Kalau anda mendengar berita TV3 beberapa hari
yang lepas, terdapat laporan saintis yang mengatakan bahawa “Matahari, Marikh,
Utarid akan berada selari dalam Buruj Aquarius (Sun, Mars and Mercury near
Aquarius) pada 23 Disember 2012. Mereka akan berkeadaan begitu sehingga 24
Februari 2013. Tempohnya ialah selama 2 bulan.
Kenapa saintis memberi amaran demikian? Apakah
rasional amaran demikian? Anda jangan tertipu dengan propaganda Yahudi bahawa
bumi akan ditimpa malapetaka pada 21.12.2012. Dunia tidak akan kimat sebelum
berlaku 10 perkara tanda akhir kiamat.
Amaran saintis ini pun kita mesti awasi dengan
asas agama. Sebab kebanyakan saintis ini pun Yahudi. Kita jangan percaya 100%.
Lagi pun yang mengeluarkan ramalan “Sun, Mars and Mercury near Aquarius”
sebagai tanda kemunculan Imam Mahdi adalah Nostradamus. Dia pun Yahudi juga.
Lagi pun, banyak ramalannya tak tepat. Meleset. Sipi. Tak boleh dijadikan
sandaran & pegangan.
Saya telah menulis panjng lebar tentang Imam
Mahdi. Sekarang dah masuk episode yang kesembilan tentang cerita IMAM MAHDI
AL-MUNTAZAR. Kalau ditambah siri-siri
lain berkaitan Imam Mahdi, semuanya dah berjumlah hampir 18 tajuk.
Sesungguhnya, cerita tentang Imam Mahdi ini takkan habis.
Salah satu sifat mulia tentang Imam Mahdi ialah
kesabaran. Beliau mempunyai kesabaran sepanjang jalan. Anda tahu maksudnya apa?
Anda jangan fikir bahawa Imam Mahdi sebelum
pengislahannya dalam satu malam hanya merupakan seorang pemuda biasa. Tidak
begitu keadaannya. Dia seorang pemuda soleh yang terlihat sunnah nabi padanya.
BEBERAPA AMALANNYA
Imam Mahdi rajin mengerjakan solat sunat sebelum
kemunculannya. Bahkan dikatakan beliau mengerjakan banyak rakaat solat sunat sehari
semalam. Ada
masanya beliau banyak mengerjakan amalan itu di masjid, tetapi lebih kerapnya
ialah di rumah. Dia menjadikan rumahnya sebagai tempat beramal ibadat.
Kemudian dia juga banyak berpuasa sunat. Berpuasa
sunat itu merupakan amalan Rasulullah S.A.W, sebagaimana juga solat sunat yang
saya sebutkan di atas. Jangan anda terkejut dengan kuatnya dia beramal. Beramal
itu sifat mulia dan akan membawanya pula kepada kemuliaan.
Imam Mahdi juga seorang yang kuat berselawat.
Tidak menghairankan bagi saya, kerana setiap penganut tarikat sangat menjaga
selawatnya. Kalau anda ingin tahu bentok selawatnya, layari website tarikat
Tijaniah. Kalau anda rajin ke kedai buku, beli buku 99 jenis selawat. Anda
boleh melihat sighat selawat Tarikat Tijaniah di sana. Barangkali itulah amalan selawatnya,
dibaca 12X setiap selepas solat. Pada waktu-waktunya yang lain, mungkin lebih
kencang.
Berserban merupakan pakaiannya yang sangat payah
kelihatan sekarang ini. Memang payah untuk kita melihat adanya orang yang
berserban. Dalam 100 orang yang ke masjid untuk solat Jumaat, saya dapati hanya
seorang yang berserban. So, nisbahnya hanya 0.01. Nisbah yang sangat kecil. Itu
pun serban putih, bukan serban biru. Imam Mahdi dikatakan berserban biru pada
saat kemunculannya. Di manakah budaya orang-orang berserban biru itu?
Beliau juga merayakan Hari Khamis sebagai hari istimewa.
Maksudnya beliau menggunakan hari itu dan malamnya untuk melakukan ibadat yang
bersungguh-sungguh kepada Tuhan. Membaca Al-Quran, berzikir, berselawat &
sebagainya. Saat orang lain tidur, beliau bangun bermunajat kepada Tuhan dengan
esak tangis & rindu membara kepada Tuhan.
Sesungguhnya Al-Mahdi adalah model islamik bentok
baru disajikan untuk manusia setelah
luput selama bertahun-tahun, berkurun & berabad lamanya tanpa pengisian.
