GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday, 13 November 2012

GAMBAR UFO DIRAKAM NASA BERADA DEKAT PERMUKAAN MATAHARI?



Sebenarnya sudah hampir sebulan  video objek misteri ini beredar dalam khalayak ramai. Ia menunjukkan sebuah objek berada di sekitar permukaan matahari. Gambar tersebut tertangkap oleh SOHO (Solar and Heliospheric Observatory), sebuah pesawat pengawas matahari yang dilancarkan NASA
.
Sebagaimana tajuk entri ini, GAMBAR UFO DIRAKAM NASA BERADA DEKAT PERMUKAAN MATAHARI?. Jika ada orang bertanya kepada saya, percayakah anda kepada kejadian itu?

Jawapan saya mudah sahaja. Saya tak percaya sedikitpun. Tidak terlintas di hati saya untuk mempercayainya walau hanya sekadar 0.001%. Ada 3 sebab besar saya tak percaya. Sebelum saya menghuraikan sebab-sebab itu, elok kita baca dahulu ceritanya.

Peliknya, selepas sahaja kejadian itu, NASA terus menutup projek pesawat angkasa luar yang mengambil gambar itu. Kenapa ditutup? Pengguna YouTube kemudian melayangkan tuduhan kononnya NASA terlibat dalam sebuah konspirasi menutup bukti kewujudan atau keberadaan UFO.

“Inilah bukti konspirasi menutupi bukti untuk mencegah kita melihat objek ini lagi. NASA pasti sudah melihat video ini dan mulai membuat taktik untuk mengubah cara anda dan saya melihatnya,” ujar seorang pemegang akaun YouTube, Rob19791 pada video keduanya.

Menurut pengguna YouTube itu, ADALAH TERLALU KEBETULAN bagi NASA menutup projek secara tiba-tiba setelah videonya tersebar

Menurut laporan, NASA menghentikan misi itu dengan alasan modus operasinya mengalami kesulitan atau darurat seperti yang berlaku pada 4 Mei 2012 (kali pertama objek itu dirakam). Gangguan itu disebabkan pemicu palsu yang menunjukkan detektor anomali.

Sementara itu, Agen angkasa luar Amerika Syarikat menyebutkan, pemberhentian itu bertujuan memperbaiki pesawat ruang angkasa dalam beberapa hari.

BUKAN YANG PERTAMA
Penampakan pertama 4.5.2012
Kejadian yang pertama sudah pun dilapurkan dalam Dailymail.co.uk pada tarikh 25 Mei 2012. Ia berlaku pada tarikh 4.Mei .2012 Namun NASA buat penafian berkenaan rakaman pertama itu. Ia menjelaskan bahawa kamera pada SOHO hanya mengambil gambar filamen matahari.

Menurut NASA, objek ini merupakan bahan material dari matahari dan mendingin hingga membentuk TITIK GELAP. Penggemar aliens tidak bersetuju dengan alas an tersebut. Mereka berkata, penjelasan yang serupa tentu akan digunakan untuk menjelaskan penampakan UFO yang ketiga kalinya selepas ini.

Jawaban NASA lebih singkat daripada teori konspirasi. Tapi, ia memberi teka-teki pada para ilmuwan yang mengharapkan jawaban. Mereka tidak yakin mengenai jenis filament yang diceritakan oleh NASA dan penyebab terbentuknya filament tersebut.

NASA telah mengeluarkan kenyataannya. Penggemar alien sekarang sedang menyerang balik NASA menerusi komentar-komentar mereka di youtube. Pendapat anda,  bagaimana? Mari kita dengar pendapat saya.

ADA 3 SEBAB SAYA MENOLAK
[1] Yang mengatakan itu kapal UFO bukannya NASA, tetapi pengemar alien seperti Rob19791. Bagaimana dia tahu? Mari kita menjawab secara saintifik. Permukaan matahari itu sangat panas, suhunya sekitar 5000 – 6000C . 

Dapatkah kapal UFO menahan kepanasan matahari seperti itu? Bahan apakah yang dia guna sebagai badan UFO sehingga mampu menahan suhu yang relatif tinggi itu?

Saya bersetuju dengan keyataan NASA bahawa objek tersebut merupakan bahan materi daripada matahari. Mungkin debunya atau ketulan daripada letusan di permukaannya? Apa rasionalnya pemandu kepada UFO itu bergerak berhampiran matahari? Untuk menaklukinya atau bersiar-siar sahaja?

