saya, baru 2X
saya mengijazahkan TNK ini. Kedua-dua Hamba Allah berkenaan mempunyai masalah
pribadi yang sangat kritikal dengan rakan-rakan/masyarakat sekitar. Kaifiatnya
mudah sahaja. Baca 3X pagi & petang. Kalau tiap-tiap selepas solat, lagi
baik. Kemudian tiup pada telapak tangan & sapu ke muka. Insyaallah, semua
makhluk Tuhan menyayangi anda. Manusia, jin, binatang & pokok-pokok kayu di
sekeliling anda.
Tetapi sebelum mengijazahkannya,
saya dahului dengan amaran keras. Jangan salah guna. Saya tak benarkan
sesiapapun jua menyalahgunakan ilmu yang saya beri kepadanya. Saya tak redha.
Tak suka.
Tasbih Nabi Yunus |
Tasbih Nabi Yunus saya baca
setiap masa, terutama sekali setiap selepas solat 3X. Pada waktu yang kritikal
atau pada waktu yang saya berhajat kepada pertolongan Tuhan, saya akan baca
sehingga 41X. Kemudian dengan rendah hati, saya berdoa. Masa itu hati saya
benar-benar merasa dingin & sejuk. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan.
Hasilnya benar-benar di depan mata saya.
Asmaul Husna saya cukup mudah.
Saya suka berzikir YA ALLAH 66X secara berlagu, berzikir mengikut cara orang
sufi. Atau bahasa mudahnya, mengikut kaedah Syeikh Abdul Kadir Jailani. Caranya
halus, lembut, beralun, syahdu & mengetarkan. Cara ini boleh meruntun jiwa
& mengeluarkan air-mata. Sesudah berzikir itu, saya beristigfar beberapa
kali kepada Tuhan tanda kerendahan hati. Kalau anda ingin mengamalkannya,
berzikirlah 66X setiap selepas solat.
Kemudian saya berzikir YA HAMIID
(Yang Maha Terpuji) 100X. Tujuannya untuk mendapat akhlak atau budi pekerti
yang baik. Elok anda amalkan zikir ini. Berkat amalan ini, insyaallah anda akan
menjadi hambaNya yang soleh dan terpuji. Nama anda akan menjadi wangi &
mendapat sebutan yang baik pada sisi Tuhan.
YA NUUR (Wahai Tuhan Pemberi
Cahaya). Zikir ini saya baca 100X setiap selepas solat. Pada saya, zikir ini
sangat mengesankan. [1] Ia boleh menyinari hati & mengelak dari sifat-sifat
kebekuan, kekaratan & kekerasan hati. [2] Ia boleh menyinarkan wajah &
menjadikannya bercahaya.
Arwah guru saya, Tuan Haji Basir
bin Khatib selalu mewajibkan muridnya membaca doa cahaya setiap selepas selesai
wirid kami. Dan saya selalu membaca doa cahaya tersebut mengiringi zikir YA
NUUR yang saya amalkan. Hati akan jadi bercahaya & wajah akan jadi
bersinar.
Semasa arwah guru saya masih hidup,
wajahnya putih bersinar & memancarkan cahaya yang tajam kepada sesiapa yang
melihatnya. Doa cahaya itu adalah doa & amalan Nabi Muhamad S.A.W. Baginda selalu
membacanya, terutama sebelum solat Subuh di pagi hari. Kalau anda ingin
merasakan nikmatnya, mari amalkan bersama kami.
Waktu Subuh adalah waktu yang sangat
bening. Nikmat solat Subuh itu sangat besar. Kalau anda ingin menjadi mukmin
yang kuat, gagah & perkasa, marilah kita membina sifat-sifat itu melalui
Solat Subuh yang Tuhan wajibkan kepada kita. Insyaallah, kita akan
mencapainya.
Solat Subuh berjemaah, kemudian
berzikir dengan wirid pilihan anda sesudahnya adalah amalan mulia yang patut dijaga
& diteruskan. Kemudian jika anda dapat melakukannya pada Solat Zohor, Asar,
Maghrib & Isyak, maka itu bertambah baik untuk anda.
No comments:
Post a Comment