Kita biasa menyambut Maal Hijrah dengan bacaan
Doa Akhir Tahun sebelum Mahgrib & Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib.
Tadi, saya & ahli jemaah saya siap melakukannya. Alhamdulillah, ramai yang
hadir. Lelaki sekitar 20 orang & perempuan 30 orang
Kebetulannya, Maal Hijrah besok (Khamis, 1 Muharam 1434H) bersamaan dengan tarikh lahir saya, 15 November. Syukur sebanyak-banyaknya kepada Tuhan kerana masih memanjangkan umur saya.. Tahun ini, 51T. Kalau Tuhan mengizinkan, saya ingin hidup sehingga 63T, sehingga putri tunggal saya besar & dewasa, serta menjadi wanita solehah yang berjaya di depan mata saya. Insyaallah.
Saya juga ingin melihat putra-putri kesayangan saya semuanya berjaya & menjadi insan soleh/solehah di depan mata saya. Hidup ini ibarat merentas lautan. Kalau mahu ke seberang sana, mesti berkapal besar Kalau mahu banyak ikan, mesti bijak menjinakkannya. Kalau mahukan berlian, mesti berani menyelam ke dasarnya. Semoga mereka semua berjaya dalam hidup masing-masing. Doa saya sentiasa mengiringi mereka..
Saya juga ingin melihat semua pelajar saya, tak kira di mana mereka berada, berjaya mencapai impian masing-masing. Ada yang masuk Matriks, U, poly, kolej Poly-Tech Mara dan sebagainya. Ada yang sudah berjaya jadi guru, ustaz, engineer, polis doktor, misi dan sebagainya. Terima kasih saya ucapkan.
Terima kasih kerana anda dahulu rajin belajar. Kerana anda dahulunya selalu hadir ke sekolah. Kerana anda dahulunya bertcita-cita mahu menjadi manusia berguna. Kerana anda dahulunya bertekad menolong mak ayah bila mereka sudah tua. Terima kasih untuk kamu semuanya.
.
Maal Hijrah bermaksud ‘Bersama Berhijrah”. Mari
kita menukar perangai, cita-cita, cara berfikir, tekad, timbang-tara, akhlak dan sebagainya
menuju kepada positif. Semuanya bersumber kepada pristiwa penghijrahan
Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah.
Tadi, saya menerima sebuah sms dari anak angkat
saya, H yang berbunyi seperti berikut.
Salam Maal
Hijrah. Hijrah memerlukan pengorbanan. Hijrah paling besar adalah hijrah
mengenal, mencintai serta mengikut suruhan Allah. Walau pun ia sakit untuk
digapai namun disisiNya, besar ganjarannya. Semoga tahun baru ini memberi
semangat & azam baru kepada kita untuk mencari redhaNya dalam setiap benda
yang kita lakukan. Salam Maal Hijrah untuk abah & family.
Saya tertarik kepada ayat yang berbunyi, “ Hijrah
paling besar adalah hijrah mengenal, mencintai serta mengikut suruhan Allah”.
Melakukan 3 perkara tersebut memerlukan ketaatan total yang mesti dicontohi
dari Nabi S.A.W. Maksudnya, kita mengikuti cara Nabi S.A.W untuk melakukannya.
Dalam bahasa mudahnya, kita mesti menghidupkan sunnah Nabi.
Tekad saya untuk tahun 1434H ini ialah
menghidupkan sebanyak mungkin sunnah Nabi. Kalau saya berada di rumah, saya
akan mencontohi sunnah baginda semasa berada di rumahnya. Kalau saya berada di
masjid/surau, saya akan mencontohi sunnah baginda semasa baginda berada di sana.
Kalau saya keseorangan, saya akan lakukan apa
yang baginda buat semasa keseorangan. Kalau saya bersama khalayak ramai, saya
juga akan melakukan sebagaimana baginda lakukan ketika bersama para sahabatnya.
Apa perlunya saya melakukan semua ini?
Rasulullah S.A.W adalah insan paling mulia yang
paling dicintai Allah S.W.T. Di mana pun baginda berada, akan terserlah
keelokan budi pekertinya & kehalusan perangainya. Di mana pun baginda berada, Tuhan sentiasa
meredhainya. Di mana pun baginda berada, para malaikat sentiasa mendoakannya.
Rasulullah S.A.W adalah manusia terpilih yang
indah semuanya. Wajahnya indah. Akhlaknya indah. Solatnya indah. Zikirnya
indah. Dan semuanya indah. Tuturkatanya menyenangkan hati semua orang.