[2] Konsep UFO itu pun tidak jelas kepada pandangan umum. Ramai berpendapat mereka adalah makhluk asing yang berniat menawan bumi. Sebenarnya itu hanyalah propaganda Yahudi yang kononnya bumi sudah tidak selamat. Dengan kata lain, bumi akan diserang. So, mereka mencadangkan Al-Masih Dajjal sebagai penyelamat bumi. Semuanya wayang gambar Yahudi sahaja.

Kalau anda biasa membaca buku “Berdailog Dengan Jin Muslim”, karangan Ustaz Muhamad Isa Daud dari Mesir, terdapat pengakuan dari Jin Muslim berkenaan bahawa kapal-kapal UFO yang kelihatan di dunia ini semuanya berpusat di Segitiga Bermuda. Kapal UFO itu meluncur dari sana dan mendarat juga di sana.

Untuk anda faham lebih detail, elok anda baca sendiri buku tersebut.

Dan tanpa berfikiran secara jumud, elok kita melihat ulasan saya yang berikut

[3] Apakah anda fikir ada manusia lain (kehidupan lain) selain di bumi ini? Saya biasa berhujjah dengan golongan pelampau berkenaannya. Mereka menjawab YA, sebab kata mereka, TUHAN ITU MAHA BERKUASA.

Kalau Tuhan boleh membuat bumi sekecil ini, tentu juga tuhan boleh mencipta bumi-bumi lain. Kalau tuhan boleh membuat manusia seperti kita, tentu juga tuhan boleh membuat manusia-manusia yang lain. DEMIKIAN JAWAPAN MEREKA.

Saya kata TIDAK, dia pun kata TIDAK
 Jawapan saya pula, TIDAK. Saya yakin bahawa bumi yang ada penghuni hanya bumi ini sahaja. Saya juga yakin manusia (dan juga jin) cuma ada di bumi ini sahaja. Tak ada di bumi-bumi lain.


Saya mempunyai jawapan begini. Rasul-rasul yang lain hanya diutus untuk umatnya sahaja. Tetapi Nabi Muhamad S.A.W diutus kepada seluruh manusia dan jin, dari zamannya hingga ke hari kiamat.             

Mari kita bahaskan jawapannya dari 2sudut.

[a] Pada zaman dahulu, jin-jin boleh naik ke langit & mendengar percakapan malaikat. Setahu saya, hanya jin yang mampu berbuat begitu PADA MASA ITU. Selepas Nabi Muhamad diutus, Tuhan memerintahkan para malaikat melontar jin & syaitan dengan bintang-bintang berekor di langit. (Rujuk Surah As-Shaffat). Selepas itu, mereka tidak boleh naik lagi ke langit.

Dengan itu, tertolaklah pandangan bahawa jin & syaitan boleh menguasai & menakluki langit. Anda juga boleh merujuk Surah Ar-Rahman, ayat 33 berkenaannya. Jangan terburu-buru percaya bahawa ada makhluk asing (aliens) selain kita.     

[b] Kalaulah anda berdegil mengatakan bahawa aliens itu memang wujud dan bertempat tinggal di sebuah planet asing di angkasa raya, maka aliens (jin) itu umat Nabi mana? Kalau mereka itu umat Nabi Muhammad & menentang kerasulannya, maka keberadaan mereka di planet tersebut adalah salah menurut Surah As-Shaffat (1 – 10) & Surah Ar-Rahman, ayat 33 di atas.

Kalau anda mengatakan mereka itu Islam, bilakah mereka memeluk Islam? Bagaimana pula mereka memeluk Islam? Adakah mereka itu termasuk segolongan Jin yang mendengar Al-Quran sebagaimana diceritakan dalam Surah Al-Jin, Ayat (1 – 5).  Adakah terdapat keturunan muslim mereka di langit sana? Cuba anda buktikan. Saya ingin tahu. Dan rakan-rakan kita pun ingin tahu

Disiapkan pada 13.11.2012   9.04 pm

2 comments:

  1. Artikel yang sangat menarik.. :)

    ReplyDelete
  2. tuhan boleh mencipta apa saja diluar pemikiran manusia dan jauh dari jangkauan fikiran manusia..wujud alien atas kehendak maha pencipta dlm erti kun fahyah kun.

    ReplyDelete