“Dia tidak menipu dan tertipu”,
satu bahasa yang sama dengan kata-kata Syaidina Umar Ibnu Khatab yang
berbunyi,”Aku bukan penipu & bukan pula penipu menipu aku”. Ungkapan “Dia tidak menipu dan tertipu” itu telah
dijumpai di sebuah perpustakaan di Syria, iaitu perpustakaan Al-Jami’ Al-Umawi di Damaskus, Syria dengan nombor 69. Turath
Basyar Al-Harith.
Bagaimanakah anda dapat memahami maksudnya? Dia
tidak menipu sesiapa dengan penampilannya, akhlaknya, kesabarannya, amalannya,
kebijaksanaannya, kata-katanya dan sebagainya. Penampilannya menyenangkan,
akhlaknya terpuji, kesabarannya terbukti, amalannya banyak, kebijaksanaannya
hebat dan kata-katanya pula benar. Dia tak betah berdusta atau berbohong kepada
sesiapa.
Dia mempunyai kesabaran yang sangat luar biasa. Dan
boleh jadi kesabarannya itu meliputi perjuangan yang panjang, lambatnya hasil
yang diperoleh, kejayaan yang tertunda, kesulitan dalam bergaul dengan pelbagai
lapisan manusia dengan perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka dan
sebagainya.
Tetapi semuanya itu tidak membuatnya menjadi
malas, bersikap leka, putus-asa, mengundurkan diri, atau berhenti di tengah
jalan. Sebab dia berbuat bukan sekadar untuk sebuah kejayaan atau pun
kemenangan, tetapi yang paling pokok, tujuannya adalah untuk mencapai keredhaan
Allah dan menuruti perintahNya.
KISAH NABI NUH A.S
Untuk memahami sedikit makna kesabaran sepanjang
jalan, elok kita telusuri kisah Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’.
Baginda hidup di tengah kaumnya selama 950 tahun. Beliau berdakwah dan
bertabligh, namun hanya sedikit sekali yang mahu beriman kepada beliau. Padahal
pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai
cara, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:
“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku telah menyeru
kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari
kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar
Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam
telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari)
dan terlalu menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7)
Sekali pun harus menghabiskan masa selama 950 tahun,
beliau tetap menyeru kaumnya dan akhirnya ada 40 orang yang berhimpun bersama
beliau. Sedangkan kaumnya yang lain berpaling dari beliau, sekali pun beliau sangat
berharap mereka mahu beriman.
Al-Quran telah mengisahkan kepada kita
individu-individu Mu’min di dalam Surah Al-Buruj. Mereka rela mengorbankan
nyawa fi sabilillah dan mereka tidak mengatakan, “Apakah kematian ini dapat
memberi apa-apa manfaat terhadap dakwah kita?”
Mereka tidak berkata seperti itu, kerana mereka
mempunyai keteguhan hati dan pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tangan Allah.
Siapa yang tahu kalau pun darah mereka itu merupakan santapan lazat bagi pohon
iman generasi berikutnya?
Mari kita ulangi balik perbahasan
tentang laporan saintis yang berkaitan dengan “Sun, Mars and Mercury near Aquarius.”.
Ia dijangka berlaku pada 23.12.2012 hingga 24.2.2012. Jika anda dapat menggunakan perisian
astronomi seperti Lodestar dan Starry Night, cuba setkan tarikh ini: 24 Februari
2013, hari Ahad bersamaan dengan 14 Rabiul Akhir 1434. Benar, pada hari inilah
Matahari, Marikh dan Utarid (Mercury) benar-benar tepat berkulminasi di Buruj
Aquarius.
3 SEBAB SAYA MENOLAKNYA
Saya tak berani mengatakan bahawa
Al-Mahdi akan keluar dalam tempoh berkenaan. Ada 3 sebab besar. [1] Kenyataan saintis itu
selari dengan ramalan Nostradamus, sedangan Nostadamus itu Yahudi & Yahudi
tidak boleh dipercayai. [2] Kalau pun ramalannya benar, maka itu kebetulan
sahaja. Lalu apakah cara ramalan itu terbina?
Bolehkah kita percayai? [3] Nostradamus itu hanya peramal & tidak
semua ramalannya sebelum ini tepat 100%. Saintis di atas cuma memperbesarkan
satu isu tertentu, maka motifnya apa? Perlu apakah seluruh warga dunia tahu
tentangnya?
Walau bagaimana pun, elok juga
kita melihat kata-kata Nostradamus bahawa dalam tempoh 17 tahun semenjak 1995
iaitu pada tahun 2012 akan berlaku satu arus atau angin perubahan di Rom. Benar
atau tidak, tidaklah dapat dipastikan. Jika benar, anggap sahaja kata-kata Nostradamus itu sebagai fakta sokongan
Untuk memahami sedikit kisahnya, mari kita ikuti hadis di bawah.
Untuk memahami sedikit kisahnya, mari kita ikuti hadis di bawah.