Tazkirahnya mengesankan hati semua orang. Nasihatnya menyejukkan hati semua
orang.
Sebab itu, saya sayang kepada zikir Asmaul Husna saya yang berbunyi YA HAMIID (YANG MAHA TERPUJI), yang sentiasa saya baca 100X setiap selepas solat. Saya berharap, dengan berkat zikir itu, saya mencapai akhlak terpuji & amal soleh yang baik. Hidup yang mulia adalah hidup dengan akhlak yang terpuji. Lebih utama daripada itu, tambahilah dengan amal soleh. Perbanyakkanlah. Kuatkanlah. Perkasakanlah.
Tahun Hijrah adalah tahun perubahan untuk
mengislah diri kita. Tahun untuk kita merubah zahir & batin kita kepada
yang lebih positif.
Tetapi kadang-kadang kita membuat kesilapan dalam
memberi nilai awal (TOV) kepada Tahun Hijrah & Tahun Masehi. Sesetengah
orang beranggapan, Tahun Hijrah adalah Tahun Islam, manakala Tahun Masehi
adalah tahun orang kafir (orang putih).
Membuat perbezaan seperti itu seolah-olah
meletakkan Nabi Muhamad S.A.W itu betul dan Nabi Isa A.S itu tak betul. Cara
yang kita lakukan itu sebenarnya tidak betul. Kedua-duanya adalah Rasul Allah
& mempunyai darjat masing-masing di sisi Allah.
Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W, mengatakan: ‘Allah tidak akan
mengecewakan suatu bangsa. Aku yang pertama dan Isa yang terakhir dari bangsa
itu”.
“Tidak ada nabi atau utusan Allah di antara aku
[Muhammad] dan Isa, hanya Isalah yang akan mengungguliku di bangsaku setelah
aku”.
Kedua-dua hadis di atas berkaitan dengan turunnya
Nabi Isa A.S pada akhir zaman untuk membangunkan semula agama Islam. Nabi
Muhamad S.A.W telah memberi pengiktirafan sewajarnya kepada Nabi Isa.
Maka
kenapa kita bersikap sebaliknya?
Jangan kita hanya mahu mengubah diri kita pada
saat tahun hijrah. Kita juga sepatutnya mengubah diri pada saat tahun Masehi.
Tahun Masehi itu adalah tahun kelahiran Nabi Isa A.S. Baginda juga seorang
nabi. Baginda juga seorang rasul Ulul Azmi. Baginda juga mesti kita imani (percayai)
masih hidup kerana diangkat oleh Tuhan ke langit.
Nabi Isa A.S dipanggil Al-Masih kerana
kebolehannya menyembuh penyakit. Al-Masih datang dari perkataan (masaha) yang
bererti menyembuhkan. Sewajarnya kita juga mencontohi baginda dengan
menyembuhkan apa-apa yang menjadi penyakit kepada kita.
JANGAN TIRU BUDAYA BARAT
Jangan kita meniru perangai orang-orang Barat yang
merayakan Tahun Masehi (biasa dipanggil Tahun Baru) dengan cara maksiat dan
kotor. Mereka minum arak, berpesta, seks bebas dan sebagainya.
Janganlah seperti ini. Terkinja2, terlompat2, minum arak, seks bebas & pelbagai maksiat lain. |
Sebagai orang Islam yang juga mempercayai bahawa
Nabi Isa A.S itu juga adalah seorang Nabi & Rasul, hendaklah kita meniru sikap
penyembuhan (masaha) yang ada padanya.
Kalau kita melihat kekotoran, hendaklah kita
bersihkan. Kalau kita melihat kekurangan, hendaklah kita cukupkan. Kalau kita
melihat penyakit, hendakah kita berusaha menyembuhkannya. Kalau kita melihat
sesuatu yang negatif, hendaklah kita positifkan.
Saya mahu menjadi budak baik, yang sayang kepada semua Nabi & Rasul. Saya sayang Nabi Muhamad S.A.W. saya pun sayang kepada Nabi Isa A.s |
Jangan anda mencintai TAHUN HIJRAH tetapi membenci TAHUN MASEHI. Sayangilah kedua-dua tahun tersebut. Kedua-duanya milik Nabi yang disayangi Tuhan.
TAHUN HIJRAH adalah tahun Nabi Muhamad S.A.W.
TAHUN MASEHI pula adalah tahun Nabi Isa A.S.
Disiapkan pada 14.11.2012 10.54 pm
No comments:
Post a Comment