IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (3) Beramal Secara
Diam-Diam, Jauh Dari Liputan
Dalam kita mencari dan cuba mengenali siapakah sosok mulia
Imam Mahdi Al-Muntazar ini, hendaklah kita mengetahui bagaimana dia beramal dan
beribadat kepada tuhan.
Seperti yang dapat anda fahami daripada tajuk,
dia lebih menyukai beramal secara diam-diam (rahsia). Beramal secara rahsia
adalah tanda ketiga sifat orang yang ikhlas kepada tuhan.
Sang mukhlis dari bahagian bumi mana pun, lebih menyukai amal yang dilakukan secara diam-diam berbanding amal yang disertai liputan dan didedahkan. Kalau dia bersolat sunat, dia memilih bersolat di rumahnya, sebanyak-banyaknya, sambil bermunajat dengan suara tangis kepada tuhan.
Jika dia berpuasa sunat, dia memilih untuk meminyaki bibirnya supaya orang lain tidak tahu dia sedang berpuasa. Dan dalam berpuasa itu, dia melakukan aktiviti sama banyak atau hampir sama banyak dengan orang ramai, supaya mereka tidak tahu bahawa sebenarnya dia sedang berpuasa.
Jika dia bersedekah, dia memilih untuk
menggunakan konsep “tangan kanan memberi,
tangan kiri tidak tahu”. Sedekahnya dirahsiakan cukup ketat dengan
saksinya hanya Allah semata-mata. Sang mukhlis tidak memerlukan kamera atau media untuk menunjukkan kebaikannya
kepada umum.
Jika dia berorganisasi, dia memilih untuk menjadi
perajurit bayangan. Dia rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak
dikenali.
Sepanjang pencarian saya terhadap tokoh-tokoh
pemimpin muda dalam organisasi Islam Asia Barat, belum lagi saya ketemui orang
yang bernama Muhamad bin Abdullah ini. Dia bukan orator (penceramah) yang
berapi-api sehingga namanya dikenali. Dia hanya manusia biasa, hanya perajurit
bayangan
Dengan kata lain, dia bukan pemimpin
tersohor atau pemimpin pelapis yang
terkedepan. Dia tidak naik sebagai penggemar publisti atau penagih sokongan
atau pencari pengaruh. Dia naik kerana Tuhan ingin melantiknya sebagai
pemimpin.
Sehari dua ini, ada kegemparan kononnya Imam
Mahdi (IM) berada di Indonesia.
Bahkan dengar ceritanya, Pemuda Bani Tamin (PBT) orang kanannya dah bersiap-siap
untuk mengistiyharkan dirinya. Hmmm. Saya malas masuk campur. Buat sakit kepala
jew.
Di Malaysia pun ada, kisah Pemuda Bani Tamin pun
mengelegak panas juga. Adakah munasabah, “orang yang dah mati beberapa tahun
lepas” akan bangkit sebagai Pemuda Bani Tamin? Kemudian adakah munasabah “
Syeikh yang dah mati (l.k) seratus tahun dahulu” boleh hidup semula sebagai
Imam Mahdi? Lucu & tersangat lucu.
Nak pitam rasanya memikirkan semua itu.
Sebelum ini, saya telah menolak dakwaan bahawa
Imam Mahdi & Pemuda Bani Tamin berasal dari Asia Tenggara atau kepulauan
berdekatannya. Alasan saya mudah sahaja. Saya berpegang kepada kalam Abu
Hurairah, sahabat Nabi seperti di dalam entri saya sebelum ini, KISAH AL-MAHDI
AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA.
Dikatakan bahawa Saddam Hussein dari Iraq
pernah mengkhianati Imam Mahdi. Apakah bentok pengkhianatan itu, saya pun tak
tahu. Tetapi dari penerangan itu, jelas kepada saya bahawa Imam Mahdi pernah
menjadi mangsa kekejaman Saddam Hussein dan kuncu-kuncunya. Saya pun tak tahu
adakah semasa kejadian itu, Imam Mahdi berumur 1 hari, 2 hari, 1 tahun, 2 tahun, 10 tahun, 20 tahun, 26 tahun atau 33 tahun?
So, saya nak bertanya kepada pendakwa-pendakwa
Imam Mahdi dari Indonesia
& Malaysia
tersebut. Adakah Imam Mahdi anda pernah mengalami pengkhianatan dari Saddam
Hussein? Kalau tak, cuba
anda tanya diri anda, adakah sahabat Nabi, Abu Hurairah itu berbohong di dalam
kata-katanya?.
Mari kita sambung pembicaraan kita pasal Imam
Mahdi. Dia tak suka berada di depan majlis. Dia tak suka pegang mikrofon. Dia
tak suka tunjuk muka. Dia tak gila kepada publisti.
Dia lebih suka memilih menjadi sebahagian
daripada suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran
kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah.
Atau seperti asas bangunan. Tanpa asas, dinding
tidak akan berdiri, atap tidak akan dapat
berteduh dan bangunan tidak dapat ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat,
seperti dinding yang terlihat jelas.
Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW
bersabda : "Al-Mahdi itu dari Ahlul Bait. Allah membawa kebaikan dengannya
dalam satu malam. Hadith riwayat Imam Ahmad.
Kalau saya diberi kesempatan memilih, saya lebih
cenderung memilih pemuda didalam entri saya, PEMUDA INIKAH BAKAL IMAM MAHDI?
sebagai Imam Mahdi. Dia mempunyai jwa besar sebagai pemimpin. Dia setiap waktu
berfikir tentang masalah umat & tidak mengharapkan sama sekali dirinya
sebagai Imam Mahdi.
Dia pun lupa tentang dirinya & kisah
silamnya. Mungkin dia & keluarganya pernah berada di Iraq semasa pemerintahan Saddam Hussein, Dan
pernah pula mengalami intimidasi sewaktu kecilnya di sana. Waalahu ahlam bissawab.
Syauqy berkata di dalam syairnya:
Landasan yang tersembunyi
Tidak terlihat mata kerana merendah
Bangunan yang menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah
Di bahagian sebelum ini, telah dikemukakan sebuah
hadith dari Mu’adz, “Sesungguhnya Allah sangat menyintai orang-orang yang
berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir
mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka
keluar dari setiap tempat yang gelap.”
Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman adalah manusia
tersembunyi yang tidak dikenali sesiapa. Dia manusia “low profile” yang tidak
pernah mensucikan dirinya dan mendewa-dewakan dirinya. SELAMAT DATANG, WAHAI
MAHDI AL-MUNTAZAR.
Disiapkan pada 21.10.2012 1.53 pm
No comments:
Post a Comment