Sabda Nabi SAW lagi: “Jika kamu
semua telah menakluk Rom, masukilah ke gereja sebelah timur melalui pintu
sebelah timur, lalu ikatkan tujuh bendera dan bunuhlah yang ke-8 sebab di
bawahnya terdapat tongkat Musa, Injil dan perhiasan Baitul Muqaddis.”
Tidak susah difahami kenapa hati
Nabi Isa terbuang ke Kota Byzantium (“banished to Byzantium”), rupa-rupanya ada
pusaka umat Islam yang tertinggal di situ. Maksud gereja sebelah timur ialah
St. Peter’s Basilica di Medan St. Peter yang memang benar-benar berada di
bahagian sebelah timur jika anda melihat peta kedudukan Vatican City.
Gereja ini memang mempunyai
banyak pintu di bahagian hadapan dan tepinya. Sesetengah dari kita, ada yang biasa mendengar cerita seorang paderi
di gereja St. Peter yang memeluk agama Islam setelah dia turun ke sebuah kolam
yang terdapat di bawah tanah di gereja itu kerana di situlah terletaknya kitab Injil
Nabi Isa yang asal.
Pun tidak susah untuk kita fahami kenapa hati Nabi Isa terbuang ke Kota Byzantium (“banished to Byzantium”)? Baginda ingin membersihkan kepercayaan salah bahawa dia anak tuhan. Pembetulan akidah akan dimulakan dari sana sebelum merebak ke seluruh dunia
Pun tidak susah untuk kita fahami kenapa hati Nabi Isa terbuang ke Kota Byzantium (“banished to Byzantium”)? Baginda ingin membersihkan kepercayaan salah bahawa dia anak tuhan. Pembetulan akidah akan dimulakan dari sana sebelum merebak ke seluruh dunia
Al-Mahdi akan keluar. Tujuh tahun
selepas kemunculannya, baru Dajjal keluar. Pada saat yang hampir sama, baru
Nabi Isa a.s turun ke bumi untuk membetulkan segala kecelaruan akidah
terhadapnya. Saya tidak pasti apakah Imam Mahdi menyerang Kota Byzantium
terlebih dahulu atau beliau akan menunggu Nabi Isa a.s terlebih dahulu.
Melihat kepada kandungan hadis di
atas, serangan itu bermaksud dilakukan bersama. Jika ini benar, maka tempoh
perubahan selama 17 tahun (bermula 1995 – 2012, menurut Nostradamus) di Vatican City lebih
bersifat mikro. Sebenarnya kalau dunia Kristian ingin berubah kepada kebenaran,
penemuan Injil Baranabas Asli di Turki baru-baru ini sudah cukup sebagai bukti
kerasulan Nabi Muhamad S.A.W.
Dalam Injil Barnaba yang
dimaksudkan, Nabi Isa A.S dilaporkan berkata, akan datang seorang penyelamat
yang bernama Ahmad (Muhamad). Ayatnya jelas & tidak berbelit. Kenapa begitu
sukar menerima perubahan?
Ingin diingatkan juga bahawa ‘Kaum
Yahudi (maksudnya bangsa Israel) ’ sekarang bukanlah suku yang sama-sama
menyeberangi Laut Merah bersama-sama Nabi Musa ribuan tahun dahulu tetapi
adalah suku ke-13 yang berasal dari suku Khazar yang terkenal dengan Barbaric
di bahagian utara Kaukasia. Jadi, jika ‘bangsa Israel’ ini mengaku mereka
keturunan Yahudi zaman Nabi Musa A.S, ternyata itu satu pembohongan besar.
Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir
Zaman akan muncul pada waktu yang sangat dekat. Beliau menuntut ketaatan & pengorbanan
semua umat Islam untuk membantunya. Perjuangan bersamanya adalah perjuangan mulia
membangunkan Daulah Islamiyah.
Sesungguhnya di akhirat, Allah tidak akan bertanya kepada manusia, “Mengapa engkau tidak memperoleh kemenangan?” Tetapi Dia akan bertanya, “Mengapa engkau tidak berusaha?”
Kalau pun kita mati awal sebelum waktunya, Allah tidak akan bertanya, “Mengapa engkau tidak berjaya?” Tetapi Dia bertanya, “Mengapa engkau tidak melakukannya?”
Sekian untuk coretan kali ini. Kami akan berhenti
sebentar. Ada
waktunya, kami akan menyambung lagi kisah mengenai IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (10).
Pastikan anda melayari sampai habis, sehingga kepada penghujungnya siri (13).
Buat sementara waktu, kami akan menulis cerita-cerita
misteri dalam Islam. SELAMAT MEMBACA.
Disediakan pada
12.11.2012 5.42 pm
No comments:
Post a Comment